10 - Dewan Bahasa dan Pustaka

50 downloads 161 Views 1MB Size Report
kategori novel remaja dan Rindu Ini. Luar Biasa juga tempat kedua bagi kategori cerpen. Azizi Haji Abdullah dengan novel Harga Sebuah Maruah.
Halaman Sepuluh

BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007

BH PILIH L10 21 emel

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Faizal Tehrani Bolot Tiga Hadiah Sayembara

DBP SETENGAH ABAD

Oleh Mohd Zamri Hj Abdul Hamid

P

enulis mapan yang prolifik dalam dunia penulisan tanah air, iaitu Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faizal Tehrani berjaya membawa pulang wang tunai RM74,000.00 daripada RM439,000.00 jumlah hadiah yang ditawarkan dalam Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Tiga karya beliau yang berjaya memenangi hadiah ialah Bedar Sukma Biru yang meraih tem­ pat pertama bagi kategori novel dewa­ sa, Manikam Kalbu tempat kedua bagi

kategori novel remaja dan Rindu Ini Luar Biasa juga tempat kedua bagi kategori cerpen. Azizi Haji Abdullah dengan novel Harga Sebuah Maruah meraih tempat kedua, sementara Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan novel Mahabbah meraih tempat ketiga dan membawa pulang RM30,000.00. Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP ini diada­ kan dengan tujuan menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan ber­

daya saing, liberal, progresif, har­ moni serta dipandang tinggi oleh negara luar. Sayembara ini dibahagikan kepa­ da dua kelompok. Kelompok novel, novel remaja dan skrip drama pen­ tas bertemakan sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan adat resam serta masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi bagi memen­ uhi satu daripada cabaran Wawasan 2020. Kelompok kedua ialah kategori cerpen dan puisi yang bertemakan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu.

PEMENANG bergambar bersama-sama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

PEDOMAN SASTERA

Oleh Saifullizan Yahaya

D

alam keluaran yang lepas, ruangan ini telah menyentuh beberapa jenis gaya bahasa yang sering ditemui dalam sajak. Kali ini kita akan mem­ bincangkan salah satu jenis gaya bahasa yang lazim digunakan oleh penyair dalam penulisan sajak, iaitu simile. K ata simile berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “persamaan antara dua benda yang berbeza”. Dharmawijaya dalam buku Gurindam Alam (1994:192) menyatakan simile ialah satu ragam atau sejenis gaya baha­ sa perbandingan, iaitu membandingkan sesuatu benda, peristiwa, keadaan atau suasana dengan jelas. Menurut Henry Guntur Tarigan pula dalam bukunya Pengajaran Gaya Bahasa (1985: 9-10), simile ialah perbandingan dua hal yang pada hakikatnya berlainan dan yang sengaja kita anggap sama. Perbandingan yang dibuat ber­ bentuk eksplisit atau langsung dengan menggunakan kata-kata tertentu, iaitu “seperti”, “bagai”, “bak”, “laksana” dan “umpama”. Untuk lebih jelas lagi, mari

MAKLUMAT SASTERA

Simile kita lihat contoh penggunaan simile dalam sajak T. Alias Taib “Pandangan dari Sebuah Taman” dari kumpulan puisi Piramid, 1990: hlm. 26. "Pandangan dari Sebuah Taman"

matahari tropika tergantung di atap pagi kupu-kupu berenang dalam lautan sinar



pohon-pohon tersusun bagai sirih dalam tepak bangku-bangku dingin bagai nisan sejuk di kuburan



bayang-bayang memanjang bagai berus pelukis bayang-bayang hitam yang mengecat rumput



udara jernih mengisi ruang dan petak yang dikosongkan oleh hujan subuh

seseorang menghadamkan Allan Bloom dengan lahap sambil mendengar Paul Mauriat dua orang berbaring di atas baldu hijau sementara langit mendoakan

Sebanyak 559 karya mencakupi 424 puisi, 87 novel, 59 novel remaja, 42 skrip drama, dan 160 cerpen menyer­ tai Sayembara ini. Daripada jumlah tersebut, hanya 53 buah karya telah terpilih memenangi hadiah, iaitu 10 buah manuskrip novel, 7 manuskrip novel remaja, 10 buah skrip drama pentas, 13 cerpen dan 13 puisi. 25 orang penilai yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing telah dilantik seperti Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman, Prof. Dr. Solehah Ishak, Prof. Madya Dr. Samat Salleh, Dr. Misran Rokimin, A. Ghafar Ibrahim, Haji Hamzah Hamdani, Zakaria Ariffin, Ismail Sarbini, A. Wahab Hamzah, Salamiah Ismail Abdul Rahman Yusof, Siti Aisah Murad dan lain-lain. Laporan panel penilai yang disampaikan oleh Prof. Dr. Sahlan Mohd. Saman menegaskan, “ratarata penulis cerpen cuba mem­ bawa tema memartabatkan bahasa kebangsaan sempena Sambutan 50 Tahun DBP meskipun cerpen yang dihasilkan mengetengahkan per­ soalan semasa yang kurang imagi­ nasi, penggunaan bahasa yang agak jumud dan jalan ceritanya kurang meyakinkan. Namun, ada kalangan para peserta yang mampu menza­ hirkan gejolak jiwa, obsesi tentang kedudukan, identiti dan masa depan bahasa Melayu serta suara perjuangan dalam puisi mereka. Novel-novel remaja yang terpilih memenangi hadiah mengandungi nilai-nilai sastera yang berupaya menggabung­

mereka sejahtera

di kejauhan bukit tua membongkok bak sabut dikelilingi anak kelapa sawit masih ingusan.

(Kumpulan Puisi Piramid, 1990: hlm. 26.) Dalam sajak di atas, penyair menggunakan gaya bahasa simile untuk membandingkan sesuatu suasana dengan sesuatu yang lebih konkrit. Contohnya dalam rang­ kap kedua, baris kedua “pohonpohon tersusun bagai sirih dalam tepak”. Melalui perbandingan itu, pembaca akan dapat membayang­ kan suatu pemandangan dengan pohon-pohon yang tersusun, yang dapat dibandingkan dengan daundaun sirih yang disusun dalam sebuah tepak. Secara tidak lang­ sung, penggunaan simile ini dapat menghidupkan imaginasi pem­ baca untuk sama-sama mengha­ yati suatu pemandangan melalui baris-baris sebuah sajak. Sebagai kesimpulan, penggu­ naan gaya bahasa simile dalam sajak adalah untuk menguatkan sesuatu perkara yang ingin diper­ katakan oleh seseorang penyair. (bersambung...)

Novel Salina, kar ya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said asalnya dinamai Gerhana sebagai penyataan simbolik tentang kandungannya. Judul novel tersebut kemudiannya ditukarkan kepada Salina, iaitu nama pelakon utama yang menjadi nadi kepada segala peristiwa dan tragedi yang diolah menjadi satu kehidupan dalam novel tersebut. Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhamed Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berusia enam bulan, keluarganya berpindah ke Singapura. Penulis yang prolifik dan cukup dihormati ini menerima pengiktirafan sebagai Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1979), penerima Anugerah Sastera Negara (1985), penerima Anugerah ASEAN (1989), dan pelbagai anugerah lain. Pada tahun 1996, A. Samad Said dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

jalinkan ilmu bahasa yang indah dengan nilai-nilai murni yang dapat membina sahsiah dan memperjuang­ kan idealisme. Sementara skrip drama yang terpilih berjaya diolah dengan teknik yang luar biasa yang mempunyai potensi untuk menjadi teater yang menarik dan mencabar khalayak. Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBP, Y Bhg Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah bagi kate­ gori puisi dan cerpen manakala bagi kategori novel remaja, skrip drama pentas dan novel, hadiah telah disampaikan oleh Sasterawan Negara Y Bhg Datuk A. Samad Said pada 23 Februari 2007 di Dewan Bankuet, Menara DBP.

PEMAKLUMAN

Program Pembinaan Penulis

D

ewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan enam bengkel penulisan bagi membina penulis dan memupuk bakat sastera dalam kalangan masyarakat. Bengkel yang dianjurkan ialah "Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda", "Bengkel Penulisan untuk Bakal Pesara", "Bengkel Penulisan Skrip Drama Adaptasi", "Bengkel Peng­hayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif", "Bengkel Penulisan Cerpen Pelbagai Kaum" dan "Bengkel Penulisan Karyawan DBP". Bengkel ini akan memberikan tumpuan kepada genre cerpen, novel dan skrip drama adaptasi karya sastera, dan akan dibimbing oleh penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing seperti Zaharah Nawawi, Faizal Tehrani, A. Wahab Hamzah, Zakaria Ariffin dan Marlenny Denerwan. Penyertaan hanya dibuka kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap bengkel. Setiap peserta bengkel dikehendaki menghantar cerpen, skrip adaptasi dan lima halaman sinopsis novel untuk dinilai oleh pe-nganjur. Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 April 2007. Hantarkan penyertaan anda kepada Urus Setia, Program Pembinaan Penulis/Pemupukan Bakat Sastera, Bahagian Pe­­ngembangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera, Aras 22, Menara DBP, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian telefon 03-2148 2558 (Mohd. Zamri), 2148 2567 (Abdul Aziz), 2148 2614 (Fatin Suraya), 2148 2623 (Rafidah) atau e-mel [email protected], [email protected], suraya@ dbp.gov.my, aj_rafida@dbp. gov.my atau layari laman web: www.dbp.gov.my.