8 - Dewan Bahasa dan Pustaka

28 downloads 9805 Views 2MB Size Report
IRFAN Khairi juga membangunkan perniagaan dalam talian dengan menawarkan perkhidmatan seperti mereka bentuk laman sesawang, grafik, buku elektronik ...
Halaman Lapan

BERITA HARIAN Rabu, 17 Mei 2006

BH PILIH L8 17 emel

MAJALAH KELUARAN MEI 2006

DEWAN BAHASA - Memperkaya Wawasan Pembaca ISSN 1511-9092 RM5.00/B$5.00/S$5.00 Langganan setahun: RM54.00/B$54.00/S$54.00 Paparan Menarik Bulan Ini: Nilai Ekonomi Bahasa Melayu: Masihkah Menjanjikan Pulangan dalam Era Globalisasi?

PELITA BAHASA - Wadah Kesempurnaan Bahasa ISSN 0128-2182 RM3.00/B$3.00/ S$3.00 Langganan setahun: RM32.40/ B$32.40/S$32.40

B

AHASA Melayu perlu terlebih dahulu menjadi satu jenama yang popular, digunakan dengan meluas atau menyeluruh serta mendapat sambutan. Jika hal ini yang dijanjikan, maka bahasa Melayu akan menjadi bahasa pilihan pengguna, dan seterusnya berupaya meningkatkan nilai ekonominya. Antara Kandungan Lain yang Menarik: Agenda Bahasa: Pelaburan Bahasa Melayu di Persada Global Agenda Bahasa: Bahasa Melayu Ada Harga Jika.... Bahasa dan Masyarakat: Bahasa Papan Tanda Trafik Bahasa dan Masyarakat: Bahasa Melayu dan Program Realiti Televisyen DEWAN SASTERA - Penjana Sastera Global ISSN 0126-5059 RM4.50/B$4.50/S$4.50 Langganan setahun: RM48.60/B$48.60/S$48.60

Paparan Menarik Bulan Ini: Sari Bahasa: Sekolah Selesa, Pelajar Ceria

S

EKOLAH yang selesa dan pelajar yang ceria menyerlahkan kepimpinan pengetua atau guru besar yang prihatin, kreatif, penyayang, bijak dalam pengurusan dan berwawasan tinggi. Kepimpinan pengetua atau guru besar dalam membuat sesuatu kelainan dan menyediakan kemudahan pemelajaran yang selesa dapat menarik minat pelajar dan menyihatkan pemikiran warga sekolah.

Paparan Menarik Bulan Ini: Menerbitkan Sendiri Karya: Menyemarakkan Industri Penerbitan

M

ENERBITKAN sendiri karya bukan berpunca daripada keghairahan. Apatah keghairahan yang melulu dan tidak bertempat. Kepuasan sebenar menerbitkan sendiri karya adalah setelah kita melihat semua tenaga dan perahan akal yang dicurahkan menjadi realiti. Kepuasan sebagai penulis bertambah apabila karya sampai di tangan pembaca.

Antara Kandungan Lain yang Menarik: Sari Bahasa: Merealisasikan Konsep “Sekolahku Rumahku” Sari Bahasa: Guru dan Pengajaran Efektif Komentar Bahasa: Bicarawara, Forum, Diskusi Dunia Bahasa: Pemartabatan dan Pemerkasaan Bahasa Melayu

Antara Kandungan Lain yang Menarik: Daripada Editor: Adakah Tempat untuk Bidang Kesusasteraan dalam RMK-9? Fokus: Penerbitan Sendiri: Antara Kebajikan dengan Keuntungan Analisis: Puitika dan Ketertiban Seni dalam Puisi Sorotan: IPM Bawa Sastera ke Masjid TUNAS CIPTA - Sastera Generasi Baharu ISSN 1511-9998 RM3.00/B$3.00/S$3.00 Langganan setahun: RM32.40/B$32.40/S$32.40 Paparan Menarik Bulan Ini: Menjual Karya dalam Internet - Irfan Khairi

I

RFAN Khairi juga membangunkan perniagaan dalam talian dengan menawarkan perkhidmatan seperti mereka bentuk laman sesawang, grafik, buku elektronik, mengambil tempahan hotel dan menjual peta Malaysia kepada pelancong asing yang ingin ke Malaysia. Pelanggannya dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah sehingga Timur Tengah. Dalam usia 25 tahun, anak muda kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor ini berjaya mencapai cita-cita apabila beroleh pendapatan bersih RM 1 juta - pendapatan yang melayakkannya bergelar jutawan. Antara Kandungan Lain yang Menarik: Rencana: Ilham Perlu Dicari Bukan Dinanti Rencana: Mewariskan Harta Intelektual Teater: Mengapa Teater? Dari Jalur Minda: Penulisan Sebagai Kerjaya DEWAN BUDAYA- Pemartabat Tamadun Bangsa ISSN 0126-8473 RM5.00/B$5.00/S$5.00 Langganan setahun: RM54.00/B$54.00/S$54.00 Paparan Menarik Bulan Ini: Lirik Lagu Cerminan Citra Budaya Bangsa

L

IRIK ialah genre puisi yang tersendiri. Dikatakan tersendiri kerana ia tidak mengambil seluruhnya bentuk sajak, satu genre puisi moden. Lirik paling ketara mengambil binaan baris dan rangkap sajak. Manakala, corak pemilihan diksi dalam lagu lebih polos, dan binaan barisnya sering kali cenderung prosaik sifatnya. Antara Kandungan Lain yang Menarik: Fokus: Jati Diri Bangsa dalam Lirik Fokus: Citra Bangsa dalam Lirik Jeling Sejenang: Ajaran Sesat: Satu Gerakan Sosial Kalam Permata: Kedaulatan Undang-undang Ibarat Kuda Liar