9 - Dewan Bahasa dan Pustaka

77 downloads 225 Views 647KB Size Report
Dewan Bahasa dan. Pustaka (DBP) mem pelawa khalayak sastera untuk menyertai. Peraduan Mengarang Cerita. Bersiri Kanakkanak dan. Remaja KaryaNet.
BERITA HARIAN Rabu, 20 Disember 2006

Halaman Sembilan BH PILIH L9 20 (emel)

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

DBP SETENGAH ABAD

Oleh Rusdi Abd. Rahman

Ceritera Bersama-sama Sahruddin Manas

C

eritera Bersama-sama Kar­ya­ wan Sastera kali ke-7 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan yang ber­ langsung di Balai Seminar, DBP Wilayah Selatan pada 2 Disember lalu mengundang penggiat dan aktivis muda dalam bidang pe-­ ng­arahan, lakonan serta penghasil­ an skrip teater, Sahruddin Manas untuk memperkatakan pengalaman dan pelibatan beliau dalam dunia teater serta persembahan kesenian dan kebudayaan. Beliau yang lebih dikenali sebagai Din Manas, menceritakan pengalaman beliau menerusi kertas kerja berjudul ‘Babak Demi Babak: Coretan Anak Muda Teater’. Dalam permulaan sesi bicaranya, beliau menjelaskan bahawa diri­nya telah didedahkan ‘secara paksa’ dalam lakonan sejak di tadika. Beliau sebenarnya lebih aktif bergiat dalam acara sukan sejak di sekolah rendah hingga menengah dan tidak pernah berminat untuk ber­ lakon. Namun, ketika di Tingkatan Empat di SMK Majidi, Johor Bahru, beliau mula didorong oleh guru dan rakan setelah bakatnya mula dike­ san oleh seorang guru di sekolah tersebut. Selepas tamat SPM, beliau aktif dalam seni tari dengan pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ). Bermula pada tahun 1996, peli­ batannya dalam kegiatan seni dan budaya mula terbatas sete­

Peraduan Anjuran KaryaNet

D

KIRI: Sahruddin Manas dan Mohd Razif Adnan (Pengerusi).

lah memasuki UiTM di Jengka, Pahang. Beliau menjadi buntu dan kaku dalam kegiatan seni kerana kurangnya persembahan seni di kampus. Dunia teater dan seni­nya terhenti seketika sehinggalah pada tahun 1999 beliau mewujudkan badan kebudayaan untuk berge­ rak aktif dalam kesenian. Beliau memperoleh pengalaman ber­ makna sama ada manis dan pahit selaku ‘ketua’ yang mendo­rong dan me­mimpin persembahan kebu­ dayaan di kampus. Pementasan teater besar Uda dan Dara pada tahun 1999 dan bebe­rapa

siri pementasan se­perti Obsesi, Sang Puteri, Pak Tua, dan dua pementasan yang diadap­tasi dari­ pada cerita Hijrah dan Si Bongkok Tanjung Puteri berjaya mengang­ kat nama beliau sebaris dengan nama pengarah teater berbakat yang lain. Dalam usia 28 tahun, beliau pernah me­raih Anugerah Pengarah Teater Ter­baik Negeri Pahang (1999), Pengarah Teater Terbaik Negeri Johor (2004 dan 2005), dan teater arahannya per­ nah meraih Johan Festival Negeri Johor. Para pelakon dan krew di bawah arahan beliau juga pernah

menerima hadiah dalam kategori masing-masing. Pada 21 hingga 22 Januari 2006, beliau diberi pe­luang oleh DBP Wilayah Selatan mementaskan teater monolog ber­ judul Naluri di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru. Program yang dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ), Mohd. Razif Adnan ini turut memberikan serba sedikit panduan dan moti­ vasi ke­pada khalayak bagaimana hendak menjadi karyawan sastera yang baik serta mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mem­ pelawa khalayak sastera untuk menyertai Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kanak-kanak dan Remaja KaryaNet. Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Mengarang Cerita Bersiri Kanak-kanak/ Remaja (berusia 9-14 tahun) dan Remaja/Remaja-Dewasa (berusia 15-25 tahun). Tujuan pera­duan ini diadakan adalah untuk memupuk minat dan bakat penulisan karya krea­ tif, khususnya dalam meng­ hasilkan genre cerita bersiri. Empat tema yang disediakan oleh penganjur, iaitu tema bercorak penyiasatan, fik­ syen sains, pengembaraan dan fantasi. Maklumat lan­ jut dan borang penyertaan berkaitan peraduan boleh didapati dengan melayari laman www.karyanet.com. my dan www.dbp.gov.my atau hubungi urus setia peraduan, Puan Rohana Abd. Rahman di talian 03-21483646, e-mel [email protected] atau Encik Mohd. Fadhli al-Akiti di talian 03-21481167, e-mel [email protected]. Tarikh tutup peraduan pada 30 Mac 2007.

Perkampungan Penulis Pelbagai Kaum 2006 Oleh Aminah Awang Basar

P

erkampungan Penulis Pel­bagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) de­ngan ker­ jasama Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 7 hingga 11 Disember lalu diadakan sebagai landasan mengangkat martabat sastera dalam kalangan penulis di Malaysia. Program yang diadakan bersempena sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara itu di­sertai oleh

”K

esempatan dan ruang yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan secara berterusan buat kali ke­enam ini merupakan satu penghargaan bermakna buat penggiat teater muda di negeri Johor.” Demikianlah luah­ an rasa Zamri Pangat, Pengarah ‘Teater Jiwa Bangsa’. Menurut beliau lagi, “saya meng­ akui pada peringkat awalnya agak sukar untuk mengarahkan pemen­ tasan teater mini dalam masa dan ruang yang terhad. Cabaran utama

100 peserta dari seluruh negara ber­ tempat di Pusat Latihan El-Ezzhar, Pantai Morib, Selangor Darul Ehsan. Bahasa dan sastera dijadikan wadah dalam membentuk peribadi dan menyuburkan nilai murni. Di sam­ ping peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai asas pembinaan tamadun negara bangsa yang relevan dengan era global pada masa kini. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya Kuliah Apresiasi, Forum dan Bengkel Penataran. Untuk sesi

Kuliah Apresiasi, tokoh-tokoh yang dilibatkan sebagai penceramah ialah SN Datuk A. Samad Said, Dato’ Dr. Mohd. Anuar Rethwan dan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan. Manakala sesi Forum yang berta­ juk Penulis Muda: Cabaran dan Harapan menampilkan Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, SM Zakir dan Amiruddin Md Ali Hanafiah selaku Panel Forum, dan Haji Hamzah Hamdani selaku Pengerusi Forum. Antara objektif utama program

adalah untuk memupuk dan me­­ ningkatkan rasa cinta akan sas­ tera kebangsaan serta menghargai nilai-nilai murni­nya melalui peng­ hayatan pelbagai genre. Selain itu, program ini juga bertujuan membina dan mengete­ngahkan bakat penulis dalam kalang­an pel­ bagai kaum di samping memper­ teguh budaya dan jati diri bangsa Malaysia ber­teraskan budaya dan kesusasteraan kebangsaan. Selain sesi percambahan ilmu, program

ini juga memberi pe­luang kepada para peserta untuk mengetahui aspek sosial setempat melalui kegiatan lawatan. Antara tempattempat yang dilawati termasuklah pusat-pusat perniagaan sekitar Bandar Banting, Kerepek House di Sungai Lang dan Pantai Morib. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Ketua Dua GAPENA pada 10 Disember 2006.

Pementasan Teater Jiwa Bangsa yang dihadapi oleh pelakon ialah menghafal fakta, maklumat sejarah dan kajian bahasa Melayu teruta­ manya maklumat sebelum merdeka yang disediakan oleh penulis skrip, Rahimah Muda.” Teater monolog anjuran DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) yang dipentaskan di Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru pada 2 hingga 3 Disember 2006 ber­ jaya membangkitkan kesedaran dan menanamkan semangat cinta

akan bahasa kebangsaan. Dua watak penting yang berlain­ an status pendidikan, pekerjaan dan umur berjaya menyampaikan mesej ’Jiwa Bangsa’. Watak Wak Karto, lakonan Hussin Ismail yang mewakili golongan bawah­ an merupakan seorang pengawal keselamatan yang tegar berjuang mempertahankan bahasa dan budaya yang menjadi warisan bangsa, walaupun beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Sementara, Rafi lakonan Zulkifli Abdul Majid yang mewa­kili golong­

an pertengahan dan berpendidikan tinggi merupakan seorang yang arif tentang warisan bangsa mem­ perkatakan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan tetapi beliau sendiri tidak mengamalkannya. Pementasan 'Teater Jiwa Bang­sa’ yang bertunjangkan maklumat dan bertujuan menyampaikan mesej kesedaran tentang sejarah dan kepentingan bahasa Melayu dipen­ taskan dalam suasana perjuangan memperkasakan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa kebang­sa­ an yang berwibawa. Dialog yang

di­sampaikan mengandungi mak­ lumat penting tentang sejarah per­kembang­an bahasa Melayu sejak zaman awal kerajaan Melayu Melaka hingga zaman penjajahan British. Tulisan Jawi dan keindah­an bahasa Melayu dalam karya sastera turut diketengahkan dalam pemen­ tasan ini. Pementasan ini membawa mesej bahawa perjuang­an bahasa bukan tanggungjawab golongan berpendidikan tinggi sahaja tetapi tanggungjawab bersama pelbagai peringkat masya­ra­kat mengikut kemampuan ma­sing-masing.