Abstrak /Ringkasan - UTM

65 downloads 54114 Views 60KB Size Report
Laporan hendaklah disediakan mengikut panduan format yang dinyatakan di ... Abstrak hendaklah ditulis dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ... Objektif projek hendaklah ditulis dalam bentuk 'point form' dengan ringkas, ...
PSM – Projek Sarjana Muda 1 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FORMAT DAN GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA JABATAN KEJURUTERAAN PERISIAN FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA GARIS PANDUAN UMUM •

Tujuan menyediakan tesis/laporan adalah untuk melaporkan/memberitahu pembaca tentang apa yang telah anda lakukan sepanjang proses pembangunan projek sarjana muda anda. Oleh itu tulislah seberapa terang, jelas, padat dan senang difahami.



Laporkan apa yang anda buat/lakukan bukan menceritakan semula apa yang telah ada dalam buku atau yang telah diketahui umum.



Elakkan ayat yang panjang lebar.



Gunakan ayat dan pernyataan yang formal dan membawa satu maksud yang jelas (tidak ambiguous)



Setiap perkataan/terminologi baru/khusus perlu didefinasikan selengkapnya dalam senarai istilah.



Pastikan kesinambungan antara ayat, antara paragraf, antara seksyen dan laporan keseluruhan.



Tentukan kepentingan setiap bahan yang dimasukkan, yang penting didahulukan dan diberi keutamaan, yang penting ditekankan dan difokuskan.



Bahan-bahan utama/penting diletakkan dalam badan laporan dan bahan sokongan diletakkan dalam lampiran.



Laporan hendaklah disediakan mengikut panduan format yang dinyatakan di bawah.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar •

Imbuhan di dan ke – untuk tempat mesti ada space. Contoh: di mana, di atas, di antara, di sebelah, di samping, di kalangan, ke mana, ke atas, ke kampus. Untuk perbuatan rapat, tiada space. Contoh: dikehendaki, dibangunkan, dilakukan.



Selang di antara setiap perkataan adalah satu space, bukan lebih daripada satu space, seperti ini.



Pastikan draf laporan anda bebas daripada typo-error dan spelling-error supaya pembaca tidak didedahkan dengan kekelam-kabutan anda kerana tidak sempat menyemak-semula laporan tersebut.



Elakkan daripada membina ayat yang panjang. Ini akan menyukarkan pembaca untuk mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan. Ayat yang panjang juga memberi maksud yang agak mengelirukan dan boleh menyebabkan komposisi tatabahasa yang salah.



Elakkan daripada menggunakan katanama “saya” atau “kami” di dalam laporan. Sebaliknya gunakan ayat yang lebih formal.



Elakkan daripada menggunakan “apa” di dalam ayat biasa. “Apa” lebih sesuai digunakan di dalam ayat persoalan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM – Projek Sarjana Muda 2 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FORMAT PROJEK SARJANA MUDA I KEJURUTERAAN PERISIAN Abstrak Mengandungi ringkasan kepada projek yang mengandungi : • Menyatakan masalah yang dikaji • Objektif dan tujuan projek • Metodologi yang digunakan • Limitasi / ruang lingkup projek • Hasil yang dijangkakan dan kesimpulan Abstrak hendaklah ditulis dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Purata panjang setiap satunya antara 50-150 patah perkataan Jadual kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Lampiran Senarai Istilah Senarai Singkatan BAB 1 : PENGENALAN PROJEK 1.0 Pendahuluan/Pengenalan • Pendahuluan – menerangkan tentang definasi katakunci-katakunci penting yang terlibat dengan projek • Latarbelakang masalah • Sebab kajian dibuat dan kepentingannya • Kajian literatur/kajian terhadap kerja-kerja/penyelesaian yang telah dilakukan sehingga sekarang • Nyatakan tujuan projek yang akan dilakukan serta perbezaannya/kelebihannya berbanding dengan kerja terdahulu • Berikan sepintas lalu jangkaan hasil dan keputusan (dalam bentuk yang boleh diukur/measurable) 1.1 Pernyataan Masalah • Menyatakan persoalan utama yang ingin diselesaikan di dalam pembangunan •

projek ini Biasanya ditulis dalam bentuk persoalan-persoalan bagi masalah yang perlu diselesaikan



Menyatakan masalah sebenar yang hendak diselesaikan.

1.2 Matlamat • Tujuan utama yang hendak dicapai di akhir projek Setiap projek hanya mempunyai satu matlamat, ditulis dalam satu bentuk pernyataan ringkas dan jelas serta boleh terdiri dari satu atau gabungan beberapa ayat yang ringkas. 1.3 Objektif • Perkara-perkara yang perlu dicapai/dilaksanakan sepanjang perlaksanaan projek ke arah pencapaian matlamat • Biasanya ditulis dalam bentuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan • Setiap projek boleh mengandung lebih daripada satu objektif Objektif projek hendaklah ditulis dalam bentuk ‘point form’ dengan ringkas, jelas serta boleh diukur tahap perlaksanaan serta kejayaan setiap satunya. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM – Projek Sarjana Muda 3 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.4 Skop • Huraikan ruang lingkup projek 1.5 Justifikasi/Kepentingan • Kenapa anda perlu bangunkan sistem tersebut • Faedah yang akan diperolehi • Siapa yang akan mendapat faedah tersebut dan bagaimana ? BAB 2 : KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH 2.1 Pendahuluan 2.2 Latarbelakang Organisasi 2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada • Kajian ke atas sistem manual yang digunakan sekarang • Kajian ke atas sistem-sistem lain yang seumpamanya 2.4 Analisa Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada • Membincangkan hasil kajian ke atas sistem sedia ada – kelebihan, kekurangan dan perbezaan sistem-sistem yang dikaji. 2.1 Kajian keatas teknik-teknik, peralatan-peralatan dan teknologi berkaitan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah 2.1.1 ASP (contoh) 2.1.2 VBScript (Contoh) 2.1.3 JSP (Contoh) • Jelaskan hasil kajian – kelebihan, kekurangan dan perbezaan di antara teknik-teknik, peralatan dan teknologi yang dikaji. Setiap kajian mesti ada hasil/findings/kesimpulan, bukan sekadar bincangkan ciri-ciri perkara yang dikaji sahaja BAB 3 : METODOLOGI PEMBANGUNAN 3.0 Pendahuluan 3.1 Kajian Keatas Metodologi • mengkaji metodologi-metodologi yang ada 3.2 Kajian Perbandingan • untuk mengenalpasti metodologi yang paling sesuai untuk digunakan 3.3 Metodologi Pembangunan Perisian 3.4 Kajian terhadap metodologi yang dipilih secara terperinci • perincian ke atas metodologi yang akan digunakan 3.5 Analisa Keperluan Sistem 3.5.1 Justifikasi Perkakasan 3.5.1.1 Perkakasan yang diperlukan 3.5.2 Justifikasi Perisian 3.5.2.1 Perisian yang diperlukan 3.5.3 Spesifikasi Input ƒ Senaraikan semua input yang terlibat dengan terperinci 3.5.4 Spesifikasi Output ƒ Senaraikan semua output yang terlibat dengan terperinci

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM – Projek Sarjana Muda 4 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 4 : HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK AWALAN 4.1 Aliran Kerja Fasa Keperluan (milestone: penakrifan keperluan yang lengkap bagi PSM I) 4.1.1 Permodelan Use-Case 4.1.1.1 Keterangan Aktor (Penerangan ringkas bagi setiap aktor yang terlibat dalam sistem) 4.1.1.2 Keterangan Use-Case (Penerangan ringkas bagi setiap Use-Case yang ada dalam sistem) 4.1.2 Gambarajah Aktiviti (Gambarajah aktiviti bagi setiap Use-Case yang ada dalam sistem) 4.2 Aliran Kerja Fasa Analisis (milestone: model analisis yang hampir lengkap bagi PSM I) 4.3 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk (milestone: hanya peringkat rekabentuk senibina / rekabentuk awal bagi PSM I) BAB 5 : PERBINCANGAN DAN PERANCANGAN PERLAKSANAAN 5.1 Rumusan Masalah 5.2 Pencapaian • Pencapaian daripada PSM I 5.3 Perancangan Perlaksanaan • Perancangan untuk PSM II 5.4 Kesimpulan SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN Jadual perlaksanaan - Carta Gantt untuk PSM I dan PSM II Carta Organisasi – jika berkenaan Spesifikasi Keperluan Perisian Gambarajah Aktiviti Gambarajah Jujukan Gambarajah Hubungan-Entiti Gambarajah Rekabentuk Pangkalan Data – jika berkenaan Lain-Lain Gambarajah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM