ajaran sesat mengancam aqidah umat - Jabatan Hal Ehwal Agama ...

23 downloads 183 Views 156KB Size Report
30 Sep 2011 ... akhlak Islam adalah kesesatan yang sejauh-jauhnya. ... perkara aqidah, Syariat dan akhlak Islam mengikut hawa nafsu mereka semata-mata, ...
KHUTBAH JUMAAT 02 ZULKAEDAH 1432H BERSAMAAN 30 SEPTEMBER 2011M

AJARAN SESAT MENGANCAM AQIDAH UMAT Oleh: JHEAINS

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH, Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Melaksana perintah dan meninggalkan larangan dengan penuh ketaatan dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Itulah ciri umat yang beriman dan bertaqwa. Sesungguhnya mulialah orang yang bertaqwa itu. JEMAAH JUMAAT YANG BERIMAN, Syirik atau mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa jua dalam Aqidah, Syariat dan akhlak Islam adalah kesesatan yang sejauh-jauhnya. Firman Allah SWT di dalam Al Quran:

         Maksudnya: “...Dan sesiapa yang mensyirikkan (mempersekutukan) Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” (Surah AnNisaa’, ayat 116) Ini bermaksud amalan syirik menjurus kepada ajaran sesat. Lantaran berlakunya kesesatan kerana perbuatan kumpulan ajaran sesat yang merubah, menambah dan mengurangkan dalam perkara aqidah, Syariat dan akhlak Islam mengikut hawa nafsu mereka semata-mata, misalnya seorang ketua kumpulan ajaran sesat mengakui dirinya menjadi nabi akhir zaman, menerima wahyu dan pelbagai dakwaan luar biasa lagi. Sedang dalam aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Nabi Muhammad SAW adalah penutup para Nabi dan Rasul, tidak ada Nabi dan Rasul selepas Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dalam Syariat, kumpulan ajaran sesat mendakwa seperti tidak perlu solat, puasa cukup 3 hari saja, pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan. Hakikat Syariat dan ajaran Islam yang sebenar diwajibkan Solat Fardu lima waktu, Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak dan wajib berpuasa sebulan Ramadan. 1

Ajaran sesat itu ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam (sebenar) yang berdasarkan Al Quran dan As-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Antara ciri-ciri ajaran sesat itu, ialah: 1.

Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain selain Kitab Suci Al Quran.

2.

Mempercayai adanya Kiblat selain dari Ka’abah.

3.

Mempertikaikan kebenaran Al Quran dan Al-Hadith.

4.

Ketua kumpulan atau sesiapa yang mendakwa dirinya atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Mahdi Al-Muntazar dan lain-lain.

5.

Mendewa-dewakan diri atau pemimpin/ketua atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seperti mendakwa dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain misalnya boleh berkahwin lebih daripada empat.

6.

Menafsir dan menghuraikan Al Quran dan Hadith mengikut sesuka hati.

7.

Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati.

8.

Membesar-besarkan sesuatu selain Allah SWT, seperti menyeru orang yang telah mati di dalam doa atau jampi yang diamalkan bomoh/dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

9.

Melarang ahli jangan bergaul dengan masyarakat atau kumpulan selain mereka.

10.

Memaksa dan mengugut ahli dengan pelbagai cara, seperti jika tidak yakin akan ditimpa musibah dan sebagainya.

Oleh itu, jika terdapat ciri-ciri ini dalam masyarakat. Umat Islam berkewajipan menangani perkara itu dengan cara seperti mengadukan kepada pihak berkuasa agama dan agensi-agensi keselamatan lain untuk diambil tindakan mengikut undang-undang. JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN, Hanya Islam agama yang benar dan diiktiraf atau diredhai di sisi Allah SWT, firman-Nya:

      Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat: 19)

2

Islamlah sebaik-baik agama dan sempurna untuk manusia. Kenapa segelintir umat Islam boleh terpengaruh dengan ajaran agama lain atau ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam dari segi aqidah, Syariat dan akhlak. Beringat sebelum kena. Menyesal dahulu jangan menyesal kemudian. Justeru umat Islam hendaklah berwaspada terhadap penyebaran ajaran sesat dalam masyarakat. Jangan sampai kita, anak isteri, golongan remaja, belia dan masyarakat Islam terpengaruh dan terjebak dalam kesesatan yang mereka sebarkan. Allah SWT mengingatkan umat Islam di dalam firman-Nya:

              Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak termasuk dari golongan orang yang rugi”. (Surah Ali Imran, ayat: 85) Ayat ini, menegaskan kepada umat Islam supaya tidak mencari agama atau ajaran agama selain daripada agama dan ajaran Islam yang sebenar. Apa lagi ajaran itu adalah ajaran sesat yang disebarkan oleh golongan yang terpesong jauh daripada Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam. JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Al Quran adalah Kitab Suci menjadi hidayah dan petunjuk bagi umat Islam. Firman Allah SWT:

            Maksudnya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk (hidayah) dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…” (Surah Al-Baqarah, ayat: 185) Al Quran sahaja yang akan memandu dan membimbing manusia tentang perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Firman Allah SWT lagi:

                 Maksudnya: “Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan orang yang beramal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”. (Surah Al-Israa’, ayat: 9) Ayat ini, menegaskan bahwa Al Quran adalah satu-satu Kitab Suci yang pasti menunjukkan jalan yang lurus, benar dan betul, yakni agama Islam. Dalam Islam segala perkara dan bidang kehidupan yang berkaitan dengan manusia dijelaskan dan ditunjukkan dari segi aqidah, Syariat, akhlak dan sebagainya. JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Aqidah yang bertunjangkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah benteng umat Islam daripada serangan segala macam bentuk kesesatan atau ajaran sesat, amalan khurafat dan sebagainya yang berlaku dalam persekitaran kehidupan umat Islam hari ini. 3

Termasuklah ideologi-ideologi moden, pemikiran, budaya dan fesyen yang jelas bertentangan dengan aqidah, Syariat dan akhlak Islam. Nabi SAW sejak 1,400 tahun yang lalu telah mengingatkan umat Islam tentang kepentingan Kitab Al Quran dan Sunnah-Nya, dalam sabdanya: (‫ ﻛﺘﺎب اﷲ وﺳﻨﺔ رﺳﻮل اﷲ )رواه اﻻﻣﺎم ﻣﺎﻟﻚ وﻣﺴﻠﻢ‬,‫ﺗﺮﻛﺖ ﻓﯿﻜﻢ أﻣﺮﯾﻦ ﻟﻦ ﺗﻀﻠﻮا ﻣﺎ ﺗﻤﺴﻜﺘﻢ ﺑﮭﻤﺎ‬ Maksudnya: “Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu: Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah RasulNya”. (HR Imam Malik dan Muslim) Berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dengan maksud umat Islam mesti mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungan dan pengajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam semua bidang kehidupan. Sesungguhnya besar pahala dan manfaatnya bagi umat Islam yang berpegang dan mengamalkan Sunnah, sebagaimana sabda Nabi SAW: ِ(‫اﻟﻤﺘﻤﺴﻚ ﺑﺴﻨﺘﻰ ﻋﻨﺪ ﻓﺴﺎد أﻣﺘﻰ ﻟﮫ أﺟﺮ ﺷﮭﯿﺪ )رواه اﻟﻄﺒﺮاﻧﻰ‬ Maksudnya: “Orang yang berpegang kepada Sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang yang syahid”. (HR At-Thabrani) JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN, Demikianlah, Islam mengutamakan kesejahteraan, keselamatan, keamanan dan juga kehidupan umatnya agar sentiasa terpelihara melalui penjagaan aqidah, Syariat dan akhlak Islam. Kesimpulannya, sekiranya sudah jelas dan nyata kesalahan atau kesesatan sesebuah kumpulan ajaran sesat dari segi aqidah, Syariat dan akhlak Islam, maka umat Islam wajar menolak ajaran kumpulan sedemikian. Marilah bersama-sama membenteras semua bentuk ajaran sesat dengan mengajak mereka kembali ke jalan Islam sebenar, jangan menjadi pengikut kepada mereka, mengadukan kepada pihak berkuasa agama dan sebagainya.

Disediakan oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

4