awas perangkap bomoh - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri ...

6 downloads 97 Views 371KB Size Report
9 Nov 2012 ... mengamalkan sihir, ilmu hitam, menurun dan sebagainya. Pastikan kesahihan bomoh itu orang yang berpengetahuan Islam, kenal pasti ...
Khutbah Jumaat 24 Zulhijjah 1433H bersamaan 09 November 2012M

AWAS PERANGKAP BOMOH Oleh: JHEAINS

                     

JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH, Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benarnya. Yakni melaksanakan segala perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Ingatlah bahawa hidup bertaqwa itu adalah sebaik-baik jalan hidup orang yang beriman. Firman Allah SWT:

               Maksudnya: “(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripada-Nya)”. (Surah Muhammad, ayat: 36) JEMAAH JUMAAT YANG BERIMAN, Sering kali wanita diperdaya oleh mereka yang mendakwa diri sebagai bomoh, malah ada yang mengaku tahu segala-galanya dan baru-baru ini satu lagi berita seorang wanita diperkosa dan dijadikan hamba seks selama 100 hari sebagai syarat mengubati penyakit. Kes seperti ini sudah acap kali berlaku dalam masyarakat kita dan amat membimbangkan.

1

Puncanya adalah sikap mudah terpengaruh, terpedaya dan kejahilan segelintir masyarakat tentang amalan perbomohan yang telah menjadi adat tradisi masyarakat kita sejak sekian lama. Sehingga ada yang tidak dapat bezakan bomoh sebenar dengan bomoh palsu atau bomoh baik dengan bomoh jahat. Bayangkan sampai ada yang ditipu dan diperkosa, baru menyedari bahawa bomoh berkenaan memang seorang penipu, jahat dan sesat. Perbuatan memperkosa dan menipu adalah satu jenayah. Ini juga antara gejala dan ciri amalan perbomohan yang dilakukan oleh bomoh-bomoh penipu, jahat dan sesat yang tidak berhati perut itu. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah berwaspada dengan perangkap jahat bomoh-bomoh penipu, palsu dan jahat sedemikian. Dalami ilmu Islam dan rujuk atau bertanyalah kepada orang yang benar-benar tahu. Hari ini usaha kerajaan memperkenalkan rawatan dan pengubatan alternatif melalui rawatan Islam telah mula dipraktikkan di beberapa hospital, selain pusat rawatan Islam yang diusahakan pengamal perubatan Islam. Semua ini adalah bertujuan supaya umat Islam dapat diselamatkan dari segi aqidah, Syariah dan akhlak. Dengan harapan tidak ada lagi umat Islam terjebak dalam amalan perbomohan yang syirik, khurafat dan mengamalkan sihir, ilmu hitam, menurun dan sebagainya. Pastikan kesahihan bomoh itu orang yang berpengetahuan Islam, kenal pasti pegangan hidupnya dari segi aqidah, ibadah, akhlak dan amalan hidupnya apakah benar-benar mengikut Syariat Islam. Ketahuilah, sesungguhnya orang yang menjaga dan melindungi dirinya, keluarga atau orang lain dengan cara meminta pertolongan kepada jin, akan menambah kejahatan dan kerosakan, firman Allah SWT di dalam Al Quran:

                                         Maksudnya: “Dan (dengan ajaran Al Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran. Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. (Surah Al-Jinn, ayat: 3-6) Sebahagian Ahli Tafsir menjelaskan tentang manusia minta pertolongan daripada jin: Kerana dengan sebab permintaan itu dapatlah golongan jin itu (dengan hasutannya) menjadikan manusia itu bertambah-tambah dosanya. JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN, Sihir adalah ilmu yang diajarkan oleh syaitan. Jangan pelajari kerana ia membahayakan manusia dan tidak memberikan apa-apa manfaat. Firman Allah SWT:

2

                                                                                   Maksudnya: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya), kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: „Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)‟. Dalam pada itu ada juga orang yang mempelajari dari mereka berdua, ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberikan manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”. (Surah Al-Baqarah, ayat: 102) Merujuk maksud ayat ini, ia mempunyai beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam bermula dari kisah Nabi Sulaiman AS, perihal hukum belajar dan amalan sihir serta syaitan dan perangai jahatnya yang sentiasa menggoda manusia. Semua itu hendaklah dijadikan pengajaran kepada umat Islam, antara pengajaran penting daripada ayat ini, ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Nabi Sulaiman AS tidak mengamalkan sihir. Syaitanlah yang mengajarkan sihir yang menjadi sebab kekufuran manusia. Belajar ilmu sihir hanya akan mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada diri sendiri Ilmu sihir juga tidak akan memberi kebaikan dan manfaat kepada orang yang mempelajarinya. Ilmu sihir tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat atau membahayakan seorang pun melainkan dengan izin Allah SWT. Memilih atau mempelajari ilmu sihir tidak akan mendapat bahagian kebaikan di akhirat kelak. Mempelajari ilmu sihir adalah dilarang kerana ia hanya mendatangkan mudarat dan bahaya kepada manusia.

Sebagai kesimpulannya, para Ulama rahimahumullahu Ta’ala ‘alaihim, antaranya Ibnu Qudamah, Ibnu Hibban dan Al-Hafiz Ibnu Hajar sepakat bahawa mempelajari ilmu sihir itu adalah haram, ditegah oleh Syarak, lebih-lebih lagi mengamalkannya dan boleh membawa kepada kufur, Na’uzubillahi min zalik JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN, Solat orang yang suka mendatangi bomoh yang suka meramal dan menilik tidak akan diterima selama empat puluh malam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa mendatangi dukun peramal dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka solatnya selama empat puluh malam tidak diterima”. (HR Muslim)

3

Mempercayai kata-kata atau tilikan dan ramalan bomoh atau dukun bermakna kita juga akan mengingkari apa yang diturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW, sebagaimana sabda Rasulullah SAW menjelaskan perkara ini, yang bermaksud: “Sesiapa mendatangi kahin (dukun atau bomoh) meramal dan percaya kepada kata-katanya, maka dia telah mengkufuri (mengingkari) apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad SAW”. (HR Abu Daud) Jampi mentera, gelang penangkal dan sihir adalah amal syirik, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya pengubatan dengan jampi mentera, kalung gelang penangkal sihir dan sihir adalah syirik”. (HR Ibnu Majah) Merujuk kepada mafhum Hadith ini, maka umat Islam dikehendaki meneliti tentang ciri-ciri bomoh yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam, antara ciri-ciri itu, ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Mesti beragama Islam, berakal dan baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya. Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa syirik sama ada melalui iktiqad, perkataan atau perbuatan. Tidak meninggalkan ibadah wajib seperti Solat fardu lima waktu, puasa, zakat dan haji. Tidak melakukan maksiat, jenayah dan perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Tidak menafsirkan ajaran Islam mengikut hawa nafsu. Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun. Tidak bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara ditegah oleh Syarak. Tidak meminta pertolongan jin dalam rawatan dan pengubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi menafikan kekuasaan Allah Ta’ala. Tidak melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa akan datang. Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT, kerana Allah SWT sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan.

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, Sebagai panduan bagi mempastikan amalan perbomohan itu tidak bertentangan dan tidak bercanggah dengan aqidah, Syariat dan ajaran Islam, umat Islam hendaklah mempastikan perkara-perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tidak menggunakan amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata. Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat. Tidak boleh percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri. Tidak boleh melakukan perkara atau amalan yang berunsur syirik seperti semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain. Tidak boleh menyembelih binatang untuk suatu tujuan yang bukan Syar’ie (yakni tidak berdasarkan Syariat). Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk ‘ghaib’ dalam acara perbomohan. Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu. Tidak boleh mentaati (suruhan) bomoh pada perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan Syariat Islam. Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan aqidah, Syariah dan akhlak Islam.

4

JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH, Demikianlah, Islam memandu dan menunjukkan jalan hidup yang sebaik-baiknya, supaya umat Islam berhati-hati dalam amalan perbomohan demi mengelak diri, keluarga dan masyarakat Islam daripada terjebak dalam amalan syirik, khurafat, maksiat dan kemungkaran. Sesungguhnya panduan dan petunjuk dari Syariat Islam itu adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan akhirat dengan cara melaksanakan Syariat dan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan, firman Allah SWT di dalam Al Quran:

              Maksudnya: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak (termasuk) dari (golongan) orang yang rugi”. (Surah Ali ‘Imran, ayat: 85)

‫ْهللهللُل اَااَ ْهللكَُىا لْ ْلهلل‬ َ ‫بَااَ َك َهللُ لهللىْاَلهللكَ َى لا لاهللهللبْااَ لى لللعَظْهللُ لى َ ْا لفاْهللِهللكَو ََ ََّْاَلهلل َكُْاااَ لْالهلل ْبََاَهلل ْيفلاوْهلللْا‬ ‫ال َك َتولهللُْوولهلل لهوَهللُىس َْ لفعلهللُ لى َ ْل لفالهللِهللأَ لق لو للهللقَاول ْىْلهللهَا َُهللهللكَُ لاهلل َت لغ َْ للهلل‬ َ ‫ح ْ لفاْهللِهلل َك َت َبلَهلللََّْهلل َك ْل لَّ لالهلل ْت‬ َ ‫ُ لى‬ ‫ْهللكَُ لى لَ لل ْلََّااَ ْهلل َيفَااَهلل‬ َ ‫ْهللكَُ لى لَسلاا ْلَََ ْهللكَُ لىَلاا لل ْل َّْ لف‬ َ ‫ْهلل َك َى لاا لاهلل َكهلل ْىسَااَ ْم ْلهللُ لى لَسلاا ْل َْ لف‬ ‫ُ َهللُ لى َ ْاا لف َاهللهللْىاا ل‬ ‫هللهلل هلل‬.َْ‫س َت لغ َْ ْل لاَْهللكَا َهلل َوجََةَهللُىتَ َْ ْب لف‬ ‫َي لومَُ لىَل ل‬ ‫هلل‬

Diedar oleh: Bahagian Penyelidikan dan Informasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

5