BUKU ISLAM DAN KETAMADUNAN

259 downloads 33388 Views 7MB Size Report
APLIKASI MAQASID AL-SYARIAH DALAM PENDIDIKAN ALAM .... buku teks. Berkecimpong dalam bidang pendidikan Islam sebagai mu'allim dan murabbi.
ISLAM &

KETAMADUNAN MELAYU SUMBANGAN KE ARAH KEMAJUAN SEJAGAT



-2014-

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Islam dan Ketamadunan Melayu: Sumbangan Ke Arah Kemajuan Sejagat Cetakan Pertama 2014

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-39-3 Editor: Mohd Roslan Mohd Nor & Khadher Ahmad Editor Bersama: Muhammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Siful Anwar Nawawi, Mohd Zaidi Daud, Asyiqin Ab Halim & Nurhanani Romli. Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Time News Roman dan Calisto MT.

Diterbitkan oleh: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur. Emel: [email protected]. Tel: +603-79676012 Faks: +603-79676030

Susun atur huruf oleh: GreenK Services and Publications©

ISLAM & KETAMADUNAN MELAYU



SENARAI KANDUNGAN   

i v

SENARAI KANDUNGAN PRAKATA Bil.

Kandungan

Halaman

Pengajaran dan Pendidikan  1.

PEMBAHARUAN PENDIDIKAN ISLAM DI SELATAN THAILAND: TINJAUAN TERHADAP PENGALAMAN TUAN GURU SAR Abdullah Bin Yusuf Kareena

1-14

2.

KEPENTINGAN PENYERAPAN UNSUR SAINS KESIHATAN DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM Mohammad Syukor Bin Mohammad Ghulam Tengku Sarina Aini Binti Tengku Kasim Fakhrul Adabi Bin Abdul Kadir

15-27

3.

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH: KAJIAN KES TERHADAP PESAKIT HIV/AIDS DI RUMAH SOLEHAH KUALA LUMPUR Khairul Hamimah Mohammad Jodi

29-40

4.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDEKATAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Yusmini Md Yusoff Fadillah Mansor Zaharah Hussin Robiatul Adawiah Jamali

41-52

5.

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM): SUATU TINJAUAN KE ARAH PENAMBAHBAIKAN Muhammad Lukman Ibrahim Asyraf Isyraqi Jamil Tengku Sarina AiniTengku Kasim Mohd Anuar Mamat Adama Bamba Abdul Aziz Rekan Musaiyadah Ahmadun

53-74

[i]

6.

APLIKASI MAQASID AL-SYARIAH DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BERASASKAN OPSIKOLOGI: PENGALAMAN MALAYSIA DAN INDONESIA SERTA REFLEKSINYA DI PERINGKAT GLOBAL Abd. Aziz Rekan Mohd Istajib Mokhtar Tengku Sarina Aini Tengku Kasim

75-92

7.

7 DAYS EDUCATION; ANTICIPATORY-RESPONSIVE EFFORTS TO CIVILIZATION GLOBAL DEVELOPMENT Dindin Jamaluddin Tedi Priatna

93-98

8.

STRATEGY OF TECHNOLOGY UTILIZATION IN SUPPORTING THE IMPLEMENTATION OF KNOWLEDGE MANAGEMENT IN EDUCATIONAL INSTITUTION Muhammad Ali Ramdhani Hilda Ainissyifa

99-110

9.

BUDAYA MUTU PADA PENDIDIKAN MADRASAH TSANAWIYAH DI JAWA BARAT DITINJAU DARI STANDAR NASIONAL PENDIDIKAN Asep Nursobah Nurwadjah Ahmad EQ

111-122

10.

KEBERKESANAN TEKNIK IQRA’ DAN AL-BAGHDADI DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN DI MALAYSIA: KAJIAN PERBANDINGAN Norsyida binti Md Zin Sedek Ariffin

123-134

11.

PEMUGARAN AKHLAK MURID MENERUSI PROGRAM ‘SAHSIAH UNGGUL MURID’ (SUMUR) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI MALAYSIA Muhammad Nordin Ezad Azraai Jamsari Ab Halim Tamuri

135-141

12.

PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBENTUKAN BUDAYA MASYARAKAT ISLAM DI KUCHING, SARAWAK Ezad Azraai Jamsari Azmul Fahimi Kamaruzaman Hakim Zainal

143-156

Pemikiran dan Dakwah Islam  13.

PEMERKASAAN PEMIKIRAN KRITIS ISLAM SEBAGAI PENDEKATAN DALAM MENGUKUHKAN TAMADUN MELAYU KINI Norafifah Ab Hamid Nor Azlina Abd Wahab Nor Ajila Che Man

157-170

14.

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) SEBAGAI KUMPULAN MINORITI DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA KEMUDAHAN FIZIKAL DAN SPIRITUAL Muhammed bin Yusof Mohamad Kamil bin Hj Ab Majid

171-178

15.

PEMIMPIN SEBAGAI BAYANGAN ALLAH DI MUKA BUMI: SUDUT PANDANG ULAMA SILAM NUSANTARA Raja Hisyamudin Raja Sulong Bharuddin Che Pa

179-188

[ii]

ISLAM & KETAMADUNAN MELAYU

16.

ASPEK METODOLOGI DALAM PERBAHASAN HAKIKAT ALAM DI ALAM MELAYU: ANALISIS SOROTAN LITERATUR Mohammaddin Abdul Niri Sa’adan Man Che Zarrina Sa’ari Mohd Zambri Zainuddin Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi

189-206

17.

DAKWAH STRUKTURAL MELALUI KEBIJAKAN PUBLIK (STUDI KASUS DAKWAH PEMBANGUNAN DI KOTA BANDUNG) Tata Sukayat

207-223

Sejarah dan Ketamadunan  18.

KOLEKSI PERSENDIRIAN SHEIKH TAHIR JALALUDDIN DI ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM) Noorzahidah Mohd Zain Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid Salina Sahri

225-234

19.

PENULISAN MANUSKRIP JAWI DI ALAM MELAYU: SATU TINJAUAN HISTORIS Salsabil Haji Mohd Zain Mustaffa Abdullah Muhamad Alihanafiah Norasid

235-244

20.

RECEPTION OF ISLAMIC LAW ON INDIGENOUS COMMUNITIES: STUDY OF LEGAL ANTHROPOLOGY IN BADUY, KAMPUNG NAGA, AND MARUNDA PULO Abdurrahman Misno Bambang Prawiro

245-260

21.

EPISTEMOLOGI MENCARI JODOH DALAM MANUSKRIP MELAYU MSS 2590 SYAIR LAKSANA KITA Azmul Fahimi Kamaruzaman Ezad Azraai Jamsari Muhammad Firdaus Hafizi Fauzi

261-272

22.

SINKRETISME AGAMA DALAM TRADISI BABARI ( ANALISIS SELAMATAN BUMI, DI KAMPUNG BOJONG NEROS, BOGOR) Zahrotunni’mah Retno Triwoelandari H. Suyud Arif

273-284

23.

PROSPEK PENGEMBANGAN PRODI MPI DI INDONESIA Prof. Dr. Sanusi Uwes

285-292

24.

KEISTEMEWAAN MANUSKRIP KITAB ARAB DAN MANUSKRIP ISLAM MELAYU Salmah Ahmad Ezad Azraai Jamsari

293-300

25.

SEJARAH PENCIPTAAN DAN FUNGSI ASTROLAB SEBAGAI ALATAN ASTROFIQH DI MALAYSIA Mohd Hafiz Safiai Ibnor Azli Ibrahim Ezad Azraai Jamsari

301-312

[iii]

26.

313-324

PULAU PENYENGAT SEBAGAI PUSAT INTELEKTUAL ABAD KE-19M DAN KE-20M DI RIAU Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad Ezad Azraai Jamsari Muhammad Zahir Ismail

Sumbangan Cendekiawan  27.

28.

'MERANTAU' DAN KESEDARAN KEROHANIAN SEBAGAI PENYUMBANG KEPADA TAMADUN ILMU : ANALISIS PERBANDINGAN PENGALAMAN AL-GHAZALI DAN ULAMA NUSANTARA TERPILIH Noor Shakirah Mat Akhir Roshimah Shamsudin

‫دور الشيخ إمساعيل أمحد الندوي يف خدمة اجملتمع اإلسالمي والدعوة بتايالند‬

325-336

337-352

‫نصر هللا مدتابونج‬ ‫عبد هللا بن يوسف كرينا‬

‫الشيخ توان سواناسات وجهوده يف نشر الثقافة اإلسالميةبتايالند‬

29.

353-366

‫أديساك نومشي‬ ‫عبدهللا بن يوسف كارينا‬ 30.

SUMBANGAN SHEIKH TUAN MINAL DALAM KARYATIF TAMADDUN ISLAM TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI SELATAN THAILAND Awae Maeh-ouma Abdullah bin Yusuf Kareena

367-379

31.

SYEIKH MUHAMMAD ’ARSYAD BIN ABDULLAH AL-BANJARIY DAN SUMBANGANNYA DALAM PENULISAN KITAB JAWI Abdurrohman Chapakiya Abdullah bin Yusuf Kareena

381-392

32.

PENGHURAIAN AQIDAH DALAM KARYA ULAMA’ PATTANI DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN METHOD HURAIAN AQIDAH OLEH IMAM AL-NAWAWIY Abdulhadee Sabuding

393-404

33.

INISIATIF KELUARGA ALSAGOFF DALAM PENUBUHAN MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH DI SINGAPURA Ezad Azraai Jamsari Adibah Sulaiman @ Mohamad Siti Noorasikin Tumiran

405-418

34.

ANALISIS METODOLOGI PENUKILAN HADITH DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARYA SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI Khadher Ahmad Ishak Hj. Suliaman Sedek Ariffin

419-434

435

CATATAN

[iv]

ISLAM & KETAMADUNAN MELAYU



 PRAKATA  

A

lhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan nikmatNya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Buku “ISLAM DAN KETAMADUNAN MELAYU: Sumbangan ke Arah Kemajuan Sejagat” adalah penerbitan yang dihasilkan dalam merealisasikan perbincangan terhadap sumbangan dunia Melayu dalam ketamadunan global. Buku ini mengandungi 34 artikel yang mewakili pelbagai bidang keilmuan yang membincangkan beberapa aspek berkenaan dengan Islam dan ketamadunan Melayu sejagat. Aspek perbincangan yang disentuh dalam buku ini adalah berkaitan dengan tentang pengajaran dan pendidikan, pemikiran dan dakwah Islam, sejarah dan ketamadunan dan sumbangan cendiakawan dalam ketamadunan Melayu di Nusantara. Keseluruhan artikel tersebut adalah hasil daripada beberapa artikel terpilih yang telah dibentangkan dalam International Conference on Islam in Malay World IV (Seminar Antarabangsa Islam di Dunia Melayu IV) yang diadakan pada 19, 20 dan 21 September 2014 bertempat di Kelana Beach Resort (Baitul Hilal), Port Dickson, Negeri Sembilan. Penerbitan buku ini adalah sebagai satu sumbangan kepada usaha kerjasama antara warga akademik dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan Program Pasca Sarjana, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung dalam menganjurkan seminar tersebut. Bahkan, seminar tersebut turut mendapat penyertaan daripada ahli akademi dari institusi lain sehingga menjadikan perbincangan tentang alam Melayu dalam memberi sumbangan terhadap ketamadunan global tampak jelas sekali. Pertukaran idea dan perkongsian maklumat penyelidikan yang telah dijalankan diharapkan dapat meluaskan lagi perkembangan ilmu-ilmu Islam khususnya di alam Melayu. Oleh yang demikian, seluruh artikel yang terdapat dalam buku ini adalah hasil daripada kajian ilmiah yang mempunyai rujukan yang berautoriti serta mengetengahkan penemuan terkini dan menjawab persoalan semasa. [v]

Akhirnya, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan akan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta dapat membangunkan ketamadunan umat Islam dengan jayanya. Wabillahi al-Tawfiq

Editor



[vi]

ISLAM & KETAMADUNAN MELAYU

[vii]

[viii]



PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN 

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

PEMBAHARUAN PENDIDIKAN ISLAM DI SELATAN THAILAND: TINJAUAN TERHADAP PENGALAMAN TUAN GURU SAR(1)  Abdullah bin Yusuf Kareena(2) Abstrak: Esai ini bertujuan untuk membincangkan pengalaman tuan guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam tiga wilayah Sempadan Selatan Thailand dari sudut pembaharuan Pendidikan Islam. Daftar pencatatan dan wawancara diamalkan bagi mengumpulkan data-data dan analisis data dengan menggunakan kaedah qualitatif dan kaedah historis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semasa para tok guru-tok guru pondok bergelut mempertahankan sekuat mungkin unsur-unsur kepondokan, tuan guru muncul dengan mempamerkan corak pendidikan agak berbeza. Dalam kemelut sosial ketokguruan dan budaya kepondokan melingkarinya, tuan guru mengaturkan strategi-strategi rapi bagi menjalankan kegiatan-kegiatan ilmiyah di samping membendung jati-pendidikan dan kesenambungannya. Melalui strategi unik, tuan guru berjaya melangkau kepada era pendidikan Islam dengan sistem persekolahan agak selesa, tanpa kehilangan warisan budaya pembelajaran sistem pondok sedikitpun. Malahan berjaya menjana generasi pelapis warisan tuan guru dengan penuh kehibatan, menjana intelektual Islam pembendong identiti masyarakat melayu-Muslim hingga ke hari ini. Kata Kunci: Pembaharuan, Pendidikan Islam, Pengalaman

PENDAHULUAN Semasa pendidikan Islam sistem pondok diselenggarakan oleh tok guru-tok guru mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat Islam dalam tiga wilayah Sempadan Selatan Thailand; Pattani, Yala dan Narathiwas. Muncul angkatan muda menawarkan sistem pendidikan Islam agak berlainan beberapa sudut daripada sistem pondok sama ada pemikiran, pembelajaran, perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan sebagainya. Pada peringkat awal sistem ini bermulai dari madrasah atau makhad kemudian diubahsuai kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) hingga sekarang manakala pengasas-pengasasnya sebagai mudir atau tuan guru. Tuan guru SAR yang dimaksudkan ialah tuan guru angkatan pertama pengasas sistem persekolah (1958-1968), menubuh madrasah atau makhad agama dan karya buku(1)

(2)

Tajuk kertas kerja ini hasil sainthesis daripada penyelidikan tentang riwayat hidup Tuan guru Haji Wan Yusuf al-Bandariy al-Fataniy. Tajuk asal penyelidikan ialah “Takhrij Hadith Dalam Kitab Pelajaran Hadith siri 1, 2 oleh Tuan guru Haji Wan Yusuf al-Bandariy al-Fataniy. Bahagian Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam, Prince of Songkla University (PSU), Kampus Pattani. Abdullah bin Yusuf Kareena (Ph.D), adalah Professor Madya di Jabatan Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam (CIS), Prince of Songkla University (PSU), Kampus Pattani, Thailand. E-mail: [email protected].

1

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

buku teks. Berkecimpong dalam bidang pendidikan Islam sebagai mu‘allim dan murabbi di samping memikir cara-cara untuk mengangkat taraf pencapaian ilmu serta membila masa depan pelajar-pelajar. Sistem pengajian agama tersebut membawa perubahan sangat besar dan seolah-olah dengan wujudnya dianggap masa pembaharuan pendidikan Islam di Selatan Thailand(1). Sebelum munculnya tidak pernah wujud sistem persekolah di mana-mana kawasan. Adalah sistem persekolah dipelupori oleh tuan guru membawa perubahan positif, berjaya menjanakan ulama’ pelapis dan merekod model pendidikan Islam(2). Pendidikan tuan guru memberi pengajaran berguna dalam banyak sudut seperti pembangunan modal insan, pembelajaran agama, perkhidmatan masyarakat, kebudayaan dan penyelidikan. Malahan juga memanifestasikan taraf pencapaian ilmu, memperkasakan budaya pendidikan peribumi dan mempertahankan warisan ulama’ Pattani. Sepanjang masanya dapat mencantumkan pengalaman berguna kepada para pendidik Islam dan masyarakat Islam. Namun, setakat ini belum dijumpai lagi penyelidikan ilmiyah secara langsung dijalankan oleh ahli-ahli akademik, pendidik-pendidik Islam termasuklah anggotaanggota Badan Agama Islam di Thailand. Dengan demikian, wajarlah diselidiki hal-hal berkaitan tuan guru berkenaan dengan harapan dapatan kajian mewujudkan pengetahuan baru dan mengambil periktibaran daripadanya. Kajian ini berusaha meninjaukan terhadap pengalaman dalam pembaharuan pendidikan Islam. Kajian ini juga memfokuskan kepada mengenalpasti maksud pembaharuan, jatidiri tuan guru dan hubungkaitnya dengan pembaharuan, dan stratigi dalam usaha pembaharuan pendidikan Islam, dalam konteks pembangunan pendidikan Islam dan sumbangannya kepada tamaddun Alam Melayu. PEMERIHALAN PEMBAHARUAN DAN MUJADDID Pembaharuan atau tajdid bermula sejak dari akhir qurun pertama hijrah kemudian berlaku dalam qurun-qurun selepas itu pada setiap tempat dan masa oleh ulama’ berkelayakan dengannya(1). Asas bagi pembaharuan thabit daripada hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada Rasulullah, Baginda bersabda:

)) ‫(( إِن اّلله يهْب هعث ِِله ِذهِ ْاْلم ِة هعلهى هرأْ ِس ك ِل ِمائهِة هسنهة هم ْن ُيه ِدد هِلها ِدينه هها‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan bangkitkan bagi umat ini pada awal-awal setiap seratus tahun orang-orang (siapa sahaja dikehendaki oleh-Nya) yang membaharui bagi mereka akan agamanya”(2). (1)

(2)

(1) (2)

Sekolah-sekolah agama rakyat wujud selepas itu sebagai ikuran daripadanya samaada dilihat dari sistem, cara-cara pembelajaran, kegiatan-kegiatan, buku-buku teks dan sebagainya. Pendidikan Islam bersistem persekolahan disebut juga dengan system modern kerana sebelum mereka tidak pernah wujud di Selatan Thailand dan seluruh Thailand. Lihat huraian lanjut dalam Tarh al-Tathrib fi Syarh al-Taqrib, Zain al-‘Iraqiy, jil.1 h. 96. Hadith Sahih diriwayatkan oleh al-Tabaraniy, al-Ausat, Bab min Ismih: Muhammad, al-Qahirah: Dar alHaramai, juz. 6, h. 323, no. 6527. al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihain, Kitab al-Fitan wa alMalahimn, Bab Amma hadith Abi Awanah, Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, juz. 4, h. 567, no. 8592, 8593. Beliau berkata: Isnad hadith sahih menurut sharat kedua orang imam. Imam al-Dhahabiy tidak menyatakan suatu hokum. al-Daniy, al-Sunan al-Waridah fi al-Fitan, Bab Qaul al-Nabiy, al-Riyad: Dar al-‘Asimah, juz. 3, h. 742, no. 364. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Malahim, Bab Ma Udhkar fi Qarn al-Mi’ah, el.: Dar al-Risalah al-‘Alamiyah, juz. 6, h. 349, no. 429. al-Baihaqiy, Ma‘rifat alSunan wa al-Athar, Muqaddimah, Bab ma Dhakar Maulid al-Syafi‘iy Rahimahullah Ta‘ala, al-Qahirah: Dar al-Wafa’, juz. 1, h. 208, no.422.

2

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Pernyataan daripada hadith berkenaan di antara lain ucapan Baginda “ ُ‫” َم ْن ُي َجدّ د‬ merangkumi dua rangkaian iaitu perihal pembaharuan dan tenaga pembaharuan. Keduaduanya mempunyai hubungan erat di segi pendalilan dan penentuan status dakwaan mengenai tajdid al-Din sebenarnya. a. Tajdid menurut bahasa ialah membaharui, mengembali, menghayati, atau menghidup semula suatu amalan atau aktiviti setelah ditinggalkan beberapa ketika oleh masyarakat Islam, atau memikirkan cara-cara penyampaian, pendekatan dan sebagainya. b. Tajdid menurut istilah memberi makna lebih khusus kepada agama atau berkaitan dengannya umpama pegangan, amalan dan kaifiat seperti berikut: Menghayati amalan-amalan terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, termasuk dalam lingkungan maksud keduanya. Membasmikan bid‘ah dan perkara-perkara rekaan baru berkaitan agama, mematahkan pandangan menyeleweng dari al-Haq dengan hujah-hujah yang kukuh, menghasilkan karyakarya ilmiyah dalam berbagai bentuk rekaan, atau memikirkan cara-cara untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran(4). c. Mujaddid, pembaharuan memerlukan tenaga utama mempunyai asas-asas ilmu pengetahuan agama, kemampuan dalam memikirkan dan mengatur stratigi rapi. Untuk itu, tenaga pembaharuan agama mestilah dari kalangan peribadi bersifat: Alim ilmu pengetahuan agama, berazam dan bercita-cita tinggi untuk menghayati, mereasisasi, mengembang dan menyebarkan al-Sunnah di kalangan masharakat Islam. Mereka sentiasa memikirkan cara-cara untuk mencapai matlamat suci. Di samping itu berusaha dengan penuh gigih membasmikan perkara-perkara bid‘ah dan ciri-cirinya serta perkara-perkara rekaan baru tidak ada asal usul daripada agama, mematah hujah dusta atau dakwaan palsu(1). Pembaharuan berkaitan pendidikan Islam dan pembelajaran diambilkira termasuk dalam pengertian tajdid al-Din lantaran ia mengubahkan kepada tahap lebih bermanfa‘at bagi masyarakat Islam sebagaimana contoh teladan unggul dari Sunnah Nabawiyah (2). Demikian juga dengan mengangkatkan taraf pendidikan Islam dan pencapaian ilmu-ilmu Islam dengan cara-cara serta aktiviti-aktivitinya dapat menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat Islam. Hadith juga menunjukkan maksud pembaharuan itu kepada umum sama ada orang perseorangan mahupun beberapa orang. Tidak terdapat qarinah menunjukkan maksud khas kepada seorang pada suatu tempat dan zaman tertentu sahaja. Jelasnya pembaharu agama mesti daripada orang-orang alim ilmu pengetahuan agama mendalam pada zahir mahupun batin, bukan di sebalik itu(3). Mujaddid Islam itu dikenalpasti (4)

(1)

(2)

(3)

al-Mubarakfuriy, Mir‘at al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, Naris-al-Hind: Idarat al-Buhuth al‘Ilmiyah wa al-Da‘wah wa al-’Ifta’, juz.1, h. 340. al-Azim Abadiy, ‘Aun al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Dawud, Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, juz. 2, h. 264. al-Azim Abadiy, ‘Aun al-Ma‘bud, Bab Ma Yadhkur al-Imam fi Khutbah bi Muna, Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, jil. 5 h. 303. Lihat: Aliy al-Qariy, Miqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masbih, Kitab al-‘Ilm, Bairut: Dar al-Fikr, juz. 1, h. 322.

3

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

dengan sifat-sifat terpuji pada percakapan, perbuatan, tingkahlaku, tindakan dan pergaulan hidup(4). Hakikat sebenarnya tajdid dan mujaddid itu mempunyai asal usul daripada dasar teras agama bukan modernisasi agama atau mubtadi‘(5) sama sekali. Ini dapat dilihat daripada ulama’ mujaddid Islam di antaranya ialah khalifah Umar bin Abd al-Aziz (w. 101 H.), imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘iy (w. 204 H.), imam Abu al-Hasan alAsy‘ariy (w. 324 H.) dan lain-lainnya. TUAN GURU SAR DAN HUBUNGKAIT DENGAN PEMBAHARUAN Dari pengamatan ternyata pembaharuan pendidikan Islam di Selatan Thailand bergantung kepada peribadi tuan guru(1) dalam banyak sudut di antara lain ialah: 1. Miliki Modal Insan Tonggak kegiatan tuan guru dalam pemabaharuan pendidikan ialah memiliki modal insan; ikhlas niat, bertanggungjawab dan beramanah, dan pengorbanan. a. Ikhlas niat dan bersih hati, tuan guru mempunyai niat ikhlas dan bercita-cita tinggi dalam wacana pembaharuan pendidikan Islam sistem persekolahan kerana barangkalinya melihat kepada masa hadapan tidak menoleh kebelakang. Inilah juga melambangkan usaha tuan guru berkenaan dengan penuh gigih membawa cita-cita menuju kepada penghujung jalan walau terpaksa menghadapi berbagai percubaan dan rintangan sekalipun. Keikhlasan niat dan bersih hati yang ada pada mereka selaras dengan petunjuk hadith(2) hingga berjaya menegakkan pusat pendidikan Islam di Thailand sebagaimana dibuktikan oleh ulama’ silam. b. Bertanggungjawab dan Beramanah, tuan guru SAR bertanggungjawab penuh terhadap tugas dengan memain peranan gigih dalam menegakkan sekolah agama dan memajukannya menajdi bukti jagat di alam Melayu. Tidak setakat itu, amanah terhadap dirinya, kawan-kawan seperjuangan, orang-orang di bawah tanggungannnya(1) dan masyarakat Islam amat tinggi. Mereka tidak curang dalam pergaulan, tidak juga (4) (5)

(1)

(2)

(1)

Lihat huraian lanjut dalam Ihya’ Ulum al-Din bagi al-Ghazaliy, juz. 1, h. 125-184. Iaitu mereka-rekakan perkara dari fikiran sendiri, tidak bersumberkan al-Qur’an, al-Hadith dan amalan sahabat. Rekaan baru itu berkaitan dengan urusan-urusan agama, bukan perkara-perkara keduniaan. Tuan guru merupakan warisan pendidikan ulama’ sebelumnya iaitu ulama’ pengasas pondok umpama Tokguru Dala, Tokguru bendang gucil, Tokguru Semela, Tokguru Gelong Mandi, Tokguru Perigi, Tokguru Jambi, Tokguru Bermin dan lain-lainnya. Ulama’ penulisan kitab-kitab Jawi dalam berbagai bidang ilmu teras dan ilmu cabang seperti usul al-Din, fiqh dan tasawwuf dan bidang-bidang lain. Di antara mereka ialah syaikh Dawud bin Abdullah al-Fataniy, syaikh Ahmad bin Muhammad al-Fataniy, syaikh Zain al-Abidin al-Fataniy. Rujuk al-Bukhariy, Sahih al-Bukhariy, Kitab Kaifa Kana Bad’ al-Wahyi ’ila Rasulillah ?, Bairut: Dar Tuq al-Najah, Jil. 1, h. 6, Raqm al-Hadith 1. Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Talaq, Bab Fima Aunia bihi al-Talaq wa al-Niyat, Jil. 2, h. 262, Bairut: al-Maktabah al-‘Asriyah. Ibn Majah, Sunan ibn Majah, Kitab al-Zuhd, Bab al-Niyah, Jil. 2, h. 1413, raqm al-Hadith 4099. al-Tabaraniy “al-Mu‘jam alAusat”, Min ismihi Ahmad, raqm al-Hadith 40, 7050. Al-Quda‘iy, Musnad al-Syihab, Bab Innama alA‘mal bi al-Niyat, Bairut: Mu’assasah al-Risalah, Jil. 2, h. 195, raqm al-Hadith 1171. Al-Humaidiy, Musnad al-Humaidiy, Ban Ahadith Umar bin al-Khattab ‘an Rasulullah , Dimasyq: Dar al-Saqa, Jil. 1, h. 163. Rujuk Ibn Hibban, Sahih ibn Hibban, Kitab al-Sair, Bab fi al-Khilafah wa al-Imarah, Bairut: Mu’assasah al-Risalah, Jil. 10, h. 344, raqm al-Hadith 4491. al-Tabaraniy, al-Mu‘jam al-Kabir, Bab Rifa ‘ah bin Abd al-Mundhir, al-Qahirah: Maktabah ibn Taimiyah, Jil. 5, h. 35, 12487.

4

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

mengkhianati kawan setugas dan sebagainya dariapada sifat-sifat madhmumah. Ini kerana sedar bahawa curang dan khianat amanah itu(2) sebahagian daripada alamat orang munafiq dan suatu tindakan biadab sesama muslim setutur kata, sebangsa dan seagama. c. Pengorbanan Tinggi, tuan guru berakhlaq mulia menjadikan mereka pemurah dan pemberi tanpa menunggu bantuan masyarakat semata-mata atau mementing maslahat keduniaan. Mereka sanggup mengorbankan masa, jiwa raga dan harta benda untuk memenuhi tujuan suci adalah semata-mata kerana menyebarkan ilmu agama dan yakin penuh terhadap sistem persekolahan. Mereka menjalankan tugas masing-masing tidak kerana mengharapkan balasan dengan segera atau untuk mendapat balasan dunia. Dengan pengorbanan itu tuan guru membawa sistem pendidikan Islam tertegak dengan hebat hingga sekarang sebagai institusi Islam di Thailand. 2. Asas Ilmu Agama Mendalam Apabila diselidiki bukti-bukti(3) ditonjolkan oleh tuan guru ternyata tuan guru mempunyai asas-asas ilmu agama dalam bidang masing-masing. Di antara lain ialah tafsir dan Usul al-Tafsir, hadith dan Ulmu al-Hadith, usul al-Din, fiqh dan usul al-Fiqh, tasawwuf, Nahu dan Sarf, bahasa Arab dan Muhadathah Arabiyah dan lain-lain. Dengan demikian menggambarkan status tuan guru sebagai pakar ilmu-ilmu agama seperti berikut : a) Pakar dalam bidang fiqh dengan mengarang kitab-kitab fiqh madhhab(1) iaitu madhhab al-Syafi‘iy semata-mata, tidak memperluaskan perbincangannya merangkumi berbagai madhhab seperti madhhab al-Hanafiy, madhhab al-Malikiy dan madhhab al-Hanbaliy. b) Pakar dalam bidang usul al-Din dengan mengarang kitab-kitab usul al-Din dan menyebarkan kitab-kitabnya(2). Tumpuannya kepada ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan ada juga menyentoh aliran al-Salaf. c) Pakar dalam bidang ilmu Nahu dan Sarf dengan mengarang kitab-kitab Nahu dan Sarf di antaranya ialah al-Nahw al-Wadih dan al-Sarf al-Wadih, termasuk Kitab alMutala‘ah al-Arabiyah, dan al-Muhadathat(3). d) Pakar dalam bidang Tafsir dan Usul al-Tafsir, Hadith dan Ulum al-Hadith di antaranya Mustalah al-Hadith(4). Pakar dalam bidang ilmu al-Mantiq, ilm al-Badi‘, ilmu al-Ma‘aniy dan ilm al-Bayan dan lain-lainnya.

(2)

(3) (1)

(2) (3) (4)

Rujuk Ahmad, Musnad al-Imam Ahmad, Musnad Anas bin Malik, Bairut: Mu’assasah al-Risalah, raqm al-Hadith 12383, 12567, 13199, 13673. al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, Musnad Anas bin Malik, alMadinah al-Munawwarah: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam, raqm al-Hadith 819, 7196. Abu Ya‘la, Musnad Abi Ya‘la, Bab al-Ha’, Faisal Abad: Idarah al-Ulum al-Athariyah, Jil. 1, h. 132. Ibn Hibban, Sahih ibn Hibban, Kitab al-Sair, Bab fi al-Khilafah wa al-Imarah, Bairut: Mu’assasah al-Risalah, Jil. 1, h. 423, raqm al-Hadith 194. al-Tabaraniy, al-Mu‘jam al-Kabir, Bab Musnad Abd al-Rahman bin Thabit, al-Qahirah: Maktabah ibn Taimiyah, Jil. 8, h. 195, raqm al-Hadith 7789, Bab Musnad Ja‘far bin alZubair, Jil. 8, h.247 raqm al-Hadith 7972, Bab, Jil. 10, h. 227, raqm al-Hadith 10553, Bab Musnad ‘Ikrimah, Jil. 11, h. 213, raqm al-Hadith 11532. Lihat: Karya-karya tuan guru pada halaman 12. Hasil kerya Tuan guru Haji Abd al-Latif bin Muhammad Nur, Cerang Batu, Muang Pattani dan sebagainya. Hasil usaha Tuan guru Haji Abd al-Rahman bin Ahmad, Pombing, Penarik, Pattani Hasil kerya Tuan guru Haji Wan Yusuf al-Bandariy, Bandar, Muang Pattani. Hasil karya Tuan guru Haji Abd al-Qadir bin haji Dawud, Taqdam, Nongcik, Pattani.

5

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Kepakaran tuan guru sungguh membanggakan kerana barisan mereka sebagai tonggok pendidikan Islam dalam sistem persekolahan mampu menghadapi proses pemadanan aktiviti-aktiviti persekolahan pada masa mereka dan merupakan suatu pengalaman berguna kepada generasi selepasnya. 3. Kemampuan Dalam Perlaksanaan Tuan guru mempunyai kemampuan dalam pembangunan pendidikan Islam dan melancarkan aktiviti-aktivitinya dapat dilihat seperti berikut: a) Menyediakan buku-buku teks pengajian menurut sistem persekolahan. Sekiranya mereka tidak berkemampuan tidak mungkin menyediakan buku-buku teks dalam berbagai bidang pengajian. b) Mentadbirkan sekolah masing-masing sejak dari awal dalam keadaan merangkak hinglah mampu berlari dengan pantas hatta tertegak menjadi lambang kebijak-sanaan ulama’ Melayu Muslim di kawasan ini. c) Menaruh kepercayaan masyarakat Islam di Selatan Thailand sebagaimana berlaku kepada ulama’ sebelumnya kerana keikhlasan, budi bicara, sikap ulama’ dan wara‘ samada pertuturan dan perbuatan termasuk tindak-tanduk dalam setiap gerak geri hidup. e) Menyelesaikan permasalahan-permasalahan masyarakat Islam terutama berkaitan dengan hukum-hakam hingga tersebar sebagai isu-isu khilafiyah. f) Kejayaan dalam menghadapi masalah dan wasangka terhadap kewibawaan dan keilmuannya. Demikian juga pandangan serong terhadap ilmu pelajar-pelajar SAR terutama mata pelajaran ilmu alat seperti ilmu Nahu dan ilmu Sarf. Kedua-dua ilmu alat ini merupakan ilmu-ilmu teras pengajian sistem pondok(1). g) Membasmikan syirik(2), khurafat(3) dan bid‘ah(4) di kalangan masyarakat Islam di samping memahami mereka akan aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah melalui aliran Salaf dan Khalaf, tetapi aliran Khalaf diutamakan. Pada hakikatnya, suasana masyarakat pada masa itu dalam banyak ketegori sama ada berkaitan aqidah, ibadah, akhlaq, pergaulan hidup, ilmu pengetahuan, adat isti‘adat, pendidikan dan sebagainya. 4. Tugas Profesional Hasil daripada pengamatan didapati tuan guru mempunyai tugas-tugas sangat berat berkaitan urusan-urusan agama dan kemasyarakatan seperti berikut: a. Pengasas sekolah agama atau lebih tepat disebut sebagai mudir sekolah agama. Memang tepat dengan gelaran kerana penat leteh mereka mengasaskan sekolah berdasarkan ilmu dan kepakaran masing-masing b. Yang dipertua Majlis Agama Islam Wilayah sama ada mentadbir urusan-urusan Majlis Agama mahu pun masyarakat di atas asas-asas ilmu agama mendalam.

(1)

(2) (3) (4)

Wawancara dengan Tuan guru Haji Isma ‘il bin Haji Idris, bertempat dirumah beliau, Bendang padang, Yarang, Pattani. Syirik atau menyengutukan Allah dengan makhluk, biasanya berkaitan dengan aqidah dan pemujaan. Khurafat atau tanggapan karut, biasanya berkaitan dengan kepercayaan, nahas dan sebagainya. Bid‘ah atau rekaan tidak sebenar, biasanya berkaiatan dengan amalan dan adat isti‘adat.

6

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

c. Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah untuk melengkapi tenaga pengurusan berkaitan keagamaan dan kemasyarakatan, memain peranan bersamasama dengan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah. d. Qadi Syar‘iy Wilayah dengan tujuan untuk mengawal hal-ehwal masyarakat Islam berkaitan dengan masalah-masalah keagamaan dan kehidupan samada muncul di kalangan masyarakat Islam dan urusan-urusan keduniaan. e. Ahli Jawatankuasa makhad Semakom bagi tujuan menampong keperluan pelajarpelajar kelulusan Sekolah Agama Rakyat dan mereka tidak mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke luar negeri pada masa itu. f. Ahli Jawatankuasa Lajnah Ulama’ Pattani di dalam wacana membendung perselisihan di antara ulama’ Pattani. Perselisihan pendapat dan berlainan sikap pengamalan yang merupakan suatu perkara tidak mungkin dielakkan kerana ia boleh berlaku dalam apa jua masalah sekalipun. g. Penasihat kepada Kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah berkaitan urusan-urusan agama, pentadbiran dan kemasyarakatan. Daripada tugas-tugas profesional membuktikan kemampuan tuan guru bukan sahaja bidang pendidikan Islam sahaja malahan dalam banyak bidang. Sebaliknya mampu menghadapi berbagai tekanan terhadap peribadi, kegiatan keagamaan, dan peranannya sangat menonjol di kalangan masyarakat Islam. 5. Ulama’ Pattani Berpandukan kepada kealiman, kepakaran dan keupayaan tuan guru dalam bidang masing-masing termasuklah tugas profisional melayakkan tuan guru dianggapkan sebagai ulama’ Pattani pada masa mereka atau lebih tepat dikatakan Ulama’ Pattani (1) angkatan selepas daripada ulama’ penulisan kitab dan pengasas pondok. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan tuan guru sebagai qadi pada masa dan tempat masing-masing bergantung kepada ilmu asas dan ilmu furu‘ dimiliki mereka (1). Mereka juga menggambarkan cirri-ciri pembaharuan pada mereka paling menarik sekali patut dijadikan contoh bagi ahli pendidikan Islam walau apa panggilan atau gelaran sekalipun. Hasil dari kegiatan-kegiatan tuan guru juga telah membuat perubahan besar dalam bidang pendidikan Islam iaitu wujudnya sistem persekolah(2). Sebelum ini hanya wujud sistem pondok sahaja dikenal pasti dengan pengajian tradisi dengan beri‘timad kepada kitab-kitab Jawi sedia wujud selama ini. Lain pula dengan sistem persekolahan didapati tuan guru memikir bentuk buku-buku teks dan sukatan mata pelajaran setiap bidang(3). Pada hakikat sebenarnya tidak dapat ditandingkan status tuan guru dengan kedua angkatan ulama’ sebelumnya tetapi penelaian sebenar perlu dilihatkan kepada buktibukti pengorbanan ditinggalkan oleh masing-masing. Diakui benar bahawa situasi pada (1)

(1)

(2) (3)

Wawancara tuan guru-tuan guru berikut: Haji Abd al-Rahman Capakiya, Haji Abd al-Wahhab bin haji Haji Abd al-Aziz, Haji Abd al-Qadir Wahbah, Haji Abd al-Qadir bin Dawud, Haji Isma‘il bin Haji Idris, Haji Hasan bin Haji Aliy, Dr.Isma ‘il Lutfi Capakiya, dan Wan Mahmud bin Wan Aliy (Lihat: Bahan rujukan h. 20). Wawancara dengan Tuajnguru Haji Hasan bin Haji Ali, bertempat di rumah beliau, Pondok Sekam, Palas, Penarik, Pattani. Tuan guru Haji Isma‘il bin Haji Idris, bertempat di rumah beliau, Bendang Badang, Yarang, Pattani. Lihat muka surat 11. Lihat muka surat 12.

7

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

tiap-tip angkatan itu tidak sama dan tidak boleh dijadikan ukuran perincian di antara mereka sama sekali walau terdapat juga beberapa perkara yang boleh dipadankan sekalipun. Ini disebabkan oleh suasana sekitar, dapatan dan peluang masa masingmasing. Penilaian seperti ini sebagaimana juga dengan penelaian di kalangan ulama’ terdahulu samada pada zaman Salaf mahupun Khalaf malahan di antara sesama salaf dan khalaf. Banyak perkara perlu diambil kira sebagai faktor pengukuran kalau tidak ke semuanya tetapi setengahnya harus berubah dan setengahnya pula tetap tidak berubah. Penelaian itu tidak harus diumumkan secara kenyeluruh tetapi ia bergantung juga kepada suasana tempatan atau masa. Suatu fenomena yang realistik menyatakan bahawa pembaharuan pendidikan Islam oleh tuan guru bergantung juga kepada aktiviti-aktiviti keagamaan yang dirancangkan dengan rapi dan dilaksanakan secara berterusan. Perancangan seumpama itu sememangnya berlaku dalam pembaharuan agama sebelum ini oleh tokoh-tokoh Islam(1). STRATEGI USAHA PEMBAHARUAN PENDIDIKAN ISLAM DI SELATAN THAILAND Hasil dari penyelidikan menunjukkan bahawa pengalaman tuan guru SAR tentang pembaharuan dapat dikelasifasikan kepada beberapa perkara paling penting seperti berikut: 1. Penubuhan Madrasah dan Makhad Pengetahuan baru dari Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi terutama idia-dia pengangkatan taraf Pendidikan Agama dan Pengajian Islam dibawa masuk ke negeri ibu pertiwi melalui sistem pendidikan persekolahan, dan wadah-wadah komunikasi mungkin dilaksanakan terus menerus dalam rangka Pendidikan Agama di Selatan Thailand. Pembaharuan pendidikan Islam di Selatan Thailand dihubungkaitkan dengan sistem persekolahan(2) iaitu melalui pendidikan persekolahan agama. Sekolah Agama Rakyat awal-awal dirikan ialah madrasah al-Bi‘that, Pengasasnya ialah Tuan guru Haji Harun bin Sulong, Jala, Madrasah Aziztan, pengasasnya ialah tuan guru Haji Abd alAziz, Naperadu, Madrasah al-Tarbiyah al-Diniyah, Pengasasnya ialah Tuan guru Haji Wan Yusuf bin Tuan guru Haji Mustafa al-Bandariy, Bandar Pattani, Madrasah alRahmaniyah, pengasasnya ialah Tuan guru Haji Abd al-Rahman bin Haji Abd al-Latif, Bra-o Pattani, dan Madrasah Dar al-Salam, Pengasasnya ialah Tuan guru Haji Muhammad Dawud bin Abdullah Bota, Bukit Samin, Tanjungmas, Narathiwas (3). Kemudian disusuli oleh beberapa buah madrasah atau makhad dalam tiga wilayah Selatan Thailand. (1)

(2)

(3)

Lihat Pramoot Pachnee, Peranan aliran al-Sunnah al-Muhammadiyah dalam Pembaharuan Pembangunan Masyarakat Islam di Wilayah Nakhorn Sri Tamaraj, h. 66. Wawancara bersama Haji Nik Abd al-Qadir Wabah, bertempat di masjid Makhad al-Muhammadiy. Beliau adalah mudir Makhad al-Mahammadiy, Jabatan Kuda, Saiburi, Pattani. Tuan guru-tuan guru berkenaan berkelulusan pengajian dari Madrasah Dar al-Ulum, Makkah, Saudi Arabia. Di antara mereka pernah bertugas sebagai pensyarah di Madrasah Dar al-Ulum setelah menamatkan pengajian seperti Tuan guru Haji Wan Yusuf al-Bandariy.

8

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Sekolah Agama Rakyat seluruh Thailand ditubuhkan secara reaminya sejak dari awal hingga sekarang sebanyak 319 buah sekolah(1), dapat dibahagikan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam wilayah-wilayah sebelah Barat berjumlah 146 buah (45.77 %) dan Sekolah Agama Rakyat di dalam tiga wilayah Selatan Thailand sebanyak 173 buah (54.23 %); wilayah Pattani 67 buah (38.73 %), wilayah Jala 50 buah (28.90 %) dan wilayah Narathiwas 56 buah (32.37 %). Selain dari menubuhkan Sekolah Agama Rakya tuan guru juga berjaya menubuh makhad Semakom selama dua tahun(2). Makhad ini bertujuan untuk meningkatkan pengajaran pelajar-pelajar telah tamat kelas thanawiy tetapi tidak beruapaya bagi menyambungkan pengajian ke luar negeri. Walau bagaimanapun, SAR berkembang secara luasan apabila kegiatan-kegiatan fizikal pendidikan Islam mula dominan di dalam budaya pendidikan sistem persekolahan. Terutama sekali apabila dunia pendidikan memasuki zaman “Pencerahan Masa Depan Pendidikan Islam dan Masyarakat Islam Pattani”(3). Ini adalah suatu hakikat paling jelas dapat dilihat daripada produk-produk sistem persekolahan mampu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di dalam negeri dan luar negeri. 2. Kurikulum dan Buku-buku Teks Tuan guru berjaya mencipta kurikulum mata pelajaran dan membentuk buku-buku teks pengajian Islam dalam banyak bidang ilmu untuk digunapakai dalam sekolah-sekolah agama. Hasil daripada menggunakan buku-buku teks yang disediakan oleh tuan guru dapat membuktikan kejayaan kependidikan tuan guru dan mampu menjanakan para pelajar sebagai intelekcual Islam berpengetahuan dan berfalsafah dengan asas-asas ilmu yang kukuh sama ada ilmu agama mahupun ilmu akademik. Tuan guru-tuan guru berupaya menyusunkan buku-buku teks(1) di antaranya ialah Haji Wan Yusuf al-Bandariy, Haji Abd al-Qadir bin Haji Dawuh Taqaddam, Nongcik, Haji Abd al-Latif bin Haji Muhammad Nur, Haji Abd al-Rahmad bin Ahmad Pombing, Haji Abd al-Rahman bin Haji Abd al-Latif Capakiya dan lain-lain. Merekalah angkatan pertama memikir kurikulum dan membentuk buku-buku teks(2). Dengan sumbangan tuan guru melambangkan kedudukan SAR sebagai pusat pendidikan Islam di samping mempertahankan pendidikan sistem persekolahan di antara pengajian pondok dan pengajian akademik. Satu hakikat mesti diberi pengiktirafan iaitu pembaharuan terpaksa mengambil tempat selayak dengan aktiviti-aktiviti dan selaras dengan perubahan masa dan perkembangan pemikiran masyarakat dari masa ke semasa. Tuan guru memain peranan penting dalam menegakkan sistem persekolah dan melancarkan aktiviti-aktiviti berguna

(1) (2)

(3)

(1) (2)

Lihat: Islamic Priuate Shools Association of Thailand, h.49-72. Makhad Semakom adalah pengajian kelas Aliy Pengajian Islam yang ditubuhkan di sekitar tahun 70 han. Pada awalnya bertempat di Madrasah al-Tarbiyah al-Diniyah, Bandar Pattani. Maksudnya apabila pelajar-pelajar kelulusan SAR mampu melayakkan diri dalam berbagai bidang hidup; sesetengahnya berkhidmat dalam negeri bertugas sebagai kaki tangan kerajaan dan suwasta dan sesetengahnya bertugas sebagai ahli pendakwah di luar negeri malahan sesetengahnya berkelulusan pengajian Ijazah Tinggi – Doktor Falsafah. Wawancara Dr.Isma‘il Lutfi Capakiya, bertempat di pejabatnya, Universiti Fatani, Yarang, Pattani. Wawancara Tuan guru Haji Abd al-Qadir bin Haji Dawud, bertempat di rumah beliau, Makhad alHidayah, TukJung, Nongcik, Pattani.

9

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

bagi memantapkan pengetahuan dan meningkatkan pengalaman pelajar-pelajar selaras dengan keperluan semasa. 3. Ikatan Kerjasama Yang Erat Walaupun pengalaman pendidikan Islam di Selatan Thailand telah didahului oleh pendidikan pondok namun pertembungan dengan pendidikan sistem persekolahan telah berlangsung agak lebih awal. Kebanyakan tuan guru daripada pelajar-pelajar pendidikan sistem pondok. Suasana social menyebabkan berlakunya beberapa kompromi di antara tokguru pondok dan tuan guru membawa kepada pendidikan setail dan fregmentasi bangsa hingga timbul kerjasama pendidikan. Kerjasama itu di atas asas yang sama iaitu untuk kepentingan kebangkitan sekolah agama, kegiatan-kegiatan pentadbirannya dan pengalaman pelajar-pelajar(3). Paling penting lagi di antara tokguru pondok dan tuan guru berada dalam satu naungan dinamakan “Majlis Agama Islam Wilayah”. Sementara itu, situasi social dalaman di antara tokguru dan tuan guru sendiri mewujudkan kekuatan dengan ikatan adik beradik seketurunan. Perhubungan tuan guru Melayu-Muslim terus-menerus tidak dapat diputusputuskan sejak dari awal lagi. Di sepanjang masa perlaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan masih boleh mewajarkan kehadirannya dan mempertahankan kedudukannya sebagai pusat pendidikan Islam malahan berkuasa sepenuhnya pentadbiran tanpa diganggu-gugat oleh gejala-gejala luaran. Dengan kebijaksanaan tuan guru sebagai pentadbir ditogok dengan kedudukan berwibawa berjaya menjadikan SAR berperanan penting dalam pembangunan masyarakat Islam. Ternyata juga Tuan guru sentiasa bergotong ruyong serta melaksanakan aktivitiaktiviti dengan mencurahkan tenaga dan salin membantu dalam membangun SAR, mengangkatkan taraf pengajian pelajar dan menerapkan modal insan di kalangan pelajar. Semangat bergotong royong ini lahir dariapada perasaan hormat menghormati sesama tuan guru serta menghindarkan sifat-sifat tercela seperti mencemarkan nama baik, menjatuhkan imej keperibadian, menghalangkan kemajuan, dan dan sebagainya. 4. Golongan Elit Dari pengamatan ternyata tuan guru mendapat sokongan berterusan dari golongan pendokong berilu pengetahuan dan orang-orang kenamaan. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar pondok dan ahli kampong sendiri. Golongan ini bekerja keras di samping mengorbankan tenaga, jiwa dan harta benda untuk mengembangkan sistem persekolahan. Sikap seperti ini membawa sekolah agama berkembang secara berterusan sejak dari awal penubuhan hingga berjaya menegakkannya. Fenomena ini telah membuktikan jasa-jasanya kepada pendidikan Islam dan masyarakat Islam bersama sama ada pengalaman dan pengetahuan malahan ia berjaya mencipta imej baru sebagai perubahan positif. Pada waktu itu tuan guru sudah tidak lagi kalut dengan urusan-urusan pembinaan seragam sebagai tempat pembelajaran sematamata. Justeru, tumpuannya sebagai pusat gerak cergas aktiviti-aktiviti untuk menjanakan generasi pewaris dalam ertikata satu generasi pergi dan datang pula generasi pengganti. Golongan elit merupakan penyokong utama bagi tuan guru dalam pembaharuan (3)

Wawancara dengan Wan Mahmud bin Ishak bertempat di rumah beliau, Makhad al-Tarbiyah, Bandar, Mung Pattani.

11

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

pendidikan Islam berasaskan kerana thiqah terhadap peribadi tuan guru sebagaimana dihuraikan di atas. 5. Tumpuan Sejagat Dalam situasi social baru itu tuan guru sudah tidak lagi dapat mengundurkan diri malahan berterusan dengan penuh kegigihan supaya mewujudkan SAR standing dengan pendidikan lain-lainnya. Kaedah sosiologis digunapakai oleh tuan guru sepanjang masa perjuangan ke era pendidikan bersistem persekolahan. Dari dalam sentiasa mengingatkan kesetabilan diperlukan setiap masa dan tempat. Dua jugan asas bagi memelihara suasana dari dalam masyarakat Islam dan faktor luar perlu dijagai sebaik yang mungkin(1) dengan memahami di antara fiqh al-‘Ilm dan fiqh al-Amal. Untuk itu penyatuan tenaga mesti di atas asas-asas seagama dan semasyarakat dipaksikan dengan aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Turut mengemaskini pertautan sama ada perbuatan dan amalan dialu-alukan dengan madhhab al-Syafi‘iy atau al-Syafi‘iyah serta menghormati sikap pengamalan oleh ulama’ sebelumnya. Tidak pernah terdapat dalam sejarah pembaharuan umat Islam suatu produk kemas kebedukannya jika masih lagi berkemelut dengan teoritis sahaja tanpa mengambil kira dari segi sosiologis pembaharuan. Ia akan membawa kepada kebekuan pemikiran dan kekakuan pelaksanaan aktiviti-aktiviti namun ia perlu dilancarkan dengan cergas dan penuh pengharapan kepada perubahan yang memuaskan hingga seterusnya. Hakikatnya, kesungguhan tuan guru kerana percaya dengan penuh yakin terhadap pendidikan sistem persekolahan sedang ditawarkan kepada masyarakat Islam akan mengubahkan keadaan pembelajaran agama dan pelajar-pelajar ke arah lebih baik. Paling penting lagi sistem berkenaan akan menjaminkan kehidupan pada masa depan dan mampu menghadapi perubahan dalam apa bentuknya kalau tidak secara menyeluruh sekalipun. Keyakinan ini dialami oleh tuan guru lebih awal lagi dan cukup baik untuk dijadikan panduan dalam meneruskan pembaharuan pendidikan Islam di Selatan Thailand. Falsafah akal tetap menyedari akan pendidikan itu dan taraf pencapaian ilmu pengetahuan tidak kurang juga daripada pencapaian ilmu melalui sisitem pondok. 6. Menghayati Budaya Pribumi Tuan guru menonjolkan jati diri sebagai tuan guru mithali sama ada kepada pelajarpelajar mahupun masyarakat Islam umumnya. Sehubungan dengan itu tuan guru mampu mempertahankan keperibadian sebagai ulama’ Melayu Muslim pewaris jejak langkah ulama’ Pattani sebelumnya. Dengan demikian kepercayaan masyarakat Islam kepada tuan guru amat tinggi seolah-olah bukan suatu perkara amat redup dan suram dalam penilaian kaca-mata masyarakat Islam di Selatan Thailand. Terutama apabila sistem pendidikan persekolahan berjaya membuktikan keupayaan kependidikannya kepada khalayak generasi demi generasi. Produk pendidikannya melahirkan imej baru peribadi anggota masyarakat sebagai satu transisi dicirikan terutamanya oleh penelaian semula warisan silam dalam (1)

Wawancara dengan Tuan guru Haji Nik Abd al-Qadir Wahbah, bertempat di masjid al-Makhad alIslamiy, al-Makhad al-Islamiy, Saiburi, Pattani.

11

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

konteks kehadiran budaya alternatif baru dari pendidikan Islam sistem persekolahan. Penghayatan budaya peribumi dalam semua kegiatan sangat menampakkan terutama kedudukan Bahasa Melayu-Jawi dipertahankan sekuat-kuatnya daripada penghapusannya. Lantaran Bahasa Melayu-Jawi wujud sekian lama bersama-sama dengan kewujudan pendidikan Islam dan merupakan bahasa penulisan kitab-kitab ulama’ Pattani. 7. Sumbangan Tuangguru SAR Ke Alam Melayu Dari pengalaman dan wanwancara menunjukkan bahawa sumbangan tuan guru kepada alam Melayu banyak perkara di antaranya ialah: a. Pusat Pendidikan Islam Terbesar, dengan wujudnya Sekolah Agama Rakyat di Selatan Thailand sejak dari awal pertubuhan hingga sekarang menunjukkan dengan jelas kepada kepeningkatan sistem pendidikan Islam di Alam Melayu. Dengan kewujudannya melambangkan kebolehan tinggi tuan guru bukan sahaja dalam pembelajaran malahan pentadbiran dan pengurusan bersama. Sistem pendidikan SAR mengambil alih aktivitiaktiviti pembelajaran bagi menampung keupayaan dan pengalaman pelajar-pelajar. Ia mampu menggabungkan tiga aliran pengajian dalam masa yang sama iaitu pengajian sistem pondok, pengajian sistem persekolahan dan pengajian Akademik. Namun, terdapat juga kelemahan beberapa sudut seperti asas ilmu dan kecergasan pelajar. b. Khazanah Ilmiyah, untuk menyelanggarakan sistem persekolahan tuan guru menyatu tenaga di antara mereka memikirkan kurukulum dan membentukan buku-buku teks pengajian dalam berbagai bidang seperti Tahid atau usul al-Din, fiqh, tafsir dan ulum alTafsir, hadith dan ulum al-Hadith, Lughah Arabiyah, Muhadathah, dan lain-lain. Dengan demikian melambangkan penguasaan ilmu mendalam di kalangan tuan guru dan kemampuan dalam meciptakan reka bentuk dan sukatan mata pelajaran kerana semelum itu tidak pernah wujud buku-buku teks dalam bentuk seumpamanya. Buku-buku teks juga menunjuk perkembangan ilmu pengehuan agama dan menambahkan lagi khazanah ilmiyah sebagai turath Islamiy di kalangan masyarakat Melayu-Muslim termasuk juga Alam melayu. c. Jati diri Melayu-Muslim , di antara lain ialah mampu mempertahankan jati diri tuangur Melayu-Muslim amat membanggakan di samping menonjol kewibawaan ulama’ muslimin di kalangan masyarakat umum. Pribadi mulia sebagai pewaris pusaka para nabi dapat dilihat oleh umum masyarakat dalam banyak sudut terutama kemuliaan akhlak menjadi daya tarikan kepada status SAR pada masa itu. Tidak dapat disangkalkan bahawa jati diri tuan guru meneguhkan perasaan masyarakat Islam dan pengharapan mereka dalam bidang agama dengan penuh yakin termasuk jugalah hal-hal berkaitan dengan social kemasyarakatan. d. Pembelajaran Agama, di antara lain pembelajaran Agama Islam makin menonjol apabila sistem pembelajaran agama mendapan pengiktirafan oleh setiap lapisan masyarakat. Kaedah dan pendekatan pembelajaran Islam diutarakan sepanjang pendidikannya sebagaimana diamalkan oleh ulama’ terdahulu seperti kaedah talaqqiy, hafalan, kitabah, qira’ah, student center, dan pembelajaran di luar kelas. Pada hakikat sebenarnya tuan guru tidak memberi penumpuan pembejalaran dalam kelas pengajian semata-mata dan pembelajaran seumpama itu belum wujud secara terus terang sebagaiamana diamalkan oleh tuan guru.

12

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

e. Generasi pelapis, dengan sistem persekolahan, buku-buku teks, jati diri mithali, dan pembelajaran agama lahirlah generasi pelapis berkebolehan tinggi seolah-olah penerima secara lamsung ilmu dan aktiviti-aktiviti diselanggarakan oleh tuan guru. Kerana generasi pelapis itu mampu menubuhkan sekolah Agama berkhidmat kepada masyarakat Islam sejajar dengan tuan guru-tuan guru semasa dan sebelumnya. Dengan demikian itu makin meningkat bilangan SAR dan makin meningkat pembelajaran agama dan akademik di kalangan masyarakat Islam di Selatan Thailand dan Nusantara. Berdasarkan pernyataan-pernyataannya membuktikan kejayaan memberi takrifan tepat tentang pembaharuan, fakta dan reality. Persepsi tradisional tentang nilai produk budayanya, kualiti pemikiran nenek moyang diwarisi selama ini tentu nampak sangat kontradiksi-kontradiksi tidak dapat diselarikan dengan ilmu yang diterima sebelum ini. Kontradiksi tersebut dijelaskan dengan tahap mentality, taraf pencapaian ilmu dan nilai akhlak pelajar-pelajar melambang jati-pendidikan. KESIMPULAN DAN SARANAN Hasil daripada perbincangan di atas dapat membuat rumusan beberapa perkara penting ialah: a. Pembaharuan suatu Sunnah Allah bagi umat Islam sejak dari akhir qurun pertama mungkin juga berlaku dimerata-rata tempat dan setiap masa. Sebagaimana juga pembaharuan membawa perubahan positif selama-lamanya kerana Sunnah Allah sentiasa memberi kebaikan buat selama-lamanya. b. Pertanyaan yang dihadapi oleh tuan guru sepanjang masanya itu menyumbang pengalaman daripada pembaharuan pendidikan Islam amat berguna. Terutama apabila memandang peribadi tuan guru sememangnya mempunyai sifat-sifat terpuji wajar diambilkira sebagai pembaharu di zaman sekarang tetapi sifat-sifatnya tidak ada perbezaan sedikit pun. c) Pengalaman tuan guru menunjukkan bahawa pendidikan sistem persekolahan berjaya mengatur strategi rapi sangat bergantung jatidiri tuan guru hatta mewajarkan kehadirannya di kawasan tersebut. Melalui strategi unik itu tuan guru juga berjaya memasuki era pembaharuan agak selesa, di samping menegak imej baru melambangkan keupayaan sistemnya dalam kependidikan tinggi. Imej tersebut bertapak di atas kesungguhan, pengukuhan kepercayaan, keselarasan manhaj dan budaya pembelajaran Islam. d. Pendidikan sistem pesekolahan berjaya menepiskan unsur-unsur negatif serta mampu mengangkatkan lagi marwah tuan guru. Di samping itu juga berjaya melambangkan kewibawaan mereka dalam bidang pendidikan Islam dalam tiga aliran serangkai iaitu aliran Pondok, aliran Sekolah Agama dan aliran akademik di kalangan masyarakat Islam di Thailand. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan tuan guru-tuan guru dan SAR memerlukan penyelidikan seterus di antara lain ialah: a. Mengkaji karya-karya tuan guru SAR dari aspek-aspek berkaitan dengan buku-buku teks pengajian dianggap penting sama ada dapat menyumbangkan kepada pembelajaran semasa mahupun penulisan buku-buku teks seterusnya.

13

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

b) Mengkaji sejarah hidup dan sumbangan tuan guru SAR dalam berbagai bidang sama ada berkaitan dengan sumbangan ilmiyah, perkhidmatan masyarakat dan pendidikan Islam. BIBLIOGRAFI Ahmad bin Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, ditahqiqkan oleh Syu‘aib al-Arna’ut, Adil Mursyid dan lain-lain, al-Tab‘ah al-Ula, (Bairut: Mu’assasah al-Risalah, 14212001). al-Azim Abadi, Muhammad Asyraf bin Amir, ‘Aun al-Ma ‘bud Syarh Sunan Abi Dawud, alTab‘ah al-Thaniyah, (Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1415). al-Bukhariy, Muhammad bin Isma‘il, al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih, ditahqiqkan oleh Muhammad Zuhair bin Nasir al-Nasir, al-Tab ‘ah al-Ula, (Dimasyq: Dar Tauq al-Najah, 1422). al-Baihaqiy, Ahmad bin al-Husain, Ma‘rifah al-Sunan wa al-Athar, ditahqiqkan oleh Abd alMu‘tiy Amin Qal‘ajiy, al-Tab ‘ah al-UIa, (Bairut: Dar al-Wa‘yi, 1412-1991). al-Daniy, Uthman bin Sa ‘id, al-Sunan al-Waridah fi al-Fitan, ditahqiqkan oleh Rida’ Allah bin Muhammad Idris al-Mubakfuriy, (al-Riyad: Dar al-Asimah, 1416). Abu Dawud, Sulaiman bin al-Asy‘ath, Sunan Abi Dawud, ditahqiqkah oleh Syu ‘aib al-’Arna’ut dan Muhammad Kamil Qurrah Bulaliy, (Bairut: Dar al-Risalah al-‘Alamiyah, 14302009). al-Hakim, Muhammad bin Abdullah, al-Mustadrak Ala al-Sahihain, ditahqiqkan oleh Mustafa Abd al-Qadir ‘Ata, (Bairut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, 1411-1990). al-‘Iraqiy, Abd al-Rahim bin al-Husain, Tarh al-Tathrib fi Syarh al-Taqrib, (Mesr: al-Tab‘ah alMisriyah al-Qadimah, n.d.). Ibn al-Ja‘d, Aliy bin al-Ja‘d binj ‘Ubaid, Musnad ibn al-Ja‘d, al-Tab‘ah al-Ula, (Bairut: Mu’assasah Nadir, 1410-1990). al-Mubarakfuriy, Ubaidullah bin Muhammad Abd al-Salam, Mir‘at al-Mafatih Sharh Mishkat alMasabih, al-Tab ‘ah al-Thalithah, (Binaris al-Hind: ’Idarah al-Buhuth al-‘Ilmiyah wa alDa‘wah wa al-’Ifta’, 1404-1984). al-Mulla al-Harawiy, Aliy bin Muhammad, Mir‘at al-Masabih Syarh Misykat al-Masabih, alTab‘ah al-Ula, (Bairut: Dar al-Fikr, 1422-2002). Muslim bin al-Hajaj, al-Musnad al-Sahih, ditahqiqkan oleh Muhammada Fu’ad Abd al-Baqiy, (Bairut: Dar ’Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, n.d.). al-Tabaraniy, Sulaiman bin Ahmad, al-Mu‘jam al-Ausat, ditahqiqkan oleh Tariq bin ‘Iwad Allah bin Muhammad dan Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-Husainiy, (al-Qahirah : Dar alHaramain, n.d.). al-Tahawiy, Ahmad bin Muhammad, Syarh Musykil al-Athar, ditahqiqkan oleh Syu‘aib al-Na’ut, al-Tab‘ah al-Ula, (Bairut: Mu’assasah al-Risalah, 1415-1494). Peribadi Temu bual Dr. Isma‘il Lutfi Capakiya. Temu bual pada 22 Ogos 2011. Tuan guru Haji Nik Abd al-Qadir Wahbah. Temu bual pada 18 Ogos 2011. Tuan guru Haji Abd al-Qadir bin Haji Dawud. Temu bual pada 20 Ogos 2011. Taunguru Haji Abd al-Wahhab Abd al-Wahab. Temu bual pada 18 Ogos 2011. Tuan guru Haji Hasan bin Haji Ali. Temu bual pada 21 Ogos 2011. Tuan guru Haji Isma‘il bin Haji Idris. Temu bual pada 16 Ogos 2011. Wan Mahmud bin Wan Ishaq. Temu bual pada 25 Ogos 2011.



14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

KEPENTINGAN PENYERAPAN UNSUR SAINS KESIHATAN DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM  Mohammad Syukor Mohammad Ghulam1, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim2, & Fakhrul Adabi Abdul Kadir3 Abstrak: Arus pendidikan negara menuju ke arah transformasi. Intipati transformasi pendidikan negara adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir. Ini kerana negara mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak. Sehubungan itu, guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat dan motivasi murid-murid untuk belajar. Oleh itu. artikel ini akan menganalisis pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang efektif bagi meningkatkan tahap motivasi pelajar. Tumpuan diberikan kepada pendekatan pengajaran yang menerapkan unsur-unsur sains kesihatan dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Kelebihan dan kepentingan penyerapan unsur sains kesihatan dalam pendekatan pengajaran ibadah khusus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah juga akan dibincangkan. Kata Kunci: Pendidikan Islam, Penyerapan, Sains Kesihatan.

PENDAHULUAN Pendidikan Islam ialah satu sistem dan kaedah menerapkan ilmu Islam kepada manusia supaya menjadi insan yang soleh.4 Dalam usaha menyahut aspirasi pendidikan negara, Pendidikan Islam masa kini perlu menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan berfikir luar dari kotak. Ini kerana arus pendidikan negara menuju ke arah transformasi sebagai mana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, "Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak. Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini 1

2 3

4

Pelajar Pascasiswazah Ph.D Jabatan Pendidikan Islam di Akademi Islam, Universiti Malaya. Emel : [email protected] Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam di Akademi Islam, Universiti Malaya. Emel : [email protected] Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Emel : [email protected] Syed Muhammad Al-Naquib, Al-Attas, The Concept of Education in Islam, (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement Malaysia, 1980), 1-13

51

untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini,”.5 Bahkan, guru-guru Pendidikan Islam juga perlu mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid-murid untuk belajar sebagaimana yang disarankan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud, "guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu…"6 Selain itu, bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, perkara yang juga perlu diberi perhatian ialah penyerapan sains kesihatan dalam Pendidikan Islam yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini kerana penyerapan sains kesihatan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis bukan dari segi rohani sahaja, bahkan meliputi aspek intelek, emosi dan jasmani. Perkara ini merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan berikut. ‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak muia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’7 Pendekatan penyerapan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan mendidik individu secara menyeluruh dan harmoni dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.8 Oleh itu, penyerapan sains kesihatan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan pendekatan integratif bersifat bersepadu dengan mata pelajaran lain yang memberi banyak kelebihan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Murid-murid bukan sahaja diajar mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang utama, bahkan mereka juga diajar kandungan sains kesihatan di dalamnya. Namun, persoalannya masih terdapat murid-murid yang tidak mengamalkan Syariah Islam sepertimana yang dituntut. Sebagai contoh, seramai 16 orang remaja termasuk anak kepada seorang penghulu kampung ditahan polis kerana terlibat dengan perlumbaan motor secara haram ketika orang Islam lain sedang melaksanakan ibadah solat jumaat di Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan. Walaupun mereka ditangkap kerana kesalahan berlumba motor secara haram, namun kenyataannya mereka

5

6

7

8

Lihat akhbar online Berita Harian. Akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.bharian.com.my/articles/Transformasipendidikanperluuntuklahirkangenerasimampuberfikir_ PM/Article/ Lihat akhbar online Utusan, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm Ghazali Darusalam, Pedagogi pendidikan Islam, (Kuala Lumpur ; Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001) 167. Ee Ah Meng, 1997, Pedagogi III. (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997), 103

51

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

sanggup meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat (Kosmo online, 4 Ogos 2014).9 Dalam kes yang lain pula, tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditangkap oleh penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin kerana sedang meminum arak di kawasan letak kereta Pantai Hiburan, di Rompin kira-kira jam 12 tengah malam 21 Februari 2014 .10 Bahkan, dua bulan selepas itu berlaku pula kes seorang remaja bawah umur dan seorang warga emas antara 21 yang ditahan oleh bahagian penguatkuasaan Majlis agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ketika sedang membeli nombor ekor pada 20 April 2014.11 Persoalannya, adakah keadaan ini terjadi kerana proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang pernah dilalui remaja tersebut masih belum mampu meningkatkan kesedaran dan motivasi kepada mereka untuk melakukan ibadah Islam? Sebaliknya, perkara yang berlainan berlaku terhadap beberapa saintis barat yang telah memeluk Islam kerana tertarik dengan keindahan dan kehebatan yang terdapat di dalam amalan ibadah khusus di dalam syariah Islam. Antara nama-nama saintis barat yang memeluk Islam kerana keindahan dan kehebatan yang terdapat di dalam amalan ibadah Islam ialah Professor Tagata Tagasone, Keith L. Moore, E. Marshall Johnson, T.V.N. Persaud, Joe Leigh Simpson, Gerald C. Goeringer, Alfred Kroner, Yushidi Kusan, Professor Armstrong, William Hay, Professor Siaveda, Dr. Maurice Bucaille,12 Jacques Yves Costeau, Demitri Bolykov, Dr.Fidelma O’Leary dan Professor William.13 Keadaan ini menimbulkan persoalan yang baru. Adakah mungkin dengan usaha memasukkan unsur-unsur sains kesihatan ke dalam kaedah pengajaran berkaitan ibadah khusus Islam dalam mata pelajaran pendidikan Islam dapat meningkatkan tahap kefahaman dan komitmen pelajar terhadap syariah Islamiyah, terutamanya dalam ibadah, dan juga dapat memberi motivasi kepada remaja untuk meminati dan belajar mata pelajaran Pendidikan Islam? METODOLOGI KAJIAN Sehubungan itu, penulisan kertas kerja ini memberi tumpuan kepada kepentingan penyerapan unsur-unsur sains kesihatan ke dalam mata pelajaran pendidikan Islam, khususnya kemahiran atau kaedah pengajaran yang berkaitan dengan ibadah khusus di dalam syariah Islam. Penganalisisan kepentingan penyerapan sains kesihatan di dalam Pendidikan Islam ini ditumpukan kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi murid tingkatan satu.

9

10

11

12

13

Lihat akhbar online Kosmo, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_0 9.htm Lihat akhbar online Sinar Harian, akses pada 20 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.sinarharian.com.my/sukan/remaja-ditahan-minum-arak-1.253388 Lihat akhbar online Sinar Harian, akses pada 20 Ogos 2014 di laman sesawang http://polopoly.karangkraf.com:8080/preview/www/2.657/2.662/1.272633 Lihat Islamic Awareness, Scientists Comment on The Quran, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.islamic-awareness.org/Quran/Science/scientists.html Lihat RG Daily Journal. 5 Scientists Converted to Islam After Conducting Research, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://rezaakhmadg.com/?p=264

51

DAPATAN KAJIAN Istilah motivasi berasal daripada perkataan latin movere yang bermakna ‘menggerakkan’. Manakala, perkataan motivasi memberi maksud sesuatu usaha yang menggerakkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Ianya mempunyai kaitan dengan motif seseorang dalam melakukan sesuatu perkara iaitu matlamat yang hendak dicapai oleh tindakan seseorang individu.14 Dalam kehidupan manusia, motif merupakan perkara yang penting dalam mendorong seseorang melakukan sesuatu perkara. Dorongan ini terjadi kerana ia sentiasa mempengaruhi tingkah laku individu. Apabila berlaku kekurangan tentang sesuatu perkara di dalam diri seseorang, ianya akan mewujudkan perasaan memerlukan sesuatu dalam diri mereka. Keadaan ini, seterusnya akan mewujudkan suasana tekanan dalam diri. Tekanan atau desakan dalam diri tersebut akan mendorong mereka supaya berusaha untuk mencapai sesuatu motif.15 Dorongan dan berusaha untuk mencapai sesuatu motif inilah yang dinamakan sebagai motivasi. Menurut teori motivasi Maslow (1970), dorongan dan usaha manusia untuk mencapai sesuatu motif mengikut beberapa peringkat keperluan manusia. Peringkatperingkat keperluan manusia yang dimaksudkan tersebut ialah; peringkat pertama, iaitu peringkat keperluan kepada fisiologi. Peringkat kedua pula ialah peringkat keperluan kepada keselamatan. Peringkat ketiga pula ialah peringkat keperluan kepada cinta dan memiliki. Peringkat keempat ialah peringkat keperluan kepada penghargaan. Manakala, peringkat kelima pula ialah peringkat keperluan kepada kenyataan kendiri.16 Di antara kelima-lima peringkat tersebut, peringkat pertama merupakan peringkat yang sangat diperlukan oleh manusia dan diikuti oleh peringkat seterusnya. Menurut Maslow (1970) lagi, keperluan kepada kesihatan merupakan keperluan kedua penting yang ingin dicapai oleh manusia iaitu sebagai keperluan kepada keselamatan.17 Sebagai contoh, apabila seseorang kanak-kanak dihidapi sesuatu penyakit, mereka akan berasa diri mereka terancam dan timbul perasaan tidak selamat.18 Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan mempunyai motivasi diri untuk menjaga kesihatan mereka bagi mengelakkan diri dari dihinggapi penyakit. Dari sudut yang lain, Deci (1975) mengkategorikan motivasi terdiri daripada dua jenis motivasi yang utama, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah motivasi yang wujud kerana dorongan dalaman seseorang individu. Sebaliknya, motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang wujud dari dorongan luaran. Ini bermaksud, seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik, mereka tidak dipengaruhi oleh pengaruh dari pihak lain. 19 Sebaliknya, motivasi ekstrinsik merupakan ganjaran yang diberi oleh pihak lain kepada seseorang untuk mendorong mereka untuk melakukan sesuatu perkara. 20 Oleh 14 15 16

17 18 19 20

Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 2 (Semester 2), (Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti, 1997), 50-51. Ibid, 51-52. Abraham H. Maslow, Motivation and personality (New York: Harper & Row Publishers Inc, 1970), 3551. Ibid. Ibid., 39. Deci, Edward L., 1975, Intrinsic motivation, New York: Plenum Press. 129-157. Ibid.

51

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

itu, keperluan kepada kesihatan merupakan motivasi instrinsik, iaitu motivasi yang datang dari dalam diri sendiri. Seseorang individu akan menjaga kesihatan diri mereka sendiri bukan kerana ganjaran yang akan diberi oleh pihak lain. Sebaliknya, mereka menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit. Penulis berpendapat bahawa pendekatan dan strategi penyerapan sains kesihatan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam akan melahirkan murid-murid yang mempunyai minat belajar yang tinggi kerana mereka mempunyai motivasi intrinsik. Pendapat penulis ini selari dengan John et. al. (2012) yang menyatakan bahawa apabila murid-murid mempunyai motivasi intrinsik ketika belajar, mereka akan cuba mempamerkan tingkah laku yang lebih baik, lebih seronok, dan mempunyai cita-cita untuk menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat. Pelajar yang bermotivasi intrinsik juga akan mempunyai perasaan diri yang lebih sejahtera. Mereka akan lebih melibatkan diri di dalam bilik darjah kerana mereka mamahami kewujudan faedah dalam pendidikan.21 Pendekatan Pembelajaran Dari sudut pendidikan pula, terdapat pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif. Keempat-empat konsep ini saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain (Ahmad, 1997).22 Pendekatan ialah kaedah, cara, dan langkah yang diambil bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, strategi ialah rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau objektif proses pengajaran dan pembelajaran.23 Antara pendekatan dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran efektif yang digunakan oleh guru ialah pendekatan dan strategi berpusatkan guru, pendekatan dan strategi berpusatkan murid, pendekatan dan strategi berpusatkan sumber, pendekatan dan strategi pembelajaran penguasaan (Mastery Learning), pendekatan dan strategi Koperatif, pendekatan dan strategi Induktif, pendekatan dan strategi Deduktif, pendekatan dan strategi Eklektif, pendekatan dan strategi Tematif dan pendekatan dan strategi Integratif.24 Pendekatan dan strategi berpusatkan guru ialah pengajaran dan pembelajaran yang lebih mementingkan pengajaran guru berbanding aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dalam pendekatan dan strategi ini, guru berperanan penting dalam proses pengajaran dan pengawalan murid. Manakala, pelajar jarang membuat pilihan atau pergerakan. Dalam pendekatan ini, guru lebih dominan, sebaliknya murid lebih pasif.

21

22

23

24

John Mark Froiland, Emily Oros, Liana Smith, & Tyrell Hirchert, “Intrinsic Motivation to Learn: The Nexus between Psychological Health and Academic Success,” Contemporary School Psychology, (Vol. 16, 2012), 97. Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam ; Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997), 182. Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Mariam Mahmud, Diarani Mat Adam, Rahamah Othman, ed., Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970), 328–1525. Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. halaman : 91.

51

Keberkesanan pengajaran berpusatkan guru banyak bergantung kepada kebolehan individu murid.25 Pendekatan dan strategi berpusatkan murid pula ialah pengajaran dan pembelajaran yang lebih mementingkan aktiviti yang dilakukan oleh murid berbanding pengajaran guru. Dalam pendekatan dan strategi ini, murid memiliki kebebasan tetapi dengan bimbingan guru. Nilai penting dalam pendekatan dan strategi ini ialah dipupuk ialah ekspresi kendiri yang kreatif. Pendekatan dan strategi ini bertujuan mengembangkan kreativiti murid. Proses pembelajaran dalam pendekatan dan strategi berpusatkan murid ialah pencarian dan penerokaan. Kelemahan pendekatan dan strategi ini ialah kawalan disiplin yang kurang. Oleh itu, persediaannya ialah murid perlu ada disiplin diri.26 Manakala, pendekatan dan strategi berpusatkan sumber merupakan pendekatan dan strategi bergantung kepada media pengajaran dalam bilik darjah. Pendekatan dan strategi berpusatkan sumber ini bersifat guru tidak dominan dan murid menjadi aktif. Dalam pendekatan dan strategi berpusatkan murid ini lebih berbentuk penyampaian guru menjadi fleksibel. Murid-murid beranggungjawab kendiri untuk belajar.27 Pendekatan dan strategi pembelajaran penguasaan (Mastery Learning) merupakan pendekatan yang menggunakan elemen maklum balas, pemulihan dan pengayaan. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dikenalpasti sama ada mereka telah mencapai tahap penguasaan yang tinggi atau pada tahap yang rendah. Sekiranya didapati terdapat murid yang mencapai tahap penguasaan yang rendah, murid tersebut akan menjalani proses pemulihan. Sebaliknya, sekiranya terdapat murid yang mencapai tahap tinggi, murid tersebut akan menjalani proses pengayaan.28 Pendekatan dan strategi koperatif merupakan pendekatan yang menekankan penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Tujuan pendekatan ini ialah sosialisasi dan kemahiran tahap tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan dan strategi ini melibatkan murid belajar bersama dan mereka bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulan.29 Pendekatan dan strategi kolaboratif pula merupakan pendekatan dan strategi yang menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pendekatan dan strategi ini, guru memberi kerangka masalah dan murid memberi idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.30 Pendekatan dan strategi induktif merupakan pendekatan dimulai dari bahagian kecil kepada undang-undang umum.31 Dalam pendekatan dan strategi ini, proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan beberapa pernyataan dan dari

25

26 27

28

29 30 31

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Amalaan Pengajaran Berkesan, (Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. 2009), 21-24. Ibid, 24-26. Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. halaman :78-98. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Amalaan Pengajaran Berkesan, (Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. 2009), 31-35. Ibid, 35-37. Ibid, 37. Ghazali Darusalam, Pedagogi pendidikan Islam, (Kuala Lumpur ; Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001), 254.

02

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

pernyataan tersebut dibuat kesimpulan.32 Ini bererti, dalam pendekatan dan strategi ini, guru membantu murid membuat generalisasi. Sebaliknya, pendekatan deduktif merupakan pendekatan yang dimulai dari undang-undang umum kepada bahagianbahagian kecil.33 Ini bererti, guru memberi beberapa contoh untuk murid membuat generalisasi.34 Manakala, pendekatan dan strategi eklektif merupakan kombinasi pendekatan induktif dan deduktif.35 Dalam pendekatan dan strategi ini, guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi undang-undang umum dan disusuli dengan contoh-contoh kecil. Kemudian guru meneruskan dengan memberikan undangundang umum semula atau sebaliknya. Dalam pendekatan dan strategi tematif pula, proses pengajaran dan pembelajaran memberi penekanan kepada tajuk-tajuk pelajaran mengikut tema-tema yang mempunyai persamaan atau perkaitan.36 Tema-tema berkaitan dengan tajuk disatukan supaya murid berasa ada kesinambungan antara tajuk-tajuk. Pendekatan dan strategi ini akan menjadikan tajuk-tajuk yang dipelajari lebih difahami. Manakala, pendekatan dan strategi integratif atau pendekatan dan strategi terpadu memerlukan kesepaduan elemen dari pelbagai sumber ilmu untuk menghasilkan ilmu yang berbentuk menyeluruh. Dalam pendekatan dan strategi ini, pengetahuan dan maklumat dikumpul daripada pelbagai sumber yang saling berkait antara satu sumber ilmu dengan sumber ilmu yang lain.37 Pendekatan dan strategi “penyerapan dan penggabungjalinan” merupakan pendekatan di dalam pendekatan dan strategi integratif.38 Pendekatan dan strategi penyerapan merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran.39 Ia mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Melalui pendekatan dan strategi proses penyerapan dalam aktiviti pembelajaran, murid dapat memperolehi ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai mata pelajaran. Dengan adanya pendekatan dan strategi penyerapan juga aktiviti pembelajaran dapat dipelbagaikan selaras dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang utama iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.40 Pendekatan dan strategi penyerapan juga merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan 32

33

34

35

36

37

38

39 40

Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam; Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997), 184. Ghazali Darusalam, Pedagogi pendidikan Islam, (Kuala Lumpur ; Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001), 254. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Amalan Pengajaran Berkesan, (Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. 2009), 39-44. Ghazali Darusalam, Pedagogi pendidikan Islam, (Kuala Lumpur ; Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001), 254. Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. halaman :78-98. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Amalaan Pengajaran Berkesan, (Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. 2009), 38-39. Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. halaman : 91. Ee Ah Meng, 1997, Pedagogi III. (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997), 97 Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. (Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2008) 110-111.

05

pembelajaran sesuatu mata pelajaran.41 Melalui pendekatan dan strategi penyerapan, isi pelajaran menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.42 Oleh itu, pendekatan dan strategi penyerapan unsurunsur sains kesihatan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan proses menyatukan isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam dengan isi kandungan mata pelajaran sains khusus yang berkaitan kesihatan. Pendekatan dan Strategi Penyerapan Unsur Sains Ke Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sihat ialah keadaan yang lengkap berkaitan kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata penyakit dan keuzuran.43 Manakala, gabungan sains kesihatan bermaksud satu ilmu yang mengkaji tentang kesihatan badan manusia secara menyeluruh sama ada dari segi fizikal, mental dan rohani dengan mengemukakan kaedah pencegahan dan rawatan.44 Sehubungan itu, penulis cenderung menyatakan bahawa sains kesihatan ialah segala ilmu kesihatan yang diperolehi melalui kajian secara saintifik oleh pakar-pakar dalam bidang kesihatan. Sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan satu mempunyai tajuk-tajuk yang boleh diserapkan dengan unsur-unsur sains kesihatan. Antara tajuk-tajuk tersebut ialah “Makan Halal dan Makan Haram Menurut Islam”, “Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan”’, “Bersuci daripada najis, cara dan hikmahnya”, “Istinja’ dan hikmahnya”, “Wuduk dan hikmahnya”, “Mandi dan hikmahnya”, Tayammum dan cara-cara serta hikmahnya, Sertu, samak dan cara-cara melakukannya serta hikmahnya, Solat fardu, dalil wajib dan hikmahnya, Solat berjemaah dan kepentingannya, Cara-cara khusyuk dalam solat, Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan dan Adab terhadap al-Quran.45 Pendekatan dan strategi penyerapan unsur sains ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam menjadikan murid-murid bukan sahaja mempelajari kandungan yang terdapat di dalam Pendidikan Islam, bahkan murid-murid juga boleh menerokai ilmu sains. Memandangkan kecemerlangan Islam pada zaman dulu banyak dipelopori oleh ulama yang menguasai pelbagai bidang.46 Maka sewajarnya Pendidikan Islam zaman sekarang juga perlu mencontohi sistem pendidikan Islam di zaman silam yang melahirkan ulama yang memiliki ilmu dalam pelbagai bidang termasuk meneroka ilmu sains. Islam menyarankan kepada orang beriman supaya mengamalkan Islam secara syumul. Firman Allah SWT, 47 َّ ِ‫ِالشِْيطَان‬ َّ ‫اِخطَُوات‬ ْ ‫ِآمنُو‬ ُ ‫اِاد ُخلُواِِفِالس ْلمِ َكافَّةً َِوالَِتَتَّب ُعو‬ َ ‫ين‬ َ ‫يَاِأَيُّ َهاِالذ‬ 41

42

44

45

46

47

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan Pelajaran SJK Tahun 5, Bahasa Melayu. (Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia).8 Ibid. 43 Robert M. Kaplan et.al., Health and human behavior, (USA: McGraw-Hill INc, 1993), 10. Monika @ Munirah Abd Razzak, 2009, Sains Kesihatan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah: Suatu Kajian. Thesis (Ph.D.), Fakulti Pengajian Islam, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 10. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 5-16 Nizaita Omar, Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan selepas kedatangan Islam, Malim Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia, vol.7(2006), 139-149. Al-Quran surah Al-Baqarah : 208

00

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman masuklah ke dalam agama Islam secara menyeluruh. Dan jangaanlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan”. (Surah Al-Baqarah (2):208) Menurut Sayyid Qutb (2000), ayat ini mewajibkan seluruh umat Islam supaya masuk ke dalam agama Islam dengan seluruh jiwa dan meliputi seluruh urusan hidup. Umat Islam dilarang mengamalkan cara hidup Islam yang tidak menyeluruh. Mereka tidak boleh memisahkan urusan dunia dengan urusan akhirat.48 Konsep syumuliyah di dalam Islam yang dinyatakan oleh Sayyid Qutb disokong oleh Danial (2011) yang menyatakan bahawa konsep syumuliyah di dalam Islam adalah menyeluruh, mencakupi kesemua bidang kehidupan termasuk ilmu pengetahuan, undang-undang dan kehakiman.49 Oleh itu, pendekatan dan strategi penyerapan unsur sains kesihatan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu usaha yang selari dengan ciri-ciri kesyumulan agama Islam yang menliputi seluruh urusan hidup manusia. Usaha menyerapkan unsur sains kesihatan ke dalam Pendidikan Islam akan memperkasakan pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Kepentingan Pendekatan Penyerapan Sains Kesihatan Penyerapan sains kesihatan penting kerana unsur sains dalam ibadah merupakan sesuatu perkara yang mengkagumkan murid-murid sekolah. Menurut Ee Ah Meng (1997), di peringkat sekolah menengah, salah satu teknik meningkatkan motivasi dalam bilik darjah ialah dengan menarik perhatian murid-murid dengan sesuatu yang berlainan atau mengkagumkan.50 Hakikatnya, setiap para rasul mempunyai mukjizat oleh Allah bagi menunjukkan kebenaran ajaran mereka.51 Al-Quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad s.a.w. Sebagai contoh, al-Quran mencabar manusia supaya mendatangkan satu yang menyerupai al-Quran. Sehingga kini manusia gagal untuk mencipta walaupun satu surah menyerupai al-Quran. Firman Allah SWT,

ٍ ْ‫وإ ْنِ ُكْنتُمِِفِري‬ ِ‫ِاَّللِإ ْنِ ُكْنتُ ْم‬ َّ ‫ِدون‬ ُ ‫ىِعْبدنَاِفَأْتُواِب ُس َورةٍِم ْنِمثْله َِو ْاد ُعو‬ ُ ‫اِش َِه َداءَ ُك ْمِم ْن‬ َ َ‫اِعل‬ َ َ‫بِِمَّاِنََّزلْن‬ َ ْ َ َِ ‫َّتِل ْل َكافر‬ ‫ين‬ َِ ‫َّاس‬ َِ ‫صادق‬ ْ ‫ِوا ْْل َج َارةُِأُعد‬ ُ ُ‫َّارِالَِّت َِوق‬ َ َ ‫اِولَ ْنِتَ ْف َعلُواِفَاتَّ ُقواِالن‬ َ ‫ِفَإ ْنِ ََلِْتَ ْف َعلُو‬.ِ‫ي‬ ُ ‫ود َهاِالن‬

Maksudnya: ‘‘Jika kamu ragu tentang apa yang Kami turunkan maka datangkanlah satu surah seperti al-Quran. Dan panggillah saksi-saksi kamu selain Allah s.w.t. jika kamu orang yang benar (23) maka jika kamu tidak lakukan, dan kamu tidak akan lakukan maka takutlah api neraka yang membakar manusia dan batu yang dijanjikan kepada orang yang kafir. (24)’’ (Surah Al-Baqarah (2):23-24)

48

49

50 51

Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilalil Qur’an, terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. (Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.. 2000), 488-502. Danial Zainal Abidin, Tuan Bertanya Dr Danial Menjawab, (Kuala Lumpur; PTS Millenia Sdn Bhd, 2011), 28 Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 2 (Semester 2), (Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti, 1997), 60. Jaafar Salleh, Keanehan dan keajaiban dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. (Kuala Lumpur; Penerbit Seribu Dinar Sdn Bhd, 2010), 4.

02

Pada pandangan penulis, unsur sains kesihatan yang terdapat di dalam al-Quran dan ibadah khusus Islam juga merupakan salah satu bentuk mukjizat ajaran Rasulullah s.a.w. Kehebatan ajaran Islam ini akan membuatkan murid-murid berasa kagum dan tertarik dengan kehebatan amalan ibadah Islam. Pandangan penulis ini selari dengan Danial (2011) menyatakan bahawa, “Sains boleh digunakan sebagai sokongan kepada ketetapan syariat, disamping meningkatkan motivasi umat”. Sehubungan itu, penulis berpendapat bahawa kajian secara saintifik mengenai kesihatan yang terdapat dalam ajaran Islam dapat menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain menjadi perkara yang mengkagumkan dan menarik minat murid-murid sekolah, pendekatan dan strategi penyerapan sains kesihatan juga penting kerana ianya menunjukkan bahawa mempraktikkan ajaran Islam adalah relevan dengan kehidupan manusia. Unsur sains kesihatan yang terdapat di dalam ibadah Islam dapat menunjukkan kehebatan ajaran Islam yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Pendekatan dan strategi penyerapan unsur-unsur sains kesihatan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam akan menjadi lebih bermakna apabila murid-murid merasakan isi kandungan yang dipelajari di dalam Pendidikan Islam mempunyai kaitan dengan kehidupan harian mereka iaitu kesihatan diri. Apabila murid-murid merasakan bahawa isi kandungan yang di pelajari mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka, ianya akan menjadikan murid-murid merasakan bahawa ibadah di dalam Islam adalah relevan untuk diamalkan di dalam kehidupan mereka. Pendirian penulis selari dengan Rohaida (2007) yang menyatakan bahawa fokus Pendidikan Islam dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam menyarankan supaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam lebih menarik, berkesan dan menggembirakan dan juga menjadikan Pendidikan Islam lebih berkaitan dengan kehidupan harian murid dan berlandaskan konteks.52 Selain meningkatkan motivasi belajar, penyerapan sains kesihatan dalam Pendidikan Islam juga menggalakkan murid untuk berfikir. Menurut Ee Ah Meng (1997), berfikir ialah proses minda cuba mencari makna sesuatu perkara, membuat pertimbangan dan menentukan rumusan.53 Islam amat menggalakkan umat Islam sentiasa berfikir mengenai alam ciptaan Allah. Ini kerana Quran meransang manusia untuk terus berfikir dan mengkaji supaya dengan itu manusia menemui kebenaran. Manusia yang mengetahui tentang hubungan kehidupan manusia dengan alam akan menemui dan menyedari bahawa hubungan tersebut merupakan tanda kebesaran Allah.54 Allah membekalkan manusia dengan akal dan pancaindera untuk merenung fenomena-fenomena alam semesta dan mengenali-Nya dengan menelusuri kehebatan ciptaan Allah.55 Menurut Yusuf (2012), Al-Quran merupakan dasar-dasar sains kesihatan sama ada tentang pusingan kehidupan dan tahap perkembangannya, ilmu biologi, makanan yang seimbang, saranan hidup sihat.56 52

53 54 55

56

Rohaida Mohd. Saat,’Pemanfaatan Pendidikan Sains Dalam Memperkasakan Pendidikan Islam,’ dalam Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab, ed. Nik Azis Nik Pa, Rahimi Md. Saad dan Ahmad Zabidi Abd. Razak (Putrajaya; Yayasan Islam Hadhari, 2007), 57. Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan II, (Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997), 166. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, (Kuala Lumpur; PTS Millenia Sdn Bhd, 2010), 310. Yusuf Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran dan Sunnah,terj. Abu Maula, Abu Hana, Agus Irawan, (Batu Caves; Hidayah Publication Sdn Bhd, 2012), 5-8. Ibid, 11-13.

02

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Penulis berpandangan bahawa usaha mendedahkan unsur-unsur sains kesihatan di dalam ajaran Islam akan menggalakkan murid-murid untuk berfikir. Ini selari dengan Ee Ah Meng (1997) yang menyatakan bahawa salah satu cara mempertingkatkan pemikiran kreatif dan kritis ialah mendedahan murid-murid dengan pelbagai jenis pengalaman dan contoh dan menggalakkan murid-murid bersikap suka menilai sesuatu kenyataan. Bahkan, salah satu kepentingan kemahiran berfikir ialah ia membantu murid-murid memberikan sebab-sebab yang rasional ketika membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan isu moral.57 Oleh itu, penulis berpendapat bahawa apabila murid-murid digalakkan berfikir, mereka akan berfikir dengan betul seterusnya mereka akan bertindak dengan tingkah laku yang betul, bersesuaian dengan pendapat Som et al (1998) yang menyatakan bahawa manusia sering berfikir untuk melakukan sesuatu dan bertindak balas terhadap ransangan.58 Kajian Mengenai Sains Dan Pendidikan Islam Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai perkaitan sains dengan Pendidikan Islam telah dilakukan, namun ianya bukan kajian mengenai penyerapan sains kesihatan di dalam Pendidikan Islam. Antara kajian yang telah dilakukan ialah kajian yang dilakukan oleh Mohd Arip (2000). Menurut kajian beliau, Modul PASAK (Pemantapan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran) lebih berkesan meningkatkan keyakinan terhadap perkara akidah secara berterusan berbanding kaedah biasa yang wujud ketidaktekalan dalam peningkatan keyakinan akidah.59 Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Ahmad Yunus (2011) juga berkaitan antara sains dengan Pendidikan Islam. Namun perkaitannya hanya antara bidang akidah dengan mata pelajaran Sains dan Geografi. Menurut kajian yang dilakukan beliau, Guru Cemerlang Pendidikan Islam menyatakan bahawa mereka sukar menggunakan pendekatan gabungjalin bahan pengajaran dengan isi kandungan subjek Sains dan Geografi untuk memudahkan kefahaman murid konsep-konsep yang disampaikan. Walaupun telah ada kajian mengenai sains dan Pendidikan Islam, namun masih belum ada kajian tentang topik Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam. 60 Begitu juga kajian yang berkaitan sains kesihatan, terdapat satu kajian dilakukan oleh Monika (2009). 61 Kajian ini membincangkan topik-topik/kandungan sains kesihatan yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, kajian yang dibuat hanya membincangkan tentang sains kesihatan menurut al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini tiada kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian yang berkaitan dengan pendekatan dan 57

Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan II, (Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997), 178-185. Som Hj Nor, Mohd Dahalan Mohd Ramli, Kemahiran Berfikir Secara Kkritis dan Kreatif, (Petaling Jaya; Longman Mlaysia Sdn Bhd, 1998), 7-8. 59 Mohd Arip Kasmo. Pemantapan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 60 Ahmad Yunus Kasim. (2011). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah guru cemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 61 Monika @ Munirah Abd Razzak, Sains Kesihatan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah: Suatu Kajian. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, 2009. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 58

01

strategi penyerapan unsur unsur sains kesihatan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masih belum dijalankan oleh para pengkaji sebelum ini. KESIMPULAN Sebagai rumusan, kepentingan penyerapan sains kesihatan dalam Pendidikan Islam perlu dianalisis kerana banyak kelebihan dan faedah yang boleh digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Di antara kelebihan dan faedah pendekatan penyerapan tersebut ialah ia mampu untuk meningkatkan motivasi belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan muridmurid ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pada pandangan penulis, perlu ada kajian yang terperinci tentang pelaksanaan pendekatan penyerapan unsur-unsur sains kesihatan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, terutama peringkat menengah. Ini adalah kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif diyakini dapat membantu pelajar untuk memiliki pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna.

BIBLIOGRAFI Abraham H. Maslow, Motivation and personality (New York: Harper & Row Publishers Inc, 1970). Ahmad Mohd Salleh, Pendidikan Islam ; Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997). Ahmad Yunus Kasim. (2011). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah guru cemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Akhbar online Berita Harian. Akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.bharian.com.my/articles/Transformasipendidikanperluuntuklahirkangenerasi mampuberfikir_PM/Article/ Akhbar online Kosmo, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0419&pub=Kosmo&sec=N egara&pg=ne_09.htm Akhbar online Sinar Harian, akses pada 20 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.sinarharian.com.my/sukan/remaja-ditahan-minum-arak-1.253388 Akhbar online Sinar Harian, akses pada 20 Ogos 2014 di laman sesawang http://polopoly.karangkraf.com:8080/preview/www/2.657/2.662/1.272633 Akhbar online Utusan, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03 .htm Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, (Kuala Lumpur; PTS Millenia Sdn Bhd, 2010). Danial Zainal Abidin, Tuan Bertanya Dr Danial Menjawab, (Kuala Lumpur; PTS Millenia Sdn Bhd, 2011). Deci, Edward L., 1975, Intrinsic motivation, New York: Plenum Press. Ee Ah Meng, 1997, Pedagogi III. (Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997). Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan II, (Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997). Ghazali Darusalam, Pedagogi pendidikan Islam, (Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2001). Islamic Awareness, Scientists Comment on The Quran, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://www.islamic-awareness.org/Quran/Science/scientists.html

01

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Jaafar Salleh, Keanehan dan keajaiban dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. (Kuala Lumpur; Penerbit Seribu Dinar Sdn Bhd, 2010). John Mark Froiland, Emily Oros, Liana Smith, & Tyrell Hirchert, “Intrinsic Motivation to Learn: The Nexus between Psychological Health and Academic Success,” Contemporary School Psychology, (Vol. 16, 2012). Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002). Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian Sukatan Pelajaran SJK Tahun 5, Bahasa Melayu. (Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia). Mohd Arip Kasmo. Pemantapan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mok Soon Sang. 2008. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. (Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd). Monika @ Munirah Abd Razzak, Sains Kesihatan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah: Suatu Kajian. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, 2009. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Nizaita Omar, Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan selepas kedatangan Islam, Malim Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia, vol.7(2006). Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Ahmad, Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Mariam Mahmud, Diarani Mat Adam, Rahamah Othman, ed., Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970). Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, Amalaan Pengajaran Berkesan, (Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. 2009). RG Daily Journal. 5 Scientists Converted to Islam After Conducting Research, akses pada 13 Ogos 2014 di laman sesawang http://rezaakhmadg.com/?p=264 Robert M. Kaplan et.al., Health and human behavior, (USA: McGraw-Hill INc, 1993). Rohaida Mohd. Saat,’Pemanfaatan Pendidikan Sains Dalam Memperkasakan Pendidikan Islam,’ dalam Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab, ed. Nik Azis Nik Pa, Rahimi Md. Saad dan Ahmad Zabidi Abd. Razak (Putrajaya; Yayasan Islam Hadhari, 2007). Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilalil Qur’an, terj. Yusoff Zaky Haji Yacob. (Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.. 2000). Som Hj Nor, Mohd Dahalan Mohd Ramli, Kemahiran Berfikir Secara Kkritis dan Kreatif, (Petaling Jaya; Longman Mlaysia Sdn Bhd, 1998). Syed Muhammad Al-Naquib, Al-Attas, The Concept of Education in Islam, (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement Malaysia, 1980) Yusuf Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran dan Sunnah,terj. Abu Maula, Abu Hana, Agus Irawan, (Batu Caves; Hidayah Publication Sdn Bhd, 2012).

              

01

           

01

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH: KAJIAN KES TERHADAP PESAKIT HIV/AIDS DI RUMAH SOLEHAH KUALA LUMPUR  Khairul Hamimah Mohammad Jodi1 Abstrak: Artikel ini membincangkan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) sebagai medium dakwah koreksional terhadap pesakit HIV/AIDS. Masyarakat sedia maklum bahawa dua penyakit tersebut merupakan jenis penyakit yang amat ditakuti oleh masyarakat memandangan ia tidak mempunyai penawarnya sehingga kini. Oleh itu, pesakit HIV/AIDS berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah dari aspek bimbingan dakwah. Justeru, artikel ini meninjau aspek bimbingan dakwah menerusi kaedah P&P bagi memahami, menghayati dan melaksanakan rukun iman dan Islam sebagai satu usaha berterusan bagi memastikan pesakit HIV/AIDS meneruskan kehidupan. Kajian bersifat kajian lapangan ini menjadikan Rumah Solehah Kuala Lumpur sebagai premis kajian. Semua responden dipilih yang terdiri daripada lapan orang yang berumur 21 hingga 60 tahun, telah mendapatkan rawatan dan pemulihan selama enam bulan dan ke atas. Kaedah temubual digunakan bagi mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian, pemerhatian turut serta dan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 20 di mana pengasingan data dilakukan berdasarkan kepada tema-tema tertentu. Hasil kajian menunjukkan Rumah Solehah menggunakan kaedah P&P syarahan, soal jawab, nasihat, praktikal, belajar secara berdepan dengan guru secara individu dan lain-lain untuk menerapkan pengetahuan Islam kepada pesakit HIV/AIDS. Kaedah-kaedah ini diterima oleh responden sebagai kaedah P&P yang berkesan dalam menyampaikan dakwah. Kata Kunci: Rumah Solehah, P&P, HIV, AIDS

PENDAHULUAN Dakwah merupakan usaha pembangunan dan pengembangan Islam dalam kalangan masyarakat. Dakwah yang berkesan dan dihayati oleh masyarakat berupaya menangani masalah sosial2. Ini disebabkan, dakwah berfungsi mengajak manusia supaya mengamalkan makruf dan mencegah munkar.

1

2

Ph.D, Pensyarah Kanan Fakulty Applied Sciences and Social (FASS), Open University Malaysia, Kuala Lumpur Nakhaie Ahmad (2012), “Peranan Dakwah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia”, (Seminar Dakwah Nasional, Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4), Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 8 – 9 Oktober 2012, hal 12.

92

Teras kekuatan masyarakat Islam bagi mendepani ancaman yang mencabar adalah jati diri orang Islam sendiri3. Tanpa jati diri, mereka seperti jasad tanpa roh dalam erti kata lain, kehidupan yang kosong dan tidak mempunyai kekuatan. Sumber kekuatan Islam ialah kemurnian akidah dan ketinggian akhlak yang tidak berubah dengan perubahan zaman dan tempat4. Justeru, dakwah sangat penting untuk mengembalikan kekuatan ini supaya dimiliki oleh masyarakat Islam bagi mendepani cabaran yang dihadapinya. Fokus kepada kertas kerja ini adalah melihat sejauh mana P&P berupaya menjadi alat keberkesanan dakwah. Ini disebabkan, bahan pengajaran (P&P) menjadi pemangkin kepada dakwah untuk mengkoreksi akhlak mereka yang bermasalah iaitu penghidap HIV dan AIDS positif. Umumnya, penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa komponen yang berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan sebagainya. Sehubungan itu, institusi perlindungan dan mana-mana pihak berwajib perlu menyediakan perancangan yang kemas, tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan pengajaran juga adalah penting untuk menarik minat mereka mengikuti program yang telah dijadualkan. Bahan-bahan pengajaran terkini amat penting digunakan sebagai alat sokongan kepada penyampaian dakwah. Antaranya komputer, gambar, buku dan apa jua perisian/peralatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan oleh Norshida Binti Hashim (2012) dan Nurul Ezzati Azizi et.al (2011) dalam kajiannya yang menemui bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan lagi pencapaian dalam pembelajaran5. Namun begitu P&P berbentuk konvensional seperti syarahan masih diamalkan dan mempunyai peranannya sendiri. OBJEKTIF KERTAS KERJA Mengkaji kaedah P&P yang dilaksanakan di rumah perlindungan HIV & AIDS, iaitu Rumah Solehah dalam merawat wanita berpenyakit HIV/AIDS. SEJARAH RUMAH SOLEHAH Rumah Solehah ini terbentuk hasil daripada kerjasama dan usaha sama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia dan individu yang merasa bertanggungjawab untuk merawat dan memulih wanita HIV/AIDS muslim khususnya6. Pada awal penubuhannya (tahun 1997), rumah ini memberi perlindungan kepada wanita bermasalah, kususnya yang dijangkiti HIV/AIDS dan pekerja seks (sex worker). Tiga tahun selepas itu, rumah ini menerima wanita atau ibu yang dijangkiti HIV/AIDS. Memandangkan wanita HIV/AIDS juga mempunyai anak yang mengalami

3 4 5

6

Ibid, hal 20. Ibid. Norshida Binti Hashim (2012), “Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Bahasa Arab J-Qaf”, (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden Universiti Malaya). Nurul Ezzati Azizi, Halimah Maalip & Noordin Yahaya (2011), “Perbandingan Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar”, Journal of Educational Management, 1 (3), hal. 31-47. Rumah Solehah (t.t), Pamplet. Lihat juga Persatuan Perubatan Islam Malaysia (2011), “Rumah Solehah”, pamplet.

03

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

nasib yang sama, akhirnya rumah perlindungan ini menerima ibu dan anak yang dijangkiti HIV/AIDS untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan7. Pada tahun 2000 mereka semua ditempatkan di Bandar Tun Razak Cheras Kuala Lumpur dan pada tahun 2008, Persatuan Perubatan Islam telah membeli sebuah rumah lot banglo di Jalan Thaver, Kampung Pandan untuk keselesaan penghuninya. Pada tahun 2010 rumah ini menerima penghuni wanita HIV/AIDS8, manakala Rumah Solehah untuk pesakit kanak-kanak masih dikekalkan di tempat lama. Sehingga bulan Mei 2014, rumah ini telah merawat tujuh belas wanita HIV/AIDS, lima daripada pesakit telah meninggal dunia dan empat orang telah meneruskan rawatan HIV di Rumah Perlindungan Darul Ukhuwah yang terletak di Petaling Jaya Selangor. Tempoh rawatan yang disediakan di rumah ini ialah selama enam bulan.Walaubagaimanapun, ia bergantung juga kepada keadaan pesakit. Sekiranya penghuni tidak dituntut oleh warisnya, mereka dibenarkan tinggal di sana sehinggalah pihak pengurusan berjaya menjejaki waris yang sah untuk diserahkan kepada keluarga atau saudara mara terdekat. Nama Rumah Solehah ini lahir daripada idea spontan Puan Fadzilah ketika ditemubual oleh wartawan yang membuat liputan di rumah perlindungan tersebut. Harapannya agar penghuni yang mendapatkan perlindungan, rawatan dan pemulihan di sini akan berhijrah dari sudut sikap khususnya agar menjadi manusia berguna dan salih di dunia dan akhirat9. Tujuan rumah ini ditubuhkan untuk memberi peluang kedua kepada pesakit HIV/AIDS berasaskan firman Allah SWT10: Terjemahan:“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.” (Surah al-Zumar (39):53-54) Ini disebabkan enam puluh peratus wanita yang mendapatkan rawatan di sini merupakan mangsa HIV/AIDS, manakala empat puluh peratus lagi memperolehinya daripada kesilapan sendiri seperti menjadi GRO, terlibat dengan pelacuran, seks bebas dan berkongsi jarum suntikan dan mengambil dadah11. Selain itu, kekurangan rumah perlindungan wanita HIV/AIDS Islam juga menjadi sebab mengapa Rumah Solehah ini diwujudkan bagi membantu pesakit wanita HIV/AIDS beragama Islam. 7

8

9

10

11

Fadzilah Abd Hamid, Exco Latihan Dan Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelia Rumah Solehah. Temubual pada 10/5/2013. Pn Fadzilah merupakan bekas jururawat yang berpangkat ‘matron’ iaitu tahap paling tinggi dalam bidang kejururawatan. Fadzilah Abd Hamid, Exco Latihan Dan Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelia Rumah Solehah. Temubual pada 21/9/2013. Pada peringkat awal penubuhan rumah ini tidak mempunyai nama khusus dan dirujuk sebagai Rumah Perlindungan HIV/AIDS sahaja. Fadzilah Abd Hamid.Temubual pada 21/9/2013. Maksud surah ini menjadi inspirasi kepada mereka untuk memberi peluang kedua kepada wanita yang menjadi mangsa AIDS/HIV . Fadzilah Abd Hamid.Temubual pada 21/9/2013. Fadzilah Abd Hamid.Temubual pada 21/9/2013.

03

Rumah ini menyediakan bantuan selepas penjagaan dan tempat tinggal sementara untuk wanita HIV/AIDS, kaunseling, sokongan moral dan spiritual, memantau dan menjaga anak-anak wanita mangsa HIV/AIDS, penjagaan kesihatan lanjutan dan rawatan perubatan, menyediakan program pemulihan kerjaya agar mereka tidak bergantung kepada orang lain dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai HIV/AIDS12. Program rawatan dan pemulihan program aktiviti lebih menjurus kepada Palliatif iaitu merawat kes-kes yang dirujuk dari hospital dengan pelbagai simptom opunastic infection13 dengan menjaga pesakit wanita dari sudut kebersihan dan kesihatan14. Selain daripada itu, Rumah Solehah ini juga turut mengadakan program kerohanian dan program pemakanan seimbang untuk penghuninya. Sasaran penghuni Rumah Solehah merupakan wanita mangsa HIV/AIDS, STD (sexually transmitted disease)15 dan kanak-kanak mangsa dera, HIV dan AIDS16. Berikut merupakan objektif Program Rumah perlindungan ini;17 1. Menyediakan rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV / AIDS, yang tidak ditinggalkan oleh keluarga mereka. 2. Memberi bimbingan moral, kerohanian dan dan kaunseling kepada mereka untuk menjauhkan diri dari berkelakuan yang membawa risiko tinggi 18. 3. Merangka satu kerjaya yang membolehkan penghuni berdikari dari sudut kewangan. 4. Bergiat aktif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan puncapunca HIV/AIDS. 5. Menyediakan jagaan kejururawatan dan perubatan secara optimum bagi penghuni dengan kerjasama dari pakar-pakar perubatan hospital. PROGRAM RUMAH SOLEHAH Program Rumah perlindungan ini boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu program harian, mingguan dan tahun. Aktiviti Rumah Solehah ini bermula dari jam sembilan pagi iaitu dimulai dengan bacaan muqaddam, zikir, salawat dan bernasyid beramai-ramai. Kemudian penghuni yang tidak tahu membaca dan menulis akan mengikuti kelas asas membaca (jawi, Bahasa Melayu), selama satu sehingga satu jam setengah. Aktiviti ini akan diulang pada waktu petang pada jam dua untuk latihan pengukuhan kepada penghuninya19. Program harian penghuni tidak terlalu padat memadangkan terdapat penghuni yang memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi dan temujanji dengan pihak hospital. 12 13

14

15 16

17 18

19

Ibid. Merupakan jangkitan dari kuman-kuman yang mengambil kesempatan ke atas fizikal pesakit. Ini disebabkan badan mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat, justeru kuman-kuman akan mengambil alih. Fadzilah Abd Hamid, ibid. Penjagaan kesihatan di sini bermaksud memberikan ubat-ubat yang bersesuaian dan khusus dengan pesakit. Ini disebabkan penyakit mereka memerlukan ubatan yang khusus tidak seperti mereka yang tidak dijangkiti penyakit ini. Fadzilah Abd Hamid, ibid. Contoh penyakit seperti gonerea, siplis. Fadzilah Abd Hamid, 3/6/2013. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (t.t), ‘Masih Ada Yang Yang Sayang Rumah Solehah’, Pamplet, (t.p) Ibid. Kelakuan berisiko tinggi seperti mencederakan penghuni lain, mempunyai masalah mental, psychiatric dan sebagainya. Fadzilah Abd Hamid, 3/6/2013. Hasil observasi penulis di Rumah Solehah pada 30 Mei – 10 Jun 2013 dari jam 8.30am – 6.00pm.

09

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Program mingguan diadakan pada setiap minggu iaitu program pemakanan seimbang, ceramah kesihatan, kelas lanjutan fardu ain, komunikasi dan penawar hati. Aktiviti tahunan merupakan aktiviti yang wajib dijalankan untuk penghuni rumah ini iaitu sambutan Maulidur Rasul, majlis marhaban, Nuzul Quran dan berzanji yang diadakan pada setiap bulan Ramadan, sambutan hari AIDS sedunia pada setiap 5 Disember dan AIDS Memorial Day pada setiap 20 Mei20. Secara keseluruhannya, program yang dibangunkan oleh rumah Solehah ini memberi tumpuan kepada rawatan fizikal secara klinikal dan pemulihan kerohanian penghuninya. Dalam waktu yang sama, nilai-nilai spiritual diterapkan kepada penghuni secara tidak langsung seperti ketika menjalani rawatan fizikal, berehat, memasak dan sebagainya. Rawatan fizikal ini perlu untuk memulihkan mereka agar lebih bertenaga, sihat dan mampu mengikuti program-program yang dirancang untuk mereka selepas itu. Hasil dari observasi penulis di rumah ini, program-program yang dijalankan tidak terlalu ketat dan padat yang mana penghuni mempunyai masa untuk berehat dan melakukan aktiviti lain bersesuaian dengan kudrat penghuni itu sendiri. Ini disebabkan penghuni yang mendapatkan rawatan di sini mempunyai sistem imunisasi badan yang sangat lemah. Sehubungan itu, rawatan klinikal ini perlu untuk mengawal virus HIV/ADIS terlebih dahulu. P&P RUMAH SOLEHAH Program harian dimulakan dengan bacaan muqaddam, Iqra di hadapan guru secara individu. Ketika ini guru akan membimbing penghuni dengan mendengar dan memperbetulkan bacaan mereka. Aktiviti memperdengari bacaan Iqra’ dan muqaddam penghuni pada setiap pagi dan petang yang mana mereka akan mengulang surah pendek dari al-Quran sehingga mereka membacanya dengan betul. Selepas itu penghuni akan mempelajari zikir, wirid yang terdiri dari doa khatam al-Quran, zikir munajat, selawat shifa’, selawat badriyah dan bernasyid. Kaedah ini digunakan kerana terdapat penghuni yang menetap di situ tidak tahu membaca dan mengenal huruf al-Quran. Kaedah hafazan secara individu, hafazan berhadapan rakan-rakan dan latih tubi iaitu latihan pengukuhan yang dibaca berulang kali turut dilaksanakan. Dari segi pembelajaran asas fardu ain, mereka akan diajar mengikut tahap akademik mereka secara bertahap untuk memastikan penghuni benar-benar memahami tajuk yang diajar. Apabila penyelia melihat penghuni sudah memahami satu tajuk, penyelia akan mengajar tajuk yang mempunyai kesinambungan dengan tajuk yang sebelumnya. Contohnya selepas penghuni boleh menguasai bacaan Iqra dengan baik, mereka akan mempelajari hukum tajwid pula seperti huruf mad, pembahagian mad, kadar bacaan, ihfa’/idzhar halqi, idgham maʻal ghunnah, idgham bila ghunnah , iqlab dan lain-lain21. Seterusnya penyelia akan memberi P&P berbentuk praktikal ketika penghuni hendak memasak hidangan tengahari, petang dan malam.Pada masa yang sama, penyelia akan memberi penerangan mengenai kaedah pemilihan makanan, cara memasak satu hidangan, sehinggalah kepada pengamalan makanan, iaitu mengutamakan elemen kebersihan, berkhasiat dan seimbang untuk kesihatan fizikal dan mental mereka. Teguran 20 21

Ibid. Ibid.

00

akan diberikan kepada penghuni yang mengabaikan aspek kebersihan. Pada masa yang sama penyelia sentiasa memberi penekanan kepada keperluan mengambil makanan yang bersih, baik dan halal22. P&P Praktikal juga turut dilaksanakan untuk aktiviti kebersihan rumah dan diri sendiri. Tugasan yang diberikan tidak membebankan dan mengikut keupayaan penghuni itu sendiri. Daripada observasi penulis, mereka digalakkan saling tegur menegur sekiranya tidak berpuashati dengan satu perkara, saling berbincang, memberi idea untuk pembangunan Rumah Solehah dan tidak dibenarkan mengumpat sesama penghuni23. Penulis melihat penyelia memainkan peranan penting dalam menjayakan semua program, di mana penyelia menjadi model kepada penghuni. Ini ditunjukkan dengan kesabaran beliau ketika berhadapan dengan penghuni yang ada masanya menimbulkan masalah kepada penghuni lain dengan menggunakan kaedah memujuk. Penyelia akan menggunakan bahasa dan kata-kata yang baik ketika sesi konfrantasi24. Rumah Solehah memberi kebebasan kepada penghuni melakukan aktiviti bebas sekiranya tiada program yang dijalankan pada hari tersebut25. P&P berbentuk nasihat dan bercerita dilaksanakan dalam program mingguan seperti ceramah, tazkirah dan kelas agama. Ini bertujuan mendidik penghuni agar tidak kembali kepada dosa silam seperti berzina, malah penghuni diminta agar bertaubat. Penghuni diingatkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap Allah (memelihara akidah diri dan keluarga, mengetahui dosa-dosa yang perlu dijauhi), tanggungjawab terhadap agama, diri sendiri (mengetahui apakah sifat-sifat orang muslim, mengetahui cara mengawal nafsu), tanggungjawab sesama manusia dan alam walaupun mereka dijangkiti HIV/AIDS. Program tahunan akan disambut dengan suasana islamik contohnya, sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan persembahan marhaban, nasyid dan berzanji. Sambutan Nuzul Quran dengan mengadakan majlis khatam al-Quran. Sambutan hari AIDS sedunia pada setiap 5 Disember diadakan bengkel remaja berisiko, persembahan nasyid, ceramah kesihatan tentang HIV/AIDS. Bacaan yasin dan tahlil diadakan untuk sambutan AIDS memorial day yang disambut pada setiap 20 Mei, berobjektifkan memperingati mereka yang meninggal dunia disebabkan AIDS. Sudah 20 orang penghuni (termasuk kanak-kanak) yang meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut di Rumah Solehah ini26. Sambutan diadakan bertujuan untuk melahirkan rasa bersyukur kerana dipanjangkan usia untuk berbakti, beribadah dan meneruskan kehidupan. Selain bacaan tahlil, yasin kepada semua arwah, ceramah kerohanian turut disampaikan yang memfokuskan tajuk ʻsemua makhluk di dunia akan mati’. Bagi program lain seperti yang telah dijelaskan di atas, kaedah bercerita, penjelasan, penerangan, nasihat dan perbincangan banyak dilaksanakan. Penghuni turut di bawa keluar menziarahi rakan-rakan yang senasib dengan mereka di rumah perlindungan lain. Ini bertujuan membuka minda penghui dan melihat dunia luar27. 22

23 24 25 26 27

Sepanjang observasi (30 Mei – 10 Jun 2013), penulis telah bersama-sama menjalani aktiviti pagi, aktiviti memasak dan aktiviti petang bersama penghuni Rumah Solehah. Observasi penulis pada 30 Mei sehingga 10 Jun 2013 pada jam 8.30am – 6.00pm. Hasil observasi penulis pada 30 Mei sehingga 10 Jun 2013 pada jam 8.30am – 6.00pm. Hasil observasi penulis pada 25-30 April 2013. Fadzilah Abd Hamid. Temubual pada 30/5/2013. Fadzilah Abd Hamid, Exco Latihan Dan Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelia Rumah Solehah 2. Temubual pada 31/5/2013.

03

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Rumah Solehah tidak mempunyai jadual pembelajaran yang padat. Rumah ini banyak memberi peluang kepada penghuninya untuk melakukan aktiviti bebas secara individu. Pada waktu terluang penghuni digalakkan untuk berehat dan bermuhasabah diri28. ANALISIS DAN PERBAHASAN Ketika kajian ini djalankan, penghuni Rumah Solehah seramai enam orang. Majoritnya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dua penghuni masih belum berkahwin dan empat orang merupakan ibu tunggal. Tahap pendidikan penghuni di sini majoritinya berpendidikan sehingga tingkatan tiga, dua penghuni menamatkan persekolahan sekolah rendah dan seorang penghuni berkelulusan diploma. Lihat jadual 1 di bawah: Jadual 1: Profile responden Perkara Penjelasan Bangsa Melayu Agama Islam Status Bujang Ibu tunggal Kahwin Pendidikan Darjah 6 SRP/PMR Diploma Sumber: Borang soal selidik

Bilangan 6 6 2 4 0 2 3 1

Secara keseluruhannya kaedah P&P Rumah Solehah seperti yang dipaparkan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 2: Rumusan Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) Kaedah / institusi

Rumah Solehah

Syarahan Penceritaan Seminar Hafazan Soal Jawab

√ √ √ √

LDK/PDK Learning experience Pembentangan kumpulan Kuiz Nasyid Soalan latih tubi

√ -

Amali/praktikal Nasihat Imbas kembali

√ √ -

28Ibid.

03

Pengulangan tajuk Bimbingan Penjelasan

√ √ √

Pengulangan bacaan Belajar secara berdepan dengan guru secara individu Belajar secara berdepan dengan guru secara kumpulan Memperdengarkan bacaan Pengurusan grafik Tayangan slaid/video

√ √ √ -

Kaedah teguran Jelas & bimbing Penerangan & bimbingan Bacaan individu Bacaan beramai-ramai Ujian bulanan

√ √ √ √ √ -

Tasmi’ dihadapan guru Talaqi Lakonan Lawatan Semakan hafazan

√ √

Sumber: Program Rumah Solehah Berdasarkan jadual di atas, Rumah Solehah melaksanakan kaedah P&P berbentuk konvensional berbanding penggunaan kaedah dalam bentuk ICT. Kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) konvensional seperti ceramah, syarahan, penceritaan, nasihat, hafazan, semakan hafazan, soal jawab, nasyid, praktikal, imbas kembali, pengulangan tajuk, bimbingan, penjelasan, pengulangan bacaan, belajar secara berdepan dengan guru secara individu, memperdengarkan bacaan, kaedah teguran, jelas & bimbing, penerangan & bimbingan, bacaan individu dan bacaan beramai-ramai, lawatan telah dilaksanakan. P&P ceramah, syarahan, soal jawab dan penceritaan banyak dilaksanakan ketika program mingguan dan tahunan seperti tazkirah, kelas agama dan sambutan majlis tertentu. Kaedah ceramah atau syarahan ialah cara penyampaian atau penerangan mengenai sesuai isi pengajaran secara lisan oleh tenaga pengajar29. Kaedah ini menjadi kaedah yang digemari dan popular dalam kalangan tenaga pengajar di institusi perlindungan ini30. Ini mungkin disebabkan kaedah ini mudah digunakan kerana kebanyakan tenaga pengajar mempunyai pengalaman dan mereka juga terdidik melalui kaedah tersebut. Rasulullah S.A.W juga sering menggunakan kaedah syarahan dan ceramah ini. Ketika mula-mula diperintah menyampaikan ajaran Islam secara terang-

29

30

Ab.Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010), Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 41. Penulis telah melakukan observasi di institusi lain iaitu Penjara, Kompleks Dar Saadah, Asrama bahagia, Taman Seri Puteri Cheras, Rumah Pengasih dan Rumah Sinar Salam.

03

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

terang, baginda telah memanggil orang-orang Arab Qurasy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan /ceramah kepada kaum Arab Qurasy31. Seterusnya kaedah P&P pembelajaran berbentuk hafalan, semakan hafazan, pengulangan bacaan, belajar secara berdepan dengan guru secara individu, memperdengarkan bacaan, bacaan individu dan bacaan beramai-ramai telah dilaksanakan ketika program bacaan Iqra, salawat dan zikir. Hasil observasi penulis, selain daripada bacaan Iqra, kaedah ini digunakan dalam program yang berkaitan dengan kelas agama atau fardu ain. Penghuni turut diminta menghafal dengan baik dan sempurna surah-surah yang pendek, niat wuduk, niat mandi wajib, niat solat fardu, bacaan dalam solat dan yang berkaitan dengannya. Ini memandangkan majoriti responden mempunyai pengetahuan asas agama yang lemah32. Kaedah hafalan, pengulangan bacaan dan memperdengarkan bacaan ini telah diaplikasi oleh Rasulullah S.A.W dalam menghafal wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Baginda bersungguh-sungguh menghafaz wahyu sebaik sahaja menerimanya agar tidak terlupa sehingga turunlah jaminan Allah yang akan menetapkan ingatan baginda terhadap wahyu melalui firman-Nya yang bermaksud: Terjemahan:“Janganlah engkau (wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).” (Surah al-Qiyamah (75):16-19) Kaedah hafalan, pengulangan dan bacaan semula merupakan satu latihan yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W untuk menguatkan ingatan baginda serta memudahkan baginda untuk menghafal wahyu-wahyu yang lain. Dengan perkataan lain, kaedah tersebut berupaya melatih seseorang untuk menambah kecerdasan otak, kepintaran, kekuatan ingatan dan keyakinan33. Ini dibuktikan dengan hasil temubual penulis dengan responden A seperti berikut: “Mula-mula dulu makcik tak ingat, tak tau pun mengaji ni. Lama dah tinggal, lidah pun keras, baca sikit pun cepat sangat lupa. Cuma makcik dah lama baru boleh ingat sikit-sikit..boleh la baca daripada tak tahu kan. Surah pendek tu bolehla makcik ingat sebab tiap hari ulang je…” Kaedah konvensional lain yang digunakan dalam P&P di Rumah Solehah ialah lawatan ke pusat perlindungan lain. Kaedah ini terdapat di dalam al-Quran di dalam peristiwa Israk dan Mikraj melalui firman-Nya yang bermaksud:

31

32

33

Haykal, Muhammad Husayn (1981), Sejarah Hidup Nabi Muhammad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 103. Hasil observasi dan temubual penulis bersama responden di institusi perlindungan. Perkara ini telah penulis bincangkan dalam tajuk sebelum ini. Ibid., h. 47

03

Terjemahan:“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar, lagi maha mengetahui.” (Surah al-Isra’ (17):1) Ayat tersebut menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W telah dibawa berjalan dari Mekah ke Baitul Muqaddis pada suatu malam dan diperlihatkan serta di dedahkan kepadanya dengan pelbagai peristiwa dan kejadian sepanjang pengembaraannya34. Begitu juga dengan Imam al-Shafie35, Imam al-Nawawi36 dan Imam al-Ghazali37 yang mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mendapatkan ilmu pengetahuan38. Dengan pendekatan ini, penghuni dapat mempelbagaikan ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meneroka, mengetahui pelbagai perkara dan isu-isu semasa dan mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang dilihat dan dialami pada waktu itu. Malah penghuni merasa gembira apabila mereka berpeluang bertemu rakan lain yang senasib dengan mereka. Ini dibuktikan dengan hasil temubual penulis dengan responden C, D dan E yang menyatakan: “Ooo… kami semua memang suka pergi jalan-jalan, tengok orang. Baru-baru ni ada pergi Rumah Poshe39..seronok..dapat jumpa kawan-kawan. Budakbudak pun ada di sana..jalan-jalan ni dapat juga pengalaman kan..dapat benda baru..duduk sini tak keluar-keluar boring jugak…” Rumah Solehah tidak menggunakan P&P interaktif seperti penggunaan slaid, gambar, komputer dan video memandangkan kekangan staf dan sumber kewangan yang terhad untuk mendapatkan peralatan tersebut. Namun slaid di bawa sendiri oleh pihak luar sekiranya terdapat program kejersama antara mereka seperti ceramah AIDS daripada Yayasan AIDS Malaysia. Penulis berpendapat penggunaan bahan-bahan multimedia 34

35

36

37

38 39

Lings, Martin (1983), Muhammad His Life Based On The Earliest Sources, New York: Inner Traditions International, Ltd., h. 101-103. Imam Syafie menuntut ilmu di Mekah dan Madinah. Kemudian meneruskan kegiatan ilmiahnya di Najran, Baghdad dan Mesir. Beliau pernah tinggal, berkhemah dan mengembara bersama suku Hudhayl untuk mencari ilmu dan pengalaman. Pauzi Hj Awang (1989), “Riwayat Hidup al-Shafi’e. Satu Tinjauan Ringkas”, (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam di Pusat Islam Kuala Lumpur,9-11 Oktober 1989), h. 16, 24-37. Beliau dilahirkan dan membesar di selatan Syria. Beliau mencari ilmu pengetahuan daripada ramai guru (mashayikh) di seluruh Damsyik. Beliau pernah juga menuntut ilmu di Madinah. Ibn Kathir, Isma‘il bin ‘Umar (1983), al-Bidayah wa al-Nihayah, jil. 13, Beirut: Maktabah al-Ma‘arif, h. 278. Lihat juga Mohd.Muhiden Abd. Rahman (2006), Riwayat Hidup Imam Al-Nawawi Dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 17-23. Antara tempat-tempat yang beliau pergi untuk menuntut ilmu ialah Tus, Jurjan dan Naisabur. Al-Subki, Taj al-Din Asbi al-Nasr ‘Abd Wahab bin ‘Ali bin ‘Abd Kafi (1968), Tabaqat al-Shaf‘iyyah al-Kubra, ‘Abd Fattah Muhammad al-Halwa& Mahmud Muhammad al-Tanahi (tahqiq), Misr: Matba‘ah Isa alBabi al-Halabi wa Syurakah, h. 195. Ab.Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010),op.cit, h. 50 Rumah POSHE terletak di Bandar Tun Razak ketika kajian dijalankan. Kini POSHE telah berpindah ke Meru Klang. POSHE (Positive Shelter Home) adalah rumah erlindungan dan teduhan bagi sekumpulan anak-anak yatim serta ibu tunggal yang hidup dengan virus HIV. Kini rumah POSHE ini memberi penjagaan sepenuhmasa, rawatan lanjutan hospital dan pembelaan hak asasi kepada orang anak-anak yatim lelaki dan perempuan mangsa keadaan. Lihat lebih lanjut di https://msmy.facebook.com/DonationForPositiveShelterHomePosHe , 22/7/2014.

03

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

mampu memberi kesan yang baik kepada penghuni. Ini disebabkan penghuni dapat melihat secara visualisasi punca, penularan, gaya hidup dan kesan-kesan penyakit yang dihadapi oleh mereka yang seterusnya memberi lebih pemahaman mengenai AIDS/HIV. Ini secara tidak langsung menambah perasaan keinsafan dalam diri sekaligus memastikan generasi mereka yang seterusnya akan terhindar daripada gejala ini. Kajian Nor Ilyani Harun, et.al (2012)40, Nur Aisyah Mohamad Noor, et.al (2012)41 dan Ghazali Yusri (2012)42 mendapati bahawa penggunaan bahan multimedia dalam P&P memberi kesan positif, menambah minat pelajar terhadap subjek yang secara tidak langsung meningkatkan motivasi mereka terhadap apa yang dipelajari. Dalam konteks Rumah Solehah, P&P yang interaktif dilihat berupaya meningkatkan lagi pemahaman penghuni terhadap program kerohanian. Hasilnya penyampaian dakwah akan lebih berkesan. SARANAN Tenaga pengajar Rumah Solehah harus kreatif menyediakan bahan sampingan untuk membantu proses P&P supaya penghuni lebih aktif ketika aktiviti sedang berlangsung. Penyediaan bahan alat bantu mengajar contohnya, akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan mengelakkan penghuni berasa bosan dan jemu. Selain itu, pengajar hendaklah mempunyai kemahiran dalam teknik-teknik dan kaedah pengajaran khususnya ketika berhadapan dengan responden yang lanjut usia dan buta huruf. Kaedah penggunaan slide, rakaman video berbentuk kaset, Compact Disc (CD) atau Digital Video Disc (DVD) memudahkan penyampaian maklumat kepada golongan ini. Penggunaan video ini boleh diulang tayang dan dilihat dengan berkali-kali dapat membantu dan meningkatkan daya ingatan dan pemahaman responden. Seterusnya, bagi menjadikan sessi pembelajaran berbentuk proaktif tenaga pengajar wajar menjalankan aktiviti P&P seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) dan perbincangan di samping menggalakkan penghuni memberi idea, berkongsi pengalaman dan berinteraksi sesama rakan dan tenaga pengajar. Ini bertujuan untuk menarik minat mereka mendalami subjek yang diajar agar tidak jemu. KESIMPULAN Kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) sebagai medium dakwah dilihat amat signifikan kerana ia berupaya menambah kefahaman penghuni terhadap aktiviti dan program yang mereka lalui ketika ini. P&P berbentuk konvensional paling banyak dilaksanakan berbanding penggunaan bahan multimedia. Perkara ini tidak menjadi isu besar kerana hasil yang diingini daripada P&P tersebut adalah menyampai dan memberi kefahaman agama yang secukupnya kepada penghuni. Kesimpulannya, selain daripada kaedah P&P, bahan bantu mengajar, program yang dijalankan, gaya pengajaran guru dan 40

41

42

Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd.Ayub & Fadzilah Ab.Rahman, (2012), “Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa”, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). Hal. 31-42. Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi (2012), “Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). Hal. 1-16. Ghazali Yusri (2012), “Penggunaan Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab”, GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 12(1), January 2012, hal 215.

02

persekitaran tempat tinggal turut mempengaruhi keberkesanan dakwah kepada penghuni di rumah perlidungan yang lain. BIBLIOGRAFI Ab.Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010), Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Yusri (2012), “Penggunaan Bahan Pembelajaran Dalam Kursus Bahasa Arab”, GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 12(1), January 2012. Haykal, Muhammad Husayn (1981), Sejarah Hidup Nabi Muhammad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lings, Martin (1983), Muhammad His Life Based On The Earliest Sources, New York: Inner Traditions International, Ltd. Mohd. Muhiden Abd. Rahman (2006), Riwayat Hidup Imam Al-Nawawi Dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nakhaie Ahmad (2012), “Peranan Dakwah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia”, (Seminar Dakwah Nasional, Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4), Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 8 – 9 Oktober 2012. Norshida Binti Hashim (2012), “Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Bahasa Arab J-Qaf”, (Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden Universiti Malaya). Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub & Fadzilah Ab. Rahman (2012), “Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa”, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi (2012), “Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Malay Language Education (MyLEJ), 2 (1). Nurul Ezzati Azizi, Halimah Maalip & Noordin Yahaya (2011), “Perbandingan Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar”, Journal of Educational Management, 1 (3). Pauzi Hj Awang (1989), “Riwayat Hidup al-Shafi’e. Satu Tinjauan Ringkas”, (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam di Pusat Islam Kuala Lumpur) 9-11 Oktober 1989. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (2011), “Rumah Solehah”, pamplet. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (t.t), ‘Masih Ada Yang Yang Sayang Rumah Solehah’, Pamplet, (t.p) Rumah Solehah (t.t), Pamplet. Al-Subki, Taj al-Din Asbi al-Nasr ‘Abd Wahab bin ‘Ali bin ‘Abd Kafi (1968), Tabaqat alShaf‘iyyah al-Kubra, ‘Abd Fattah Muhammad al-Halwa& Mahmud Muhammad alTanahi (tahqiq), Misr: Matba‘ah Isa al-Babi al-Halabi wa Syurakah Temubual Fadzilah Abd Hamid, Exco Latihan Dan Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelia Rumah Solehah. Penghuni Rumah Solehah, Pandan Indah Cheras.



33

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDEKATAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR  Tengku Sarina Aini binti Tengku Kasim1, Robiatul Adawiah binti Jamali2, Yusmini Md Yusoff3, Fadillah binti Mansor4, Zaharah binti Hussin5 Abstrak: Bertepatan dengan era globalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Malaysia turut mengalami anjakan paradigma dalam beberapa aspek kehidupan, termasuk sektor pendidikan yang telah memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baru iaitu pengajaran berpusatkan pelajar. Perubahan pendekatan ini adalah daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, yang bertujuan untuk memaksimumkan kemampuan dan kemahiran domain kognitif, psikomotor dan afektif di dalam kelas. Pendekatan pengajaran ini seiring dengan saranan yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Artikel ini akan membentangkan hasil dapatan daripada kajian berbentuk kualitatif mengenai pendekatan pengajaran para pensyarah dari beberapa Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian ini melibatkan temubual semi-struktur dan pemerhatian di dalam kuliah. Kata Kunci: Falsafah Pendidikan Islam, pendekatan pengajaran, pengajaran berpusatkan pelajar.

PENDAHULUAN Secara umumnya, Islam sangat mementingkan dan mengangkat tinggi kedudukan pendidikan. Ini dibuktikan dalam wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mana menyuruh baginda untuk membaca seperti yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” 1

Pensyarah, Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 2 Pelajar Pascasiswazah Sarjana Pengajian Islam (Pendidikan Islam), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 3 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 4 Pensyarah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. 5 Pensyarah Kanan, Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

(Surah Al ‘Alaq (96): 1-5) Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan dan perintah untuk mengenali Allah s.w.t memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Pendidikan juga boleh dijustifikasikan sebagai merubah dan memindahkan nilainilai kebudayaan kepada masyarakat melalui tiga proses iaitu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain; latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.6 Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden. Sementara Dr. Yusuf al-Qardawi pula mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses mendidik dalam segala aspek kehidupan termasuklah akal, rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku bagi menyediakan manusia menghadapi masyarakat yang penuh dengan cabaran dan mehnah globalisasi.7 Oleh itu, pengkaji memahami bahawa pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Konsep pendidikan juga seringkali menampakkan perbezaan dalam kalangan sarjana Barat. Ahli falsafah Amerika, John Dewey menyatakan bahawa pendidikan adalah:8 “The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men” Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato, mengatakan pendidikan boleh didefinisikan sebagai memberi keindahan dan kesempurnaan kepada jasmani dan rohani.9 Maka, pengkaji menyimpulkan bahawa pendidikan mengikut sarjana Barat merupakan proses melatih akal, jasmani dan moral dalam membentuk manusia dan warganegara yang baik dan harmonis. Selain itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menghuraikan dalam kajiannya dengan menyatakan bahawa proses pendidikan mempunyai 3 unsur fundamental yang penting iaitu proses, kandungan dan penerima. Beliau menjustifikasikan proses sebagai pendekatan atau metodologi pengajaran, manakala kandungan dan penerima merujuk kepada isi pengajaran serta pelajar. 10 Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa strategi pengajaran yang terdiri daripada pendekatan, kaedah dan teknik merupakan salah satu indikator penting dalam menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan bermakna.

6

Hassan Langgulung, Pendidikan Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu (Bangi: Penerbitan UKM, 1987), p. 65. 7 Yusuf Al Qardawi, Pendidikan Islam Dan Madrasah Hassan Al Banna (Jakarta: Bulan Bintang, 1980), p. 34. 8 John Dewey, Educational Theory (Urbana: University of Library, 2004). 9 Al Abrasyi, Dasar-Dasar Pokok Pendidikan Islam (Jakarta: Bulan Bintang, 1974). 10 Syed Muhammad Naquib al Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999).

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan- pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.11 Maka strategi pengajaran bermaksud perancangan guru yang penuh sistematik bagi memastikan semua objektif pengajaran yang telah digariskan akan dapat dicapai dengan sebaiknya. Strategi pengajaran melibatkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang pelbagai yang menuntut daya kreativiti dan kemahiran guru untuk disesuaikan dengan keperluan dan potensi murid. Ini adalah kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan/kandungan pengajaran yang disampaikan berbeza-beza mengikut tahap kecerdasan dan psikologi pelajar. Berdasarkan pengalaman pengkaji dalam penyelidikan mengenai pedagogi pendidikan, faktor kecerdasan dan psikologi pelajar boleh mempengaruhi bentuk penerimaan mereka terhadap kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru, setiap guru seharusnya mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran yang berkesan agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien dengan mewujudkan iklim dan suasana pembelajaran yang mementingkan ketiga-tiga domain, iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif di dalam kelas. Salah satu strategi pengajaran yang semakin banyak diaplikasikan oleh kebanyakan guru di sekolah mahupun di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) pada mutakhir ini ialah pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia telah melakukan anjakan paradigma dalam pedagogi pendidikan iaitu dengan memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baru iaitu pengajaran berpusatkan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengakui kepentingan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan memberi sokongan padu untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar meletakkan pelajar di tengah-tengah proses pembelajaran dan secara umumnya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan autonomi bagi membina suasana aktif dan responsif dalam pembelajaran mereka.12 Pendekatan berpusatkan pelajar ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu; memberi pilihan kepada pelajar tentang jenis pengetahuan dan perkara yang ingin dipelajari; mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif; melibatkan pelajar dalam penilaian berterusan; dan guru bersikap lebih terbuka dalam mendengar idea dan pandangan pelajar. FALSAFAH PENDIDIKAN DAN PENDEKATAN PEMUSATAN PELAJAR Setelah dikaji dengan mendalam, pengkaji mendapati bahawa pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar mempunyai kaitan dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi dalam bidang pendidikan kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung kepada falsafah yang digariskan melalui pendidikan.

Kamus dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Dan Pustaka, 2005),1525, entri “strategi”. Said dan Nashrudin Talib, “Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di Malaysia,” Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2 (2000), 35. 11

12Hamdan

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk dijadikan dasar dan tunjang utama pendidikan di Malaysia: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”13 Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan pendidikan sepanjang hayat dengan meletakkan matlamat khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan berakhlak mulia. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab memilih dan mengaplikasikan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang boleh menyumbang kepada keseimbangan pembinaan domain potensi pelajar, iaitu intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Pemfokusan ini juga turut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Islam (FPI). FPI bermatlamatkan proses pembinaan individu masyarakat secara holistik dengan menghayati cara hidup Islam yang bertunjangkan al Qur’an dan as Sunnah. Begitu juga penekanan objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, iaitu untuk membina potensi pelajar yang seimbang dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam menekankan: “Usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”14 Melalui dua falsafah ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran, berketrampilan dan berperibadi mulia, guru dan pelajar perlu saling bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru digalakkan untuk menggunakan metodologi pengajaran yang sesuai dengan psikologi, keperluan dan keadaan semasa pelajar agar dapat mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Manakala, pelajar pula perlu mempunyai semangat juang yang tinggi, aktif dan berinisiatif di dalam kelas agar pembelajaran memberikan impak yang lebih positif kepada diri mereka. Oleh yang demikian, konsep yang ditekankan dalam dua falsafah ini adalah sangat berkait rapat dan mempunyai hubungan dengan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan pengajaran ini mampu mengutamakan pembinaan potensi dan akhlak individu pelajar; 13

Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara, 2001). 14 Supyan Husin, “Definisi Falsafah Pendidikan Islam Dan Falsafah Pendidikan Di Malaysia,” dicapai 16 Januari 2014, http://supyanhussin.wordpress.com/2014/01/16/definisi-falsafah-pendidikan-islam/.

11

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

membina kemahiran insaniah dan kemahiran sosial; di samping meningkatkan kecemerlangan akademik dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencipta corak pembelajaran mereka dengan pantauan guru. LATAR BELAKANG MASALAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dan menyokong padu pendekatan pengajaran berasaskan pelajar untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas di Malaysia banyak menunjukkan perdebatan tentang pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika diamati dari sudut sejarahnya, pelajar-pelajar sekolah di Malaysia telah sekian lama didedahkan dan diterapkan dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru merupakan kaedah pengajaran secara tradisional yang memberi sepenuh tumpuan kepada guru sebagai pakar dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.15 Pembelajaran berpusatkan guru ini juga merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan sepenuhnya dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti juga dimonopoli oleh guru. Guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan objektif pembelajaran, dengan merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.16 Kajian lepas banyak membuktikan bahawa pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru kurang mendorong pelajar dalam membangunkan pelbagai jenis kemahiran mereka di dalam kelas, malah pendekatan ini dilihat sebagai jalan pintas untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan dengan cara menghafal fakta.17 Malah pelajar didapati kurang berpeluang untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah yang penting seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, pemikiran secara kreatif dan kritikal, juga keupayaan untuk memberikan maklum balas secara efektif. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini menjadi semakin serasi dan disukai dalam kalangan guru, dan dianggap sebagai satu alternatif dalam memenuhi hasrat masyarakat dan ibu bapa yang lebih mementingkan keputusan dan prestasi peperiksaan berbanding kesan insaniah dalam diri anak-anak mereka. Malahan sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan di sekolahsekolah selama 6 tahun di sekolah rendah dan 7 tahun di sekolah menengah telah mendorong guru-guru untuk memilih pendekatan berpusatkan guru dalam proses pengajaran mereka. Guru lebih selesa menggunakan pendekatan tradisional dalam proses pengajaran seperti memberikan ceramah secara rasmi, mengadakan seminar, dan menilai pelajar menggunakan sistem penggredan seperti peperiksaan, ujian, dan tugasan. OBJEKTIF KAJIAN Satu kajian telah dilakukan berkaitan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di 15

Estes, C. A. ,Promoting student-centered learning in experiential education. The Journal of Experiential Education, 27(2), 2004,141-160. 16 G. Gibbs, Assessing Student Centred Courses (Oxford, England: Oxford Centre for Staff Learning and Development, 1995). 17 M. N. N. Lee, “The Development of Teacher Education in Malaysia: Problems and Challenges,” AsiaPacific Journal of Teacher Education and Development, 3 (2000), 1–16.

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Malaysia, dan kaitan pendekatan yang dipilih dengan kefahaman dan pengetahuan mereka. Berikut merupakan objektif kajian: a) Mengetahui bentuk kefahaman dan pengetahuan dalam kalangan pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajaran. b) Mengenalpasti pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi oleh pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). c) Mengaitkan hubungan di antara kefahaman dan pengetahuan pensyarah berkaitan pendekatan pengajaran dengan realiti pengajaran mereka di dalam kelas. METODOLOGI Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mengkaji kefahaman dan pengetahuan pendekatan pengajaran dalam kalangan pensyarah IPTA. Pengumpulan data penyelidikan menggunakan soalan temubual semi berstruktur, penelitian dokumen dan pemerhatian di dalam kelas. Kaedah ini melibatkan kajian kes ke atas sesuatu situasi dan individu, melalui proses inkuiri interpretatif untuk memahami isu atau masalah sosial dengan menonjolkan keunikan persekitaran kajian.18 “Qualitative research involves the studied use and collection of a variety of empirical materials – case study, personal experience, introspective, life story, interview, observational, historical, interact ional and visual text-that, describe routine and problematic moments and meanings in individual’s lives. Accordingly, qualitative researchers deploy a wide range of interconnected methods, hoping always to get a better fix on the subject matter at hand.”19 Pendekatan kualitatif dipilih memandangkan pendekatan ini amat sesuai dilakukan dalam penyelidikan berbentuk memperolehi maklumat secara terperinci berdasarkan peristiwa, proses dan struktur kehidupan manusia. Kajian ini juga cenderung ke arah memahami secara lebih mendalam sesuatu fenomena dan keadaan manusia dari sudut idea, perasaan, motif dan kepercayaan mereka di sebalik tindakan dan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, penyelidikan secara holistik adalah bertepatan bagi memaparkan elemen yang dikaji dalam persekitaran menurut perspektif pengkaji. Ini adalah kerana penyelidik secara kualitatif percaya bahawa: “Penyelidik hanya boleh berperanan bagi memahami dunia sosial melalui tafsiran responden”20 Dalam penyelidikan ini, soalan temu bual yang dijalankan adalah dalam bentuk semi-struktur. Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan penyelidikan. 21 Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian di bilik kuliah melalui pemerhatian semi berstruktur. Pemerhatian semi berstruktur ini menggunakan senarai semak pemerhatian yang mana ianya lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik 18

R.E Stake, The Art of Case Study Research (Thousand Oaks, CA: Sage, 1995). Keith Morrison Louis Cohen, Lawrence Manion, Research Methods in Education (London: Routledge Falmer, 2003). 20 Ibid. 21 Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan (Skudai: Penerbit UTM, 1999), p. 61. 19

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

untuk membuat pemerhatian dengan lebih berkesan. Selain itu, penyelidikan ini juga menggunakan kaedah penilitian dokumen. Dokumen diperlukan apabila penyelidik ingin mendapatkan data yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Dalam kajian ini, pendekatan ontologi dan epistemologi adalah berdasarkan kepada teori kontruktivisme. Guba dan Lincoln menyifatkan konsep paradigma konstruktivis merujuk kepada paradigma tafsiran22. Konsep mereka adalah berdasarkan idea-idea bahawa tindakan manusia pada hakikatnya adalah bertentangan dengan uji kaji. Dari perspektif ontologi mereka, realiti adalah suatu fenomena luar yang dikenal pasti oleh penyelidik; dan realiti ditakrifkan sebagai pengalaman individu yang boleh membantu dalam pembinaan pengetahuan. Mereka menekankan bahawa masyarakat dan nilai-nilai serta norma-norma adalah penting kepada pembangunan pengetahuan yang dibina secara sosial. Paradigma konstruktivis melihat pengetahuan sebagai suatu yang subjektif, pelbagai, berbilang, dan dibina secara sosial serta dihantar melalui interaksi antara individu dan dunia mereka.23Ini jelas menunjukkan bahawa kajian secara kualitatif menurut pandangan konstruktivisme ialah suatu ilmu yang dibina berdasarkan kepada pengalaman dan kecenderungan individu tersebut. Pengalaman individu yang berlainan akan menghasilkan realiti kehidupan yang berbeza; dan ini membuahkan konsep realiti lebih dari satu (multiple realities). Kajian ini melibatkan seramai 12 orang informan dari Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kriteria untuk pemilihan informan ialah di mana mereka merupakan pensyarah yang mempunyai latar belakang Pengajian Islam sama ada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana ataupun Doktor Falsafah. Informan juga telah dipilih berdasarkan tempoh pengalaman mengajar yang di kategorikan kepada: i) kurang daripada 5 tahun; ii) 6 hingga 10 tahun; dan iii) melebihi 11 tahun.

HASIL PENYELIDIKAN Beberapa penemuan awal dari hasil penyelidikan ini mendapati bahawa: 1. Sebahagian para pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah memilih dan menerima pakai kaedah pengajaran yang menggabungkan dua pendekatan, iaitu pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Hal ini kerana mereka berpendapat penggabungan kedua-dua pendekatan tersebut mempunyai manfaat dan kelebihan, serta mampu memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. 2. Data kajian membuktikan bahawa pensyarah yang telah menjadi informan dalam kajian ini percaya bahawa penggabungan kedua-dua pendekatan dapat:  meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan guru dan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.  memberikan penekanan yang lebih kepada pemahaman pelajar. 22

Guba, E. G., & Lincoln, Y. S., Competing paradigms in qualitative research. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (pp. 105-117). Thousand Oaks, CA: Sage,1994. 23 Creswell, J. W. Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (2nd Ed.). Thousand Oaks, CA: Sage, 2007.

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

  

mendorong sikap aktif dalam kalangan pelajar untuk membina pengetahuan dan kemahiran kendiri. melahirkan sikap saling tolong-menolong dan hormat-menghormati antara guru dan para pelajar. mewujudkan pendekatan reflektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Kepercayaan dan kefahaman dalam kalangan informan yang merupakan pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam. Mereka percaya dan memahami bahawa proses pengajaran di dalam kelas menuntut mereka sebagai guru untuk membimbing pelajar ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat, keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan akhlak, dan membentuk personaliti yang positif dan mulia berasaskan kepada dua sumber yang utama; iaitu al Quran dan as sunnah. Bentuk kefahaman mereka boleh dibahagikan kepada:  Kepercayaan terhadap konsep ilmu  Kepercayaan tentang matlamat pengajaran  Kepercayaan terhadap peranan guru dan pelajar  Kepercayaan mengenai peranan pengajaran guru  Kepercayaan terhadap aktiviti pembelajaran pelajar PERBINCANGAN DAN PERBAHASAN Penyelidikan ini mendapati bahawa pensyarah-pensyarah daripada beberapa Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia percaya bahawa pendekatan pengajaran yang efektif bukan hanya sekadar berpusatkan atau berfokuskan guru semata-mata, tetapi pendekatan berpusatkan pelajar juga haruslah diimplimentasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti. Mereka juga faham bahawa kedua-dua pendekatan tersebut menyokong dan membantu menjayakan maksud yang tersirat di bawah Falsafah Pendidikan Negara. Mereka juga menjelaskan bahawa peranan guru yang mendokong kedua-dua pendekatan tersebut adalah tidak bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Islam. Ini adalah kerana menurut Islam, peranan guru yang sebenarnya bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga untuk mendidik dan membentuk akhlak di kalangan pelajar. Selain dakwaan dan pendedahan yang diberikan menerusi sesi temu bual individu yang dijalankan, pemerhatian ke atas proses pengajaran mereka juga turut menyokong. Mereka menjelaskan bahawa kepercayaan mereka tentang peranan mereka sebagai pendidik menurut Islam, telah banyak mempengaruhi corak dan bentuk pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Data kajian ini menyokong pendapat Bandura yang menegaskan bahawa bentuk perubahan dalam amalan pengajaran guru adalah kesan dari perubahan kepercayaan dan kefahaman mereka terhadap tujuan pendidikan.24 Ini bersesuaian dengan pendapat Pratt yang menegaskan bahawa setiap keputusan individu dalam kehidupan adalah sangat dipengaruhi oleh kepercayaan dan fahaman mereka.25

24

Bandura, A. , Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. (Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, 1986) 25 Pratt, D., Alternative frames of understanding. Five perspectives on teaching and learning in adult and higher education. Malabar, (FL: Krieger Publishing Co., 1998)

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Rajah di bawah menunjukkan analisis dapatan kajian mengenai kefahaman dan pengetahuan informan kajian terhadap persamaan dan perbezaan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan guru. Rajah 1.1. Persamaan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar dan Pendekatan Berpusatkan Guru BERPUSATKAN GURU

PERSAMAAN

BERPUSATKAN PELAJAR

Guru menentukan tajuk bersendirian tanpa perbincangan dengan pelajar

CARA PENENTUAN TAJUK

Pelajar berbincang sesama pelajar mengenai sesetengah tajuk, kemudian mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru.

Guru menyampaikan isi pengajaran di papan tulis atau daripada buku teks

CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

Pelajar membina isi kandungan selepas perbincangan dengan rakan dan bimbingan daripada guru

Pelajar Kurang Aktif, guru aktif

TAHAP PENYERTAAN PELAJAR

Pelajar Aktif, guru kurang aktif

Guru kurang melakukan penilaian kendiri

PENILAIAN KENDIRI PESERTA

Penilaian kendiri dilakukan dengan aktif bersama rakan

Rajah 1.2. Perbezaan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar dan Pendekatan Berpusatkan Guru BERPUSATKAN GURU

PERBEZAAN

BERPUSATKAN PELAJAR

Guru menentukan tajuk bersendirian tanpa perbincangan dengan pelajar

CARA PENENTUAN TAJUK

Guru menyampaikan isi pengajaran di papan tulis atau daripada buku teks Pelajar Kurang Aktif, guru aktif Guru kurang melakukan penilaian kendiri

CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

Pelajar berbincang sesama pelajar mengenai sesetengah tajuk, kemudian mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru. Pelajar membina isi kandungan selepas perbincangan dengan rakan dan bimbingan daripada guru Pelajar Aktif, guru kurang aktif

TAHAP PENYERTAAN PELAJAR PENILAIAN KENDIRI PESERTA

Penilaian kendiri dilakukan dengan aktif bersama rakan

Berdasarkan kefahaman dan pengetahuan di atas, data dari penyelidikan ini jelas menunjukkan sebahagian pensyarah telah mengambil pendekatan untuk menggabungkan dua pendekatan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah kerana mereka berpandangan bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan kedua-dua peranan mengikut masa, tajuk pengajaran, kelas dan kaedah yang ingin digunakan. Rajah di bawah merupakan analisis cadangan berkaitan peranan yang perlu dipandang serius oleh pensyarah dan pelajar.

14

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Rajah 2.1. Peranan Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN KESIGNIFIKANAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PEMBELAJARAN (P&P) Kedua-dua pendekatan pengajaran menunjukkan terdapat perbezaan strategi yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar banyak memberikan impak positif kepada keaktifan pelajar dalam kelas jika dibandingkan dengan pendekatan berpusatkan guru. Hal ini seiring elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Melalui perkaitan ini jelas membuktikan bahawa pendekatan berpusatkan pelajar ini membantu membina potensi kendiri pelajar dengan kemahiran insaniah yang pelbagai. Namun begitu, dalam beberapa keadaan dan situasi dalam proses P&P, guru boleh menggabung jalinkan dan mengharmonikan dua pendekatan ini agar menghasilkan kesan yang lebih seimbang kepada guru dan pelajar.

KESIGNIFIKANAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN Kedua-dua pendekatan pengajaran menunjukkan terdapat perbezaan strategi yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar banyak memberikan impak positif kepada keaktifan pelajar dalam kelas jika dibandingkan dengan pendekatan berpusatkan guru. Hal ini seiring elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Melalui perkaitan ini jelas membuktikan bahawa pendekatan berpusatkan pelajar ini membantu membina potensi kendiri pelajar dengan kemahiran insaniah yang pelbagai. Namun begitu, dalam beberapa keadaan dan situasi dalam proses P&P, guru boleh menggabung jalinkan dan mengharmonikan dua pendekatan ini agar menghasilkan kesan yang lebih seimbang kepada guru dan pelajar.

BERPUSATKAN GURU GAYA PENYAMPAIAN Guru sebagai penyebar ilmu. Pelajar kurang peranan dalam proses pembelajaran. Guru aktif

Guru

terhad

Guru sebagai fasilitator. Pelajar terlibat dalam proses Pembelajaran PENYERTAAN

Guru melakukan ujian dan penilaian formal secara berkala dalam bilik

BERPUSATKAN PELAJAR

PENILAIAN

TEMPAT

45

Pelajar aktif Pemantauan tidak formal secara berterusan

Tidak terhad

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

darjah Pemikiran lebih tertumpu pada bahan pengajaran dan pembelajaran

KADAR REFLEKTIF

Pengamal reflektif yang peka terhadap situasi bilik darjah

Rajah 2.2. Peranan Pelajar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

PERANAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) PERANANGURU PELAJAR BERPUSATKAN

DALAM PROSES PENGAJARAN BERPUSATKAN DAN PELAJAR PEMBELAJARAN (P&P)

Pasif, terhad pada ingatan dan latihan

PENYERTAAN

Aktif, pembelajaran tertumpu pada teknik penemuan (discovery techniques)

Ekstrinsik, Ganjaran dan denda digunakan

MOTIVASI

Intrinsik. Menekankan minat, keseronokan dan pencapaian pelajar.

PEMBERATAN

Menekankan potensi individu, sosial dan akademik, menumpu kada kerjasama kumpulan dan perlakuan kreatif

Menekankan pencapaian akademik, terhad kepada pertandingan dan perlakuan yang betul.

KESIMPULAN DAN SARANAN Data kajian ini menunjukkan terdapat usaha dalam kalangan pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia untuk mengintegrasikan kedua-dua pendekatan pengajaran, iaitu pendekatan pengajaran berpusatkan guru (tradisional) dengan pendekatan berpusatkan pelajar (aktif). Kajian ini membuktikan bahawa pensyarah IPTA telah berusaha untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah PendidikanIslam. Mereka didapati dapat memainkan peranan sebagai penyampai ilmu pengetahuan mengenai topik-topik yang diajar, dan dalam masa yang sama juga dapat berfungsi sebagai pembimbing dan fasilitator yang baik kepada pelajar. Mereka jelas tidak kekok untuk berkongsi idea sesama pelajar dan memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk turut terlibat di dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji mendapati bahawa perubahan amalan pengajaran dalam kalangan sesetengah pensyarah adalah dipengaruhi oleh keterbukaan dalam pemikiran dan kepercayaan mereka terhadap sistem pendidikan sekarang, yang menuntut kekreatifan para pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini dapat membantu merealisasikan objektif pengajaran dengan lebih progresif.

44

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

BIBLIOGRAFI Al Abrasyi, Dasar-Dasar Pokok Pendidikan Islam (Jakarta: Bulan Bintang, 1974) Bandura, A. , Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. (Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, 1986) Creswell, J. W. Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (2nd Ed.). Thousand Oaks, CA: Sage, 2007. Estes, C. A. ,Promoting student-centered learning in experiential education. The Journal of Experiential Education, 27(2), 2004. Gibbs, G., Assessing Student Centred Courses (Oxford, England: Oxford Centre for Staff Learning and Development, 1995) Guba, E. G., & Lincoln, Y. S., Competing paradigms in qualitative research. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (pp. 105-117). Thousand Oaks, CA: Sage,1994. John Dewey, Educational Theory (Urbana: University of Library, 2004) Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara, 2001) Hassan Langgulung, Pendidikan Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu (Bangi: Penerbitan UKM, 1987). Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005. Lee, M. N. N., “The Development of Teacher Education in Malaysia: Problems and Challenges,” Asia-Pacific Journal of Teacher Education and Development, 3 (2000). Louis Cohen, Lawrence Manion, Keith Morrison, Research Methods in Education (London: Routledge Falmer, 2003) Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan (Skudai: Penerbit UTM, 1999). Pratt, D., Alternative frames of understanding. Five perspectives on teaching and learning in adult and higher education. Malabar, (FL: Krieger Publishing Co., 1998) Stake, R.E, The Art of Case Study Research (Thousand Oaks, CA: Sage, 1995) Supyan Husin, “Definisi Falsafah Pendidikan Islam Dan Falsafah Pendidikan Di Malaysia,” dicapai 16 Januari 2014, http://supyanhussin.wordpress.com/2014/01/16/definisi-falsafahpendidikan-islam/. Syed Muhammad Naquib al Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999) Hamdan Said dan Nashrudin Talib, “Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di Malaysia,” Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2 (2000). Yusuf Al Qardawi, Pendidikan Islam Dan Madrasah Hassan Al Banna (Jakarta: Bulan Bintang, 1980).

  

44

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM): SUATU TINJAUAN KE ARAH PENAMBAHBAIKAN  Muhammad Lukman Ibrahim1, Asyraf Isyraqi Jamil1, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim1 Mohd Anuar Mamat1, Adama Bamba2, Abd. Aziz Rekan3 & Musaiyadah Ahmadun4 Abstrak: Artikel ini bertujuan mengemukakan hasil penelitian terhadap data-data yang diperolehi daripada tinjauan (survey) yang dijalankan terhadap pelajar dan lepasan pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), berkaitan secara khusus dengan Program Pendidikan Islam di APIUM. Kajian tinjauan tersebut telah dilakukan oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh APIUM bagi mendapatkan data-data sokongan untuk proses Semakan Kurikulum APIUM Sesi 2015/2016. Penelitian terhadap data-data tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Semoga hasil penelitian itu dapat membantu proses semakan kurikulum yang sedang dilaksanakan, juga membantu ke arah memperkasakan kurikulum Program Pendidikan Islam di APIUM pada masa akan datang. Kata Kunci: Islamic education, APIUM, curriculum survey, curriculum review, curriculum in teacher education.

PENDAHULUAN Program Sarjana Muda Pendidikan Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)5 mula ditawarkan pada tahun 1982. Menurut Idris Awang,6 ia merupakan program bersama antara Akademi Islam, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Bahasa dan Linguistik. Pada peringkat awal iaitu sebelum Akademi Islam ditukar kepada Akademi Pengajian Islam, program ini diletakkan di bawah pentadbiran seorang Timbalan Dekan. Tetapi selepas penubuhan Akademi Pengajian Islam pada tahun 1995, program ini diletakkan di bawah seorang penyelaras yang dilantik oleh Pengarah APIUM bagi menguruskan pelajar dan juga urusan-urusan pentadbiran yang lain. 1

Pensyarah Kanan Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur. Pensyarah Kanan (Pelawat) Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur. 3 Pelajar Pascasiswazah Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur. 4 Penyelidik Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur. 5 Dulu dikenali sebagai Akademi Islam. Pada tahun 1996, berlaku penggabungan antara Akademi Islam dan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Mulai tahun tersebut, nama Akademi Islam ditukar kepada Akademi Pengajian Islam. 6 Idris Awang, Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan. Mantan Timbalan Dekan (Pendidikan Islam), Akademi Islam, dan mantan Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Pengambilan pelajar untuk Program Pendidikan Islam diputuskan bersama dengan Bahagian Pendidikan Islam dan Moral.7 Manakala dari segi jumlah kemasukan pelajar, didapati pada peringkat awal penubuhan, bilangan pelajar adalah tidak melebihi 50 orang. Akan tetapi sehingga tahun 2011, bilangan keseluruhan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) bagi kedua-dua pengkhususan Pengajian Islam dan Pengajian al-Quran semakin meningkat dan daripada empat kemasukan bermula tahun 2011 hingga 2014 berjumlah seramai 257 orang. Ini bermakna graduan-graduan mempunyai kesedaran dan minat yang tinggi terhadap kerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Islam. Ini juga selaras dengan misi dan visi Program Pendidikan Islam sendiri iaitu graduan yang lahir daripada Program Pendidikan Islam dapat mempraktikkan pengetahuan, kaedah dan nilai akhlak seorang guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa. Peningkatan jumlah pelajar ini bersesuaian dengan objektif penubuhan Program Pendidikan Islam iaitu melahirkan kepakaran dalam bidang Pendidikan Islam dalam usaha menjadikan Universiti Malaya (UM) sebagai hub Pendidikan Islam serantau dan antarabangsa serta meningkatkan kualiti pelajar di peringkat Sarjana Muda dan Pasca Ijazah. Di samping itu, program juga bermatlamat mempertingkatkan dan memperkemaskan lagi pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Islam di Akademi Pengajian Islam; dan juga menambah serta memantapkan aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam lapangan Pendidikan Islam. Selain itu, untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan kompeten dalam menghadapai cabaran dunia Pendidikan Islam. Pada tahun 2004/2005, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengarahkan supaya diwujudkan dua pengkhususan dalam Pendidikan Islam iaitu Pengajian Islam dan Pengajian al-Quran. Kedua-dua pengkhususan tersebut diperlukan memandangkan kedua-duanya dapat memenuhi keperluan sumber manusia di sektor pendidikan di Malaysia dan antarabangsa.8 Pembentukan kurikulum merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam sistem pendidikan. Kurikulum yang dibentuk pula perlu mengambil kira pelbagai faktor perkembangan, perubahan dan tuntutan yang berlaku dalam masyarakat dan juga negara. Justeru, sebagai salah satu program yang mula ditawarkan seawal tahun 1982, Program Pendidikan Islam di APIUM sentiasa menyelaraskan keperluan kurikulum dengan perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia, bersesuaian dengan saranan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku bahagian yang bertanggungjawab terhadap pengajian rakyat di peringkat rendah, menengah dan tinggi di Malaysia. KERANGKA KURIKULUM PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM APIUM DI BAWAH MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA) Bermula sesi kemasukan 2010/2011, Akademi Pengajian Islam khususnya dan Universiti Malaya umumnya mula melaksanakan kurikulum baru berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework) yang memberi penekanan kepada hasil pembelajaran atau dengan kata lain, mengambil pendekatan Outcome Based 7

Idris Awang, semasa beliau memegang jawatan Timbalan Dekan APIUM. Arahan ini telah dibawa ke Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Akademik (JKA) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) pada 19 April 2004 dan telah disahkan oleh Senat Universiti Malaya (UM) pada 30 Jun 2004. 8

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Education (OBE).9 Bagi program Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) dan Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran), kedua-dua program ini dijalankan secara sepenuh masa dalam tempoh pengajian minimum 8 semester dan maksimum 12 semester. Oleh itu, Kurikulum Sarjana Muda Pendidikan Islam dibahagikan kepada tiga bahagian. Pembahagian ini adalah berdasarkan kelompok kursus Sarjana Muda Pendidikan Islam itu sendiri yang terdiri daripada Kursus Akademi Pengajian Islam, Kursus Teras Pendidikan dan Kursus Teras Pendidikan Islam (Kaedah/Pengkhususan). Ketiga-tiga kelompok ini merupakan kursus yang wajib dipenuhi oleh setiap pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam sebelum bergraduasi.10 Struktur Program Kedua-dua pengkhususan Pengajian Islam (PI) dan Pengajian al-Quran (PQ) terdiri daripada jumlah pengajian sebanyak 146 jam kredit. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang digariskan, struktur program digubal secara menyeluruh yang meliputi komponen berikut: Kursus Universiti Kursus universiti lebih memberi penekanan kepada pengetahuan umum dan pembentukan sahsiah seseorang pelajar. Pelajar SMPI pengkhususan PI dan PQ wajib mengikuti kursus universiti dan melengkapkan sebanyak 23 jam kredit. Antara kursuskursus universiti yang ditawarkan ialah Kursus Kemahiran Maklumat, Hubungan Etnik, Asas Pembudayaan Keusahawanan, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Jalinan Masyarakat. Kursus Teras Akademi Shamsiah Mohamad dan beberapa penyelidik yang lain yang telah membuat tinjauan daripada sesi 1982/1983 sehingga sesi 2011/2012 mendapati bahawa secara keseluruhannya terdapat 83 kursus yang pernah ditawarkan sebagai Kursus Teras Akademi. Kesemua kursus tersebut mengalami perubahan dan peruntukan setelah dikaji dan dilihat kembali kesesuaian penawarannya.11 Kursus Teras Akademi adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar pengajian Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam. Kursus Teras Akademi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kursus Bahasa, Kursus Syariah dan Kursus Usuluddin. Manakala bermula tahun 2012/2013 hingga sekarang, satu Kursus Teras Akademi baru telah diperkenalkan iaitu Kursus Hafazan.12 Kursus ini diperkenalkan bertujuan membimbing pelajar secara teori dan praktik berkenaan bacaan dan hafazan al-Quran.13 Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam wajib mengikuti Kursus Teras Akademi sebanyak 11 jam kredit. Antara kursus-kursus yang wajib diikuti ialah Pengantar Syariah, Pengantar Usuluddin, Bahasa Arab I, Bahasa Arab II dan Hafazan. Kursus9

Maklumat lanjut tentang MQF, layari: http://www.mqa.gov.my Shamsiah binti Mohamad, Muhammad Lukman bin Ibrahim, Mohd Anuar bin Mamat, Asyraf Isyraqi bin Jamil dan Nasharuddin bin Mohamad, Kurikulum Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pengalaman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam Anton Athoillah et.al, Prosiding Konferensi Internasional Islam di Dunia Melayu, (Bandung: Indonesia, 2011). 11 Ibid. 12 Lihat, Buku Panduan 2012/2013, h. 242. 13 Lihat, Buku Panduan 2013/2014. 10

33

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

kursus tersebut diambil bersama dengan para pelajar Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Usuluddin. Kursus-kursus ini amat diperlukan oleh Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam bagi memberikan pendedahan asas kepada mereka berkaitan dengan asas, konsep, sejarah, sumber dan metodologi dalam Syariah dan Usuluddin. Selain itu, dengan adanya kursus seperti ini, mereka dapat menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di peringkat yang lebih tinggi. Kursus Major Kursus Major merangkumi Kursus Asas Pendidikan, Kursus Teras Pendidikan Islam, Kursus Wajib Pengkhususan, Kursus Kaedah Pertama, Kursus Kaedah Kedua dan Latihan Mengajar. Bagi memenuhi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, seseorang pelajar perlu melengkapi sebanyak 112 jam kredit bagi Kursus Major.14 Bagi Kursus Asas Pendidikan, antara subjek yang ditawarkan daripada sesi 2012/2013 hingga sekarang ialah Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurilum V.1, Asas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Pengurusan Unit Beruniform, Psikologi Pendidikan V.1, Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pendidikan, Prinsip Teknologi Pengajaran, Asas Penyelidikan dalam Pendidikan, Kepimpinan Diri & Organisasi dan Sosiologi Persekolahan. Kursus Asas Pendidikan ini diajar oleh pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Kursus ini juga diambil bersama dengan para pelajar pendidikan yang lain daripada Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains seperti pelajar Sarjana Muda Pendidikan dan sebagainya.15 Manakala bagi Kursus Teras Pendidikan Islam, pelajar SMPI perlu melengkapkan sebanyak 17 jam kredit. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam, Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia, Kemahiran Tilawah al-Quran, Pengurusan dan Pentadbiran dalam Pendidikan Islam, Kemahiran Jawi dan Khat dan Teknologi dalam Pendidikan Islam. Bagi Kursus Wajib Pengkhususan, pelajar SMPI PI dan PQ perlu melengkapkan sebanyak 27 jam kredit. Bagi pengkhususan PI, kursus yang ditawarkan pada sesi 2007/2008 adalah al-Tawhid, al-Nubuwwah wa al-Risalah, Nazariyyah al-Hukm, Fiqh al-Ibadat, Fiqh al-Muamalat, Fiqh al-Usrah, Fiqh al-Jinayat, Qawaid al-Tafsir dan Fiqh al-Mawarith.16 Bermula sesi 2010/2011 hingga 2013/2014, wujud beberapa perubahan dan pertambahan dalam kursus-kursus yang ditawarkan, antaranya kursus Pengantar Tamadun Islam, al-Akhlaq wa al-Tasawwuf dan al-Aqaid al-Islamiyyah.17 Manakala bagi pengkhususan PQ, kursuskursus yang ditawarkan bermula sesi 2010/2011 hingga 2013/2014 ialah Nazariyyah alHukm, Hafazan & Bacaan Murattal, al-Aqaid al-Islamiyyah, Fiqh al-Ibadat, Fiqh alMuammalat, Fiqh al-Usrah, Tarannum al-Quran, Tafsir al-Quran dan Ilmu Qiraat. Dengan wujudnya pengkhususan Pengajian Islam dan Pengajian al-Quran yang mula diperkenalkan pada sesi 2005/2006 sehingga sekarang, beberapa Kursus Kaedah Pertama dan Kursus Kaedah Kedua telah ditawarkan. Antaranya ialah Kaedah Pendidikan Islam dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Penilaian dalam Pendidikan Islam dan Penilaian dalam Pendidikan al-Quran, Nahu Wazifi dalam Pendidikan Bahasa Arab, Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dan Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab.

14

Lihat, Buku Panduan 2012/2013, h. 242-244, Buku Panduan, 2013/2014. Shamsiah Mohamad, op.cit, h. 8. 16 Lihat, Buku Panduan 2007/2008, h. 220. 17 Lihat, Buku Panduan 2010/2011, Buku Panduan 2013/2014. 15

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Di samping itu, Latihan Mengajar juga antara kursus penting yang ditawarkan semenjak SMPI diwujudkan. Pada awal penubuhan, Latihan Mengajar ini ditawarkan sebanyak dua kursus, iaitu Latihan Mengajar (Bahasa Melayu) dan Latihan Mengajar (Ugama Islam).18 Bermula sesi 1989/1990, Latihan Mengajar (Bahasa Melayu) dimansuhkan dan digantikan dengan Latihan Mengajar (Bahasa Arab), manakala Latihan Mengajar (Ugama Islam) juga ditukar nama kepada Latihan Mengajar Pendidikan Islam.19 Setelah beberapa tahun kursus ini ditawarkan, bermula sesi 2000/2001 sehingga sekarang, ia digabungkan menjadi satu kursus sahaja, iaitu Latihan Mengajar yang mewakili 8 jam kredit dan disyaratkan menjalani latihan di sekolah terpilih selama 10 minggu.20 Matlamat Program dan Hasil Pembelajaran Program21 Di bawah MQF, setiap program hendaklah menggariskan apakah matlamat dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Sehubungan dengan itu, pihak APIUM telah menempatkan matlamat dan hasil pembelajaran berikut bagi setiap pengkhususan Pengajian Islam dan Pengajian al-Quran. Secara umumnya matlamat bagi kedua-dua pengkhususan dalam Pendidikan Islam adalah sama. Walau bagaimanapun, hasil pembelajaran bagi setiap pengkhususan adalah sedikit berbeza melainkan jika apa yang ingin dicapai adalah sama antara kedua-dua pengkhususan tersebut. Matlamat Program Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan: i. Graduan yang mempraktikkan pengetahuan, kaedah dan nilai akhlak seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa. ii. Graduan berkemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. iii. Graduan yang berdaya saing dan kompeten dalam menghadapi cabaran dunia Pendidikan Islam. Sementara hasil pembelajaran pengkhususan Pengajian Islam adalah menghasilkan para pelajar yang dapat: i. Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia. ii. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara berkesan. iii. Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian Islam dan Pendidikan Islam sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. iv. Mengamalkan etika perguruan dan bersikap professional selaras dengan Akhlak Islamiyyah. v. Berkomunikasi secara berkesan dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam melakukan kerja secara berkumpulan. 18

Shamsiah Mohamad, op.cit, h. 11. Lihat, Buku Panduan 1989/1990, h. 317-318. 20 Lihat, Buku Panduan 2000/2001, h. 256-261; Buku Panduan 2001/2002, h. 240-244; Buku Panduan 2002/2003, h. 252-256; Buku Panduan 2004/2005, h. 224-227; Buku Panduan 2005/2006, h. 242-246; Buku Panduan 2007/2008, h. 217-222; Buku Panduan 2008/2009, h. 210-215; Buku Panduan 2009/2010, h. 241248; Buku Panduan 2010/2011, h. 250-256. 21 Lihat, Buku Panduan 2010/2011, h. 223-224 & 257. 19

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

vi. Menganalisis masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara berkesan. vii. Berdikari dalam pencarian ilmu dan pengurusan maklumat yang menjadi asas kepada pembelajaran berterusan. viii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Manakala hasil pembelajaran pengkhususan Pengajian al-Quran adalah menghasilkan para pelajar yang dapat: i. Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia. ii. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran secara berkesan. iii. Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian al-Quran sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. iv. Mengamalkan etika perguruan dan bersikap professional selaras dengan Akhlak Islamiyyah. v. Berkomunikasi sesama guru dan pelajar untuk menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang baik dan mampu bekerja secara berpasukan. vi. Berkemahiran untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara berkesan. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada hasil pembelajaran kedua-dua pengkhususan yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa kurikulum di bawah MQF ini memfokuskan kepada lapan domain iaitu: a. b. c. d. e. f. g. h.

Pengetahuan Kemahiran Praktikal Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial Nilai, Sikap dan Profesionalisme Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Saintifik Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan

ANALISIS MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP KURIKULUM DAN KEMAHIRAN PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM APIUM DI BAWAH KERANGKA MALAYSIAN QUALIFICATIONS FRAMEWORK (MQF) Satu tinjauan (survey) telah diusahakan oleh satu jawatankuasa yang telah dilantik untuk keperluan Semakan Kurikulum 2014 di peringkat APIUM. Tinjauan tersebut bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum sedia ada dan menilai kemahiran yang diperolehi pelajar selepas mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda dan Pascasiswazah di APIUM.22 Bagi tujuan makalah ini, hasil dapatan awal tinjauan yang dilakukan terhadap pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) akan dibincangkan. Seramai 80 orang pelajar SMPI sesi kemasukan 2010/2011 telah menjadi responden yang terdiri daripada 22

Jawatankuasa Tinjauan (Survey) yang dilantik oleh Pengurusan APIUM tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Taqiuddin bin Mohamad, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Lihat Lampiran A.

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

18 orang lelaki dan 62 orang perempuan dengan purata umur 24-28 tahun serta berwarganegara Malaysia.23 Pendekatan kuantitatif merupakan asas metodologi tinjauan yang telah dilakukan. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan dan ia digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta seperti kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Sementara analisis deskriptif menerangkan fenomena dengan cara menganalisa data deskriptif yang diperolehi dengan pembentukan soal selidik.24 Oleh yang demikian, pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik dan analisis deskriptif adalah bersesuaian dengan tinjauan tersebut. Hal ini kerana data kuantitatif yang diperolehi daripada tinjauan soal selidik adalah bertujuan mendapatkan perspektif umum tentang fokus tinjauan iaitu perspektif terhadap penilaian pelaksanaan kurikulum semasa dan penguasaan pelbagai kemahiran. Data-data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statiscal Packages For Social Science (SPSS) Versi 21.0. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik yang terdiri daripada lapan bahagian. Walau bagaimanapun, hanya tiga bahagian yang akan dibincangkan dalam makalah ini yang merupakan dapatan awal tinjauan. Bahagian A berkaitan latar belakang responden seperti jantina, umur dan negara, manakala Bahagian B melibatkan kajian keseluruhan kurikulum bagi Program Pendidikan Islam, sementara Bahagian C merupakan konstruk kemahiran yang diperolehi sebelum dan selepas mengikuti pengajian. Penilaian kurikulum dalam tinjauan tersebut melibatkan empat skala pengukuran iaitu 1 (sangat tidak memuaskan), 2 (tidak memuaskan), 3 (memuaskan) dan 4 (sangat memuaskan). Manakala penilaian daripada aspek kemahiran diukur dengan menggunakan skala 1-10. Skala tersebut dinyatakan melalui skala 1 yang menunjukkan sangat tidak memuaskan sehingga 10 yang menunjukkan sangat memuaskan. Bagi tujuan pelaporan, skala tersebut dikodkan semula kepada skala 1-4 (rendah), 5-7 (sederhana) dan 8-10 (tinggi). Dapatan Awal Tinjauan Mengenai Penilaian Pelajar Terhadap Kurikulum Program Pendidikan Islam Maklum balas responden terhadap kurikulum Program Pendidikan Islam adalah diperlukan bagi meninjau tahap pelaksanaannya. Jawatankuasa tinjauan telah mengumpulkan kesemua min bagi setiap item sepertimana jadual berikut: Jadual 1: Penilaian responden terhadap kurikulum Bil

Elemen Kurikulum

Min

1.

Komponen Kursus Teras Universiti

3.39

2.

Jam kredit komponen Kursus Teras Universiti

3.35

3.

Komponen Kursus Teras Akademi

3.46

4.

Jam kredit komponen Kursus Teras Akademi

3.49

23

Lihat Laporan Analisis Kajian Kurikulum Exit Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2014. 24 Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994); Mohd Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999).

35

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

5.

Komponen Kursus Teras Wajib Program

3.49

6.

Jam kredit komponen Kursus Teras Wajib Program

3.48

7.

Komponen Kursus Teras Jabatan

3.43

8.

Jam kredit komponen Kursus Teras Jabatan

3.46

9.

Komponen Kursus Wajib Pengkhususan

3.46

10.

Jam kredit komponen Kursus Wajib Pengkhususan

3.39

11.

Komponen Kursus Kaedah Pertama

3.39

12.

Jam kredit komponen Kursus Kaedah Pertama

3.46

13.

Komponen Kursus Kaedah Kedua

3.43

14.

Jam kredit komponen Kursus Kaedah Kedua

3.36

15.

Latihan Mengajar

3.43

16.

Jam kredit Latihan Mengajar

3.44

17.

Jam kredit keseluruhan komponen kursus (Universiti, Akademi, Program)

3.47

18.

Sistem penilaian (seperti tugasan, kuiz, peperiksaan)

3.29

19.

Pemarkahan peperiksaan

3.37

20.

Pemarkahan tugasan

3.31

Berdasarkan Jadual 1 di atas, penilaian terhadap tinjauan kurikulum majoriti pelajar berpuas hati terhadap komponen kursus, sistem penilaian, amali dan jam kredit yang ditawarkan berdasarkan min yang ditunjukan. Min keseluruhan berada pada tahap yang memuaskan iaitu di antara 3.29 hingga 3.49. Dapatan Awal Tinjauan Mengenai Penguasaan Pelajar Terhadap Kemahiran Berbahasa, Kemahiran Insaniah Dan Kemahiran Lain Pelajar berkemahiran pelbagai merupakan antara matlamat Program Pendidikan Islam APIUM. Tinjauan telah dijalankan bagi mengenal pasti penilaian pelajar terhadap kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebelum dan selepas pengajian. Jumlah responden adalah seramai 80 orang dan hanya 47 orang responden sahaja yang melengkapkan bahagian ini dan selebihnya tidak dapat melengkapkannya kerana sistem online yang digunakan tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki. Berdasarkan Jadual 2 di bawah, peningkatan dalam kemahiran Bahasa Inggeris adalah majoriti sederhana iaitu sebanyak 36 orang responden dan seramai 2 orang responden masih menyatakannya di skala rendah, sementara 9 orang responden menyatakannya di skala tinggi selepas mengikuti pengajian. Manakala kemahiran Bahasa Arab mengalami peningkatan setara iaitu sebanyak 23 orang responden pada skala sederhana dan tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden yang menyatakannya pada skala rendah selepas mengikuti pengajian. Jadual 2: Penilaian responden terhadap kemahiran bahasa sebelum dan selepas pengajian Selepas Kemahiran Skala Sebelum Pengajian Pengajian Rendah 31 (66%) 2 (4.3%) Bahasa Inggeris Sederhana 16 (34%) 36 (76.6%) Tinggi 0 (0%) 9 (19.1%)

56

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Bahasa Arab

Rendah Sederhana Tinggi

32 (68.1%) 13 (27.7%) 2 (4.3%)

1 (2.1%) 23 (48.9%) 23 (48.9%)

Seterusnya, penilaian terhadap kemahiran insaniah. Jadual 3 di bawah menunjukkan kemahiran insaniah yang melibatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, gerak kerja berkumpulan, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran berterusan serta etika dan moral profesional yang menunjukan peningkatan yang tinggi selepas pengajian. Purata bilangan responden secara keseluruhan meletakkan pada skala tinggi iaitu antara 30 hingga 34 orang responden bagi kemahiran-kemahiran di atas. Manakala bagi kemahiran keusahawanan hanya berlaku peningkatan sederhana, namun masih lagi berlaku peningkatan dengan sebanyak 30 orang responden menyatakan pada skala tersebut. Jumlah responden yang tidak menjawab bahagian ini adalah 33 orang kerana sistem online yang digunakan tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki. Jadual 3: Penilaian responden terhadap kemahiran insaniah sebelum dan selepas pengajian Kemahiran Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Kepimpinan

Gerak Kerja Berkumpulan

Kerja Berpasukan Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah Kemahiran Keusahawanan Pembelajaran Berterusan Etika dan Moral Profesional

Skala Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana

Sebelum Pengajian 31 (66%) 14 (29.8%) 2 (4.3%) 31 (66%) 15 (31.9%) 1 (2.1%) 30 (63.8%) 15 (31.9%)

Selepas Pengajian 0 (0%) 17 (36.2%) 30 (63.8%) 2 (4.3%) 18 (38.3%) 27 (57.4%) 0 (0%) 13 (27.7%)

Tinggi

2 (4.3%)

34 (72.3%)

Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi

27 (57.4%) 19 (40.4%) 1 (2.1%) 29 (61.7%) 17 (36.2%) 1 (2.1%) 32 (68.1%) 14 (29.8%) 1 (2.1%) 30 (63.8%) 16 (34%) 1 (2.1%) 27 (57.4%) 19 (40.4%) 1 (2.1%)

0 (0%) 15 (31.9%) 32 (68.1%) 1 (2.1%) 14 (29.8%) 32 (68.1%) 0 (0%) 30 (63.8%) 17 (36.2%) 0 (0%) 15 (31.9%) 32 (68.1%) 0 (0%) 13 (27.7%) 34 (72.3%)

Berikutnya, Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan awal penilaian kemahiran penulisan yang berlaku peningkatan yang tinggi dengan seramai 26 orang responden menyatakannya pada skala itu berbanding kemahiran seni, teknologi maklumat dan kemahiran media yang berlaku peningkatan pada skala sederhana dengan secara purata 23 hingga 27 orang responden menyatakannya pada skala tersebut. Manakala kemahiran pengurusan maklumat hanya mengalami peningkatan yang setara dengan seramai 23 orang responden menyatakannya pada skala rendah dan 22 orang responden menyatakannya pada skala tinggi.

56

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Jadual 4: Penilaian responden terhadap kemahiran lain sebelum dan selepas pengajian Kemahiran Skala Sebelum Pengajian Selepas Pengajian Rendah 25 (54.3%) 0 (0%) Kemahiran Sederhana 20 (43.5%) 20 (43.5%) Penulisan Tinggi 1 (2.2%) 26 (56.5%) Rendah 30 (63.8%) 3 (6.4%) Kemahiran Seni Sederhana 16 (34%) 27 (57.4%) atau Sastera Tinggi 1 (2.1%) 17 (36.2%) Rendah 30 (63.8%) 1 (2.1%) Pengurusan Sederhana 15 (31.9%) 23 (48.9%) Maklumat Tinggi 2 (4.3%) 23 (48.9%) Rendah 29 (61.7%) 0 (0%) Media Sederhana 16 (34%) 24 (51.1%) Tinggi 2 (4.3%) 23 (48.9%) Rendah 29 (61.7%) 2 (4.3%) Teknologi Sederhana 16 (34%) 23 (48.9%) Maklumat Tinggi 2 (4.3%) 22 (46.8%)

PERBINCANGAN Penilaian terhadap kurikulum Program Pendidikan Islam mendapati bahawa keseluruhan kandungan subjek, komponen kursus, jam kredit komponen kursus, amali latihan mengajar, jam kredit amali latihan mengajar, jam kredit keseluruhan komponen kursus (universiti, akademi, program), sistem penilaian dan pemarkahan peperiksaan serta tugasan berada pada tahap pelaksanaan yang memuaskan. Hal ini bermakna kurikulum Program Pendidikan Islam yang berada di bawah kerangka Malaysian Qualifications Framework (MQF) masih boleh diikuti oleh para pelajar. Pengintegrasian kurikulum dalam pelbagai komponen kursus antara sains sosial dan agama serta teori dan praktis adalah selari dengan jam kredit pengajian yang dibekalkan. Keselarian ini membolehkan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Selain itu, sistem penilaian yang dibuat sepanjang sesi pengajian seperti kuiz, tugasan dan peperiksaan adalah mampu memotivasikan para pelajar secara ekstrinsik sekaligus berusaha membangunkan diri pelajar secara intrinsik. Dari aspek amali pula, pelajar berpuas hati dengan tempoh yang dikenakan. Bagi pengamatan tinjauan, tempoh amali latihan mengajar membolehkan pelajar merasai peranan guru dan menjadi sebahagian komuniti sekolah yang sebenar. Keadaan ini merefleksikan diri pelajar untuk mempraktikkan teori sepanjang pengajian di peringkat kampus. Penilaian terhadap komponen kemahiran Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang sederhana dan kemahiran Bahasa Arab menunjukkan peningkatan yang setara antara sederhana dan tinggi. Komponen kemahiran bahasa ini antara kemahiran yang menjadi keutamaan untuk dikuasai oleh pelajar. Hal ini kerana pelajar akan merujuk kepada pelbagai sumber rujukan terutamanya dalam Bahasa Arab. Kebanyakkan subjek di bawah Kursus Wajib Pengkhususan menggunakan medium Bahasa Arab. Justeru, hasil tinjauan ini memaparkan keadaan pelajar yang memperolehi kemahiran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab secara formal, di samping secara tidak formal menerusi pelbagai spektrum termasuk penyertaan dalam Program Kursus Bahasa Arab di negara timur tengah. Penilaian terhadap komponen kemahiran insaniah menunjukkan peningkatan yang tinggi selepas pelajar mengikuti pengajian. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan, gerak kerja berkumpulan, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan,

56

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

pembelajaran berterusan serta etika dan moral profesional. Berdasarkan pengamatan tinjauan, peningkatan ini berlaku disebabkan oleh proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada pembentukan kemahiran-kemahiran tersebut kepada para pelajar. Selain itu, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran ini ialah penyertaan pelajar dalam aktiviti kolej kediaman, program kampus dan juga aktiviti-aktiviti sukarelawan yang merupakan hasil cetusan atau motivasi daripada nilai ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian. Penilaian bagi kemahiran lain menunjukkan kemahiran penulisan berlaku peningkatan yang tinggi berbanding kemahiran seni, teknologi maklumat dan kemahiran media yang berlaku peningkatan yang sederhana. Pengurusan maklumat hanya mengalami peningkatan yang setara. Bagi pengamatan tinjauan, kemahiran penulisan mengalami peningkatan yang tinggi berbanding kemahiran yang lain disebabkan oleh sistem penilaian yang berbentuk memberi tugasan atau assignment yang kebanyakannya bersifat penulisan ilmiah atau laporan. Oleh yang demikian, pelajar cuba membangunkan kefahaman kandungan pelajaran dan mengolah semula kepada sesuatu yang baru berasaskan kefahaman tersebut. Atas dasar itu, maka para pelajar dilatih dengan kemahiran penulisan berdasarkan konsep, prinsip dan fakta semasa mengikuti pengajian. Adapun kemahiran lain seperti teknologi maklumat, kemahiran media dan pengurusan maklumat menunjukkan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan penekanan oleh para pensyarah terhadap penggunaan teknologi maklumat dan media dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang boleh melibatkan elemen audio, kinestetik dan visual, selain daripada subjek berkaitan teknologi dan media dalam pendidikan yang sememangnya menggunakan medium-medium tersebut. KESIMPULAN Kurikulum Pendidikan Islam di APIUM secara umumnya merupakan kurikulum yang sudah memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mematuhi Malaysian Qualifications Framework (MQF). Namun begitu, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi kurikulum tersebut agar bersesuaian dengan keperluan semasa. Antara cadangan penambahbaikan yang diutarakan ialah penambahan tempoh Latihan Mengajar kepada dua semester, pendedahan pelajar kepada sekolah yang lebih banyak sebelum menjalani Latihan Mengajar, penambahan jam kredit dalam subjek Pengajaran Mikro, penyediaan modul kurikulum terkini untuk Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Islam, penyediaan modul kurikulum terkini untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dan penyediaan kelas hafazan bagi setiap semester, di samping penawaran peluang yang lebih banyak untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab di Timur Tengah.25 RUJUKAN Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 1989/1990 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2000/2001 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2001/2002 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2002/2003 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2004/2005 25

Lihat Laporan Analisis Kajian Kurikulum Exit Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2014, h. 6-7.

55

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2005/2006 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2007/2008 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2008/2009 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2009/2010 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2010/2011 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2012/2013 Buku Panduan Ijazah Dasar APIUM Sesi 2013/2014 Laporan Analisis Kajian Kurikulum Exit Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2014. Mohd. Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994) Mohd Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) Shamsiah binti Mohamad, Muhammad Lukman bin Ibrahim, Mohd Anuar bin Mamat, Asyraf Isyraqi bin Jamil dan Nasharuddin bin Mohammad, Kurikulum Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pengalaman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam Anton Athoillah et.al, Prosiding Konferensi International Islam di Dunia Melayu, (Bandung: Indonesia, 2011)

LAMPIRAN LAMPIRAN A Jawatankuasa Penyediaan Borang Kajian: Exit, Alumni dan Employer Survey (Ijazah Dasar & Tinggi) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Jawatan Penasihat Pengerusi JK Alumni Survey JK Exit Survey JK Employer Survey JK Teknologi Maklumat

Nama Prof Madya Dr Abdul Karim Ali (TPID) Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali (TPIT) Puan Aziah Saad (KPP) Dr Mohammad Taqiuddin Mohamad Dr Asmak Ab Rahman (K) Prof Madya Dr Ishak Suliaman Dr Nor Aini Ali (K) Dr Mohd Anuar Mamat Dr Ahmad Azam Sulaiman@Mohamad (K) Dr Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman

Pembantu Penyelidik

Nang Naemah Nik Dahalan Nor Solehah Abu Hashim Sumaiyah Bahri Sumaiyah Mat Desa Naimah Shaidon Iklima Abdul Manaf

En Zulfadly Shafie

LAMPIRAN B PENAWARAN KURSUS SEMASA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN ISLAM): STRUKTUR PROGRAM

KURSUS

Kursus Universiti (21 kredit)

    

KANDUNGAN

KREDIT

Kursus TITAS Hubungan Etnik Kemahiran Maklumat Ko-Kurikulum Asas Pembudayaan Keusahawanan

2 2 1 2 2

55

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Kursus

Teras

Akademi (11 kredit)

Kursus Major (112 kredit)

  

Bahasa Inggeris Komunikasi Kursus Elektif Luar Fakulti Kursus Pilihan Dalam Akademi

    

Bahasa Arab I Bahasa Arab II Hafazan Pengantar Syariah Pengantar Usuluddin

     

Kursus Asas Pendidikan Kursus Teras Pendidikan Islam Kursus Wajib Pengkhususan Kursus Kaedah Pertama Kursus Kaedah Kedua Latihan Mengajar

6 3 3 21 2 2 1 3 3 11 27 17 27 18 15 8 112 144

JUMLAH

LAMPIRAN C PENAWARAN KURSUS SEMASA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN ISLAM): SENARAI KURSUS

Bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) seseorang pelajar perlu melengkapi sebanyak 144 kredit daripada kursus-kursus berasaskan senarai berikut: 1.

KURSUS UNIVERSITI (21 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

GXEX 1401 GXEX 1411 GXEX 1412 GXEX 1414

Kemahiran Maklumat Hubungan Etnik Asas Pembudayaan Keusahawanan TITAS Ko-Kurikulum Bahasa Inggeris Komunikasi (1) Tahap 1: GTEE1101 Fundamentals of English (2) Tahap 2: Pilihan Kursus seperti berikut: GTEE1102 English for Academic Purpose 3 GTEE1103 Professional Writing in English 3 GTEE1104 Effective Presentation Skills 3 Kursus Elektif Luar Fakulti Kursus Pilihan Dalam Akademi (IXEU 3104 Sirah Nabawiyyah wa al-Khulafa’ al-Rashidin)

2.

Kredit 1 2 2 2 2 6 3

3 3 21

KURSUS TERAS AKADEMI (11 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

IXEX 1101 IXEX 1102 IXEX 1201 IXEX 2201 IXEX 2170

Pengantar Syariah Pengantar Usuluddin Bahasa Arab I Bahasa Arab II Hafazan

Kredit 3 3 2 2 1 11

53

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

3.

KURSUS MAJOR ( 112 KREDIT)

Kod kursus

Nama Kursus

PDET 1105 PAET 1102 PDEX 2101 PPET 2104 PPEX 2101 PPET 3104 PPEX 3101 PDET 4101 PAET 4101

 Kursus Asas Pendidikan Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum V.1 Asas Falsafah & Pendidikan Di Malaysia Pengurusan Unit Beruniform Psikologi Pendidikan V.1 Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pendidikan Prinsip Teknologi Pengajaran Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan Kepimpinan Diri & Organisasi Sosiologi Persekolahan

IXEB 2104 IXEB 2121 IXEB 2122 IXEB 3107 IXEB 3132 IXEB 4103

ISEU 1104 IXEH 1105 IXEU 1108 IXEU 1109 IXEH 2101 IXEH 2102 IXEH 2104 IXEH 2105 IXEH 2108

Kredit

 Kursus Teras Pendidikan Islam Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Kemahiran Tilawah al-Quran Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Pendidikan Islam Kemahiran Jawi dan Khat Teknologi dalam Pendidikan Islam  Kursus Wajib Pengkhususan Introduction To Islamic History And Civilization Nazariyyah al-Hukm al-Akhlak wa al-Tasawuf al-Aqa’id al- Islamiyyah Fiqh al-Ibadat Fiqh al-Muamalat Fiqh al-Usrah Fiqh al-Jinayat Qawaid Tafsir al-Nusus 

3 3 3 3 2 3 17 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27

Kursus Kaedah Pertama

IXEB 1101 IXEB 2105 IXEB 2106 IXEB 2109 IXEB 2110 IXEB 3108

Kaedah Pendidikan Islam Penilaian Dalam Pendidikan Islam Pengajaran Mikro (Pendidikan Islam) Metodologi Pengajaran Akhlak Dalam Pendidikan Islam Metodologi Pengajaran Akidah Dalam Pendidikan Islam Metodologi Pengajaran Fiqh Dalam Pendidikan Islam

IXEX 1103 IXEB 2123 IXEB 3133 IXEB 4101 IXEB 4102

Nahu Wazifi Dalam Pendidikan Bahasa Arab Kaedah Pengajaran Bahasa Arab I Kaedah Pengajaran Bahasa Arab II Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab Pengajaran Mikro (Bahasa Arab)



3 3 3 3 3 3 18

Kursus Kaedah Kedua

 IXEB 4190

3 3 3 3 3 3 3 3 3 27

3 3 3 3 3 15

Latihan Mengajar

Latihan Mengajar V.1

8 8 144

Jumlah

55

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN D PENAWARAN KURSUS SEMASA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN): STRUKTUR PROGRAM

KURSUS

Kursus Universiti (21 kredit)

Kursus

Teras

Akademi (11 kredit)

Kursus Major (112 kredit)

KANDUNGAN

KREDIT

       

Kursus TITAS Hubungan Etnik Kemahiran Maklumat Ko-Kurikulum Asas Pembudayaan Keusahawanan Bahasa Inggeris Komunikasi Kursus Elektif Luar Fakulti Kursus Pilihan Dalam Akademi

2 2 1 2 2 6 3 3

    

Bahasa Arab I Bahasa Arab II Hafazan Pengantar Syariah Pengantar Usuluddin

21 2 2 1 3 3 11

     

Kursus Asas Pendidikan Kursus Teras Pendidikan Islam Kursus Wajib Pengkhususan Kursus Kaedah Pertama Kursus Kaedah Kedua Latihan Mengajar

27 17 27 18 15 8 112 144

JUMLAH

LAMPIRAN E PENAWARAN KURSUS SEMASA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN): SENARAI KURSUS

Bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian alQuran) seseorang pelajar perlu melengkapi sebanyak 144 kredit daripada kursus-kursus berasaskan senarai berikut: 1.

KURSUS UNIVERSITI (21 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

GXEX 1401 GXEX 1411 GXEX 1412 GXEX 1414

Kemahiran Maklumat Hubungan Etnik Asas Pembudayaan Keusahawanan TITAS Ko-Kurikulum Bahasa Inggeris Komunikasi (3) Tahap 1: GTEE1101 Fundamentals of English (4) Tahap 2: Pilihan Kursus seperti berikut: GTEE1102 English for Academic Purpose 3 GTEE1103 Professional Writing in English 3 GTEE1104 Effective Presentation Skills 3 Kursus Elektif Luar Fakulti Kursus Pilihan Dalam Akademi (IXEU 3104 Sirah Nabawiyyah wa al-Khulafa’ al-Rashidin)

55

1 2 2 2 2 6 3

3 3 21

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

2.

KURSUS TERAS AKADEMI (11 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

IXEX 1101 IXEX 1102 IXEX 1201 IXEX 2201 IXEX 2170

Pengantar Syariah Pengantar Usuluddin Bahasa Arab I Bahasa Arab II Hafazan

3. Kod kursus  PDET 1105 PAET 1102 PDEX 2101 PPET 2104 PPEX 2101 PPET 3104 PPEX 3101 PDET 4101 PAET 4101

Kredit 3 3 2 2 1 11

KURSUS MAJOR ( 112 KREDIT) Nama Kursus

Kredit

Kursus Asas Pendidikan Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum V.1 Asas Falsafah & Pendidikan Di Malaysia Pengurusan Unit Beruniform Psikologi Pendidikan V.1 Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pendidikan Prinsip Teknologi Pengajaran Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan Kepimpinan Diri & Organisasi Sosiologi Persekolahan 

Kursus Teras Pendidikan Islam

IXEB 2104 IXEB 2121 IXEB 2122 IXEB 3107 IXEB 3132 IXEB 4103

Sejarah dan Falsafah Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Kemahiran Tilawah al-Quran Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Pendidikan Islam Kemahiran Jawi dan Khat Teknologi dalam Pendidikan Islam

IXEH 1105 IXEB 1108 IXEU 1109 IXEH 2101 IXEH 2102 IXEH 2104 IXEB 2203 IXEB 3135 IXEB 3204

Nazariyyah al-Hukm Hafazan & Bacaan Murattal al-Aqa’id al-Islamiyyah Fiqh al-Ibadat Fiqh al-Muamalat Fiqh al-Usrah Taranum al-Quran Tafsir al-Quran Ilmu Qiraat



 IXEB 1102 IXEB 2110 IXEB 2113 IXEB 3108 IXEB 3110 IXEB 4105 

3 3 3 3 3 3 3 3 3 27 3 3 3 3 2 3 17

Kursus Wajib Pengkhususan 3 3 3 3 3 3 3 3 3 27

Kursus Kaedah Pertama Kaedah Pendidikan al-Quran Metodologi Pengajaran Akidah Dalam Pendidikan Islam Metodologi Pengajaran Tajwid & al-Quran Metodologi Pengajaran Fiqh Dalam Pendidikan Islam Penilaian Dalam Pendidikan al-Quran Pengajaran Mikro (Pendidikan al-Quran) Kursus Kaedah Kedua

55

3 3 3 3 3 3 18

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

IXEX 1103 IXEB 2123 IXEB 3133 IXEB 4101 IXEB 4102 

Nahu Wazifi Dalam Pendidikan Bahasa Arab Kaedah Pengajaran Bahasa Arab I Kaedah Pengajaran Bahasa Arab II Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab Pengajaran Mikro (Bahasa Arab)

3 3 3 3 3 15

Latihan Mengajar

IXEB 4190

Latihan Mengajar V.1

8 8 144

Jumlah

LAMPIRAN F CADANGAN STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA BERMULA SESI 2015/2016 (Sehingga Mesyuarat Semakan Kurikulum Peringkat Program Pendidikan Islam APIUM Bertarikh 14 Ogos 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN ISLAM) STRUKTUR PROGRAM Komponen kursus

Kursus Universiti/ Pengajian Umum

Kategori kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Hubungan Etnik * @ Pengenalan Kepada Malaysia** Asas Pembudayaan Keusahawanan Bahasa Inggeris Komunikasi Literasi Maklumat Jalinan Masyarakat KoKurikulum Kursus Elektif Luar Fakulti Total

Kursus Teras

Komponen

2 2 2 6 2 2 2 6

20% (16.6%)

24 kredit

Teras Akademi Teras Pendidikan Teras Program Pendidikan Islam Teras Pengajian Islam@Pengajian Quran Latihan Mengajar Total

Kursus Elektif

Bil kredit

11 27 24 12 8

55% (56.5%)

82 kredit

Elektif Fakulti Elektif Program Elektif Pengkhususan Total

12 18 9

25% (26.9%)

39 kredit

Jumlah Kredit Keseluruhan

145 kredit

100%

CADANGAN STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA BERMULA SESI 2015/2016 (Sehingga Mesyuarat Semakan Kurikulum Peringkat Program Pendidikan Islam APIUM Bertarikh 14 Ogos 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN ISLAM) SENARAI KURSUS

55

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Kompenan Kursus

Kursus Universiti/ Pengajian Umum

Kategori Kursus

Bil. Kredit

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Hubungan Etnik* atau Pengenalan Kepada Malaysia** Asas Pembudayaan Keusahawanan Bahasa Inggeris Komunikasi Literasi Maklumat Jalinan Masyarakat Kokurikulum Kursus Elektif Luar Fakulti

Peratus

2 2 2 6 2 2 2 6

20% (16.6%)

24 Kredit Teras Akademi IXEX1201 IXEX1201 IXEX1101 IXEX2171 IXEX1107

Bahasa Arab 1 Bahasa Arab 2 Pengantar Syariah Tilawah dan Hafazan Pengantar Pengajian Usuluddin

2 2 3 1 3 11 Kredit

Teras Pendidikan PDET1105 Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum V.1 PAET1102 Asas Falsafah & Pendidikan Di Malaysia PDEX2101 Pengurusan Unit Beruniform PPET2104 Psikologi Pendidikan V.1 PPEX2101 Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pendidikan PPET3104 Prinsip Teknologi Pengajaran PPEX3101 Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan PDET4101 Kepimpinan Diri & Organisasi PAET4101 Sosiologi Persekolahan

3 3 3 3 3 3 3 3 3 27 Kredit

Kursus Teras

Teras Program Pendidikan Islam IXEB2104 IXEB3107 IXEB2121 IXEB4103 IXEB2123 IXEB3133 IXEB4101 IXEB4102

Sejarah & Falsafah Pendidikan Islam Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Teknologi dalam Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab I Kaedah Pengajaran Bahasa Arab II Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab Pengajaran Mikro (Bahasa Arab)

3 3 3 3 3 3 3 3

24 Kredit Teras Pengajian Islam

56

55% (56.5%)

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

IXEH1105 IXEH2101 IXEH1107 IXEU1109

Nazariyyah al-Hukm Fiqh al-‘Ibadat Dirasat al-Quran wa al-Sunnah Al-‘Aqa’id al-Islamiyyah

3 3 3 3 12 Kredit

Latihan Mengajar Latihan Mengajar

8 8 Kredit

Elektif Fakulti IXEH2302 IXEH3301 IXEU2301 IXEU2303 IXEU3303 IXEU3305

Fiqh al-Halal wa al-Haram Al-Siyasah al-Syar’iyyah Psikologi Agama Konservasi, Jawi & Khat Isu Kontemporari Menurut AlQuran dan Al-Hadith Dakwah di Malaysia

3 3 3 3 3 3 12 Kredit

Elektif Program IXEB1101 IXEB2105 IXEBxxxx IXEB2106 Kursus Elektif IXEBxxxx IXEX1103

Kaedah Pendidikan Islam Penilaian dalam Pendidikan Islam Metodologi Pengajaran Pendidikan Islam Pengajaran Mikro (Pendidikan Islam) Tilawah dan Hafazan al-Quran Nahu Wazifi dalam Pendidikan Bahasa Arab

3 3 3 3

25% (26.9%)

3 3

18 Kredit Elektif Pengkhususan IXEB3204 IXEB2203 IXEBxxxx IXEBxxxx

IXEBxxxx

Ilmu Qiraat Taranum al-Quran Pengantar Pengajian al-Quran & al-Hadis Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan Islam Tajwid

3 3 3 3

3 9 Kredit 145 kredit

1 00%

LAMPIRAN G CADANGAN STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA BERMULA SESI 2015/2016 (Sehingga Mesyuarat Semakan Kurikulum Peringkat Program Pendidikan Islam APIUM Bertarikh 14 Ogos 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN) STRUKTUR PROGRAM

56

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Komponen kursus

Kursus Universiti/ Pengajian Umum

Kategori kursus

Bil kredit

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Hubungan Etnik * @ Pengenalan Kepada Malaysia** Asas Pembudayaan Keusahawanan Bahasa Inggeris Komunikasi Literasi Maklumat Jalinan Masyarakat KoKurikulum Kursus Elektif Luar Fakulti Total

Kursus Teras

2 2 2 6 2 2 2 6

20% (16.6%)

24 kredit

Teras Akademi Teras Pendidikan Teras Program Pendidikan Islam Teras Pengajian Islam@Pengajian Quran Latihan Mengajar Total

Kursus Elektif

Komponen

11 27 24 12 8

55% (56.5%)

82 kredit

Elektif Fakulti Elektif Program Elektif Pengkhususan

12 18 9

Total

25% (26.9%)

39 kredit

Jumlah Kredit Keseluruhan

145 kredit

100%

CADANGAN STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA BERMULA SESI 2015/2016 (Sehingga Mesyuarat Semakan Kurikulum Peringkat Program Pendidikan Islam APIUM Bertarikh 14 Ogos 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM (PENGAJIAN AL-QURAN) SENARAI KURSUS Kompenan Kursus

Kursus Universiti/ Pengajian Umum

Bil. Kredit

Kategori Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Hubungan Etnik* atau Pengenalan Kepada Malaysia** Asas Pembudayaan Keusahawanan Bahasa Inggeris Komunikasi Literasi Maklumat Jalinan Masyarakat Kokurikulum Kursus Elektif Luar Fakulti

Peratus

2 2 2 6 2 2 2 6

20% (16.6%)

24 Kredit Teras Akademi

Kursus Teras

IXEX1201 IXEX1201 IXEX1101 IXEX2171 IXEX1107

Bahasa Arab 1 Bahasa Arab 2 Pengantar Syariah Tilawah dan Hafazan Pengantar Pengajian Usuluddin

56

2 2 3 1 3

55% (56.5%)

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

11 Kredit Teras Pendidikan PDET1105 Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum PAET1102 V.1 Asas Falsafah & Pendidikan PDEX2101 Di PPET2104 Malaysia PPEX2101 Pengurusan Unit Beruniform Psikologi Pendidikan V.1 PPET3104 Pentaksiran Pembelajaran PPEX3101 Dalam Pendidikan Prinsip Teknologi Pengajaran PDET4101 Asas Penyelidikan Dalam PAET4101 Pendidikan Kepimpinan Diri & Organisasi Sosiologi Persekolahan

3 3 3 3 3 3 3 3 3

27 Kredit Teras Program Pendidikan Islam IXEB2104 IXEB3107 IXEB2121 IXEB4103 IXEB2123 IXEB3133 IXEB4101 IXEB4102

Sejarah & Falsafah Pendidikan Islam Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Teknologi dalam Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab I Kaedah Pengajaran Bahasa Arab II Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab Pengajaran Mikro (Bahasa Arab)

3 3 3 3 3 3 3

24 Kredit Teras Pengajian Islam IXEH1105 IXEH2101 IXEH1107 IXEU1109

Nazariyyah al-Hukm Fiqh al-‘Ibadat Dirasat al-Quran wa al-Sunnah Al-‘Aqa’id al-Islamiyyah

3 3 3 3 12 Kredit

Latihan Mengajar Latihan Mengajar

8 8 Kredit

Elektif Fakulti

Kursus Elektif

IXEH2302 IXEH3301 IXEU2301 IXEU2303 IXEU3303 IXEU3305

Fiqh al-Halal wa al-Haram Al-Siyasah al-Syar’iyyah Psikologi Agama Konservasi, Jawi & Khat Isu Kontemporari Menurut AlQuran dan Al-Hadith Dakwah di Malaysia

3 3 3 3 3 3 12 Kredit

55

25% (26.9%)

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Elektif Program IXEB1102 IXEB3110 IXEBxxxx IXEB2105 IXEBxxxx IXEX1103

Kaedah Pendidikan al-Quran Penilaian dalam Pendidikan al-Quran Metodologi Pengajaran Pendidikan al-Quran Pengajaran Mikro (Pendidikan al-Quran) Tilawah dan Hafazan alQuran Nahu Wazifi dalam Pendidikan Bahasa Arab

3 3 3 3 3 3

18 Kredit Elektif Pengkhususan IXEB3204 IXEB2203 IXEBxxxx IXEBxxxx

IXEBxxxx

3 3 3

Ilmu Qiraat Taranum al-Quran Pengantar Pengajian alQuran & al-Hadis Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan Islam Tajwid

3

3 9 Kredit 1 45 kredit

    

55

10 0%

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

APLIKASI MAQASID AL-SHARI’AH DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BERASASKAN EKOPSIKOLOGI: PENGALAMAN INDONESIA DAN MALAYSIA SERTA REFLEKSINYA DI PERINGKAT GLOBAL  Abd. Aziz Rekan,1 Mohd Istajib Mokhtar,2 & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim3 Abstrak: Pembangunan fizikal seperti inovasi teknologi hijau masih belum menjamin keseimbangan ekologi sekiranya tidak seiring dengan pembangunan insan. Senario ini memposisikan pendidikan alam sekitar berasaskan ekopsikologi merupakan medium yang berpotensi untuk membangunkan unsur dalaman manusia. Kendiri manusia mampu dibangunkan apabila maqasid al-shari’ah dijadikan sebagai kerangka ekopsikologi yang meliputi aspek ketuhanan, keintiman dan kepekaan terhadap alam sekitar. Justeru itu, artikel konseptual ini menganalisis pengalaman Indonesia dan Malaysia dalam mengaplikasikan maqsad Hifz al-Din dalam pendidikan alam sekitar berasaskan ekospsikologi serta refleksinya di peringkat global. Hasil penulisan mendapati bahawa pembinaan kerangka ekopsikologi berkontekskan maqasidal-shari’ah belum begitu holistik. Namun, pengalaman kedua-dua negara ini menunjukkan saling berinspirasi dan berinisiatif dalam mempromosikan pendidikan alam sekitar berasaskan kerangka ekopsikologi Islam serta mendapat perhatian badan-badan antarabangsa. Oleh kerana Indonesia dan Malaysia merupakaan negara megadiversiti, maka lebih banyak kajian empirikal diperlukan dalam landskap pendidikan untuk meneliti hubungan psikologi manusia dengan ekologi berteraskan agama agar implimentasinya lebih efektif. Kata Kunci: Maqasid al-Shari’ah, Maqsad Hifz al-Din, Pendidikan alam sekitar, Ekopsikologi, Malaysia, Indonesia.

PENDAHULUAN Dunia kini merefleksikan bahawa kerancakan peradaban manusia berinteraksi dengan alam semula jadi tanpa sempadan memposisikan komuniti manusia sebagai penyumbang utama terhadap degradasi sumber alam. Realiti ini dibuktikan sehingga sekarang apabila krisis alam sekitar seperti pemanasan global, perubahan iklim, degradasi habitat, kepupusan biodiversiti, e-waste dan pencemaran radioaktif kian hebat diperdebatkan di

1

2

3

Abd. Aziz Rekan adalah Calon Ijazah Kedoktoran, Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel: [email protected]. Mohd Istajib Mokhtar adalah Felo Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Calon Ijazah Kedoktoran, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel: [email protected]. Tengku SarinaAini Tengku Kasim, Phd, merupakan Pensyarah, Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel: [email protected].

57

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

peringkat antarabangasa walaupun pelbagai mekanisme kawalan telah dibangunkan demi memastikan ekuilibrium alam sekitar terjamin dan terkawal. Sehubungan itu, dalam konteks rantau Asia Tenggara, Indonesiadan Malaysia akur akan ketidakutuhan aspek psikologi kendiri manusia yang menjadi punca dominan keregangannya dengan ekologi. Berasaskan pengamatan ini, pendekatan ekopsikologi dalam pendidikan alam sekitar merupakan alat yang berpotensi untuk membangunkan unsur dalaman manusia. Bahkan Indonesia dan Malaysia dilihat sudah mengorak langkah menginternalisasikan pendekatan ekopsikologi. Tambahan pula, pendekatan ekopsikologi menekankan komponen ketuhanan, kepekaan dan keintiman hubungan manusia dengan persekitarannya yang dijadikan asas pertimbangan dalam pelaksanaan pendidikan alam sekitar di kedua-dua negara ini. Oleh yang demikian, bagi memastikan pendekatan ekopsikologi selari dengan Islam, maqasid al-Shari’ah perlu diaplikasikan dalam kerangka ekopsikolgi dengan penekanan terhadap maqsad hifz al-Din bagi merawat semula kendiri manusia dengan berpaksikan Tuhan, iaitu dengan meningkatkan domain afektif (sikap dan kesedaran) sekaligus domain kognitif (pengetahuan) dan psikomotor (tindakan dan komitmen) individu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar secara mampan. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Alternatif pendidikan alam sekitar merupakan spektrum yang konsisten diaplikasikan oleh seantero dunia bagi membentuk sikap pro-ekologi sekaligus mencetuskan tingkah laku lestari alam sekitar. Pengimplimentasian pendidikan alam sekitar di peringkat global mahupun nasional telah menggunakan pendekatan bervariasi termasuk pendekatan formal dan tidak formal agar tiga domain utama pendidikan alam sekitar dapat dikecapi iaitu: Pertama, pendidikan “tentang”alam sekitar yang memfokuskan peranan kognitif, kemahiran dan kefahaman untuk bertindak positif terhadap alam sekitar; Kedua, pendidikan “melalui” alam sekitar yang mengutamakan elemen alam sekitar dijadikan alat atau medium langsung dalam proses penyaluran maklumat kepada individu; dan Ketiga, pendidikan“untuk”alam sekitar yang menekankan keterlibatan individu secara konsisten dalam isu dan penyelesaian masalah alam sekitar.4 Selain itu, krisis alam sekitar pada masa kini menuntut Indonesia dan Malaysia termasuk negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk menstrukturkan semula strategi dan pendekatan yang sedia ada menerusi Pelan Tindakan Pendidikan Alam Sekitar ASEAN (ASEAN Environmental Education Action Plan, AEEAP) 2014-2018. Pelan Tindakan ini berfungsi untuk menyedarkan anggota masyarakat di bawah ASEAN akan kebersihan dan kehijauan alam sekitar serta melahirkan rakyat yang celik dan mesra alam di samping memiliki etika, kesediaan dan kemampuan bagi memastikan pembangunan yang mampan di rantau ini melalui pendidikan alam sekitar dan usaha

4

Najma Mohamed, “Revitalising an Eco-Justice Ethics of Islam: by Way of Environmental Education: Implications for Islamic Education” (tesis kedoktoran, Stellenbosch University, South Africa 2012), 133.

57

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

penyertaan orang awam.5 Empat sasaran utama disepadukan dalam AEEAP 2014-2018 ini iaitu; 1) sektor formal, 2) sektor informal, 3) institusi dan pembangunan keupayaan sumber manusia serta 4) rangkaian, kerjasama dan komunikasi di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.6 Keselarasan empat sasaran AEEAP 2014-2018 ini dengan kehendak global adalah bertitik tolak daripada pelbagai laporan dan deklarasi hasil persidangan antarabangsa yang diadakan bermula era 70-an antaranya Persidangan PBB mengenai Alam Sekitar Manusia di Stockholm (PBB, 1972), Deklarasi Tiblisi (UN, 1972), Piagam Belgrade (UNESCO, 1976), Laporan Brundtland (WCED, 1987), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (UNCED, 1992) dan Sidang Kemuncak Bumi di Johannesburg (UN, 2002).7 Rentetan daripada itu, matlamat pendidikan alam sekitar rancak diperluaskan. Rangkuman matlamat tersebutadalah menekankan proses pembangunan warga secara holistik dan dinamik dengan mengambil kira pertimbangan membuat keputusan dalam kehidupan seharian, sama ada untuk bertindak secara individu atau kolektifbagi merespon terhadap kepekaan dan motivasi memelihara, memulihara dan menyelesaikan masalah alam sekitar(UNESCO-UNEP, 1978; Stapp. 1969; Hines, Hungerford &Tomera, 1986/1987; Roth & Perez, 1989; Volk, 1990; Fien 1993; Ramsey, 1993; TiwiKamidin, 2014).8 Tuntasnya pendidikan alam sekitar sentiasa mendapat perhatian di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan menekankan tiga komponen utama iaitu pendidikan tentang, melalui dan untuk alam sekitar. Pendidikan ini didokong pelbagai pendekatan dan strategi bagi mencetuskan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan tingkah laku positif terhadap konservasi biodoversiti. Perbincangan seterusnya akan mengupas persoalan mengenai pendekatan ekospikologi yang menjadi keperluan dalam pendidikan alam sekitar pada masa kini, sejajar dengan signifikannya mewujudkan komponen alam sekitar yang positif berhubungkait dengan psikologi manusia. KEPERLUAN PENDEKATAN EKOSPIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Pendekatan ekospikologi berasal daripada gabungan dua perkataan Latin iaitu psikologi atau ‘logos’ yang bermaksud kajian mengenai jiwa (physic and soul) manakala eko atau ‘oikos’ dalam bahasa Greek bermaksud rumah.9 Psikologi merupakan pendekatan mengeksplorasi aspek kesihatan mental, pemikiran, kendiri dalaman dan tingkah laku manusia. Manakala ekologi adalah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya seperti perhubungan manusia, tumbuhan dan haiwan dengan alam sekitar. Sehubungan itu, ekopsikologi merupakan medium untuk mengintegrasikan 5

6 7

8

9

ASEAN Secretariat, “ASEAN Environmetntal Education Action Plain 2014-2018” (Indonesia: Jakarta, 2014), 1. Ibid., 7-28. Zarrintaj Aminrad et al, “Environmental Education in Malaysia, Progresses and Challenges Ahead” Life Science Journal 9, no. 2 (2012), 1149; Kimaryo, Lydia A., “Integrating Environmental Education in Primary School Education in Tanzania Teachers’: Perceptions and Teaching Practices” (tesis kedoktoran, Åbo Akademi University, Findland, 2012), 15. Kimaryo, Lydia A., “Integrating Environmental Education in Primary School Education in Tanzania Teachers’: Perceptions and Teaching Practices” (tesis kedoktoran, Åbo Akademi University, Findland, 2012), 24-27; Tiwi Kamidin & Samsilah Roslan, Pendekatan Ekopsikologi dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (Selangor: UPM, 2014), 32-34. Ryan, A Mest, “Ecopsychology:The Transformative Power of Home”The Humanistic Psychologist36, (2008), 52-53.

55

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

kendiri individu terhadap alam sekitar menerusi interaksi psikologi dengan ekologi ke arah pembinaan hubungan intim yang kukuh dengan melayani bumi alam semulajadi seumpama dirinya dan ahli keluarga (Roszak et al., 1992, 1995, 2001; Pearson, 1997; Feral, 1999; Canty, 2007; TiwiKamidin, 2014).10 TiwiKamidin, 2014 menekankan tiga prinsip utama dalam pendekatan ekopsikologi ini11: Pertama: Pembentukan keintiman hubungan manusia dengan alam sekitar dengan bermetaforakan alam sekitar sebagai diri sendiri dan ahli keluarga. Kedua: Peningkatan hubungan nilai spiritual dan ketuhanan antara manusia dengan alam sekitar. Ketiga: Penekanan kepada kepekaan atau sensitiviti alam sekitar yang mana akan membawa kepada keperitan hidup manusia apabila alam sekitar musnah. Berdasarkan interpretasi ekopsikologi oleh para ahli akademik sebelum ini didapati bahawa perbahasan kurang memfokuskan mengenai hubungan antara jiwa, akal, hati dan roh yang merupakan pusat utama kendiri manusia bagi membentuk nilai kepercayaan, nilai sensitiviti dan nilai personal berpaksikan tuhan. Oleh itu dapat dirangkumkan bahawa ekopsikologi merupakan pendekatan untuk membangunkan komponen psikologi kendiri manusia iaitu jiwa, akal, hati dan roh berpaksikan elemen ketuhanan dan keagamaan bagi membina suasana keintiman hubungan dengan alam persekitarannya sekaligus mencetuskan kesedaran, sikap dan tingkah laku positif terhadap ekologi. Secara umumnya, kewujudan pendekatan ekospikologi ini adalah respon terhadap fenomena krisis dalaman diri manusia yang memberi kesan destruktif pada alam sekitar. Fenomena ini dibuktikan sehingga kini apabila terdapat individu yang berpengetahuan dan berkesedaran tinggi terhadap isu dan permasalahan alam sekitar, akan tetapi tidak mencerminkan komitmen dan tindakan positif terhadap persekitaran ekologinya.12 Rentetan daripada itu, pendekatan ekospikologibukan sahaja menjadi alternatif malah menjadi mekanismedalam arena pendidikan alam sekitar bagi merapatkan jurang keintiman antara manusia dengan persekitarannya agar interaksi antara kedua-dua entiti ini mampu merekonstruksi kehidupan yang lebih kondusif dan sejahtera. Di samping itu, keupayaan individu mengawal lokus dalamannya akan dapat dibangunkan secara konsisten iaitu tidak mengasingkan nilai keagamaan dan ketuhanan atau dualismedalam tindakan terhadap alam sekitar.13 Tindakan yang dihasratkan ini adalah selari dengan kerangka maqasid al-shari’ah serta fitrah manusia iaitu cenderung untuk menjaga dan melindugi agama, akal, jiwa, keturunan dan harta benda. Justeru, 10

11

12

13

Tiwi Kamidin dan Samsilah Roslan, Pendekatan Ekopsikologi dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar, 3-57. Tiwi Kamidin et al, “Ecopsychology Elements in Environmental Education as to Strengthen Attitudes towards the Environment” Journal of ASIAN Behavioural Studies 1, no. 1 (January 2011), 18-19; Tiwi Kamidin &Samsilah Roslan, Pendekatan Ekopsikologi dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar, 2657. Tiwi Kamidin, “Unsur Ekopsikologi Dalam Pendidikan Alam Sekitar Bagi Meningkatkan Amalan Gaya Hidup Mesra Alam” (Kertas Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 , Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012), 1-2; Gregory E. Hitzhusen, “Religion and Environmental Education: Building on Common Ground,” Canadian Journal of Environmental Education 11, (2006), 14-20.

57

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

manusia perlu melayani persekitarannya berpaksikan lima komponen tersebut supaya alam sekitar berperanan sama penting dengan maqasid al-shari’ah. Oleh itu, perbahasan akan diteruskan dengan membincangkan bagaimana maqasid al-shari’ah diaplikasikan sebagai kerangka ekospikologi. MAQASID AL-SHARI’AH SEBAGAI KERANGKA EKOPSIKOLOGI Lazimnya interaksi psikologi manusia dengan ekologi sama ada baik atau buruk adalah berpunca daripada stimulus kendiri seseorang individu itu. Persoalan hati, jiwa, akal dan roh seringkali dihubungkan dengan komponen dalaman diri manusia yang akan memanifestasikan tindakan sebagai seorang khalifah dan hamba Allah. Islam adalah agama yang membimbing penganutnya secara komprehensif dan syumul dalam bertingkah laku di muka bumi. Mutakhir ini, manusia mula menginterpretasi semula peranan agama sebagai solusi terhadap isu alam sekitar. Dikotomi nilai ketuhanan dan spiritual dalam diri manusia menjustifikasi agama sebagai mekanisme terbaik dalam membentuk kendiri manusia yang positif.14 Sehubungan itu, penekanan terhadap maqasid al-shari’ah yang berpotensi dijadikan kerangka ekopsikologi merupakan langkah positif dalam membangunkan pendidikan alam sekitar sama ada secara formal mahupun tidak formal. Maqasid al-Shari’ah lazim diterjemahkan sebagai objektif syariah. Walaubagaimanapun, jika diteliti secara komprehensif adalah lebih tepat menterjemahkannya sebagai matlamat akhir atau matlamat jangka panjang demi menjaga kebajikan manusia berasaskan Syariah. Llwellyn (2004) menterjemahkanya sebagai the “ultimate” objective of Shariah.15 Ini kerana pertimbangan sesuatu perkara berdasarkan maqasid al-shari’ah mestilah mengambilkira kesan akhir dan kesan jangka masa panjang sesuatu perkara. Justeru, cara berfikir dalam ruang lingkup dan kerangka maqasid alShari’ah mestilah bersifat dinamik dan futuristik. Justeru, kerangka maqasid al-Shari’ah didapati sejajar dengan keperluan perlindungan alam sekitar dan keseimbangan ekologi yang memerlukan seseorang individu berfikir jauh tentang implikasi buruk pencemaran, pemanasan global, kepupusan serta degradasi alam sekitar dan biodiversiti kepada generasi akan datang. Maqasid al-Shari’ah diklasifikasi kepada dua kategori iaitu umum dan khusus. Objektif umum melihat kepada kepada pengertian dan hikmah pensyariatan. Malah, turut menjaga kronologi dan prioriti umum (hifz al-Nizam) dalam menjana kebajikan (maslahah) dan menolak keburukan (mafsadah).16 Ketika mentakrifkan objektif umum maqasid al-syari’ah, Ibn ‘Asyur17 sendiri telah menghubungkannya dengan alam sekitar dengan peranan manusia sebagai khalifah Tuhan. Beliau menyatakan bahawa objektif umum syariah adalah memakmurkan bumi, menjaga keseimbangan sistem kehidupan di dalamnya dan melestarikan kondisi baik di bumi ini dengan memperbaikkan umat manusia yang merupakan khalifah di muka bumi. Objektif khusus pula lebih melihat

14

15

16

17

Ekpenyong Obo Ekpenyong, “Islam and Global Ecological Crisis: An Eco-Theological Review” International Journal of Asian Social Science 3, no. 7 (2013),1591-1594. Othman AbdAr-Rahman Lwellyn, “The Basis for a Dicipline of Islamic Environmental Law” in Islam and Ecology(Cambrige: Harvard University Press, 2003), 212-217. Mahmood Zuhdi Ab Majid, “Maqasid al-Shariah: Satu Pengenalan” dalam Maqasid al-Syariah, ed.Mahmood Zuhdi Ab Majid et. Al.(Batu Caves: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2012),1-50. Ilal al-Fasi, Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah wa Makarimuha (al-Dar al-Baida’: Maktabah al-Wihdah al-‘Arabiyyah, t.t), h.3.

57

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

kepada mengawal kepentingan umum manusia dalam urusan peribadi seperti kekeluargaan dan muamalat. Al-Raisuni menambah Objektif Cabang (al-Maqasid al-Juz’iyyah) iaitu objektif yang dimaksudkan oleh Syariah dalam setiap hukum syarak seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, sebab, syarat dan mani’.18 Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam menjaga bumi ini yang dianologikan dalam sebuah hadis sebagai masjid yang merupakan tempat sujud dan perlu dibersihkan. Sekiranya bumi tidak dibersihkan maka bagaimana bumi mampu menjadi tempat sujud?. Dari Jabir bin Abdillah r.a berkata bahwa Nabi telah bersabda:

ِ ِ ‫ورا‬ ْ َ‫ُجعل‬ ُ ‫ت ِِل ْاْل َْر‬ ً ‫ض َم ْسج ًدا َوطَ ُه‬

Maksudnya: “Dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan".19 Maqasid al-Shari’ah ini berpaksikan kepada maslahah atau kebajikan. Malah, jika diteliti definisi kedua-duanya ibarat dua permukaan pada satu syiling yang sama.20 Konsep maslahah yang dimaksudkan merangkumi kebaikan di dunia dan di akhirat. Melalui pemahaman inilah, usaha memulihara alam sekitar dapat dihubungkan dengan nilai spiritual bagi menyedarkan individu bahawa setiap usaha memulihara alam sekitar akan mendapat ganjaran di akhirat. Hatta, menurut mafhum hadis, apabila datang kiamat, sekiranya ada benih tamar di tangan, maka hendaklah ditanam sebagai inisiatif akhir untuk berbakti kepada bumi yang mungkin berpeluang mendapat ganjaran pahala terakhir.21 Konsep maslahah merangkumi setiap sesuatu yang melancarkan urusan dan memberi kenikmatan serta keselesaan hidup, baik bersifat fizikal, moral, intelektual dan spiritual.22 Bagi mengelak salah tafsir, para fuqaha menegaskan bahawa realiti maslahah mestilah membawa kemajuan hidup dan bukan kemelesetan.23 Berdasarkan realiti krisis alam sekitar hari ini, maka jelaslah bahawa maqasid syariah itu tidak tercapai. Penilaian maslahah perlu berpaksikan kepada indikator iaitu sejauhmana ia boleh membina kehidupan di dunia kini dan di akhirat nanti dan bukannya nafsu.24 Namun, kerana nafsu, sikap tamak, sikap pentingkan diri, alam sekitar dieksploitasi. Demi mengejar pembangunan material, alam sekitar dimanipulasi. Impaknya, kehidupan manusia menjadi tidak selesa dengan pencemaran. Malah hidupan lain juga tidak selesa dan terganggu akibat kehilangan habitat. 18

19

20

21

22

23 24

Mahmood Zuhdi Ab Majid &Paizah Ismail,Pengantar Syariah(Kuala Lumpur: Al-Baian Corporation Sdn. Bhd, 2004), 179. Sahih Bukhari no. 323 dan 419, Sahih Muslim no. 810. Lihat Salih ‘Abd al-’Aziz, “Sahih Muslim”, Mawsu’ah al-Hadith al-Sharif, al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, 2000. Ismail Ibrahim et.al.,“Kepentingan Dawabit al-Maslahah dalam Konteks Maqasid al-Shariah: Kesinambungan Antara Pemikiran Al-Buti dan Al-Shatibi” dalam Maqasid al-Syariah, ed. Mahmood Zuhdi Ab Majid et. al, (Batu Caves: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2012), 145. Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (Sahih Al-Bukhari). Lihat Salih ‘Abd al-’Aziz, “Sahih Muslim”, Mawsu’ah al-Hadith al-Sharif, alKutub al-Sittah. (Riyad: Dar al-Salam li al-Nasyr wa al-Tawzi’, 2000). Mahmood Zuhdi Ab Majid, “Maqasid al-Shariah: Satu Pengenalan” dalam Maqasid al-Syariah, ed.Mahmood Zuhdi Ab Majid et. Al.(Batu Caves: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2012),1-50. Ibid. Surah al-Mu’minun (23): 71.

78

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Klasifikasi maqasid al-Shari’ah atau boleh dikatakan sebagai pembahagian maslahah telahdicerakin kepada tiga iaitu kepentingan (al-Daruriyyah), keperluan (alHajiyyah) dan kemewahan (al-Tahsiniyyah). Kepentingan hidup (al-Daruriyyah) ini menentukan hidup mati manusia iaitu mencakupi kemaslahatan agama dan dunia. Tanpanya, kemaslahatan dunia akan musnah malah nikmat akhirat juga tidak dikecapi dan mengalami kerugian.25 Perlindungan alam sekitar turut termasuk dalam perkara daruriyyah yang berkorelasi dengan hidup mati inidividu. Di dalam penentuan keutamaan antara ketiga-tiga pembahagian teori kebajikan ini, al-Syatibi telah menyusun lima kaedah:26 1) 2) 3) 4)

Kepentingan asas sebagai asas kepada keperluan biasa dan keperluan mewah. Kerosakan kepentingan asas menyebabkan keperluan yang lain turut rosak. Kerosakan keperluan lain tidak semestinya boleh merosakkan kepentingan asas. Kerosakan keperluan biasa atau keperluan mewah kadang-kadang boleh menyebabkan kerosakan pada kepentingan asas. 5) Wajib menjaga keperluan biasa dan keperluan mewah bagi tujuan menjaga keperluan asas. Kepentingan-kepentingan hidup tersebut dikenali sebagai al-Daruriyyat al-Khams. Tertibnya bermula daripada kepentingan menjaga agama (Hifzal-Din), menjaga nyawa (Hifz al-Nafs), menjaga keturunan (Hifz al-Nasl), menjaga harta (Hifz al-Mal) dan menjaga akal (Hifz al-‘Aql). Kesemua lima perkara tersebut sebenarnya berkait rapat dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Malah, jika diperhalusi, kepentingan menjaga alam sekitar (Hifz al-Bi’ah) merangkumi kesemuanya dan semua maslahah di atas tidak dapat dijaga jika tidak menjaga alam sekitar.27 Maqsad hifz almalmisalnya, Al-Shatibi turut menyatakan bahawa antara langkah menjaga nyawa termasuklah mengharamkan pencerobohan terhadap nyawa dan mengambil langkah berjaga-jaga (sadd al-zara’i’) terhadap kemungkinan perkara yang boleh membunuh. Perkara ini amat ditekankan oleh World Health Organization (WHO).28 Misalnya, kegagalan mengakses air bersih akan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai water-borne diseases yang seterusnya menyebabkan kematian. Jika diperhalusi konsep kelestarian atau sustainability, secara makronya menepati maqsad hifz al-mal dan hifz al-nasl yang menjaga kepentingan pembangunan ekonomi dan menjaga kepentingan generasi akan datang. Menurut Shaharir,29 semenjak teori sustainability ini mula diperkenalkan pada era 70-an30 definisi yang popular digunakan adalah dari BrundlandComission 1987 “a development that meets the needs of the present without compromising the needs of future generations to meet their own needs” iaitu bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Malah, komponen alam sekitar sebenarnya berkait rapat dengan maqsadhifz al25 26 27

28

29

30

Al-Syatibi,Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah,Jil.2 (Beirut: Dar al-Ma’rifah, 1996), 321. Al-Syatibi, op. cit. Hussein Muhammad, “Manusia dan Tugas Kosmiknya Menurut Islam,” dalam Menanam Sebelum Kiamat: Islam, Ekologi dan Gerakan Lingkungan Hidup,ed. Fachruddin M. Mangunjaya (Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, 2007), 3. World Health Organization, “Water-related Diseases,”dicapai 21 Ogos 2014, http://www.who.int/water_sanitation_health/diseases/en/. Shaharir M.Z, “A New Paradigm of Sustainability,” Journal of Sustainable Development5, no. 1 (Januari 2012), 91. United Nations Conference on the Human Environment in Stockholm in 1972.

78

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

‘aql. Terdapat banyak ayat al-Quran ([7]: 179; [32]: 27, [31]: 20, [45]: 13, [30]: 8, [16]: 12,[7]: 179, [29]: 43) yang menyentuh aspek pembangunan intelektual yang memberi penekanan tentang peri pentingnya memahami tanda-tanda kekuasaan Allah dengan mengkaji setiap ciptaan komponen alam sekitar dengan pancaindera dan menggunakan akal untuk mengurus kekayaan sumber alam dan biodiversiti secara lestari. Antara kelima-lima aspek maqasid al-syari’ah di atas, aspek yang masih menjadi lakuna untuk dikaitkan dengan ekologi adalah maqsad hifz al-din. Menjaga agama tidak dilihat berperanan secara langsung dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Sedangkan menjaga agama merupakan asas bagi semua maqasid yang lain yang turut berhubungan secara implisit dan eksplisit dengan alam sekitar. Tanpa agama, perkara lain akan rosak. Cara menjaga agama termasuklah beramal dengan ajarannya, melaksanakannya dalam pemerintahan, berdakwah dan berjihad di jalannya.31 Penjagaan agama ini juga berlaku dalam dua aspek32: Pertama: “Merealisasikan agama”. Allah telah mewajibkan ke atas manusia beriktikad dengan aqidah yang sahih dan merealisasikan rukun-rukun Islam dan segala tuntutannya. Kedua: “Melestarikan agama”. Allah telah menganjurkan supaya menghapuskan ancaman-ancaman internal dan eksternal yang boleh menyebabkan rosak dan hilangnya agama. Merealisasikan agama menerusi rukun Islam misalnya, mengucap dua kalimah shahadah menjadi asas kepada ekoteologi Islam sebagai satu pengakuan sebagai khalifah di muka bumi yang memikul amanah mengimarahkan bumi.33 Ibadat solat tidak dapat dilaksanakan di atas bumi atau berwuduk dengan air yang tercemar. Ibadat haji yang menghalang manusia dari merosakkan tumbuhan dan memburu binatang semasa ihram menjadi satu manifestasi ekospiritual. Justeru, bagi melestarikan agama, alam sekitar tidak boleh dicemari dan dirosakkan. Maka tidak hairanlah, pelbagai kempen alam sekitar dikaitkan dengan ibadat tertentu seperti program “green Ramadan” dan “green hajj”.34 ANALISIS PENGALAMAN INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM MENGINTEGRASIKAN PRINSIP EKOPSIKOLOGI DENGAN MAQSAD HIFZ AL-DIN MENURUT LANDSKAP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 1) Inisiatif Menghubungkan Komponen Alam Sekitar denganElemen Ketuhanan. Para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Islam Syarif Hidayatullah (UINSH), Jakarta, Indonesia telah berkolaborasi dengan para ulama’untukmengkaji dengan lebih mendalam ajaran Islam yang berkaitan ekologi dalam sumber tradisional Islam, iaitu Qur’an, hadis nabi dan karya sastera fiqh klasik. Ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Tuhan telah didapati saling berhubungan dengan alam sekitar. INFORM (Indonesia Forest and Media) merupakan sebuah projek yang menggabungkan kempen media dan aktiviti yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha perlindungan hutan di Sumatera dan Kalimantan. 31

32

33

34

Muhammad Sa’ad al-Yubi, Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah wa Silatuha Bi al- Adillah al-Shar’iyyah (Riyadh: Dar al-Hijrah Li al-Nasy wa al-Tawzi, t.t), 194-206. Yusuf Hamid al-‘Alim,al-Maqasid al-‘Ammah li al-Shariah al-Islamiyyah (Herndon: IIIT, 1991), 248258. Osman Bakar , Environmental Wisdom For Planet Earth: The Islamic Heritage (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2007). Zaini Ujang, Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi (Skudai: UTM Press, 2010).

78

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

INFORM dikendalikan oleh organisasi pemuliharaan seperti Conservation InternationalIndonesia (CI-I),Bird Life Indonesia, The Nature Conservancy Indonesia Program dan WWF-Indonesia. INFORM bertujuan untuk meningkatkan perlindungan hutan dengan mewujudkan keprihatinan di kalangan pembuat polisi mengenai kehilangan kepelbagaian biologi hutan yang kritikal di Sumatera dan Kalimantan.35 Projek ini bermula dengan perbincangan dalam elemen ketuhanan secara umum berkenaan dengan keprihatinan mereka untuk keseimbangan ekologi terutama dalam ajaran Islam. Ulama’ daripada 31 pesantren telah dijemput bagi menjayakan usaha ini. Kebanyakan ulama dan pemimpin tidak formal yang hadir berkongsi idea, cadangan dan kepakaran dalam mengintegrasikan kalam-kalam Tuhan dan Hadis dengan keseimbangan ekologi. Ulama pesantren merupakan khazanah penting di Indonesia yang boleh dilihat dalam aspek hafalan mereka terhadap kalam Tuhan, Hadis nabi dan Teks Fiqh dan mengadaptasinya mengikut keperluan semasa.36 Di Malaysia, sejak penubuhan Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) tahun 2005 pelbagai inisiatif telah dilakukan dalam menghubungkan elemen ketuhanan dengan alam sekitar melalui penerbitan buku berkaitan Pemuliharaan Alam Sekitar dan Biodiversiti. Antaranya: i.

Pengurusan Alam Sekitar dan Biodiversiti dari Perspektif Islam (Karya suntingan). ii. Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Anda (Karya asli-kerjasama dengan WWF-Malaysia). iii. Islam dan Pemuliharaan Biodiversiti (Karya asli-masih di peringkat penambahbaikan manuskrip. Selain itu, penerbitan poster dan brosur bertajuk “Islam Melindungi Haiwan Liar”- poster dan brosur diedarkan ke seluruh Malaysia bagi langkah pemupukan nilai ketuahanan di kalangan masyarakat terhadap aspek pemuliharaan haiwan liar (kerjasama dengan WWF-Malaysia). Penulisan artikel di akhbar berkaitan isu-isu semasa alam sekitar dan biodiversiti juga kerap dilakukan bagi meluaskan lagi golongan sasaran. Selain media cetak, media elektronik juga menjadi medium perantara penting dalam menjayakan usaha ini. Penyampaian di radio ikim.fm berkaitan isu-isu alam sekitar dan biodiversiti dari perspektif Islam dilakukan secara berkala selain memenuhi jemputan memberi ceramah daripada pihak-pihak luar berkaitan isu-isu alam sekitar dan biodiversiti.37 Penganjuran seminar, bengkel, persidangan meja bulat atau muzakarah pakar berkaitan isu-isu alam sekitar dan biodiversiti tutrut dianjurkan. Antara seminar-seminar yang telah dianjurkan adalah:

35

36

37

The World Bank, Faiths and the Environment: World Bank Support 2000-2005. (Washington DC: The World Bank, t.t), 16-20. Fachruddin Majeri Mangunjaya, “Developing Environmental Awareness And Conservation Through Islamic Teaching,” Journal of Islamic Studies 22 no. 1 (2011), 36–49. Temu bual bersama RosmidzatulAzila Mat Yamin, Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 5 November 2013.

78

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

i.

Seminar Antarabangsa / Serantau

Bil

Tarikh

Seminar/Bengkel

1

27-28 Julai 2010

Regional Seminar on “Environmental Awareness and Action Plans for a Better World”

ii.

Seminar Kebangsaan

Bil

Tarikh

Seminar/Bengkel

1

12 November 2013

Persidangan Meja Bulat “Pemantapan Modul dan Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar: Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama”

2

2 Julai 2013

Muzakarah Pakar “Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar: Penglibatan Komuniti Islam”

3 4

16 April 2013 24 Mei 2010

Dialog Antara Agama: Pemuliharaan Alam Sekitar Bengkel Pemuliharaan Hidupan Liar Dalam Islam di Gerik, Perak (Kerjasama dengan WWF-Malaysia)

5

23 Februari 2009

Bengkel Pemuliharaan Alam Sekitar dan Hidupan Liar Dalam Islam di Jeli, Kelantan (Kerjasama dengan WWF-Malaysia)

6

12-13 Jun 2007

Seminar “Penjanaan Pendapatan Untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula”

7

9-10 Mei 2006

Seminar “Alam Sekitar dan Kepelbagaian Bio di Malaysia: Isu dan Agenda dari Perspektif Islam”

Kesemua usaha di kedua-dua negara ini dipercayai sedikit sebanyak telah berjaya menjadikan agama sebagai lensa, yang berperanan untuk melihat alam sekitar sebagai anugerah Tuhan, yang perlu dilindungi dan dibangunkan secara seimbang. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti Indoor (teori) terhadap kalangan pakar telah membuka ruang untuk mereka berkongsi idea, meningkatkan kemahiran dan mencari solusi tentang krisis yang dialami oleh bumi masa kini. Daripada itu, Pengubal polisi memperolehi maklumat mengenai strategi dan pendekatan yang berpotensi bagi membangunkan persekitaran yang lestari. Oleh yang demikian, pendekatan yang berpotensi tersebut akan diaplikasikan ke atas masyarakat yang merupakan sasaran utama sebagai peserta akitiviti outdoor (praktikal), yang menginginkan peningkatan pengetahuan, kefahaman, kesedaran, kemahiran, komitmen dan tingkah laku terhadap alam sekitar. 2) Paradigma Baru terhadap Pemahaman Keintiman Agama dengan Alam Sekitar Konsep hubungan antara Tuhan, manusia dan alam di bawah konsep habluminallah wa habluminannas jelas menunjukkan tuntutan ke atas seseorang muslim agar berakhlak baik, berakauntabiliti serta berkesedaran positif terhadap kepentingan menjaga alam semula jadi sekaligus bertindak sebagai individu pro-ekologi. Justeru itu, bagi melestarikan tuntutan tersebut, pendekatan ekopsikologi yang bermetaforakan alam sekitar sebagai komponen agama, diri sendiri dan keluarga akan dapat membangunkan kesedaran dan tindakan keintiman terhadap alam sekitar secara bersepadu. Jika seorang individu sedaya upaya menjaga hal ehwal diri, keluarga dan agamanya demi memelihara akidah serta keimananannya, maka begitu jugalah diperlakukan ke atas hal ehwal alam

78

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

sekitar sebagai manifestasi keimanannya. Ketiga-tiga keintiman komponen ini saling bergantungan untuk mewujudkan kehidupan dan persekitaran yang lebih bermakna. Menurut Mangunjaya (2011), Haji Abdul Malik Karim Amarullah (seorang ulama terkemuka yang lebih dikenali dengan akronim HAMKA) yang berkhidmat sebagai ketua Ulama Indonesia Majlis (MUI) telah menegaskan mengenai peranan umat Islam dalam memulihara alam sekitar, yang mana umat Islam boleh memberi motivasi terhadap pembinaan keintiman hubungan agama dengan alam sekitar jika mereka memahami langsung dan memanfaatkan ajarannya secara praktikal. Sebagai contoh, orang Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan air merupakan keperluan untuk berwuduk sebelum melakukan solat. Justeru, penyediaan air bersih dalam pengajaran Islam dianggap sebagai kewajipan agama bagi masyarakat Islam.38 Oleh kerana umat Islam perlu menyimpan dan mengoptimumkan penggunaan air yang merupakan sumber untuk beribadat, maka pemuliharaan air adalah mandatori bagi Muslim. Situasi ini memberi gambaran betapa aktiviti seharian manusia termasuklah ibadat saling bergantungan secara intim dengan komponen alam sekitar. Menurut pengalaman WWF-Malaysia ketika menjalankan program pendidikan kesedaran perlindungan hidupan liar di kalangan komuniti agama di tiga buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu dan Perak mendapati bahawa pendekatan agama yangtelah dipilih dan digunakan dalam memupuk kesedaran memberi impak positif kerana agama adalah instrumen yang paling hampir dengan jiwa manusia. Setiapkali mereka mengadakan program kesedaran perlindungan hidupan dengan dengan memberi informasi teknikal dan saintifik bagaimana menguruskan kawasan penempatan mereka supaya tidak diserang hidupan liar, penduduk tempatan seolah-olah tidak selesa kerana maklumat terlalu teknikal dan rasa tercabar apabila “orang luar” mengajar mereka untuk membersihkan kawasan rumah daripada lalang yang tinggi. Apabila menggunakan pendekatan agama dan melibatkan pemimpin agama dari penempatan mereka sendiri, mesej kesedaran dapat disampaikan dengan lebih baik.39 Sebelum ini pelbagai pendekatan telah dilakukan, namun pendekatan agama ternyata memberikan impak yang berbeza kerana secara fitrahnya instrumen agama merupakan sesuatu yang intim dengan manusia sekaligus memudahkan usaha peningkatan pendidikan kesedaran alam sekitar. 3) Peningkatan Kepekaan melalui Integrasi Agama dengan Alam Sekitar Di Indonesia, inisiatif untuk melibatkan ulama pesantren untukberpartisipasi dalam diskusi yang agak komprehensif tentang integrasi ajaran Islam dan alam sekitar telahbermula dari Mac 2004 dan merupakan usaha yang berjaya sebagai langkah peneraju untuk membina fiqh al-bi’ah. Sekaligus, dapat menerapkan kepekaan golongan ulama’ tentang alam sekitar seterusnya meluaskan kepekaan ini di kalangan para pelajar mereka. Menurut Mangunjaya (2011), KH An'imFalahuddinMahrus (ulama’ pesantren) telah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa kajian mengenai alam sekitar tidak dijalankan oleh pesantren. Rentetan daripada itu, perbincangan hanya berfokus kepada isu-isu sosial, tetapi tidak peka dengan isu-isu alam sekitar. Menurut Mangunjaya lagi, pemimpin Pondok Pesantren Dar al-Tauhid, Cirebon, KH Husein Muhammad, menegaskanisu pemuliharaan alam sekitar belum diintegrasikan secara jelas dalam buku 38

39

Fachruddin Majeri Mangunjaya, “Developing Environmental Awareness And Conservation Through Islamic Teaching,” Journal of Islamic Studies 22 no. 1 (2011), 36–49. Temu bual bersama Umi A’zuhrah Abdul Rahman and Syahaneem Othman di World Wildlife Fund for Nature (WWF-Malaysia), 26 November 2013.

77

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

fiqh klasik Islam dan beliaumendapati tiada perkataan Arab “al-bi’ah” seperti yangdigunakan kini untuk pengistilahan ‘alam sekitar' bahkan perbincangan yang relevan dengan topik alam sekitar pula bertaburan di banyak 'bab' yang berbeza.40 Justeru, pembentukan fiqh al-Bi’ah ini dijangka dapat meningkatkan kepekaan golongan ilmuan agama dengan instrumen-instrumen perundangan dalam pengajian alQuran, hadis dan fiqh yang relevan dengan alam sekitarseperti bab taharah dalam fiqh ibadat dan ihya’ al-mawat dalam fiqh muamalat. Fiqh al-Biah yang dihasilkan oleh ulama’ini telah disambut baik di kalangan penyokong pemuliharaan dan aktivis alam sekitar di Indonesia. Program Pemuliharaan Antarabangsa Indonesia (CI-I) dan Program Sekolah Asrama Islam dan Pemuliharaan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan pesantren kerana mereka belajar sesuatu yang baru tentang aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kepekaan alam sekitar menerusi pendekatan agama. Satu bengkel kebangsaan yang diadakan dengan kerjasama Institut Sains Indonesia, Kementerian Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, pemimpin pesantren, Jabatan Hal Ehwal Agama, Jabatan Kemajuan Negara, Ulama Majlis (MUI), Universiti Islam Syarif Hidayatullah dan NGO. Bengkel ini adalah satu usaha untuk menyebarkan dan membuat susulan kepada keputusan laporan INFORM, dan untuk mendapatkan cadangan dasar yang lebih praktikal untuk orang Islam untuk mengambil bahagian supaya peka dalam pemuliharaan alam sekitar. Bengkel ini dipanggil 'Peranan umat Islam di Alam Sekitar dan Pemuliharaan Alam', berikut merupakan cadangan-cadangan hasil daripada bengkel tersebut: 1. umat Islam, terutamanya rangkaian pesantren, mesti terlibat secara aktif dalam Pemuliharaan alam termasuk tanah dan pemuliharaan laut; 2. Dalam konteks menggalakkan pemuliharaan, terdapat keperluan untuk tindakan yang praktikal, penyebaran yang mana akan melibatkan pemimpin pesantren; 3. Fiqh Alam Sekitar harus disertakan sebagai mata pelajaran; 4. Dijangkakan pesantren mempunyai tanah yang ada (sebagai contoh, tanah ladang) untuk mengamalkan dan menunjukkan aktiviti pemuliharaan; 5. Ia adalah perlu untuk memantau dasar kerajaan (dasar kerajaan terutamanya serantau) berhubung dengan isu-isu alam sekitar.41 Di Malaysia, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM telah menjalinkan kolabarasi dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UNISZA), dan World Wide Fund (WWF) untuk membuat anjakan paradigma terhadap konservasi alam sekitar yang menekankan elemen kerohanian dan keagamaan bagi meningkatkan kepekaan individu secara holistik terhadap alam sekitar. Contohnya satu pendekatan yang diketenghakan oleh negara Pakistan, India yang dicontohi Indonesia juga diimplimentasikan di seluruh negeri Terengganu Malaysia iaitu pendidikan alam sekitar menerusi khutbah jumaat, yang mana teks khutbah Jumaat dibina bersama Jabatan Agama Islam Negeri, JAIN dengan memfokuskan isu-isu alam sekitar seperti penjagaan kesinambungan spesis penyu selain memberi pendedahan kepada imam yang menjadi wakil agamawan untuk meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, berlainan dengan situasi negeri Kelantan yang mana pendekatan pendidikan alam sekitar menerusi khutbah jumaat telah pun dipersetujui untuk dilaksanakan akan tetapi teks khutbah jumaat tidak dibaca oleh para imam masjid. 40

41

Fachruddin Majeri Mangunjaya, “Developing Environmental Awareness And Conservation Through Islamic Teaching,” Journal of Islamic Studies 22, no. 1 (2011), 36. FachruddinMajeriMangunjaya, “Developing Environmental Awareness,” 44.

77

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Hal ini dipercayai kerana isu alam sekitar masih bukan menjadi topik popular atau bukan sensitiviti di kalangan agamawan. Sebagai tambahan, pihak Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM ini turut terlibat dalam usaha meningkatkan kepekaan golongan wanita terhadap konservasi kerana didapati golongan wanita mampu memainkan peranan yang penting terutama dalam aktiviti kitar semula. Hal ini golongan wanita terutama suri rumah memainkan peranan penting dalam menguruskan sampah domestik di rumah.42 REFLEKSI GLOBAL TERHADAP PENGAPLIKASIAN MAQSAD HIFZ AL-DIN DALAM PRINSIP EKOPSIKOLOGI Di peringkat antarabangsa, kerelevanan tradisi agama dalam melindungi kepelbagaian biologi telah dianggap kritikal. Sebagai contoh, laporan penyelidikan oleh WWFInternational dan Perikatan Agama dan Pemuliharaan (ARC) membuat kesimpulan bahawa pelbagai ajaran kerohanian boleh mempunyai peranan yang penting dalam memelihara kawasan alam semula jadi. Laporan ini mengkaji potensi ajaran agama yang boleh memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pemuliharaan.43 Gerakan “greening Islam” di Indonesia telah menjadi perintis dan telah menjadi model kepada institusi global yang berminat dengan inisiatif mengintegrasikan agama dan ekologi. Badan-badan antarabangsa seperti ARC, WWF dan WorldBank telah menciptajaringan kolaborasi di kalangan ulama agama, sekolah agama berasrama penuh dengan organisasi pemuliharaan. Pemuliharaan Antarabangsa-Indonesia (CI-I) dan Indonesian Institute of Sciences (LIPI) mengambil peranan utama. Tiga pemerhatian boleh dibuat: 1) 2) 3) 4)

Penglibatan aktif pertubuhan keagamaan, Pembangunan Fiqh al-Bi'ah (Undang-undang alam sekitar Islam) Penglibatan aktif pesantren, (sekolah berasrama Islam); Penglibatan pergerakan politik Indonesia, menunjukkan satu penggabungan Islam dan gerakan alam sekitar. “Program Sistem Kepercayaan dan Alam Sekitar” yang bermula di Bogor pada tahun 2002, secara aktif melibatkan pemimpin Islam, yang menyeru untuk mempromosikan ajaran pemuliharaan dalam rangkaian sekolah-sekolah Islam.

Beberapa bengkel telah dianjurkan untuk membincangkan pengajaran mengenai penjagaan alam sekitar berasaskan agama, yang disebut sebagai Fiqh al-Bi’ah. Kerajaan negeri jugamemperkenalkan program eko-pesantren untuk 90 sekolah berasrama Islam (pesantren) di Yogyakarta. Satu Kolokium Fiqh Islam mengenai Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Kementerian Indonesia Alam Sekitar dengan kerjasama badan-badan antarabangsa seperti Conservation International-Indonesia (CI-I) dan Islamic Foundation for Ecology and Environmental Science (IFEES) yang berpangkalan di Birmingham, United Kingdom (UK) serta Wisma Syahida Universiti Negeri Islam telah diadakan di Universiti Islam Negeri Wisma Syahida di Jakarta,Indonesia, pada 21 - 22 Jun, 2007.CI-I dan IFEES terlibat secara aktif dalam pelbagai projek-projek dan program-program Indonesia, seperti inisiatif kawasan perlindungan berasaskan Syariah (al-Hima) di Batang Gadis Taman Negara dan eko-pesantren.44 42

43

44

Temu bual bersama Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 5 November 2013. Nigel Dudley, Liza Higgins-Zogib&StephenieMansourian, Beyond Belief: Linking Faiths and Protected Area to Support Biodiversity Conservation. United Kingdon: World Wide Fund for Nature, t.t). A.M. Schwencke,Globalized Eco-Islam: A Survey of Global Islamic Environmentalism(Leiden University: Leiden Institute for Religious Studies (LIRS), 2012), 26-28.

75

PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Di wilayah Indonesia Sumatera Utara, CI-Itelah dan masih bekerjasama dengan IFEES dan masyarakat tempatan dalam mewujudkan sistem al-Hima. Di banyak bahagian Indonesia, dan terutamanya di Aceh dan Sumatera Barat, undang-undang adat adalah agak kuat dan positif, dan berasal dari ajaran Islam. IFEES juga telah banyak aktiviti yang menghubungkan kumpulan muda umat Islam di UK dengan kumpulan di Indonesia sebagai contoh program Green Indonesia dengan projek penanaman pokok melalui kerjasama yang disokong oleh kumpulan Islam yang berpangkalan di UK itu.45 Di Malaysia pula penerbitan buku, “Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Anda”yang merupakan karya asli IKIM kerjasama dengan WWF-Malaysia antara sumbangan yang telah menembusi pasaran antarabangsa. Cetakan asal telah dibuat dalam bahasa Melayu yang merupakan koleksi maklumat daripada bengkel kesedaran perlindungan hidupan liar di kalangan komuniti agama. Namun, penerbitan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari luar negara. Atas permintaan yang luar biasa, pihak IKIM telah menerbitkan dalam versi bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan global. INTEGRASI PRINSIP EKOPSIKOLOGI DENGAN MAQSAD HIFZ AL-DIN DALAM LANDSKAP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: SATU ANALISIS Menurut hasil kajian Hazura Ab Bakar, 2009 mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan bagi penghayatanagama dengan sikap (r=0.279, p