cipta kejayaan tangkis penghinaan - Jabatan Hal Ehwal Agama ...

49 downloads 121 Views 144KB Size Report
16 Ogos 2013 ... yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…” (S. At-Talaaq: .... merupakan kunci kejayaan. 4.
Khutbah Jumaat 09 Syawal 1434H bersamaan 16 Ogos 2013M

CIPTA KEJAYAAN TANGKIS PENGHINAAN Oleh: Ustaz Najion Jamil

tΖÏ ΒÏ σ÷ Β• ΟGç Ψ.ä β)Î β t θö =n ã ô { F #$ Ν ã Fç Ρ&r ρu #( θΡç “t tø B r ω Ÿ ρu #( θΖã γ Î ?s ω Ÿ ρu

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH, Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka. Untuk itu, bersegeralah bertaubat jika telah melakukan kesalahan dan dosa di samping sentiasa istiqamah mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan amalan yang sedemikian akan membolehkan diri mencapai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi di sisi Allah SWT, seterusnya berhasil keluar dari segala bentuk kesukaran yang dihadapi selain memperolehi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Firman Allah SWT:

…= Ü ¡ Å Ft tø † s ω Ÿ ] ß ‹ø m y  ô ΒÏ µç %ø —㠍ö ƒt ρu ∩⊄∪ %` [ t ƒø Χx …&ã !© ≅èy gø † s ! © #$ , È G− ƒt Βt ρu … Maksudnya: “…Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…” (S. At-Talaaq: 2-3). KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH, Sesungguhnya Islam menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup. Keselamatan dan kesejahteraan bukan sahaja untuk orang Islam sahaja, malahan untuk seluruh manusia yang menerima, mematuhi dan menghormati segala syariatnya. Atas kelebihan dan keistimewaan inilah maka Islam dianggap sebagai agama Rahmatan lil 'Alamin sehingga ia dianuti oleh pelbagai bangsa di dunia. Adapun Islam yang dinyatakan di sini adalah Islam dalam erti kata yang sebenar iaitu sebagai agama serta cara hidup, yang tidak terhad kepada amalan ritual atau ibadah khusus semata-mata. Justeru, langkah memaktubkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri di tanah air tercinta ini adalah amat tepat sekali. Ini kerana negara kita bukan sahaja dihuni oleh rakyat yang majoritinya beragama Islam, malah turut dihuni oleh pelbagai kaum, agama dan adat resam.

1

Sebagai agama rasmi, Islam telah berperanan sebagai pasak dalam sistem politik, ekonomi dan undangundang di negara kita. Natijahnya, negara kita bukan sahaja kekal aman dan berdaulat hingga ke hari ini, malahan terus berupaya memacu pembangunan dalam pelbagai sektor untuk mensejahterakan kehidupan rakyat berbilang kaum dan anutan kepercayaan. Atas fakta dan kenyataan ini, menjadi kewajipan bagi setiap lapisan masyarakat di negara ini menghormati Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan negeri. KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

µÏ /Î Ν3 ä 8¹ ¢ ρu Ν ö 3 ä 9Ï ≡Œs 4 &Ï #Î ‹7Î ™ y ã t Ν ö 3 ä /Î − s §  x Gt ùs ≅ Ÿ 6ç ¡  9#$ #( θèã 7Î F− ?s ω Ÿ ρu ( νç θèã 7Î ?¨ $$ ùs $ϑ V Š) É Gt ¡ ó Βã ‘Û Ï ≡Žu À Å #‹ x ≈δ y β ¨ &r ρu tβθ) à G− ?s Ν ö 6 à =‾ èy 9s Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) menceraiberaikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (S. AlAn'aam: 153). Firman Allah SWT tersebut menegaskan bahawa Islam adalah satu-satunya agama serta cara hidup yang betul, lurus lagi sempurna. Dengan hal yang demikian, umat manusia tanpa mengira bangsa, suku keturunan, warna kulit, jantina dan sebagainya dianjurkan supaya memeluk Islam kerana jalan-jalan selain Islam itu akan memesongkan manusia dari jalan Allah SWT. Sesiapa yang telah menerima dan menganuti Islam, wajiblah dia bertakwa, dalam erti kata melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dan menjauhi segala yang ditegah-Nya. Salah satu daripada sekian banyak perintah Allah SWT ke atas umat Islam ialah membela agamaNya. Membela agama Allah dalam erti kata mengembangkan serta menyebarluaskan Islam ke seluruh pelusuk dunia selain daripada mempertahankannya daripada dihina dan dipersendakan oleh mereka yang bukan Islam atau kaum kuffar. Tuntutan ini digariskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

šχθs ß =Î  ø ϑ ß 9ø #$ Ν ã δ è 7 y ×Í ≈‾ 9s ρ' &é ρu 4 Ì 3 s Ψϑ ß 9ø #$  Ç ã t β t θö γ y Ζ÷ ƒt ρu ∃ Å ρã è÷ Rp Qù $$ /Î β t ρã Βã 'ù ƒt ρu ŽÎ ö ƒs :ø #$ ’