Debat Gender kategori Bahasa Melayu - NIEW

168 downloads 434 Views 101KB Size Report
Pasukan Kerajaan Pembuka terdiri daripada “Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan .... oleh Pembangkang Pembuka, Kerajaan Penutup boleh mengemukakan ...
Syarat dan Peraturan Pertandingan Debat Gender 2013

Bahagian 1 – Pengenalan

1.1

Format Perdebatan

1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4

Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British. Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar diploma/ijazah pertama sahaja. Setiap Institusi Pengajian Tinggi / Institut Perguruan dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) pasukan untuk setiap kategori. Setiap pasukan mesti terdiri daripada seorang pendebat lelaki dan seorang pendebat wanita. Pendebat simpanan tidak dibenarkan. Perdebatan akan dijalankan di antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai “ahli”), seorang pengerusi (dikenali sebagai “Yang Dipertua” atau “Tuan / Puan Speaker” dan seorang hakim atau panel hakim.

1.1.5

1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam aturan berikut: (1) Perdana Menteri; (2) Ketua Pembangkang; (3) Timbalan Perdana Menteri; (4) Timbalan Ketua Pembangkang; (5) Ahli Kerajaan (6) Ahli Pembangkang (7) Whip Kerajaan (8) Whip Pembangkang a. Pasukan Kerajaan Pembuka terdiri daripada “Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan pertama” dan “Timbalan Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan kedua”. b. Pasukan Pembangkang Pembuka terdiri daripada “Ketua Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang pertama” dan “Timbalan Ketua Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang kedua”. c. Pasukan Kerajaan Penutup “Ahli untuk Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan ketiga” dan “Whip Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan keempat”. d. Pasukan Pembangkang Penutup “Ahli untuk Pembangkang” atau Ahli Pembangkang Ketiga” dan “Whip Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang keempat” 1.1.7 Ahli-ahli akan memberi ucapan substanttif bagi tempoh tujuh minit dan boleh memberi celahan apabila ahli-ahli dari pasukan pembangkang berucap.

1.2

Usul

1.2.1 Usul haruslah jelas. 1.2.2 Usul haruslah mencerminkan Debat Gender sebagai pertandingan peringkat kebangsaan. 1.2.3 Ahli-ahli harus memperdebatkan usul dalam semangat usul tersebut dan pertandingan ini.

1.3 Persediaan 1.3.1 Perdebatan harus dimulakan 30 minit selepas usul diumumkan. 1.3.2 Pasukan-pasukan harus sampai ke tempat perdebatan selewat-lewatnya lima minit sebelum perdebatan dijadualkan bermula. 1.3.3 Ahli-ahli dibenarkan menggunakan bahan-bahan bercetak atau bertulis atau elektronik semasa persediaan. Bahan bercetak termasuk buku, jurnal, surat khabar dan bahan seumpamanya. Bahan elektronik tidak disediakan oleh penganjur dan merupakan tanggungjawab sendiri pendebat dan pasukan masing-masing. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah, jurnal, surat khabar, peralatan elektronik, dan bahan seumpamanya tidak dibenarkan semasa perdebatan kerana kehadirannya memberi kelebihan tidak adil kepada pasukan yang berucap kemudian.

1.4 Penjelasan 1.4.1 Penjelasan atau celahan, iaitu soalan yang diajukan kepada ahli yang sedang berucap) boleh diberikan di antara minit pertama dan minit keenam ucapan ahli pendebat. 1.4.2 Bagi mengemukakan Celahan, ahli harus berdiri, dan menghulurkan tangan ke arah ahli yang sedang berucap. Ahli yang ingin mengemukakan Celahan boleh mengumumkan bahawa beliau ingin memberi “Celahan” atau menuturkan perkataan lain yang sama maksudnya. 1.4.3 Ahli yang sedang berucap boleh menerima atau menolak permohonan untuk mencelah. 1.4.4 Tempoh setiap celahan tidak boleh melebihi 15 saat. 1.4.5 Ahli yang sedang berucap boleh meminta ahli yang memberi Celahan untuk duduk apabila pemberi Celahan telah mempunyai ruang yang munasabah untuk didengari dan difahami. 1.4.6 Ahli harus menerima dan memberi celahan. 1.4.7 Celahan harus dinilai mengikut syarat 3.3.4 dalam peraturan ini. 1.4.8 Bantahan tidak dibenarkan. 1.5 Tempoh ucapan 1.5.1 Setiap ahli mempunyai 7 minit untuk menyampaikan ucapan. Ucapan yang melebihi 7 minit dan 15 saat mungkin tidak akan diambil kira oleh juri. 1.5.2 Celahan boleh diberikan di antara minit pertama dan minit keenam ucapan substantif (tempoh ini akan ditanda dengan bunyi loceng, atau bunyi lain yang bersesuaian sebanyak satu kali pada minit pertama dan minit keenam). 1.5.3 Tugas menjaga masa perlu dilakukan oleh Yang DiPertua Dewan atau Penjaga Masa yang dilantik khas.

1.5.4 Jika tiada Yang DiPertua Dewan, tugas menjaga masa perlu dilakukan oleh Pengerusi Panel Penghakiman atau Penjaga Masa yang dilantik khas.

1.6 Penghakiman 1.6.1 Perdebatan harus dihakimi oleh satu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga hakim, tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan. 1.6.2 Pada akhir perdebatan, hakim-hakim perlu berbincang dan menyusun pangkat pasukan, dari kedudukan pertama ke kedudukan terakhir (lihat Bahagian 5: Penghakiman). 1.6.3 Selepas setiap perdebatan, Pengerusi Panel Penghakiman perlu memberi penghakiman lisan. Penghakiman lisan ini haruslah dibuat menurut syarat 5.5 di dalam peraturan ini.

Bahagian 2: Definisi 2.1 Definisi 2.1.1 Definisi harus meletakkan isu (atau isu-isu) untuk perdebatan yang timbul daripada usul, dan harus dinyatakan maksud apa-apa istilah di dalam usul yang memerlukan tafsiran. 2.1.2 Perdana Menteri harus memberikan definisi pada awal ucapannya. 2.1.3 Definisi mestilah: (a) mempunyai hubungan yang jelas dan logik kepada usul – ini bermaksud hubungan di antara usul dan definisi yang dikemukakan oleh Ahli tersebut boleh diterima oleh seseorang individu awam yang munasabah; (b) bukan merupakan pembuktian sendiri – suatu definisi merupakan pembuktian sendiri apabila kes Ahli adalah samada sesuatu harus atau tidak harus dilakukan dan tiada bidasan yang munasabah. Suatu definisi juga merupakan pembuktian sendiri jika kes Ahli adalah sesuatu keadaan wujud atau tidak wujud dan tiada bidasan yang munasabah (definisi sedemikian turut dirujuk sebagai ‘truisme’); (c) bukan diletak pada latar masa yang spesifik – ini bermaksud perdebatan perlu dijalankan pada latar masa semasa dan definisi tidak boleh meletakkan perdebatan pada latar masa lampau atau masa depan; dan (d) bukan diletak pada latar tempat yang tidak adil – ini bermaksud definisi tidak boleh menghadkan perdebatan sedemikian sempit kepada lokasi geografi atau lokasi politik yang spesifik sehingga seseorang individu awam yang munasabah tidak berkemungkinan tahu akan lokasi tersebut.

2.2 Mencabar definisi 2.2.1 Ketua Pembangkang boleh mencabar definisi jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3 peraturan ini. Ketua Pembangkang haruslah menyatakan dengan jelas bahawa beliau mencabar definisi tersebut.

2.2.2 Ketua Pembangkang harus memberikan definisi alternatif selepas mencabar definisi Perdana Menteri.

2.3 Menilai cabaran terhadap definisi 2.3.1 Hakim harus menentukan samada definisi adalah ‘tidak munasabah’ jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3 dalam peraturan ini. 2.3.2 Tanggungjawab untuk menunjukkan definisi adalah tidak munasabah terletak pada Ahli yang mendakwa definisi tersebut adalah tidak munasabah. 2.3.3 Jika definisi adalah tidak munasabah, pembangkang harus menggantikannya dengan definisi alternatif yang harus diterima oleh hakim asalkan ia munasabah. 2.3.4 Jika definisi Kerajaan Pembuka adalah tidak munasabah dan definisi alternatif diberikan oleh Pembangkang Pembuka, Kerajaan Penutup boleh mengemukakan bahan yang tidak konsisten dengan bahan yang dikemkakan oleh Kerajaan Pembuka dan konsisten dengan definisi yang diberikan oleh Pembangkang Pembuka. 2.3.5 Jika Pembangkang Pembuka menggantikan definisi dengan definisi yang tidak munasabah, Kerajaan Penutup boleh mencabar definisi dari Pembangkang Pembuka dan menggantikannya dengan definisi alternatif. 2.3.6 Jika Kerajaan Penutup telah menggantikan dengan definisi yang juga tidak munasabah (selepas definisi tidak munasabah diberikan oleh Kerajaan Pembuka dan Pembangkang Pembuka), Pembangkang Penutup boleh mencabar definisi yang diberi oleh Kerajaan Penutup dan menggantikannya dengan definisi alternatif.

Bahagian 3: Isi 3.1 Definisi isi 3.1.1 Isi adalah kandungan ucapan. Isi merujuk kepada hujah-hujah yang digunakan oleh pendebat untuk mejelaskan kesnya dan memujuk pendengar. 3.1.2 Isi meliputi hujahan dan penaakulan, contoh-contoh, kajian kes, fakta dan apa-apa bahan lain yang cuba menjelaskan kes. 3.1.3 Isi merangkumi bahan sokongan (atau substantif) dan bidasan (hujah-hujah yang ditujukan spesifik untuk menyangkal hujah-hujah pasukan lawan. Isi merangkumi Penjelasan (Celahan). 3.2 Ciri-ciri Isi 3.2.1 Isi haruslah relevan, logik dan konsisten. 3.2.2 Isi haruslah relevan. Isi haruslah berkaitan dengan usul dan isu perdebatan: hujah positif iaitu hujah yang menyokong pendirian pasukan harus diberikan, dan bidasan untuk isi yang diberikan oleh pihak lawan harus diberikan. Ahli harus memberi keutamaan dan memperuntukkan masa yang bersesuaian kepada isu-isu dinamik perdebatan. 3.2.3 Isi haruslah bersifat logik. Hujahan harus dibina secara logik agar jelas dan dikembangkan dengan baik, dan oleh itu munasabah. Kesimpulan bagi semua hujahan harus menyokong kes Ahli.

3.2.4 Isi haruslah konsisten. Ahli harus memastikan isi yang diberikan adalah konsisten dalam ucapannya sendiri, dengan pasukannya dan ahli-ahli lain bahagian Dewan mereka (tertakluk kepada syarat 2.3.4, 2.3.5 atau 2.3.6 dalam peraturan ini). 3.2.5 Semua Ahli harus memberikan hujah positif (kecuali dua Ahli terakhir dalam perdebatan) dan semua Ahli harus memberikan bidasan (kecuali Ahli pertama dalam perdebatan). Whip Kerajaan boleh memilih untuk memberikan hujah positif. 3.2.6 Semua Ahli harus cuba untuk menjawab sekurang-kurangya dua celahan semasa ucapan substantif masing-masing dan memberi celahan semasa ucapan dari bahagian Dewan yang berlawanan.

3.3.

Menilai isi

3.3.1 Isi yang diberikan harus memujuk. Elemen isi harus membantu hakim untuk menilai daya pujukan dan kredibiliti isi yang diberikan. 3.3.2 Isi harus dinilai dari kacamata seorang individu awam yang munasabah. Hakim harus menganalisis isi yang diberikan dan menilai daya pujukannya tanpa menggunakan pengetahuan spesifik yang mungkin mereka miliki mengenai isu-isu yang diperdebatkan. 3.3.3 Hakim tidak harus membenarkan bias mempengaruhi pandangan peribadi penilaian mereka. Pendebat tidak harus didiskriminasi atau diberi kelebihan berdasarkan kumpulan etnik, agama, jantina, umur, status sosial atau kecacatan. 3.3.4 Celahan harus dinilai berdasarkan kesannya ke atas daya pujukan kes kedua-dua Ahli yang menjawab celahan dan memberi celahan.

Bahagian 4 - Penyampaian 4.1

Definisi penyampaian

4.1.1 Penyampaian adalah pembentangan ucapan. Ia termasuk gaya dan struktur yang digunakan oleh Ahli untuk melanjutkan kesnya dan memujuk penonton. 4.1.2 Penyampaian terdiri daripada banyak elemen yang berasingan. Sebahagiannya, namun bukan semua elemen tersebut disenaraikan seperti berikut.

4.2

Elemen gaya

4.2.1 Elemen gaya termasuk hubungan mata, modulasi suara, isyarat tangan, bahasa, penggunaan nota dan sebarang perkara lain yang mungkin boleh mempengaruhi keberkesanan pembentangan Ahli. 4.2.2 Hubungan mata biasanya akan membantu Ahli untuk memujuk penonton kerana ia membolehkan Ahli untuk kelihatan lebih ikhlas. 4.2.3 Modulasi suara biasanya akan membantu Ahli untuk memujuk penonton kerana Ahli mungkin ingin memberi penekanan hujah yang penting dan memegang perhatian penonton. Ini termasuk pic, nada, kelantangan suara dan penggunaan jeda. 4.2.4 Isyarat tangan biasanya akan membantu Ahli untuk memberi penekanan kepada hujah yang penting namun pergerakan tangan yang berlebihan mungkin mengganggu dan mengurangkan perhatian penonton terhadap hujahnya. 4.2.5 Bahasa haruslah jelas dan mudah. Ahli yang menyusun kata-kata dengan panjang, berbunga-bunga atau mengelirukan mungkin akan terbabas dari hujah jika mereka kehilangan perhatian daripada penonton. 4.2.6 Penggunaan nota dibenarkan, namun Ahli harus berhati-hati agar mereka tidak terlalu bergantung kepada nota dan terbabas daripada elemen-elemen lain dalam penyampaian.

4.3

Elemen struktur

4.3.1 Elemen struktur termasuk struktur ucapan Ahli dan struktur ucapan pasukan. 4.3.2 Isi dalam ucapan setiap Ahli perlu berstruktur. Ahli harus mengatur isinya untuk meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Ucapan substantif setiap ahli harus: (a) mengandungi pengenalan, kesimpulan dan satu siri hujahan; dan (b) diselaraskan dengan peruntukan masa dan keperluan untuk memberi keutamaan dan masa yang bersesuaian untuk isi. 4.3.3 Isi dari setiap pasukan perlu berstruktur. Pasukan harus mengatur isi mereka untuk meningkatkan kebersanan pembentangan mereka. Isi setiap Pasukan harus: (a) mengandungi pendekatan yang konsisten terhadap isu-isu yang diperdebatkan; dan (b) mengagihkan hujah positif kepada setiap Ahli apabila kedua-dua Ahli dalam satu pasukan akan megemukakan hujah positif.

4.4

Menilai penyampaian

4.4.1 Hakim harus menilai elemen-elemen penyampaian secara bersama untuk menentukan keberkesanan penyampaian Ahli secara keseluruhan. Hakim harus menilai samaada pembentangan Ahli telah dibantu atau dirosakkan oleh penyampaiannya. 4.4.2 Hakim tidak harus membenarkan bias mempengaruhi penilaian mereka. Ahli tidak harus didiskriminasi atau diberi kelebihan berdasarkan kumpulan etnik, agama, jantina, umur, bahasa (tertakluk kepada Syarat 4.2.5), status sosial atau kecacatan.

Bahagian 5 - Penghakiman 5.1

Peranan hakim

5.1.1 Hakim mesti: (a) berbincang mengenai perdebatan yang dihakimi dengan hakim-hakim lain; (b) menentukan pangkat atau kedudukan pasukan;

Comment [A1]: Atau kedudukan

(c) menentukan gred pasukan; (d) menentukan markah pendebat; (e) memberikan penghakiman lisan kepada Ahli; dan (f)

melengkapkan pertandingan.

sebarang

borang

yang

diperlukan

oleh

pihak

penganjur

5.1.2 Panel penghakiman harus cuba untuk bersetuju mengenai penghakiman terhadap perdebatan. Oleh yang demikian, para hakim harus berbincang dalam semangat kerjasama dan saling menghormati. 5.1.3 Hakim harus sedar bahawa hakim-hakim lain dalam sesuatu panel mungkin membentuk pandangan yang berbeza atau bertentangan daripada perdebatan. Oleh itu, para hakim harus cuba untuk membuat kesimpulan mereka berasaskan peraturan ini agar subjektiviti dapat dihadkan dan untuk menyediakan pendekatan yang konsisten kepada penilaian perdebatan. 5.2

Penyusunan pangkat pasukan

5.2.1 Pasukan harus diberikan pangkat dari tempat pertama hingga tempat terakhir. Pasukan di tempat pertama akan diberi tiga mata, pasukan di tempat kedua akan diberi dua mata, pasukan di tempat ketiga akan diberi satu mata dan pasukan di tempat keempat akan diberi kosong mata.

5.2.2 Pasukan-pasukan boleh diberikan kosong mata jika mereka gagal untuk tiba untuk berdebat, selepas lebih daripada lima minit masa perdebatan dijadualkan bermula. 5.2.3 Pasukan-pasukan boleh diberikan kosong mata jika panel penghakiman sebulat suara bersetuju bahasa Ahli (atau Ahli-ahli) pasukan tersebut telah menganggu pendebat lain atas dasar kumpulan etnik, agama, jantina atau kecacatan. 5.2.4 Hakim-hakim harus berbincang mengenai pangkat pasukan. Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai selepas perbincangan, keputusan majoriti akan menentukan pangkat. Jika keputusan majoriti tidak dapat dicapai, Pengerusi panel penghakiman akan menentukan pangkat pasukan.

5.3

Pengredan dan pemarkahan pasukan

5.3.1 Panel penghakiman harus bersetuju mengenai gred yang akan diberikan kepada setiap pasukan. Setiap hakim boleh memberikan markah pasukan mengikut budi-bicara mereka asalkan markah itu adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui. Jika ada seorang hakim dalam sesuatu panel yang tidak bersetuju dengan pangkat pasukan, hakim tersebut tidak perlu bersetuju dengan gred pasukan dan boleh melengkapkan borang markah mengikut budi bicara beliau. 5.3.2 Gred pasukan dan markah harus diberi berdasarkan interpretasi berikut: Gred

Markah Maksud

A

Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka dari pasukan yang 180-200 memasuki peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Pasukan ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan.

B

Melebihi sederhana hingga sangat baik. Mutu yang boleh dijangka dari pasukan yang memasuki peringkat Akhir atau pasukan yang 160-179 berentap untuk memasuki pusingan kalah mati. Pasukan ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.

C

140-159

D

Lemah hingga di bawah sederhana. Pasukan ini 120-139 mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan kecil.

E

100-119 Sangat lemah. Pasukan ini mempunyai

Sederhana. Pasukan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan lebih kurang sama banyak.

kelemahan dalam perkara asas, dan sedikit (jika ada) kekuatan.

5.4

Memberi markah kepada Ahli

5.4.1 Selepas para hakim bersetuju mengenai gred yang akan diberi kepada setiap pasukan, setiap hakim boleh memberi markah kepada setiap Ahli mengikut budi bicara mereka, namun perlu memastikan bahawa mata agregat bagi ahli-ahli pasukan adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui untuk pasukan tersebut. 5.4.2 Markah bagi setiap Ahli harus diberi berdasarkan interpretasi berikut: Gred

90-100

Cemerlang hingga sempurna. Mutu ucapan yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Pendebat ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan.

B

80-89

Melebihi sederhana hingga sangat baik. Standad yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat pusingan kalah mati atau dalam rentapan untuk ke peringkat Akhir. Pendebat ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.

C

70-79

Sederhana. Pendebat ini mempunyai kekuatan dan kelemahan lebih kurang sama banyak.

D

60-69

Lemah hingga di bawah sederhana. Pendebat ini mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan kecil.

E

50-59

Sangat lemah. Pendebat ini mempunyai kelemahan dalam perkara asas, dan sedikit (jika ada) kekuatan.

A

5.5

Markah Maksud

Penghakiman lisan

5.5.1 Setelah selesai perbincangan, panel penghakiman harus memberi penghakiman lisan terhadap perdebatan.

5.5.2 Penghakiman lisan harus diberikan oleh Pengerusi panel penghakiman. Jika Pengerusi adalah juri minoriti, Pengerusi perlu meminta seorang juri majoriti dari panel penghakiman untuk memberikan penghakiman lisan. 5.5.3 Penghakiman lisan harus: (a) mengenalpasti susunan pangkat pasukan; (b) menjelaskan sebab-sebab bagi susunan pangkat pasukan tersebut, dengan memastikan setiap pasukan disebut di dalam penjelasan ini; dan (c) memberi komen membina kepada setiap pendebat jika panel penghakiman berpandangan ini adalah perlu. 5.5.4 Penghakiman lisan harus tidak melebihi 10 minit. 5.5.5 Ahli-ahli tidak boleh mengganggu hakim-hakim selepas penghakiman lisan. 5.5.6 Ahli-ahli boleh berjumpa dengan hakim untuk penjelasan lanjut selepas penghakiman lisan; pertanyaan ini mestilah sentiasa sopan dan tidak bersifat konfrantasi.

6.

Perkara am

6.1

Penganjuran

6.1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Debat Gender Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2013, anjuran NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia. 6.1.2 Peraturan ini diterima pakai untuk kategori Bahasa Melayu dan B.Inggeris. 6.1.3

Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman adalah muktamad.

6.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

6.2

Tafsiran

6.2.1 “Ketua Hakim” dan “Jawatankuasa Penghakiman” bermaksud individu-individu yang dilantik oleh pihak MADUM dan NIEW untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. Ketua Hakim adalah Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman. 6.2.2 “Institusi Pengajian Tinggi” bermaksud semua institusi pengajian tinggi samaada awam atau swasta di Malaysia termasuk Institut Perguruan. 6.2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

6.3

Penyertaan

6.3.1 Setiap Institusi Pengajian Tinggi hanya boleh menghantar DUA pasukan untuk setiap kategori B.Melayu dan B.Inggeris untuk mewakili institusi tersbut. 6.3.2

Untuk layak menyertai pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar peringkat diploma atau ijazah sarjana muda daripada institusi yang diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar dari institusi yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah pelajar institusi berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak institusi.

6.3.3 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada DUA orang pendebat; TIADA pendebat simpanan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada SATU perempuan dan SATU lelaki.

6.4

Sistem pertandingan

6.4.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem ‘power match berkumpulan’ (kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan/pembangkang pembuka/penutup). 6.4.2 Dalam pusingan awal, penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian rawak komputer. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan pertama ditentukan secara undian rawak komputer. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu memainkan sesuatu peranan. 6.4.3 Setelah selesai semua perdebatan dalam pusingan awal, kedudukan pasukan akan ditentukan untuk kali terkahir. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan kalah mati.

6.4.4 Kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah mengikut keutamaan berikut: (a) mata pasukan daripada susunan pangkat pasukan, diikuti (b) markah pendebat 6.4.5 Pertandingan pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati. 6.4.6

Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang pembuka/penutup) untuk perdebatan pusingan kalah mati adalah berdasarkan lambungan duit syiling di hadapan pasukan masing-masing.

6.4.7 Dalam pusingan kalah mati, dua pasukan yang mempunyai pangkat tertinggi akan mara ke peringkat seterusnya, sehingga akhirnya di peringkat Akhir, pasukan yang mendapat pangkat pertama akan menjuarai pertandingan. 6.4.8 Penentuan pasukan bagi pusingan kalah mati adalah seperti berikut:

Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati (Bermula dari pusingan suku akhir) Pusingan Suku 1 Pasukan di tangga pertama Pasukan di tangga ke-8 Pasukan di tangga ke-9 Pasukan di tangga ke-16

Pusingan Separuh Akhir 1

Pusingan Suku 2 Pasukan di tangga ke-4 Pasukan di tangga ke-5 Pasukan di tangga ke-12 Pasukan di tangga ke-13 Pusingan Suku 3 Pasukan di tangga ke-2 Pasukan di tangga ke-7 Pasukan di tangga ke10 Pasukan di tangga ke-15 Pusingan Suku 4 Pasukan di tangga ke-3 Pasukan di tangga ke-6 Pasukan di tangga ke-11 Pasukan di tangga ke-14

Pusingan Akhir

Pusingan SeparuhAkhir 2

Juara

6.5

Bantahan dan rayuan

6.5.1 Bantahan dalam konteks bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang DiPertua Dewan atau Pengerusi Panel Penghakiman semasa perdebatan berlangsung tidak dibenarkan. 6.5.2 Rayuan dalam konteks rayuan yang diajukan oleh pasukan kepada Pengerusi Jawantankuasa Pengakiman perlu dibuat secepat mungkin (jika ada) selepas selesai sesuatu perdebatan. 6.5.3 Jika Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang. 6.5.4 Keputusan panel penghakiman adalah muktamad. Tiada sebarang bantahan atau rayuan dibenarkan.

Dikemaskini oleh : Sekretariat MADUM Oktober 2013