Farmedia Edisi 1

30 downloads 61484 Views 1MB Size Report
Kelemahan-kelemahan yang dikesan hasil daripada penelitian .... Tok Tengoh : Masalah ini pernah dibangkitkan oleh ..... Ucapan: Honda CRV?? Kepada: kak ...
1

Dari Meja Pengarang

SIDANG REDAKSI Penasihat Pn Mariani Hj. Yaacob

Editor Hj Azman Mat

Pengerusi Pn Noryati Mohammad Nur

Setiausaha Cik Intan Farahanah Amran

Sidang Pengarang Pn Khairul Bariah Johan

Selamat kembali FarMedia! Setelah sekian lama menyepi, kini FarMedia muncul kembali dengan imej yang agak berbeza, mudah-mudahan kebangkitan semula FarMedia daripada hibernasi yang panjang kali ini menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya, ibarat kata pepatah Melayu, diam diam ubi berisi. Dengan tagline “FarMedia-Wadah Interaksi Warga Farmasi” kita semua seharusnya mengambil tanggungjawab memberi nafas baru kepada majalah jabatan kesayangan kita ini secara kolektif. Setiap daripada kita perlu merasakan bahawa FarMedia adalah wadah untuk kita semua bersuara. Farmedia bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam bahkan ia juga menjadi medan untuk pendapat dan pandangan bernas diutarakan demi kebaikan dan kesejahteraan jabatan yang kita kasihi. Bagi edisi sulung ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menghayati mengenai ISO. Sepuluh tahun meniti jalan ISO 9001:2000, kini Jabatan Farmasi sedang menuju ke arah ISO 9001:2008. Menurut International Organization for Standardization (ISO) dan International Accredetation Forum (IAF), ISO 9001:2008 tidak memerlukan keperluan baru, namun demikian ia memperjelaskan keperluan ISO 9001:2000 yang sedia ada, serta menerangkan perubahan-perubahan yang diperlukan untuk penambahbaikan agar lebih konsisten dengan ISO 14001:2004. Sedar atau tidak jabatan kita sedang berusaha untuk menukarkan Pensijilan ISO 9001:2000 kepada ISO 9001:2008 melalui Audit Pensijilan Semula atau Audit Surveilance dalam tempoh setahun daripada tarikh ISO 9001:2008 diterbitkan iaitu pada 15 November 2008. Oleh itu, marilah seluruh warga Farmasi kita bersama menjayakannya! Ketua Pengarang

Hj Adnan Sudin

En Eh Nem a/l Cha Eak

Grafik & Publisiti En Dellemin Hj Che Abdullah

En Mohd Hasrul Hisham Semail

Tugas-tugas khas

Ramainya pesakit kat HUSM. Saya suko gi spital USM. Ubat molek-molek blako. Oghe kato kalu nok ubat spesel gi la spital USM

Mmm tok soh la nok harap lo ni. Pitis dunio meleset, usm pun meleset jugok la

SEGMEN BUAL BICARA

PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR Oleh Khairul Bariah Johan

Sebagai sebuah unit yang menjadi nadi kepada perkhidmatan di sesebuah hospital, Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) menjadi destinasi terakhir bagi seseorang pesakit yang datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Seringkali didengar rungutan di media yang memaparkan keluhan pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat. Suatu soal-selidik bagi mendapatkan data rasmi bagi UPFL di beberapa buah hospital telah dijalankan. UFPL yang dimaksudkan ialah dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Farmasi Klinik Kesihatan Kota Bharu (KKB). Data tersebut adalah seperti tertera di dalam jadual di bawah.

Hospital Maklumat Purata Jumlah pesakit sehari Purata Masa menunggu ubat Jumlah staf tetap (Pegawai Farmasi, Pembantu Farmasi & Pekerja Awam) Sistem yang diguna Purata Jumlah item setiap preskripsi

Farmasi Pesakit Luar (Klinik Pakar) HTAR²

Farmasi Pesakit Luar (Klinik Pakar) HRPZ II³

Farmasi Klinik Kesihatan Kota Bharu (Minit) 4

1300

1000

~ 800

700

20 – 25

15

~ 24.5

13

32

8

17

19

Manual & “online”

Manual

Manual

“ on-line ”

5-8

Tiada maklumat

5 - 10

6

UFPL HUSM¹

1= Pn. Jasmani Mohamad (Pen. Pengarah Kanan (Farmasi) ), HUSM, 2= En. Sulaiman Hj. Ahmad (Ketua Pegawai Farmasi U52), HTAR 3= Pn. Hamisah Said (Pegawai Farmasi U44), HRPZ II, 4= En. Ridzuan Seman (Pembantu Farmasi U29), Klinik KKB

Purata masa menunggu yang dicatatkan di HUSM dan HRPZ II menunjukkan tempoh masa yang hampir sama iaitu antara 20-25 minit. Namun begitu, bilangan pesakit yang mendapatkan ubat di HUSM ialah 1300 orang berbanding 800 orang di HRPZ II. Tempoh masa yang hampir sama dicatatkan ini, walaupun dengan pesakit yang lebih ramai di HUSM mungkin disebabkan bilangan staf tetap di HUSM yang lebih ramai.

dengan kapasiti staf tetap seramai 8 orang (25% daripada bilangan staf tetap HUSM). Namun demikian, faktor sistem kerja syif yang diamalkan oleh Jabatan Farmasi HUSM, prosedur ubat-ubat bukan standard, sistem bekalan ubat dua bulan, sistem preskripsi manual dan on-line serentak yang perlu ditangani serta stok bekalan ubat tidak mencukupi mungkin turut mempengaruhi perbezaan waktu menunggu tersebut, selain jumlah item setiap preskripsi di HTAR yang tidak dapat diperolehi.

Perbandingan sistem preskripsi yang diguna dapat dibuat antara HRPZ II dengan KKB. Dengan bilangan pesakit yang hampir sama, dan bilangan staf yang hampir Bilangan pesakit yang sama, masa menunggu dengan menggunakan sistem onlebih ramai di HUSM juga line di KKB dapat dipendekkan menjadi 13 minit (50%) disebabkan oleh UFPL HUSM berbanding 24.5 minit di HRPZ II. Purata item pada setiap menangani pesakit-pesakit preskripsi pula melebihi 5 item bagi kedua-dua UPFL yang mendapatkan rawatan di kedua-dua jenis klinik iaitu tersebut. Klinik Pakar dan Klinik Rawatan Keluarga. Sistem di HRPZ II pula membahagikan pesakit yang datang ke farmasi pesakit Kesimpulannya, perkhidmatan farmasi pesakit luar di luar hanyalah yang datang ke klinik pakar sahaja manakala HUSM, HTAR, HRPZ II dan Klinik Kesihatan Kota Bharu pesakit lain dirawat dan diberikan ubat di farmasi Klinik Kesi- mempunyai perbezaan dalam banyak aspek yang menyehatan Kota Bharu yang terletak bersebelahan dengan HRPZ babkan objektif utama perkhidmatan tersebut iaitu purata II. masa menunggu ubat turut berbeza di antara satu sama lain. Data yang menarik untuk dilihat ialah purata masa menunggu ubat di HTAR yang mencatatkan hanya 15 minit

2

IMPAK BUDAYA KERJA BERASASKAN PRESTASI

RENCANA TPKF

Oleh: Hj Zainol Abidin bin Hamid HUSM

Mutakhir ini, sering kedengaran penting yang mesti dilaksanakan. Aktiviti daripada penelitian faktor-faktor tadi mesti seruan-seruan supaya anggota perkhid- pengukuran ini manjadi lebih penting apa- dihilangkan melalui kaedah-kaedah matan awam memikirkan soal impak hasil bila kerajaan mula memberikan tumpuan tertentu. Penentuan kaedah-kaedah inilah daripada perkhidmatan yang diberikan. khas kepada pelaksanaan program Pe- yang memerlukan warga farmasi menjadi Impak utama perkhidmatan farmasi sudah tunjuk Prestasi Utama (KPI). Apabila di- lebih kreatif dan inovatif. tentu berhubung dengan tahap kesihatan laksanakan dengan sempurna, KPI Seperti dinyatakan tadi, dan kualiti hidup rakyat. Rakyat yang si- mampu mencorak budaya kerja berasas- pelaksanaan KPI mempunyai kesan yang hat, cergas dan cerdas akan menyum- kan prestasi yang mampu menjulang ke- sangat baik kepada organisasi khususnya bang kepada kemajuan, kemakmuran dan cemerlangan perkhidmatan. dalam membina apa yang dikatakan kecemerlangan negara. Justeru, seluruh Program KPI membabitkan budaya kerja berasaskan prestasi. warga dalam perkhidmatan farmasi mem- beberapa langkah utama. Langkah awal Pembentukan budaya seperti ini punyai peranan besar dalam gelombang ialah penetapan KPI dan sasaran merupakan satu daripada beberapa raksasa pembangunan yang cuba di- prestasinya. KPI dan sasaran prestasi ini prasyarat bagi membentuk sebuah realisasikan oleh pihak berwajib. mesti menyentuh sekurang-kurangnya perkhidmatan yang berprestasi tinggi, Perlu disedari, terdapat dari apek kecekapan dan keberkesanan bertaraf lima bintang dan beraras kalangan pesakit yang menerima perkhid- proses kerja, produktiviti sumber manusia antarabangsa. Budaya seperti ini lebih matan farmasi terdiri daripada para cerdik serta tahap kepuasan pelanggan. Contoh- mudah diterapkan kepada sesebuah pandai, para-pemikir dan pengusaha- contoh KPI dan sasaran-sasaran prestasi organisasi andainya organisasi itu pengusaha yang apabila pulih kelak akan untuk perkhidmatan farmasi ialah, dianggotai oleh sumber manusia yang terus menyumbang kepada berilmu, mahir dan berperibadi KPI Sasaran Prestasi kesejahteraan semua. Ada mulia. Tempoh memproses invois untuk pemTidak melebihi 2 hari bekerja bayaran juga di antara mereka meSebagai jabatan yang pernah Tempoh menguruskan bekalan ubat unit Tidak melebihi 1 jam 45 rupakan anak-anak, pelajar dipersijilkan dengan MS ISO minit. -pelajar mahupun pekerja- dose 9002:1994, kini MS ISO Keputusan ujian paras ubat dalam darah 100% lengkap, jelas dan pekerja yang pada suatu 9001:2000 dan sedang bersiap terperinci. hari nanti bakal bergelar untuk bertukar kepada MS ISO Bilangan pesakit yang diberikan Tidak kurang daripada 50 usahawan, pemikir dan 9001:2008, Jabatan Farmasi perkhidmatan kaunseling ubatan-ubatan orang sebulan. pejuang yang akan mediyakini tiada masalah untuk Tahap kepuasan hati pelanggan ke atas 95% pelanggan berpuas hati perkhidmatan kaunter lestarikan kegemilangan melaksanakan program KPI umat. ini. Objektif Kualiti sedia ada Demikianlah impak penting hasil KPI yang telah ditetapkan mesti boleh dijadikan sasaran prestasi KPI, pelaksanaan tugas warga perkhidmatan diukur bagi menentukan tahap penca- cuma perlu dikaji semula supaya farmasi yang sememangnya bukan calang paiannya. Semua staf yang terlibat dalam menyentuh semua aspek khususnya -calang peranan. Natijah daripada kega- proses kerja berkenaan bertanggung- aspek produktiviti dan kepuasan galan menjayakan peranan itu, boleh jawab menjalankan aktiviti pengukuran ini. pelanggan. memperlahankan atau membantutkan Kaedah pengukuran bergantung kepada Aktiviti-aktiviti pengukuran pula terus cita-cita nasional. Lebih dahsyat KPI masing-masing, antara lain, mencatat harus lebih dipergiatkan melibatkan setiap lagi, kegagalan itu mungkin boleh mem- masa mula dan akhir perkhidmatan, mela- anggota jabatan dan bukan dilakukan oleh bawa padah yang tidak diingini. kukan ujian kawalan kualiti, menjalankan sekumpulan pekerja sahaja. Pihak Sudah tentu, untuk mencegah kaji selidik kepuasan pelanggan atau se- pengurusan unit dan pengurusan atasan kemelut tersebut, warga farmasi harus bagainya. perlu menganalisis dan membuat menghasilkan output yang benar-benar Data-data yang diperolehi hasil penambahbaikan jika didapati tahap tepat, cepat dan bermutu. Perkhidmatan daripada aktiviti ini kemudiannya dianal- prestasi perkhidmatan atau produk farmasi mestilah terkini, berkesan dan isis dan dibandingkan dengan sasaran farmasi tidak memberangsangkan. produktif agar pelanggan dapat merasai asal bagi menentukan tahap pencapaian Budaya kerja berasaskan manfaat yang maksima sehingga me- sebenar prestasi perkhidmatan. Jika wu- prestasi sama ada yang wujud dalam muaskan hati mereka. jud jurang antara pencapaian sebenar pelaksanaan standard MS ISO 9000 dan Untuk mengetahui sama ada dengan sasaran yang ditetapkan, faktor- program-program lain termasuk KPI boleh perkhidmatan yang dihasilkan telah me- faktor penyebabnya mesti dikenalpasti. mendatangkan kebaikan bukan sahaja nepati tahap ketepatan, kecepatan dan Antara faktor-faktor yang dimaksudkan kepada jabatan, malah yang lebih penting kualiti yang diingini pelanggan maka pres- ialah tahap kemahiran tenaga manusia, impaknya kepada masyarakat. Budaya ini PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN tasi perkhidmatan mesti diukur. Se- kualiti bahan-bahan, keadaan peralatan, memberikan petunjuk bahawa benarnya, aktiviti-aktivi pengukuran pres- kebersihan persekitaran, ketepatan kae- perkhidmatan yang diberikan cukup tasi ini tidak asing bagi setiap petugas dah dan lain-lain lagi. berkualiti dan memberikan manfaat awam yang saban tahun melakukannya Aktiviti-aktiviti pengukuran kepada rakyat seperti yang ditetapkan di untuk melaporkan pencapaian SKT. Pro- prestasi tersebut tidak membawa faedah dalam pernyataan visi dan misi gram-program seperti TQM, KIK dan ISO yang ketara andainya tidak disusuli organisasi. juga membabitkan aktiviti-aktiviti pengu- dengan langkah penambahbaikan. kuran sebagai satu daripada elemen Kelemahan-kelemahan yang dikesan hasil

3

SASARAN JABATAN A.

SASARAN JABATAN Melaksana Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Perkhidmatan Farmasi. Melaksana Standard Kualiti Makmal mengikut Standard MS ISO 15189:2004 di UPDT. Membuat persediaan untuk akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Melibatkan diri dalam khidmat masyarakat seiring dengan salah satu teras dalam menjayakan program Universiti Apex. Berusaha menjadikan Jabatan Farmasi sebagai jabatan yang memenuhi dimensi untuk USM mencapai pengiktirafan sebagai Universiti Apex. Menyediakan ruang untuk staf meningkatkan ilmu pengetahuan demi meningkatkan produktiviti jabatan di samping memenuhi keperluan mata CPD. Mempertingkatkan usaha untuk menjadikan Jabatan Farmasi sebagai jabatan mesra ibadah. Menjayakan Majlis Bersama Unit untuk mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan dan staf Jabatan Farmasi.

B.

SASARAN INOVASI Membangun dan melaksana Sistem Preskripsi Secara Talian di UFPL dan mengembangkan perkhidmatan ini ke seluruh klinik. Melaksana Stor Tak Beruntuk dan mematuhi polisi yang telah ditetapkan.

C.

SASARAN PERIBADI Melibatkan diri dalam amal jariah dan membantu menjayakan program-program amal. Menganjur/menghadiri ceramah-ceramah anjuran Jawatankuasa Nilai dan Etika dan tazkirah unit dalam usaha untuk meningkatkan integriti diri. Menganjur/menghadiri ceramah kualiti anjuran Jawatankuasa Pelestarian Sistem Kualiti dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan agar berkualiti dan produktif.

D.

SASARAN RUTIN Mengoptima perbelanjaan tahunan hospital. Menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran kerja berkonsepkan 5 S. Membuat penyeliaan yang cekap dan berkesan terhadap sumber-sumber di bawah kawalan.

P.H.A.R.M.A.C.I.S.Tt. People in pain can be cross as a rule However, the Pharmacist helps them keep their cool Always your friend, he often gives free advice Remember his service when you consider the price Many years he has trained before he could start And more importantly, he's got a great big heart Certainly his is the most trusted profession It's your health that is his obsession So the next time you see him, give him a smile Treat him nicely; you'll get it back by a mile Surely, he'll keep you healthy, at least for a while

4

BICARA KEMUSYKILAN BERSAMA TOK TENGOH KB :

Saya ingin bertanya mengenai isu yang dibangkitkan oleh doktor di ICU. Isu yang dimaksudkan ialah pelabelan bagi Inj. Adrenaline, Inj. Atropine dan Inj. Morphine yang hampir sama. Keadaan ini amat mengelirukan pengguna, terutama ketika berlaku kecemasan. Diharap pihak Farmasi dapat membantu kekeliruan i

Tok Tengoh :

Editor: Laporan boleh dihantar terus kepada Pharmaniaga, walaupun tiada laporan daripada pengguna. Ini adalah kerana sebarang perkara yang melibatkan penggunaan ubat, Jabatan Farmasi lebih berhak untuk membuat aduan.

Macam mana tak kurang, bapak dia orang lain. HUSM di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, manakala urusan penempatan PRP dikendalikan oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kesihatan. Kita hanya boleh memohon sedangkan urusan penempatan PRP dibuat oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Walau bagaimanapun, HUSM memperuntukkan 10 tempat untuk PRP pada setiap tahun, di mana untuk tahun 2008/9 – ditempatkan 5 orang PRP. Sumber jawapan: En. Abdul Hakim Abdullah Timbalan Pengarah (Farmasi)

P/S: Tok tengah ada cadangan supaya PRP ramai di Jabatan Farmasi HUSM. Cadangannya ialah agar diadakan roadshow untuk promosi. Tapi takutlah pulak kalah AF atau OIM jika roadshow diadakan

Info Unit Farmasi Kaunseling & Masyarakat.

SEGMEN BERITA UNIT

Perkhidmatan Farmasi Hospital USM, Kampus Kesihatan telah beroperasi sejak tahun 1983. Antara perkhidmatan klinikal yang diberikan untuk pelanggan adalah menerusi perkhidmatan kaunseling. Bermula tahun 2009, unit ini dikenali sebagai Unit Farmasi Kaunseling. Unit ini diketuai oleh Pn. Zainon Omar (Penyelaras) dengan dibantu oleh Pn. Zalina Zahari dan Pegawai Farmasi Provisional serta Penolong Pegawai Farmasi yang mahir dan terlatih. Antara objektif kualiti unit ini adalah: memberi perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit tidak kurang dari 50 orang pesakit sebulan,

Nenda : Nenda ni, sejak dua menjak ni dok terfikir kenapa PRP di Jabatan Farmasi HUSM bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan hospital-hospital lain. Boleh dibilang dengan jari.

Tok Tengoh : Tok Tengoh ajukan kepada yang berkenaan, jawapannya sebegini :

Masalah ini pernah dibangkitkan oleh Ketua Jururawat Dewan Bedah pada tahun 2008. Jabatan Farmasi telah memaklumkan bahawa item ini diperoleh dari Pharmaniaga sejak dulu lagi dan dibekal dari pengeluar yang sama (melalui kontrak kerajaan). Jabatan Farmasi telah meminta aduan bertulis dibuat supaya dapat dimajukan kepada pengeluar, tetapi sehingga kini tiada sebarang aduan diterima. Sumber jawapan: Pn. Norita Abd. Hamid Ketua Penolong Pengarah (Farmasi) Unit Kawalan Inventori dan Stor (Ubat)

5

Pegawai Perubatan atau menerusi kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagaimana berikut: pesakit mengalami 3 penyakit kronik atau pesakit diberi 5 jenis ubat pesakit

FAKTA 270, 658

memerlukan teknik khas seperti insulin dan inhalasi,

Jumlah pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) sepanjang tahun 2008

pesakit yang dimonitor kerana mengambil warfarin atau pesakit geriatrik / paediatrik.

RM 44,920,981

menilai tahap kefahaman Disebabkan unit ini berada secara pesakit terhadap perawatan bersama dengan Unit Farmasi Nilai inden ubat-ubatan oleh Unit Farmasi dan kesan ubat-ubatan supaya Pesakit Luar, maka unit ini juga Pesakit Luar (UFPL) sepanjang tahun 2008 sentiasa berada di tahap dipertanggungjawabkan memuaskan, dan merekodkan menguruskan keperluan ubatmaklumat yang diperolehi bagi tujuan kajian klinikal. Penilaian ubatan bagi Pusat Kesejahteraan Pelajar (PKP), penyediaan terhadap kefahaman seseorang pesakit amat penting bagi ubat-ubatan bagi program khidmat masyarakat, dan memastikan pesakit faham mengenai kaunseling yang membekalkan ubat-ubatan untuk kegunaan aktiviti/program diberikan serta boleh mengoptimakan tahap perawatan. kepada mana-mana jabatan, unit atau institusi yang Tahap pemahaman tersebut diterjemahkan oleh pesakit diluluskan oleh pihak pengurusan. Sekiranya anda atau sendiri berdasarkan skala 1 hingga 5 bagi mewakili tahap keluarga anda ingin diberi kaunseling mengenai ubat-ubatan, “amat tidak faham (1), tidak faham (2), sederhana faham (3), anda boleh menghubungi terus Unit Kaunseling, faham (4) dan amat faham (5)”. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Perkhidmatan kaunseling ini diberikan menerusi Disusun semula oleh Hj.Mohd. Adnan Sudin. permohonan pesakit sendiri, rujukan terus oleh Pakar/

SEGMEN ILMU Pengimejan

diagnostik dalam bidang perubatan nuklear kian berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi perubatan dunia. Penggunaan radio-isotop sebagai „tracer‟ untuk pengimejan diagnostik makin dikenali ramai. Antara radio-isotop yang biasa digunakan untuk pengimejan diagnostik ialah Technetium-99m. Technetium-99m adalah radioisotop yang mudah diperolehi dan murah serta mempunyai masa separuh hayat yang pendek, iaitu 6.01 jam sahaja sekaligus menjadikan penggunaannya meluas ke serata dunia. Apabila disuntik ke badan pesakit, Technetium-99m akan mengeluarkan sinaran Gamma dari badan pesakit tersebut secara langsung. Oleh itu, sekiranya pesakit tersebut berbaring di bawah Kamera Gamma, pengimejan diagnostik dapat dilakukan kerana Kamera Gamma tersebut akan menangkap sinaran Gamma yang dipancarkan dari badan pesakit. Walau bagaimana pun, penggunaan Technetium-99m yang hadir dalam bentuk free Technetium-99m (99mTcO4-) hanya terhad kepada target organ seperti Thyroid Gland, Testis dan Salivary Gland sahaja. Oleh itu, untuk menjalankan sesuatu prosedur, target organ mestilah dikenalpasti terlebih dahulu dan pemilihan pembawa yang membawa ke target organ tersebut juga mestilah tepat.

PERUBATAN NUKLEAR: PENGIMEJAN DIAGNOSTIK SKAN TULANG Oleh: Nor Suriana Mohd Yusof Unit Radiofarmasi

ke dalam tulang. Apabila kom- yang berkualiti. Ini kerana perapleks radiofarmaseutikal 99mTcMDP disuntik ke dalam badan pesakit, phosphonate yang berikatan dengan Technetium-99m turut membawa masuk Technetium-99m ke dalam tulang. Sinaran Gamma akan terpancar dari dalam tulang pesakit dan akan Sinaran Gamma yang dipancarkan dari dikesan oleh Kamera Gamma. badan pesakit akan dikesan oleh Kamera Akhirnya, imej tulang akan Gamma dan imej akan diperolehi. diperolehi. Sebarang abnormaliti sekiranya ada, akan dapat tusan impurities yang tinggi akan diketahui melalui pengimejan di- memberikan impak kepada kualiti agnostik tulang tersebut. imej tulang tersebut di mana imej tulang yang akan terhasil tidak Reagen MDP perlu dire- begitu jelas serta kemungkinan konstitut dengan sejumlah isipadu imej yang tidak diingini seperti larutan 99mTcO4- yang mempun- Thyroid Gland, Salivary Gland yai keaktifan yang sesuai untuk atau Testis juga akan kelihatan. menghasilkan kompleks 99mTc- Oleh itu, ujian kawalan mutu denMDP. Agen penurunan iaitu Stan- gan menggunakan teknik kromanous Chloride yang terdapat tografi kertas ke atas sediaan radalam reagen MDP bertindak un- diofarmaseutikal 99mTc-MDP tuk menurunkan nombor pengok- perlu dilakukan sebelum didispen sidaan 99mTcO4- (+7) ke nombor kepada pesakit untuk memastikan

Normal Bone Scan

pengoksidaan yang lebih rendah dan sesuai (+4) supaya pengikatan dengan MDP berlaku. Selain kompleks 99mTc-MDP, ia turut menghasilkan impurities iaitu 99mTcO4- itu sendiri yang tidak diturunkan dan juga ReducedHydrolzed Technetium (99mTcO2) Proses rekonstitut atau penyediaan radiofarmaseutikal 99mTc-MDP boleh diringkaskan seperti persamaan di bawah:

Bone Metastases From Prostate Cancer

bahawa kompleks 99mTc-MDP melebihi 90%. Kompleks 99mTcMDP ini walau bagaimana pun hanya stabil untuk tempoh 8 jam sahaja selepas direkonstitut. Selepas 8 jam, kompleks radioPerkhidmatan diagnostik farmaseutikal tersebut sudah tidak skan tulang merupakan prosedur boleh digunakan lagi kerana penrutin yang dijalankan di HUSM. gikatan di antara Technetium-99m Prosedur ini memerlukan MDP dengan MDP menjadi lemah dan (Methylene Diphosphonate) atau peratusan impurities semakin beHDP (Oxidronate) sebagai pemsar. Selain itu, aktiviti kompleks bawa ke target or99mTc-MDP itu sendiri 99mTcO4- + MDP à 99mTc-MDP + 99mTcO4 + 99mTcO2 gan, iaitu tulang. akan menyusut menyeOleh itu, radiobabkannya tidak sesuai untuk farmaseutikal 99mTc-MDP atau digunakan bagi tempoh masa 99mTc-HDP mestilah disediakan Kompleks 99mTc-MDP yang panjang. terlebih dahulu. Phosphonate me- yang terhasil mestilah melebihi rupakan pembawa yang sesuai 90% untuk mendapatkan imej kerana ia mudah diserap masuk

6

7

SEGMEN SAMPAIKAN

Kepada: KB Ucapan: Na dan Na (Zalina dan Azrina) dah tambah bilangan keluarga. Awak bila lagi? Daripada: Orang Lama

Kepada: Umar Ucapan: Tahniah atas kedatangan orang baru dalam keluarga. Bila nak buat aqiqah? Daripada: Orang Lama

Kepada: Hasrul & Amalina Ucapan:Selamat Pengantin Baru. Jangan silap faham. Mereka bukan suami isteri. Daripada: Pengantin Lama

Kepada: Cik Ani Ucapan:Tahniah atas pengurniaan Ahli Kelantan (senyap-senyap jer ye). Lepas ni ada pingat lain lagi ke? Daripada: Orang Tak Dak Pingat

Kepada: SIFU ICU (Kak KB) Ucapan: Haaaa…jangan lupe anta buku Dr Hassan kite tu…ek…hehe..Thanx so much kak KB for everythings especially kenangan manis, masam, pahit dan busuk bersama dgn bacteria di ICU hehe… Daripada: Bunga ICU Kepada: Hjh Norita Ucapan:Dengar citer nak gi Australia. Jangan lupa beli anak kangaroo untuk saya Daripada: Bapa Kangaroo

Kepada: Nur Amalina Ucapan: Tahniah na…moga bahagia ke anak cucu ek… Daripada: Ms Tunggu Mase

Kepada: Mr Sabrie Yunus/ Sabrie Nawawi Ucapan: Dok wat gapo tu? Tengah zikir ko…hehe Daripada: Ms ICU

Sebarang cadangan/komen dan sumbangan karya tuan/puan amat dialu-alukan. Tuan/puan bolehlah menghantarnya ke email [email protected]

Kepada: Shufi Ucapan:Selamat menjadi student lagi

Kepada: aizahakiki Ucapan: moga cepat2 kahwin …haha Kepada: nik azira Ucapan: zira, bilo nok ajok mkn nasi myk nyo..haha Kepada: aida murni Ucapan: nok tumpang city skali buleh ko..haha Kepada: amalina Ucapan: x tahu la buletin farmedia ni publish sebelum@slpas 4jun09..ape2 pun, slmt pngntin baru diucapkan Kepada: hasrul Ucapan: guano? Free ko? Tingkat 2?,,hehe. Kepada: kak sufi Ucapan: terima kasih di atas segala tunjuk ajar Kepada: tuan umar tuan ismail Ucapan: jom nasi ulam isnin ni.hello ko abe demo tuh.hehe Kepada: en hanif Ucapan: guano bola malm tadi..hehe Kepada: kak KB Ucapan: terima kasih di atas segala tunjuk ajar..semoga berbahagia di ICU..hehe

8

Kepada: Aida (PRP) Ucapan:Bawak keto molek deh. Kalu nak kona slow2 deh, kalu dok keno la mintak tolong abe yunus n abe azhar lak hehe… Daripada: EX-Housemate

Kepada: Kak Ani Abu Samah Ucapan: Jange make doh ubat antihistamine deh…hehe…thanx tuk sgalanya… maaf salah silap ek Daripada: Ms Aiza

Kepada: Ina Ucapan: Kita sama tapi jauh berbeza hehehe…... Daripada: hasrul

Kepada: Staf UFPL Ucapan:Terima kasih kerana memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan tugas. Dedikasi anda semua amat dihargai. Daripada: KPP/UFPL

Kepada: Semua sekali yang Aiza kenali di HUSM (especially semua staf Jabatan Farmasi) Ucapan : Terima kasih atas segala jasa baik kalian selama aiza bekerja kat HUSM. Kalian banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan sebagainya sepanjang aiza berada di sini. Banyak kenangan yang tak dapat aiza lupekan di sini. Moga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan selamanya ameen. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua. Aiza banyak belajar erti kehidupan kat sini. Thanx sgt2. Maafkan salah silap aiza selama ini. Moga Allah sentiasa bersama kita…ameen…Salam yang teristimewa… wassalam… Daripada: Aizahakiki (PRP)

Kepada: SIFU Korean (Kak Shufi) Ucapan: Buat sifu yang cun melecun ni…nanti kalau ade lagu Korean saye kasi lagi ek…hehe…Thanx sgt2 tuk sgalanya…Jasamu bersama SIFU ICU takkan dilupekan…hehe…jgn nakal2 ek... Daripada: Acinetobacter sp.

Kepada: En Azman Ucapan:Terime kasih atas segalanya. Kalau datang Besut singgahlah ke rumah bersama family… Daripada; PRP Ganu kite Kepada: Nik Azira Ucapan: Thanx zira comel…Moga bahagia ek… Daripada: Ms X-File

Kepada : Semua staf Farmasi USM Ucapan: Maaf la deh, kalu FarMedia kali ni tak brapo comel Kepada: TRTY Ucapan: Cayalah bos..coool Kepada: kak lailey Ucapan: Methadon secawan...hehe Kepada: TUTI Ucapan: Tahniah bapak… Kepada: Sabrie Ucapan: Honda CRV?? Kepada: kak tie Ucapan: TPN 3..4..5...9 19? ...beres jer Kepada: Zira Ucapan: CPF / BF? Dari: MH2

Kepada: Hanif Ucapan:Tahniah, tengoh tukar pampers ko tu? Daripada: Kak Maya

8

9

SEGMEN KUALITI

Pengurusan Kualiti di Jabatan Farmasi diterajui oleh Jawatankuasa Penyelaras Kualiti / JPQ. Terdapat 5 jawatankuasa di bawah JPQ dengan pelbagai fungsi yang berbeza. Ingin tahu mengenai fungsifungsi setiap jawatankuasa? Ikuti Farmedia edisi akan datang !

JAWATANKUASA PENYELARAS KUALITI (JPQ)

PERKHIDMATAN PELANGGAN

PEMANTAUAN PRESTASI

PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA

PELESTARIAN SISTEM KUALITI

Tiada dalam gambar Pn Zalina & Pn Naida

PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN

SEGMEN TAHUKAH ANDA

10

Short Joke Customer gets a topical cream. Direction: apply locally two times a day. Customer says to the pharmacist: "I can't apply locally, I'm going overseas."

tahukah anda????? 1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 kilometer . 2. Saraf di tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat. 3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. 4. Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun. 5. Setiap langkah ke hadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

A pharmacist looks out the front of the store and sees a woman holding a bottle jumping up and down in the parking lot. The pharmacist walks out to the parking lot and asks the woman what‟s the matter. She replies "I saw it said 'Shake Well' after I took it". A miracle drug is one that has now the same price as last year. A doctor is to give a speech at the local AMA dinner. He jots down notes for his speech. Unfortunately, when he stands in front of his colleagues later that night, he finds that he can't read his notes. So he asks, "Is there a pharmacist in the house?" A pharmacist is going over the directions on a prescription bottle with an elderly patient. "Be sure not to take this more often than every 4 hours," the pharmacist says. "Don't worry," replies the patient. "It takes me 4 hours to get the lid off". Lady says to pharmacist: "Why does my prescription medication have 40 side effects?" Pharmacist replies: "Because that's all we've documented so far." Copy (without prior permission) from jokes.maxabout.com By: Kumbang Sejati

SEGMEN TIPS Memberitahu jiran atau polis sewaktu ketiadaan di rumah Hentikan langganan akhbar jika bercuti dalam tempoh yang panjang Elakkan mendirikan rumah di kawasan terpencil Struktur rumah yang mempunyai lubang angin di bumbung perlu ditambah ciri keselamatan Mewujudkan pemuafakatan di kawasan kediaman seperti mengadakan rukun tetangga Elakkan meletak barang bernilai yang dapat dilihat dari luar rumah Menyimpan alatan seperti pemutar skru, objek tajam di kawasan tersorok/ di dalam rumah Jangan tertipu dengan taktik penjenayah yang membuka air di luar rumah untuk menarik perhatian agar pintu rumah dibuka Selakkan dengan kayu di bahagian bawah pintu gelongsor Memasang alatan keselamatan tambahan seperti mangga dan penggera

TIPS ELAKKAN PECAH RUMAH

Pasangkan lampu apabila keluar rumah di waktu malam Jangan tinggalkan nota di pintu yang memberitahu tiada orang di rumah Pastikan pintu, tingkap dan pagar dikunci sebelum tidur Membersihkan kawasan bersemak dan belukar di sekeliling rumah agar tidak menjadi tempat penjenayah bersembunyi Berdoa kepada Tuhan agar menjaga keselamatan rumah selepas segala ikhtiar dan langkah pencegahan diambil Rujukan : Berita Harian 11.02.2009

11

SEGMEN RENUNGAN Suatu hari seorang hamba Allah bernama Saufi telah menziarahi sahabatnya bernama Arif. Mereka adalah rakan sekolah semasa di sekolah menengah. Arif bekerja sebagai petani sementara Saufi pula sebagai nelayan. Secara kebetulan, ketika Saufi datang, tembikai yang ditanam oleh Arif sedang mengeluarkan hasil yang amat memberangsangkan kerana saiznya yang besar sehingga mencecah 7 kilogram sebiji. Arif amat berpuas hati dan bersyukur kerana Allah telah menambah rezeki untuknya. Arif telah membawa Saufi ke ladang tembikai untuk memberi motivasi kepada Saufi supaya beralih minat ke arah pertanian seperti dirinya di samping menikmati hasil tuaian. Semasa berjalan di ladang tersebut. Saufi memuji Arif di atas kerajinan serta kepandaiannya menanam tembikai sehingga pokoknya tumbuh segar dan berbuah besar. Mereka terus berbual mesra sepanjang perjalanan. Saufi kemudiannya mengajukan satu soalan kepada Arif. Katanya, “Arif, aku amat hairan kenapa pokok tembikai ini kecil sahaja dan lembut pula batangnya, tetapi buahnya amat besar dan berat manakala pokok rambai dekat rumah engkau tu, pokoknya besar, tinggi dan gagah tetapi buahnya kecil-kecil. Aku rasa Tuhan kita ini amat tidak adil dan bodoh menjadikannya begitu”. Arif terdiam kerana tersinggung dengan pernyataan tersebut. Dia tidak mahu berlaku perbahasan kerana bimbang akan melukakan hati rakan sekolahnya itu. Tambahan pula Saufi sekarang adalah tetamu yang wajib dihormati. Saufi terus beceloteh panjang, namun Arif tetap diam seribu bahasa walaupun mulutnya terasa ringan untuk menyampuk. Mereka kini pulang ke rumah Arif. Di tepi rumah Arif memang ada sepohon pokok rambai

yang sedang berbuah. Di bawahnya Arif menyediakan sebuah tempat berehat yang nyaman kerana teduh dan sejuk. Disebabkan keletihan kerana perjalanan tadi, Saufi mengambil keputusan merehatkan diri di bawah pokok rambai tersebut. “Alangkah nikmatnya tidur di bawah pohon rambai yang rendang serta sejuk” detik hati Saufi sambil disapa angin lalu. Tiba-tiba sebiji buah rambai terjatuh ke atas muka Saufi dan mengenai keningnya. Saufi bingkas bangun sambil menggosokgosok keningnya kerana terkejut. Dia bersyukur kerana buah ram-

“Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada-Mu kerana jahilku, sesungguhnya Engkau amat mengetahui terhadap sesuatu. Akulah yang bodoh sebenarnya, ampunilah dosaku kerana keceluparan mulutku. Amin” bai itu tidak menimpa matanya. “Allahu Akhbar, jika pokok rambai ini mengeluarkan buah sebesar tembikai nescaya aku akan cedera. Wahai Tuhan, aku bertaubat kepada-Mu kerana jahilku, sesungguhnya Engkau amat mengetahui terhadap sesuatu. Akulah yang bodoh sebenarnya, ampunilah dosaku kerana keceluparan mulutku. Amin”. Rintih Saufi. Arif turut terkejut apabila mendengar Saufi bercakap sendirian ketika beliau sibuk menyediakan juadah tadi. Syukur Saufi telah sedar terhadap kesalahan dirinya. Alhamdulillah. Hasil Nukilan ; Adiputra

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka )

SEGMEN PERSONALITI KAMPUS Profesor Dr. Mohd. Shukri bin Othman telah dilahirkan di Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Pasir Mas, Kelantan pada 4 hb November 1954. Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan orang adik beradik. Bapanya, Haji Othman Che Omar merupakan Tok Mudim Kampung Buluh Melintang di samping bekerja sebagai petani, manakala ibu beliau, Hajah Wan Minah Wan Abdullah merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Beliau bertanggungjawab membantu suami dan menjamin keharmonian rumah tangga serta menitik beratkan kepada pendidikan sekolah anak-anak termasuk dalam sudut keagamaan. Professor Dr. Mohd. Shukri telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hailmiah Hj. Awang Noh dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Shukri. Setelah genap dua tahun di perantauan menimba ilmu, akhirnya pada bulan November 1990 beliau kembali ke tanah air tercinta. Di USM beliau telah dilantik sebagai pensyarah dan pakar O&G Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pada tahun 1994 beliau diberi kepercayaan menerajui Jabatan O&G yang menjadi pusat rujukan ibu mengandung Pantai Timur Semenajung Malaysia, terutamanya pesakit daripada keseluruhan Kelantan dan Terengganu Utara. Salah satu daripada pencapaian beliau adalah penurunan kadar kematian ibu mengandung kawasan ini daripada 52/100,000 pada tahun 1991 kepada 33/100,000 pada tahun 2000.

Profesor Dr. Mohd. Shukri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kangkong, sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas dan kemudian ke Maktab Tentera DiRaja, Kejayaan yang besar ini telah menaikSungai Besi pada tahun 1971. kan imej Universiti Sains Malaysia Pada tahun 1975 beliau telah diterima Kampus Kesihatan (USMKK) di mata masuk ke Fakulti Perubatan Universiti masyarakat setempat dan menyakMalaya, Kuala Lumpur. Beliau dianu- inkan orang ramai terhadap kebolehan gerahkan Ijazah Sarjana Muda Pe- pakar-pakar di sini. Menyebabkan serubatan dan Pembedahan pada tahun makin ramai pesakit berminat datang 1981 dan memulakan tugas sebagai untuk mendapatkan rawatan. doktor pelatih di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Hasrat untuk menabur bakti kepada anak watan di negeri kelahiran membuat beliau memohon untuk bertugas di Kelantan dan telah ditugaskan sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jajahan Bachok pada tahun 1982.

Pada tahun 2000 beliau dinaikan pangkat sebagai Profesor Madya. Seterusnya, pada tahun 2005 beliau dilantik sebagai Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (Pengajian Siswazah dan Latihan Iktisas). Di atas komitmen yang tinggi terhadap tugas dan prestasi yang cePerkhidmatan beliau di Universiti Sains merlang, beliau seterusnya dilantik Malaysia (USM) bermula pada Julai Profesor pada tahun 2006. 1983 apabila beliau dipinjamkan ke USM daripada Kementerian Kesihatan Profesor Dr. Mohd. Shukri merupakan Malaysia (KKM). Pada bulan Septem- salah seorang ahli pengasas Program ber 1988, beliau telah mendapat Sarjana Perubatan dalam bidang O&G tawaran ke England untuk latihan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, kepakaran dalam bidang perbidanan USM, Kampus Kesihatan. Sehingga dan sakit puan di Hospital John Rad- bulan Disember 2007, seramai 90 cliffe, Oxford. Seterusnya, dianu- orang pakar perbidanan dan sakit gerahkan sarjana MRCOG (UK) dan puan telah berjaya dilahirkan. Beliau diiktiraf sebagai pakar perbidanan dan juga telah berjaya melatih 15 orang sakit puan oleh Royal College of Ob- pakar perbidanan dan sakit puan stetricians and Gynaecologist (UK) lulusan Royal College of Obstetricians pada tahun 1990. “Hujan emas di and Gynaecologist, United Kingdom di negeri orang, hujan batu di negeri samping menyelia dua orang pelajar sendiri, lebih baik negeri sendiri”, begi- MSc. tulah pegangan Profesor Dr. Mohd

12

Skop penyelidikan utama Profesor Dr. Mohd. Shukri ialah dalam bidang kesihatan wanita, khasnya endometriosis dan onkologi. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 penerbitan ilmiah dan kertas kerja serta beberapa buah CD dan buku rujukan akademik untuk kegunaan pelajar perubatan dan pegawai perubatan. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam akademik, Profesor Dr. Mohd. Shukri sering dijemput sebagai profesor pelawat kepada beberapa universiti tempatan dan kerap dilantik menjadi penilai dan pemeriksa luar bagi peperiksaan dalam bidang O&G. Beliau merupakan ahli perwakilan Malaysia kepada Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom. Di atas sumbangan beliau dalam kemajuan sains, terutamanya bidang O&G, Profesor Dr. Mohd. Shukri dianugerahkan status fellow oleh Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, United Kingdom pada tahun 2003. Walaupun sibuk dengan tugas yang banyak, Profesor Dr. Mohd. Shukri masih sempat bergiat aktif dalam persatuan dan badan sukalela. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kelantan, AJK Teknikal Penyelidikan kematian ibu peringkat negeri serta AJK Biro Kawalan Ubat Negara. Atas peranan dan jasa yang besar kepada negara, pada tahun 2001 Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, baginda telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (Paduka), PSK kepada Profesor Dr. Mohd. Shukri. Kini, beliau masih merupakan antara tulang belakang penting di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Disediakan oleh : En Eh Nem a/l Cha Eak

KARYA STAF

MASIHKAH KITA INGAT ? Sejak lama dulu Tika Adam dan Hawa dicipta Menghuni alam dunia Masihkah kita ingat Untuk apa kita semua dicipta Apa pula tujuan dan matlamatnya Ke mana pula akhirnya Sejak kita semua berada di sini Tika umur muda remaja Meningkat dewasa, meniti usia Seterusnya Masihkah kita ingat Apa tanggungjawab besar kita Apa tuntutan utama kehidupan kita Berhibur, beribadat bersama semata Telah amat pastikah kita Tika kita tiba ke puncak usia Nafsukah semakin membara Ilmukah yang memenuhi dada Amalan baikkah memenuhi dana Atau bagaimana ? Insan beriman dan bertaqwa Beramal penuh redha Masihkah kita ingat Hayat kita akan berakhir Amalan kita akan dihisab Baik dibalas syurga Buruk dibalasi neraka Pilih sendiri, ke mana kita ? Ketahuilah Allah tetap adil Dulu, kini dan selamanya Kepada semua makhluknya.

Hamas

Terimalah pasangan atau rakan-rakan anda seadanya. Kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai….renungrenungkanlah. (Mama Twinz)

13 Timbang Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang ramai. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer menjawab : “47kg !”. Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin computer menjawab : “52kg !”. Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00…mesin komputer mengeluarkan jawapan : “Tolong naik sorang-sorang…jangan ramai-ramai !” Staf (UPDK) Pejabat Am

KENAL DIRI MELALUI RASA HATI Terpapar di muka bumi ini, terlindung seribu karenah Beberapa warna bergelar manusia, beraneka gaya Nama manusia indah dikaji, mengharungi suasana Pastinya belum siapa dapat memahami kehendaknya Hanya kenal diri, melalui rasa hati Diam dan tak bersuara penuh misteri Yang tak pernah bersuara memecil diri Tidak bererti dangkalnya ilmu dalam jiwa Seperti ubi, diam-diam berisi Bijak dan mahir beralunan kata Pujangga kata mempesona rasa Baik dan buruk hilang ke mana, walhal kata-kata semuanya dusta Namun kedustaan itu disanjung jua Ke mana maruah kita sebagai manusia Bijak dan mahir beralunan kata Tidak semestinya tinggi ilmu yang dibawa Seperti gendang kosong, paluan tiada Kelentong sana, kelentong sini kononnya hebat sepanjang masa Sinar kaca, sinar intan lain cahayanya Yang bijak menilai hanya fikiran dan kebijaksanaan Walau segulung ijazah sebagai sandaran kehebatan rasa Hanya budi pekerti lambang keindahan bicara Yang hanyut selalu dipuji Keterampilan diri mengangkat nafsu hati Resmi ayam selalu dibawa ke mana-mana Bertelur sebiji, riuh sekampung empunya nama Kesedaran itu ada kebenaran Tidak terlintas sebarang sanjungan Resmi penyu jadi ikutan Telur beratus, tidak gembar-gembur untuk mendapat pujian Yang tahu mengeji itulah sikap azali Sebenarnya dalam jiwa seribu iri hati Atau belum sedar akan kekurangan diri Seolah-olah dia sahaja yang boleh dipercayai Yang gemar memberi nasihat Perangai sendiri masih berkarat Seolah-olah seribu kepuraan sedang menanti Usah menjadi lebai ketayap Sikap diri sentiasa menganggap orang lain hipokrit Sudahkah kita menilai diri ini Yang nyata kita semua tiada sempurna di alam ini. Nukilan : Tman UKIDS(A, 19 Mac 2009

14

KARYA STAF Aduhai bunga Aduhai Bunga-Bunga Islam… Andalah yang bernama Al-mar‟ah dan kalau dijamaknya menjadi An-Nisa, nama sebuah surah dalam A-Quran. Demikian penting anda dalam agama, anda telah didudukkan pada posisi yang sejajar dengan lelaki. Sebagaimana lelaki, anda juga adalah makhluk Allah yang sempurna yang dijadikan untuk menjadi khalifah di bumi ini. Anda diibaratkan sebagai tiang negara, apabila anda baik, baiklah negara dan kalau anda rosak, rosaklah negara. Anda juga memainkan peranan yang penting dalam institusi kekeluargaan. Jika anda belum berumahtangga, andalah bunga yang menghiasi rumahtangga kepada kedua ibubapa anda. Jika anda telahpun bergelar ibu, andalah orang yang paling bermakna bagi anak-anak. Andalah sebagai pendidik kepada mereka, andalah sebagai orang kanan rumahtangga dan andalah yang bergelar isteri. Sebagai ibu, anda menepati kedudukan teratas. Hal ini tercermin dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu”. Firman Allah tentang kemuliaan ibu ini terdapat dalam Surah Luqman ayat 15, bermaksud ;

Pantun Enam Kerat Anak rusa terputus ekor Tempang pula si anak kerbau Kejar mengejar di dalam taman Sila beratur mengambil nombor Dapat ubat janganlah risau Sabar itu separuh iman

Pantun Empat Kerat Enak sungguh ulam pegaga Dari dulu digemari raja Hati kawan harus dijaga Baru aman di tempat kerja Oleh ; Eh Nem Cha Eak

A Matter Of Love

When I‟m alone, tomorrow feels far away And I must go over still, into the darkness of dawn If I try to play it straight, no doubt it will fail “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang And tonight it won‟t go well between us again ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah You can‟t see all of my hard efforts, kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, hanya kepada-Ku lah kem- Because they only results balimu.” Is that it makes no sense, it really is a „tightrope” More efforts, more damage – this is my daily life Peranan anda yang lain ialah sebagai pembentuk masa depan. Siapa pun Taking a cynical attitude may give me some comfort yang anda asuh, baik dalam konteks anda sendiri bergelar gadis, ataupun Hiding myself, hated and irritated living only a short sebagai ibu, atau sebagai pemimpin di pejabat atau sebagai seorang isteri time di sisi suami yang dikasihi. When I‟m alone, tomorrow feels far away Anda juga berperanan penting dalam masyarakat. Banyak ayat dalam Al- And I must go over still, into the darkness of dawn Quran yang menyebut bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita If I let my emotions free untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampu- My dream will once again will not go well annya sebagai wanita. I think the balance sheet of my life is imperfect “Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik dia lelaki mahupun If I add up the plusses and minuses, perempuan sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke will it really equal zero ? dalam Syurga dan mereka tidak teraniaya walau sedikitpun. (An-Nisa: 124) I want to control all my luck That may be used up before my life is ended Wahai anda, ketahuilah panggilan wanita yang anda sandang ini adalah You don‟t know – you can change logic at your will suatu kemuliaan yang tinggi martabatnya, dan peranan yang perlu anda I hurt myself because of you, over and over mainkan di muka bumi Allah S.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, But my love didn‟t go away – it kept coming back tidaklah makhluk kedua yang Allah S.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s bergelar Hawa, sejenis dengan anda. Anda adalah bunga, harum mewangi. The toughness gained from my damage is unbelievable I won‟t be able to sleep at all tonight either “Jadilah mawar berduri harum wanginya, jangan jadi seperti orkid However many times it‟s repeated yang hanya lawa tapi tiada keharumannya…. It revives again and again – because its love Tuti You can‟t blame my emotions Because you should know it will never fade away

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)

When I‟m alone, tomorrow feels far away And ever though I‟m darkness of dawn, I have to go I don‟t care about bad affinity Ever if our love is not doing well Nevertheless we have deep ties Oleh ; MNCR

PERKEMBANGAN TERKINI DI JABATAN FARMASI April 2009 merupakan tarikh pelantikan baru, kenaikan pangkat dan pertukaran beberapa orang staf sokongan Jabatan Farmasi dalam gred C27, N27, N22 dan N17. Mereka yang terlibat ialah:Kakitangan yang baru menjadi ahli keluarga Jabatan Farmasi

En. Rozaimie bin Mohamad Penolong Pegawai Sains C27 UPDT Dari USM Pulau Pinang (induk)

En. Shaimi bin Ab Kadir Pembantu Tadbir N17 UKIDS (A) Dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Pn. Wan Mekti binti Wan Yusoff Penolong Pegawai Tadbir N27 UPDK Kenaikan pangkat dari Perpustakaan Hamdan Tahir

Cik Noor Zatil Aqmar bt Zakaria Pembantu Tadbir N17 UKIDS (U) Pelantikan baru

Pembantu Tadbir N22 En. Ahmad bin Ibrahim UKIDS (U) Pertukaran tempat bertugas

Pn. Rohani binti Ibrahim Pembantu Tadbir N17 UPDK Pelantikan baru

Pn. Ghazaida binti Hj. Musa Pembantu Tadbir N17 UKIDS (U) Dari Unit Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, HUSM Kakitangan yang bertukar ke jabatan/unit lain Nama

Gred

Jabatan/unit

Status/ pertukaran

En. Azmi bin Salleh

Penolong Pegawai tadbir (Kanan) N32

UPDK ke Unit Pembangunan Korporat HUSM

Kenaikan pangkat

En. Mohamad bin Jaafar

Pembentu Tadbir P/O (Kanan) N22

UKIDS (A) ke UPSM

Pertukaran tempat bertugas

En. Mohd. Noor bin Mat Jusoh

Pembantu Tadbir (Kanan) N22

UKIDS (A) ke Jabatan Pendaftar (Sementara di

Kenaikan pangkat

Pn. Hasniah binti Hussain

Pembantu Tadbir (Kanan) N22

En. Zahari bin Mohamad

Pembantu Tadbir N17

UPDK ke Unit Rekod Perubatan, HUSM Unit Keselamatan, HUSM

PPSF)

Kenaikan pangkat Pertukaran tempat bertugas

Majalah Farmedia mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dan diharapkan tuan-tuan dan puanpuan melipat gandakan lagi komitmen terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Kita berada di universiti yang diiktiraf kecemerlangannya. Oleh itu, kekalkanlah status kecemerlangan tersebut sebagai universiti APEX.