KESATUAN DOA

62 downloads 1088 Views 607KB Size Report
1 Nov 2012 ... KESATUAN DOA menyeru semua gereja di Malaysia supaya ... "Doa orang yang benar, bila yakin .... Dalam setiap kumpulan doa atau.
KESATUAN DOA PENGUMUMAN KEPADA SEMUA GEREJA-GEREJA 1 November 2012

KERAHAN DOA BAGI PILIHAN RAYA YANG MENJELANG TIBA (“GE13”) 2 Tawarikh 7:14 “dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalanjalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka..” (ITB)

Kerahan doa di bawah bimbingan CFM bagi pilihan raya yang menjelang tiba. KESATUAN DOA menyeru semua gereja di Malaysia supaya mengerahkan doa bagi pilihan raya yang menjelang tiba. Seruan doa ini didasarkan atas prinsip-prinsip yang tertera dalam surat pekeliling daripada Christian Federation of Malaysia (“CFM”) barubaru ini bertarikh 18hb Julai 2012 berjudul “UNDI DENGAN BIJAK; UNDI DEMI MALAYSIA YANG LEBIH MAKMUR,” [VOTE WISELY; VOTE FOR A BETTER MALAYSIA]. Rayuan kepada para umat setia supaya membanjiri negara kita dengan doa. Kami merayu kepada semua umat Kristen supaya tetap setia; dalam tugas kepimpinan dan pengurusan menuruti Firman Tuhan, kita akan menjalankan tanggungjawab terhadap pembangunan bangsa dengan mengundi serta mendoakan kesejahteraan bangsa; sebelum, semasa, dan selepas pilihan raya. Penentuan-semula yang kritikal bagi bangsa kita. Kami percaya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling kritikal dalam sejarah bangsa kita sebab ianya diadakan pada tahun Jubli, suatu penentuan-semula yang kritikal bagi bangsa. Hal ini bukan secara kebetulan. Pilihan-pilihan hari ini memberi kesan kepada gerenasi seterusnya. Pilihan-pilihan kita hari ini akan memberi kesan terhadap haluan bangsa kita dan masa depan anak cucu kita berdekad akan datang. Dengan ini, amat penting bagi umat Kristen supaya merendahkan diri dan mencari Tuhan dan perkenanan-Nya bagi bangsa kita.

1 2

"Doa orang yang benar, bila yakin didoakan, sangat besar kuasanya." ~ Yakobus 5:16 (ESV) 1.

RANGKAIAN-RANGKAIAN KESATUAN DOA: (dalam turutan abjad) 1. 2. 3. 4. 5.

6.

7. 8. 9.

Doa 24-7 Malaysia Doa Gereja Methodis Komisi Doa NECF Komisi Sidang Jemaat Allah Majlis Gereja-gereja Malaysia (Wakil Rangkaian Remaja) Persekutuan Para Pendeta Kota Kinabalu Persekutuan PendetaPendeta Kuching Persekutuan PendetaPendeta Pulau Pinang Rangkaian Doa Kebangsaan Malaysia

SETIAUSAHA BERSEKUTU: 1. Chrisanne Chin (CCM) 2. Rev Andy Chi (NECF)

Doa Peringkat Kebangsaan & Wilayah Persekutuan a. Doalah supaya lelaki dan wanita salih, yang terpilih Tuhan, akan dilantik menduduki setiap kerusi parlimen. b. Doakan supaya setiap calon perlantikan sebagai senator, mayor, menteri serta jawatan Perdana Menteri merupakan calon-calon pilihan Tuhan, lelaki dan wanita yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kesalihan. c. Doakan pembentukan kerajaan yang menghormati hak-hak kemanusiaan, menegakkan keadilan, budaya tidak dapat disuap, beretika dan kebebasan kepercayaan. d. Doakan pembentukan kerajaan that upholds sifat berjimat cermat, pendidikan berkualiti, dan penyingkiran hutang negara. e. Doalah supaya lelaki dan wanita salih dipilih, yang akan mematahkan perkauman, penindasan pribumi dan penganiayaan terhadap migran dan pelarian. f. Doalah menentang pemilihan sebarang jenis kelampauan yang menghasut kebencian dan kejahatan serta segala bentuk perbedaan kaum dan agama. g. "Kebenaran meninggikan derajat bangsa, tetapi dosa adalah noda bangsa." ~

Amsal 14:34 2.

Doa Peringkat Negeri dan Tempatan

a.

Doalah supaya lelaki dan wanita salih, yang terpilih

Tuhan, akan dilantik 2

menduduki setiap jawatan di peringkat b.

c.

3.

4.

ADUN. Doalah supaya semua ahli majlis negeri, bandar dan wakil merupakan pilihan Tuhan, menegakkan kejujuran, kerajinan, kebenaran, keadilan dan kesalihan. “Jika orang benar bertambah, bersukacitalah rakyat, tetapi jika orang fasik memerintah, berkeluhkesahlah rakyat.” ~ Amsal 29:2

Doa bagi Para Pengundi a. Doalah supaya setiap warga akan mengundi lelaki dan wanita salih, pilihan Tuhan. Doakan Roh Tuhan akan menaungi setiap orang ketika mengundi. b. "Roh TUHAN akan ada padanya, roh hikmat dan pengertian, roh nasihat dan keperkasaan roh,pengenalan dan takut akan TUHAN: ya, kesenangannya ialah takut akan TUHAN. Ia tidak akan menghakimi dengan sekilas pandang saja atau menjatuhkan keputusan menurut kata orang." ~ Yesaya 11:2-3 Doa untuk Pengawaipengawai Pilihan Raya dan Keselamatan a. Doakan supaya setiap orang pegawai yang terlibat dalam proses

KESATUAN DOA | PRAYER UNITED | 1 November 2012

4 3

“ Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal.” – Ayub 42:2 (ITB)

c.

b.

c.

3

pengundian – termasuk pegawai-pegawai pilihan raya, pelantikpelantik, polis, anggota RELA dan tentera – akan berkhidmat dengan jujur dan ikhlas. Berdoalah juga supaya ejen-ejen mengundi dan menggira serta pemerhati pilihan raya akan berkhidmat dengan tekun dan terhormat, memastikan ketepatan dan ketulusan sepanjang proses pilihan raya " Neraca serong adalah kekejian bagi Tuhan, tetapi Ia berkenan akan batu timbangan yang tepat." ~ Amsal 11:1

5.

Doa bagi Pegawai-pegawai Kerajaan a. Supaya mereka akan berkhidmat dengan penuh ketulusan hati demi kebaikan negara tidak kira apa sekalipun keputusan piluhan raya. b. “Jangan hanya di hadapan mereka saja untuk menyenangkan hati orang, tetapi sebagai hamba-hamba Kristus yang dengan segenap hati melakukan kehendak Allah, dan yang dengan rela menjalankan pelayanannya seperti orang-orang yang melayani Tuhan dan bukan manusia. Kamu tahu, bahwa setiap orang, baik hamba, maupun orang merdeka, kalau ia telah berbuat sesuatu yang baik, ia akan menerima balasannya daru Tuhan.” – Efesus 6:6-8

6.

Doa bagi Gereja a. Doalah supaya Gereja dikejutkan sepenuhnya, terlibat dan dikuatkuasakan dalam musim yang kritkal ini dan menyedari betapa pentingnya pilihan raya kali ini serta implikasinya terhadap kemajuan rancangan Tuhan bagi bangsa kita dan di sekeliling dunia kita. Doakan semangat membara bagi menjunjung tinggi nama Tuhan dan kemuliaan-Nya di negara kita. b. "TUHAN Yang Mahakuasa pasti melaksanakannya." ~ Yesaya 9:7

7.

Doa bagi umat Kristen yang terlibat dalam doa a. Doalah supaya Tuhan akan menguatkan umat-Nya untuk berseru kepada-Nya siang dan malam dalam doa luar biasa sepanjang musim ini. b. Doakan pertaubatan, kerendahan hati dan keinginan mendalam mengejar kesucian, supaya umat Tuhan akan mengutamakan tujuan dan kehendak-Nya. Doakan ketabahan dan kesungguhan.

8.

“Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem." ~ Zakharia 12:10

Doa bagi Bangsa a. Doalah supaya rancangan dan kehendak Tuhan bagi bangsa kita akan dilaksanakan dalam musim pilihan raya ini. b. Doakan supaya kita akan menjadi bangsa yang menuruti Tuhan dan menjadi berkat kepada bangsa-bangsa lain di bumi ini. c. Doakan harmoni dan keamanan ketika dan selepas pilhar raya, serta keselamatan semua calon, pegawai dan pengundi sepanjang pilihan raya. Doalah menentang muafakat jahat dilumpuhkan. Kita memohon Tuhan menghalang dan menghentikan sebarang usaha mencetus keganasan dan rusuhan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Doakan juga keamanan dan harmoni berterusan bagi kesejahteraan semua komuniti dan bangsa. d. Doalah supaya Hari Malaysia diiktiraf sepenuhnya.

(bersambung)

KESATUAN DOA | PRAYER UNITED | 1 November 2012

6 7 8 5

"Datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga." ~ Matius 6:10 (ITB) PEDOMAN BAGAIMANA BERDOA Kami ingin menggalakkan setiap

orang Kristen and setiap buah gereja mengambil bahagian secara aktif dalam usaha mendoakan negara kita sambil kita melangkah ke GE13. Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh dilakukan: 1. Luangkan masa 5 minit atau lebih setiap hari ketika masa-masa doa persendirian untuk mendoakan bangsa kita dan GE13. 2. Setiap Hari Minggu bila kita berhimpun untuk menyembah Tuhan di gereja, luangkanlah

3.

sekurang-kurangnya 5 minit untuk mendoakan hal-hal ini. Luangkan 5 minit ketika Kebaktian Hari Minggu untuk mendoakan negara kita dan

Sila hubungi rangkaian doa yang terdekat dengan anda sekiranya anda memerlukan bantuan atau maklumat. Untuk hal-hal yang lain, sila hubungi Setiausaha Kesatuan Doa: [email protected] 4

4.

5.

GE13 – doakan keamanan, kebenaran dan keadilan akan berlangsung. Dalam setiap kumpulan doa atau persekutuan mingguan, kita mengambil masa yang lebih lama untuk berdoa bagi negara kita dan GE13. Sediakan masa-masa malah harihari khusus untuk berdoa dan berpuasa demi negara kita.

6. Khaskan sebuah bilik doa supaya kita boleh berdoa sepanjang masa 24-7 atau kerahkan rangkaian doa 24-7 berkumpulan atau perseorangan untuk berdoa setiap jam dengan mengadakan

9. Anjurkan atau sertai kebaktian-kebaktian doa antara gereja di bandar atau daerah kita, mengerahkan lebih ramai orang Kristen supaya berdoa. 10. Sebaik sahaja tarikh pilihan raya diumumkan dan Parlimen dibubarkan, dengan serta merta kita akan kerahkan puasa dan doa 24-7 sepanjang masa tersebut.

bilik doa maya.

7. Kerahkan doa bagi parlimen dan/atau DUN di pusat-pusat khidmat parti-parti politik, atau naikkan doa bagi para penyandang dan calon berpotensi yang dipilih untuk bertanding dalam GE13. 8. Anjurkan atau sertai aktiviti berjalan atau memandu sambil berdoa di sekitaran kita, daerah, bangunan-bangunan kerajaan, sekolah-sekolah, pusat-pusat undi di bandar atau kota kita.

KESATUAN DOA | PRAYER UNITED | 1 November 2012