KOD ETIKA - EPU

9 downloads 136 Views 864KB Size Report
Menerap serta mengamalkan nilai-nilai etika yang murni seperti yang ... Komited untuk menjadikan UPE sebagai sebuah organisasi yang cemerlang serta ...
Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Untuk menjadi warga UPE yang baik dan efektif, setiap warga mestilah:

Memahami dan menghayati misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi UPE;

Menerap serta mengamalkan nilai-nilai etika yang murni seperti yang diperakukan;

Merasa sayang serta bangga kepada UPE sebagai sebuah organisasi serta tempat berkhidmat;

Komited untuk menjadikan UPE sebagai sebuah organisasi yang cemerlang serta disegani; dan

Bersedia berkorban untuk mempertahankan UPE, menanamkan kesetiaan yang mendalam dan mengambil sikap mendahulukan kepentingan organisasi (UPE) daripada kepentingan peribadi.

1

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Etika Kerja UPE Bertujuan:

Menerap dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang luhur (murni) serta positif dan sekaligus membanteras perlakuan serta nilai-nilai yang tidak beretika di kalangan warga UPE dalam menjalankan tugas seharian untuk memastikan wujudnya ketahanan, keikhlasan, ketelusan serta kepuasan bekerja; dan

Meningkatkan disiplin diri, komitmen, kebolehan dan keupayaan semua warga UPE untuk menghasilkan kualiti kerja serta perkhidmatan yang cemerlang demi menjaga imej UPE khususnya dan negara umumnya. 2

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE 2010 - 2012

KOD ETIKA Nilai-nilai Etika

Nilai-nilai etika yang diperakukan untuk diterap serta diamalkan oleh semua warga UPE terkandung dalam akronim ’UPE’ itu sendiri iaitu:

U

•Utuh

P

•Profesional

E

•Efektif 3

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE 2010 - 2012

KOD ETIKA

Utuh bermaksud ’sempurna’ iaitu kesempurnaan sifat. Nilai, tingkah laku serta keperibadian seseorang yang menjurus kepada ciri-ciri warga UPE yang bermoral, beretika dan berintegriti. Dalam konteks ini, nilai-nilai sekunder yang menyokong nilai utama utuh ialah:

Integriti Mempunyai nilai-nilai murni yang asas serta akhlak serta sahsiah diri yang terpuji iaitu amanah, jujur, bersih, ikhlas, berdisiplin dan beriman.

Saksama

Komitmen

Setiap warga UPE hendaklah sentiasa prihatin, bersikap penyayang, adil dan saksama terhadap sesiapa sahaja serta sentiasa memberi layanan yang ramah dan mesra.

Sentiasa mempunyai iltizam untuk melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bersungguhsungguh dan tekun.

Kekitaan

Akauntabiliti Sentiasa bertanggung jawab, bersemangat cekal, tabah dan sabar menghadapi apa jua cabaran demi kepentingan UPE dan perkhidmatan awam.

Memupuk semangat bantu membantu serta kerja sebagai satu pasukan dengan mendahulukan matlamat/kepentingan organisasi (UPE) daripada individu di samping mencapai kejayaan serta kecemerlangan bersama dalam konteks ’a win-win-situation’. 4

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Profesional membawa maksud ’mahir’ atau ’pakar’ iaitu mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan sesuai dengan bidang tugas dan fungsi UPE. Untuk mencapai tahap profesional yang tinggi, semua warga UPE perlu mempunyai nilai-nilai sekunder berikut: Berilmu Memahami dengan jelas misi, slogan, objektif, fungsi dan struktur organisasi UPE dan mahir dalam bidang tugas masing-masing di samping memiliki pengetahuan asas mengenai ekonomi dan perancangan serta aspek-aspek lain yang berkaitan dengannya. Bijaksana Berpandangan Jauh Mempunyai visi dan matlamat yang jelas di Bijak membuat keputusan dan pertimbangan khususnya samping berupaya untuk melihat, meramal yang membabitkan banyak pihak, bijak menggunakan dan merancang pembangunan ekonomi sumber-sumber yang terhad untuk menghasilkan sesuatu yang maksimum, bijak menyelesaikan sesuatu isu/masalah pada masa depan. yang timbul, dan bijak mengambil kesempatan/peluang yang ada. Namun, kebijaksanaan ini mestilah dilakukan dalam batas etika yang dibenarkan. Proaktif Mempunyai keupayaan untuk bertindak atau melakukan sesuatu tugas tanpa menunggu arahan terlebih dahulu dan mampu menghasilkan yang terbaik dengan pengawasan(daripada pihak atasan) yang minimum. Cemerlang Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan mengekalkan pencapaian secara konsisten sesuai dengan konsep ’kaizen’.

Inovatif Berupaya membuat perubahan dan pembaharuan yang boleh membantu meningkatkan kualiti, produktiviti serta kecemerlangan organisasi (UPE). Kreatif Mempunyai daya kreativiti yang tinggi serta bermutu dan berupaya mencetus ide-ide bernas di samping mencipta/menghasilkan sesuatu yang releven dengan perkembangan semasa serta akan datang.

5

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Efektif bermaksud ’cekap’ iaitu efisien, cekap menjalankan tugas, cekap (cepat) bertindak, cekap (tepat) mentafsir, cekap (bijak) menggunakan masa serta sumber-sumber yang ada (terhad), cekap (cepat dan tepat) membuat keputusan dan cekap (cepat) menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Bagi melahirkan warga UPE yang efisien dalam melaksanakan tugas masing-masing, nilai-nilai sekunder berikut perlu diamalkan.

Sistematik

Cepat

Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sistematik, teratur dan berkesan menggunakan sumber-sumber yang ada demi menjaga kualiti perkhidmatan awam.

Melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab dengan segera tanpa membuang masa dan selaras dengan sasaran (tempoh) yang ditetapkan.

Tepat Berkemampuan untuk mentafsir sesuatu dengan tepat dan jelas di samping menghasilkan sesuatu kerja (dasar serta strategi pembangunan dengan betul)

Etika kerja UPE hendaklah diamalkan oleh semua warga dengan diterajui oleh pihak pengurusan iaitu selaras dengan prinsip ’Kepimpinan Melalui Teladan’, ’Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ serta ’Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’.

Produktif Sentiasa menghasilkan sesuatu secara konsisten sekurang-kurangnya menyamai sasaran yang telah ditetapkan dan hasil yang dikeluarkan pula tetap berkualiti.

Berkualiti Menghasilkan sesuatu kerja dengan bermutu dan sentiasa ditahap yang tinggi sehingga memuaskan hati semua pihak.

6