Kompetensi Pengetua Sekolah dan Pencapaian Standar Nasional ...

18 downloads 214 Views 334KB Size Report
ini diperolehi bahawa kompetensi pengetua sekolah pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi. Sulawesi Selatan Indonesia, umumnya berada pada  ...
Kompetensi Pengetua Sekolah dan Pencapaian Standar Nasional Pendidikan di Indonesia Mustamin, M. Al-Muz-zammil bin Haji Mohd. Yasin Dr.

ABSTRAK Kecekapan dan keberkesanan sesebuah sekolah sangatlah ditentukan oleh kompetensi pengetua sekolah. Kerana semakin kompleksnya masalah pendidikan dari semasa ke semasa, maka pengetua sekolah sebagai pemimpin pendidikan perlu memiliki kompetensi untuk mengurus dan mentadbir sekolah tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kompetensi kepribadian, manajerial dan kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian Standar Nasional Pendidikan (SNP) daripada Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia. Seramai 87 orang guru yang dipilih dengan teknik pengambilan sampel secara rawak sederhana. Teknik analisis data yang digunapakai adalah deskriptif dan inferensial untuk mengenal pasti deskripsi masing-masing pembolehubah serta pengujian hipotesis kajian. Mengikut daripada hasil kajian ini diperolehi bahawa kompetensi pengetua sekolah pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia, umumnya berada pada kategori baik dengan nilai min = 4.09. Kompetensi pengetua sekolah yang terbanyak memberikan kontribusi terhadap pencapaian SNP iatu kompetensi kewirausahaan, seterusnya kompetensi manajerial dan kompetensi kepribadian. Namun, pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia, hanya 50 peratus dengan nilai min = 3.36. Kompetensi pengetua sekolah pada aspek kompetensi kewirausahaan, kompetensi manajerial dan kepribadian mempunyai pengaruh signifikan pada taraf signifikansi α=0,01 khasnya kepada pencapaian standard sarana dan prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standar penilaian. Mengikut hasil kajian ini, maka dicadangkan kepada pengetua sekolah agar sentiasa berupaya semaksimal mungkin mempertingkatkan kompetensinya khasnya kompetensi kewirausahaan dalam rangka pencapaian SNP yang cekap dan berkesan.

Pengenalan

SMA merupakan sekolah yang dirancang mempersiapkan pelajar untuk melanjutkan pendidikan ke tingkat yang lebih tinggi, namun kenyataannya hanya sebagian kecil output SMA melanjutkan pendidikannya (Departemen Pendidikan Nasional, 2001). Menurut Rahman (2005) bahawa, rendahnya kualiti pendidikan di Indonesia pada saat ini merupakan salah satu impak dari kompetensi pengetua sekolah dalam mengurus sesebuah sekolah, sehingga pengetua sekolah perlu memiliki kompetensi yang standard serta memahami pelbagai bentuk pola kepimpinan yang sesuai dengan kebutuhan yang terjadi.

Selain daripada perkara tersebut, persoalan yang dialami oleh bangsa Indonesia sekarang ini diantaranya adalah permasalahan kualiti pendidikan yang semakin menurun

(Departemen Pendidikan Nasional, 2009). Rendahnya kualiti pendidikan hampir merata pada seluruh level pendidikan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pemerintah, termasuk peningkatan kompetensi tenaga pendidik melalui program peningkatan kualifikasi akademik, serta penyempurnaan fasiliti sekolah dan penarafan SNP tetapi impak yang dihasilkan belum menunjukkan peningkatan yang bererti. Pelbagai data telah menunjukkan pencapaian SNP masih rendah antara lain prestasi pelajar mengalami penurunan sejak polisi ini digunapakai. Salah satu bukti adalah mengikut data Departemen Pendidikan Nasional (2009) menunjukkan jadual seperti di bawah; Jadual 1. Perkembangan keberjayaan dan remedi pelajar tiga tahun lepas Tahun pelajaran

Peratus (%) berjaya

Peratus (%) remedi

2005/2006

99,42

0,40

2006/2007

97,31

0,48

2007/2008

86,14

0,85

Sumber: Departemen Pendidikan Nasional, 2009.

Jadual di atas menunjukkan bahawa, selepas penarafan SNP di Provinsi Sulawesi Selatan Republik Indonesia, keberjayaan pelajar mangalami penurunan dan impaknya pelajar yang mengikuti program remedial semakin meningkat. Perkara ini pula dibuktikan bahawa peratus guru yang layak mengajar pada jenjang Sekolah Menengah Atas (SMA) di Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia seramai 84,29 peratus (Departemen Pendidikan Nasional, 2009).

Pengetua sekolah merupakan salah satu faktor dalaman pada sesebuah sekolah mempunyai pengaruh yang sangat strategis dalam mewujudkan SNP, akan tetapi menurut Rakhmat (2010) disamping daripada pencapaian SNP tersebut masih terdapat masalah lain, iatu kompetensi pengetua sekolah masih belum maksimal dalam melakukan pengurusan SNP, hal ini disebabkan oleh kompetensi dan keterampilan pengetua sekolah dalam mengelola segala sumber daya yang dimiliki masih terhad. Sehingga fakta menunjukkan bahawa tuntutan akan keberhasilan pelaksanaan SNP masih jauh dari harapan. Walaupun kita pahami bahawa terdapat banyak pembolehubah yang menyebabkan pelajar tersebut berjaya, namun beberapa penyebab lainnya adalah kemampuan guru dalam proses pembelajaran serta kompetensi pengetua sekolah dalam mengelola SNP yang belum maksimal. Berdasarkan latar belakang, maka objektif kajian ini iatu mengenal pasti pengaruh kompetensi kepribadian, kompetensi

manajerial dan kompetensi kewirausahaan pengetua sekolah terhadap pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ulasan Kepustakaan

1. Kepimpinan Pengetua Sekolah

Pelbagai teori dan hasil kajian telah membuktikan bahawa faktor kepimpinan mempunyai kesan yang besar terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah. Teori yang dedahkan oleh Hersey (1984) bahawa; "…leadership is any attempt to influence the behavior of another individual or group, leadership refers to situations in which you are working with others…". Blake and Mouton (1985), bahawa ―… leadership as follows processes of leadership are involved in achieving results with and through others…‖. Scheerens, (1992) mendefinisikan bahawa ―… school leadership as an important factor contributing to school effectiveness and school improvement…‖. Sammons, Hilman, & Motimore, (1995);. Sementara itu juga Berry (1997) bahawa ―…leadership is considered to be a concept which describes actions which yield social change and improvement, and is associated with the development of community involvement and participation on dicision making…‖. Leithwood, Louis, Anderson, and Wahlstrom; (2004) bahawa: “… the success of school reform depends on the motivation and capacities of the school leadership…”. dan Fullan (2007) berpendapat bahawa, kata pemimpin biasanya menunjukkan individu yang berlabel pemberi arahan dalam sebuah organisasi. Kerana kedudukan pemimpin dalam organisasi sangatlah penting dalam rangka memberi kesan kepada pengikut untuk melaksanakan tugasnya, maka pemimpin sering disebut sebagai ujung tombak keberkesanan suatu organisasi dan bahkan boleh dikatakan pemimpin berada diantara ketercapaian matlamat organisasi dengan pengikut. Pendapat lain Hoy dan Miskel (2008) bahawa, kepimpinan membangkitkan semangat romantis, emosional dan berani daripada stakeholder. Teori dan hasil kajian di atas menujukkan bahawa kepimpinan sekolah sebagai faktor penting yang berkontribusi kepada kecekapan dan peningkatan sekolah. Sehingga ramai hasil kajian yang mendedahkan bahawa kompetensi pengetua sekolah sangatlah penting untuk mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan. Menurut Sergiovanni (2009) bahawa kepimpinan sebagai mereka yang aktif, bukan reaktif, membentuk idea bukannya hanya respons, pemimpin mengadopsi sikap peribadi dan aktif terhadap matlamat, kesan seorang

pemimpin diberikan dalam mengubah suasana hati, membangkitkan imej dan harapan, dan menentukan keinginan dan matlamat khusus menentukan arah organisasi yang diperlukan.

Banyaknya konsep kepimpinan yang berbeda hampir seramai jumlah orang yang telah berusaha untuk mendefinisikannya. Sekalipun demikian terdapat banyak kesamaan diantara definisi tersebut yang menunjukkan adanya skim penjelasan secara mendasar. Istilah Kepimpinan paling sering muncul pada setiap membincangkan topik tentang pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan tampaknya lebih merupakan konsep daripada pengalaman, hal ini juga didedahkan oleh Menurut Kartono (2001) bahawa kepimpinan sebagai penggerak/dinamisator dan koordinator dari sumber yang ada. Hal sama oleh Wahyusumidjo (2003)

bahawa, kepimpinan merupakan salah satu fungsi daripada manajemen, sebab itu

kemampuan memimpin secara berkesan merupakan kunci kecemerlangan organisasi, dengan esensi bahawa kepengikutan orang lain untuk mengikuti keinginan pemimpin.

2. Kompetensi Pengetua Sekolah

Kompetensi umumnya diertikan sebagai kemampuan yang berupa pengetahuan, sikap dan keterampilan untuk melakukan suatu pekerjaan dengan sukses. Menurut Lum (2000) bahawa: Competence implies “capability, sufficiency, and adequacy”, dan Aponte (1995) It refers to ways of living acquired by various groups to survive in their environments and includes their abilities to function successfully. Begitupula pendapat Eraut, Alderton, Cole & Senker, 1998; Lizzio & Wilson, 2004; Messick, 1984; Miller, 1990,; Parry, 1996; Spencer, 1993; Taconis, Van der Plas, & Van der Sanden, 2004; Tillema et al, 2000

(Baartman, & Liesbeth. 2007) bahawa

―…competence is that it consists of connected pieces of knowledge, skill and attituted that can be used to adequqtely solve a problem…‖.

Spencer (1993) mendapati bahawa kompetensi yang berupa sikap optimis adalah suatu hal penting kepada pencapaian matlamat, kerana dapat menentukan tindak balas sama ada menguntungkan atau tidak berdasarkan kepada keadaan atau peristiwa-peristiwa tertentu. Mengikut pendapat Kohli, Huber, and Faul. (2010) bahawa: ―…applied to the competency of social workers, they, too, need to acquire ways to practice that honor all kinds of clients. We now define cultural competence‖. Perkara tersebut bererti bahawa kerana lingkungan sosial sesebuah sekolah terdiri daripada pelbagai budaya, maka kompetensi sosial sering juga disebut kompetensi sosial budaya yang didefinisikan sebagai ―cultural competence can be defined as

the ability of professionals to function successfully with people from different cultural backgrounds including, but not limited to, race, ethnicity, culture, class, gender, sexual orientation, religion, physical or mental ability, age, and national origin” (CSWE, 2008). Kompetensi kepribadian yang berupa kesadaran sosial termasuklah kemampuan meletakan diri dalam kedudukan orang lain atau mempunyai sifat empati, kesadaran organisasi dan orientasi perkhidmatan seperti menyelia kepuasan pelanggan, bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan pelanggan, tidak mengamalkan politik di tempat kerja dan sebagainya (Steele, 1997). Perlu ditegaskan, bahawa kompetensi kepribadian dalam manajemen adalah berasaskan kepada kelompok kompetensi emosi yang lain, terutamanya manajemen diri dan kesadaran sosial.

Lanjut daripada itu, kompetensi pengetua sekolah yang mengikut daripada Peraturan Kementerian Republik Indonesia (Peraturan Menteri Nombor 13 tahun 2007) mengandungi lima jenis kompetensi pengetua sekolah, iatu (1) kompetensi kepribadian dengan dimensi-dimensi; pengetua sekolah memiliki bakat dan minat jabatan sebagai pemimpin, menyusun dan mengurus sekolah menuju organisasi pembelajar yang berkesan, dan menciptakan budaya dan iklim yang kondusif bagi pembelajaran pelajar, (2) kompetensi manajerial dengan dimensidimensi; mengelola sarana dan prasarana, hubungan sekolah dan masyarakat, pengembangan kurikulum, keuangan, serta melakukan monitoring dan evaluasi program sekolah, (3) kompetensi

kewirausahaan

dengan

dimensi-dimensi;

bekerja

keras

untuk

mencapai

kecemerlangan sekolah, memiliki motivasi yang kuat untuk sukses dalam melaksanakan tugas, pantang menyerah dan selalu mencari solusi terbaik dalam menghadapi kendala, serta memiliki naluri kewirausahaan dalam mengelola kegiatan produksi/jasa sekolah sebagai sumber belajar pelajar, (4) kompetensi supervisi dengan dimensi-dimensi; merencanakan program supervisi akademik dalam rangka peningkatan profesionalisme guru, melaksanakan supervisi akademik terhadap guru dengan menggunakan pendekatan dan teknik supervisi yang tepat, (5) kompetensi sosial dengan dimensi-dimensi; bekerja sama dengan pihak lain untuk kepentingan sekolah/madrasah, berpartisipasi dalam kegiatan sosial kemasyarakatan dan memiliki kepekaan sosial terhadap orang lain. 3. Standard Nasional Pendidikan di Indonesia

Manusia memerlukan pendidikan dalam kehidupannya. Pendidikan merupakan usaha agar manusia dapat mengembangkan potensi dirinya melalui proses pembelajaran yang dilakukan

oleh lembaga pendidikan yang telah disiapkan oleh pemerintah dan masyarakat. UndangUndang (UU) Republik Indonesia Tahun 1945 pasal 31 ayat (1) menyebutkan bahawa setiap warga negara berhak mendapat pendidikan, dan ayat (3) mendedahkan bahawa pemerintah mengusahakan dan menyelenggarakan satu sistem pendidikan nasional yang meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta akhlak mulia dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa yang diatur dalam UU No. 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional. Sementara itu dalam

UU

tersebut

telah

memberikan

signal

matlamat

pendidikan

nasional

yakni

berkembangnya potensi pelajar agar menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sehat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warga negara yang demokratis serta bertanggung jawab.

Untuk mewujudkan matlamat ini pemerintah Republik Indonesia menetapkan Standard Nasional Pendidikan (SNP) yang tertuang dalam Peraturan Pemerintah Nombor 19 Tahun 2005 tentang SNP. Dalam peraturan pemerintah ini dijelaskan bahawa SNP meliputi lapan standard iatu: 1) standard isi, 2) standard kompetensi keberjayaan,

3) standard proses, 4) standard

pendidik dan tenaga kependidikan, 5) standard fasiliti, 6) standard pengurusan, 7) standard pembiayaan dan 8) standard penilaian pendidikan. Dalam PP Nombor 19 Tahun 2005 tentang Standard Nasional Pendidikan didedahkan bahawa paling lambat 7 Tahun selepas penetapan PP tersebut maka seluruh sekolah yang ada di Indonesia harus menerapkan Sekolah Standard Nasional (SSN), atau paling lambat pada Tahun 2013 jenjang pendidikan menengah atau SMA harus melaksanakan sistem pengurusan SSN tersebut. Standard pendidikan merupakan kriteria minimal yang ditetapkan oleh pemerintah Indonesia untuk menjamin kualiti pendidikan masing-masing sekolah. Penarafan standard pendidikan di Indonesia dimulai sejak tahun 2005, setelah terbitnya Peraturan Pemerintah Nombor 19 Tahun 2005 tentang Standard Nasional Pendidikan (SNP) yang meliputi lapan standard, iatu standard isi, standard kompetensi keberjayaan, standard proses, standard pengurusan, standard fasiliti, standard tenaga pendidik dan kependidikan, standard penilaian dan standard pembiayaan (PP No. 19 Tahun 2005).

Dalam pedoman analisis profil Sekolah Standard Nasional (Direktorat Pembinaan SMA, 2008), dihuraikan bahawa kategori pencapaian standard pendidikan di Indonesia seperti jadual di bawah.

Jadual 2. Kategori standard nasional pendidikan Kategori

% Pencapaian profil SNP

Sumber:

Sekolah Standard Nasional

>= 90 %

Departe

Standard III

60% - < 90%

men

Standard II

30% - < 60%

Pendidik

Standard I

rjadual = 0,278 untuk α = 0,01 dan nilai nilai Sig sebesar 0,000 lebih kecil dari taraf kepercayaan α = 0,01 maka terdapat hubungan yang signifikan antar pembolehubah tersebut. Berdasarkan hasil analisis varian multivariat (Manova), diperolehi hasil berikut:

Jadual 6. Hasil analisis manova dengan SPSS 16 for Windows

PFactor

Dependent Variable

F

value (Sig)

Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan

Stándar Isi

Stándar Kompetensi Lulusan

Stándar Proses

2,74 0 2,26 1 1,80 1

Kompetensi kepribadian, manajerial

Stándar Pendidik dan

dan keusahaan

Kependidikan

Kompetensi kepribadian, manajerial

Stándar Sarana dan

4,65

dan keusahaan

Prasarana (fasilities)

4

Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan Kompetensi kepribadian, manajerial dan keusahaan

Stándar Pengurusan

Stándar Pembiayaan

Stándar Penilaian

1,57 9

10,0 57 5,25 5 7,64 1

0,068

0,087

0,153

0,201

0,005

0,000

0,002

0,000

Untuk menguji hipotesis kajian sebagai jawapan rumusan masalah yang ketiga, maka perlu dilakukan uji sub hipotesis yang merupakan bahagian daripada hipotesis kajian. Hipotesis statistik yang digunakan adalah H0:  i = 0 versus Ha:  i ≠ 0. Menurut Santoso (2001:64), maka diperhatikan nilai probabilitasnya (P-value), di mana jika P-value < 0,01 dan nilai Fisher hitung > Fisher jadual maka Ha diterima dan H0 ditolak. Hipotesis kerja dalam kajian ini merupakan hipotesis alternatif (Ha). Jadual 6 di atas menunjukkan bahawa: (1) tidak terdapat kesan yang signifikan kompetensi kepribadian, kompetensi manajerial dan kompetensi kewirausahaan pengetua sekolah secara simultan kepada pencapaian Standard Isi, Standard Kompetensi Lulusan, Standard Proses, dan Standard Pendidik dan Kependidikan. Kerana markah F-hitung < F-jadual = 4,01 dan nilai P-value >0,01. Sehingga hipotesis yang diajukan di atas (Ha) di tolak. Tetapi secara parsial kompetensi pengetua sekolah memberikan kesan terhadap masingmasing pencapaian SNP ini. (2) terdapat kesan yang signifikan baik secara simultan mahupun

parsial antara kompetensi pengetua sekolah kepada pencapaian Standard Sarana dan Prasarana (Y5), Standard Pengurusan (Y6), Standard Pembiayaan (Y7), dan Standard Penilaian (Y8), Kerana markah F-hitung>F-jadual = 4,01 dan nilai P-value < 0,01. Trend persamaan regresi linear berganda yang diperoleh tiap-tiap standard iatu: Y5 = 35,224 – 0,422 X1 + 0,497 X2 + 1,731 X3; Y6 = 21,306 – 0,680 X1 + 0,393 X2 + 1,187 X3; Y7 = 3,599 – 0,123 X1 + 0,036 X2 + 0,273 X3 ; dan Y8 = 6,458 – 0,261 X1 + 0,078 X2 + 0,461 X3 Besarnya sumbangan kompetensi kepimpinan pengetua sekolah terhadap pencapaian standard sarana dan prasarana pendidikan adalah 11 peratus, standard pengurusan sebesar 24 peratus, standard pembiayaan sebesar 13 peratus dan standard penilaian sebesar 19 peratus. Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan hasil analisis kajian yang telah dihuraikan, maka kesimpulan yang dapat diambil adalah: deskripsi kompetensi kepimpinan pengetua sekolah pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia umumnya berada pada kategori baik. Kompetensi yang

memberikan

sumbangan

terbesar

kepada

pencapaian

SNP

iatu

kompetensi

Kewirusahaan seterusnya kompetensi kepribadian dan kompetensi manajerial. Deskripsi pencapaian SNP pada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia secara umum belum terpenuhi, walaupun 3 dari 8 standard yang siap untuk SSN akan tetapi peratus secara umum masih di bawah 90 peratus. Begitupun terdapat kesan kompetensi kepimpinan pengetua sekolah kepada pencapaian SNP signifikan secara simultan khasnya kepada pencapaian Standard Sarana, Standard Pengurusan, Standard Pembiayaan dan Standard Penilaian. Sesuai kesimpulan kajian ini, maka beberapa hal yang dicadangkan kepada pihak yang berkompeten dalam rangka meningkatkan kompetensi pengetua sekolah untuk menunjang pencapaian SNP khasnya kepada SMA Negeri di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi, Indonesia iatu: Kepada pengetua SMA Negeri rintisan SSN di Kabupaten Maros Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia hendaknya menjadikan hasil kajian ini sebagai bahan perbaikan kompetensi, khasnya kompetensi kewirausahaan dan manajerial. Kepada komite sekolah hendaknya membantu sekolah dalam memenuhi standard pembiayaan dan standard sarana dan prasarana, melalui kolaborasi dengan masyarakat dan pemerintah, dan kepada pemerintah daerah hendaknya memberikan perhatian kepada sekolah dalam upaya pencapaian SNP, khasnya pencapaian standard pembiayaan dan standard sarana prasarana.

Rujukan

Alland D. (1996). Packet Guide to School Based Management. Virgina: Association for supervision and curriculum development

Andersen, Joon Aarum. (2005). Leadership, Personality and Effectiveness. The journal of Socio-Economics 35. p. 1078 – 1091

Aponte, C. L. (1995). Cultural diversity course model: Cultural competence for content and process. Arete, 20(1), 46–55.

Baartman, Liesbeth KJ; Bastiaens, Theo J; Kirschner, Paul A; and Van Der Vleuten, Cess PM. (2007). Evaluating assestment quality in competence-based education: A qualitative comparison of two frameworks. Educational Research Review 2 (2007) 114-129

Berry, Geoff. (1997). Leadership and the Development of Quality Culture in Schools; International Journal of Educational Management 11/2 p. 52 – 64

Blake, R.R., Mouton, J.S., 1985. The Managerial Grid, vol III. Gulf Publishing Co., Houston

Council on Social Work Education. (2008). Educational policy and accreditation standards. Retrieved from http://www.cswe.org/File.aspx?id=13780

Departemen Pendikan Nasional. (2001). Rerata Hasil Ujian Nasional. Jakarta: Balitbang

Departemen Pendidikan Nasional. (2002). Penyelenggaraan School Reformasi dalam Konteks MPMBS di SMP. Jakarta: Dirjen Dikdasmen.

Departemen Pendidikan Nasional. (2008). Modul Petunjuk Pelaksanaan Sekolah Kategori Mandiri/Sekolah Standard Nasional. Jakarta: Dirjen Pembinaan SMA.

Departemen Pendidikan Nasional. (2009). Petunjuk Pelaksanaan Sekolah Standard Nasional. Jakarta: Direktorat Pembinaan SMA

Duhou, Ibtisam Abu. 2003. School Based Management. Jakarta: Proyek Perluasan dan Peningkatan Mutu SMU Jakarta Fullan, Michael et.al. (2007). Leadership in Education (2nd ed). San Fransisco: Jossey-Bass

Hersey, Paul. (1984). The Situational Leader. San Fransisco, California: The Center for Leadership Studies

Hoy,Wayne J and Miskel, Cecil G. (2008). Educational Administration; theory, research and practice. (8th edition). New York: McGraw-Hill

Indriyanto, Bambang. (1992).

School Based Management: issue and hope toward

decentralization in Indonesia. Journal pendidikan.

Kartono. (2001). Pemimpin dan Kepimpinan (apakah pemimpin abnormal itu?). Jakarta: PT Raja Grafindo Persada

Kohli, Hermeet K., Huber, Ruth and Faul, Anna C. (2010). Historical and Theoretical Development of Culturally Competent Social Work Practice. Journal of Teaching in Social Work, 30: 3, 252 — 271

Leithwood, K., Louis, K.S., Anderson, S., & Wahlstrom, K. (2004). How leadership influences student learning (Executive Summary). New York: The Wallace Foundation; University of Toronto, Ontario Institute for Studies in Education; and University of Minnesota, center for applied Research and Educational Improvement.

Lum, D. (2000). Social work practice and people of color: A process stage approach. Belmont, CA: Wadsworth.

Malen, BRT. Et all. (1990). Choice and control in American Education. London: The Palmer Press

Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 19 Tahun 2005 tentang Standard Nasional Pendidikan. Jakarta: Depdiknas

Peraturan Menteri Nombor 13 Tahun 2007 tentang Standard Kompetensi Pengetua Sekolah. Jakarta: Kementerian Pendidikan Indonesia

Rahman. (2005). Kepemimpinan Transformasional Berbasis Mutu Pendidikan. Artikel pendidikan Rakhmat. (2019). Makalah ini sebagai bahan kajian pada workshop tentang standard penilaian sebagai bagian dari penerapan standard nasional pendidikan pada Region Education Development Tim Pengembang Kecamatan Kota Bogor Utara pada tanggal 19 Desember 2009 di Kota Bogor.

Rakhmat. (2010). Konsep Dasar Standard Nasional Pendidikan. Makalah kajian workshop Dirjen Mandikdasmen Kementrian Pendidikan Nasional RI.

Sammons, P. Hillman, J., & Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school effectiveness research. London: Institute of Education/OFSTED

Santoso, Singgih. (2001). Aplikasi Excel dalam statistika Bisnis. Jakarta: PT. Elex Media Komputindo Sergiovanni, Thomas J etal. 2009. Educational Governance and Administration (6th ed.). Boston: Pearson education

Undang-Undang Republik Indonesia No. 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional. Bandung: Citra Umbara.

Wahyusumidjo, (2003). Kepimpinan Pengetua sekolah; tinjauan teoritik dan permasalahannya. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada

Wirawan. (2002). Kapita Selekta Teori Kepimpinan. Jakarta: Yayasan Bangun Indonesia.