KONSEP PENDIDIKAN ISLAM MASA HADAPAN ... - Smashwords

35 downloads 2831 Views 96KB Size Report
Subjek Pendidikan Islam masa hadapan adalah satu mata pelajaran yang ... Qur' an dan diterjemahkan oleh al-Sunnah telah dikembangkan lagi dengan ...
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM MASA HADAPAN: SATU CADANGAN 1.0

Muqaddimah

Subjek Pendidikan Islam masa hadapan adalah satu mata pelajaran yang merangkumi keseluruhan bidang pengajian dalam pembelajaran tradisi pendidikan Islam. Keunikan subjek ini memberi penjelasan tentang pandangan alam Islam yang berkisar di sekitar prinsip dan konsep asas dalam Islam. Ini bertujuan untuk membentuk pemikiran dan kefahaman syumul tentang Islam yang menjangkau aspek agama, budaya atau cara hidup. Untuk kemashalatan hari ini, Islam perlu diterjemahkan sebagai satu peradaban yang merangkumi aspek agama dan kerohanian, ibadah dan muamalah, perundangan dan keadilan, politik dan pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan keilmuan, seni dan kesusasteraan, kebudayaan, pemakanan dan kesihatan, sains dan teknologi serta alam sekitar. Cabaran dan permasalahan kontemporari hari ini memerlukan satu model penyelesaian dalam kerangka pemikiran Islam yang berlandaskan satu pandangan alam yang sahih. Pandangan alam Islam yang berkisar di sekitar ketauhidan, kerasulan, tujuan dan kejadian insan, akhlaq, nilai, ilmu, kejadian dan kesudahan alam akan menjadi benteng yang kukuh untuk menepis segala macam kecelaruan serta kekeliruan yang terhasil dari pandangan alam Barat. Pandangan yang salah ini telah berjaya membentuk pemahaman dan pemikiran sebilangan besar Ummah berhubung dengan aspek-aspek agama, ilmu, adab dan pendidikan, sains dan teknologi, tradisi, kemodenan serta pembangunan. Satu penjajahan pemikiran secara senyap ini telah menghasilkan satu nilai, budaya, pemikiran malah pegangan yang asing di kalangan generasi Muslim hari ini. Oleh kerana itu, tindakbalas yang terhasil atau penyelesaian yang ditawarkan kepada permasalahan hari ini bukanlah penyelesaian sebenar malah menghasilkan masalah baru atau membawa kepada lebih banyak kemusnahan.

Untuk menterjemahkan Islam sebagai

peradaban, pembelajaran kurikulum tradisi pendidikan Islam akan disampaikan dalam bentuk pandangan alam. Dua pra-syarat untuk melaksanakannya ialah: i)

Kurikulum tidak harus dipisah-pisahkan kepada bidang-bidang yang tradisi tetapi menyepadukan aspek-aspek aqidah, ibadah, akhlaq, sirah serta al-Qur’an dan al-Hadith.

ii)

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran harus berbentuk multi-disiplin dan interdisiplin, hikmah diserlahkan, ‘izzah dipupuk dan pengumpulan maklumat yang terlampau dielakkan.

Untuk memenuhi keperluan di atas, subjek Pendidikan Islam masa hadapan diolah berasaskan bidang-bidang utama berikut iaitu Sumber Pemikiran Islam, Pandangan Alam Islam, Asas-Asas Peradaban Islam, Fiqh al-Waqi’ serta Program Khalifah. Dengan pendedahan yang sebegini, pelajar-pelajar dapat membentuk jatidiri Islam dari aspek pemikiran, penghayatan, kejiwaan dan kemasyarakatan. Pelajar juga berupaya melihat kepada cabaran dan permasalahan kontemporari selari dengan kepesatan kemodenan, sains dan teknologi, dan pembangunan menurut pandangan alam Islam serta berupaya menawarkan penyelesaian berpandukan contoh-contoh dari peradaban Islam terdahulu. 2.0

Organisasi Subjek

Ilmu-ilmu Islam perlu diolah supaya berasaskan bidang-bidang utama berikut: i)

Sumber Pemikiran Islam

ii)

Pandangan Alam Islam

iii)

Asas-Asas Peradaban Islam

iv)

Kefahaman Kontemporari (Fiqh al-Mu’asirah atau Fiqh al-Waqi’)

v)

Program Khalifah

Pemikiran Islam adalah bersumberkan wahyu dan akal. Wahyu yang terkandung di dalam alQur’an dan diterjemahkan oleh al-Sunnah telah dikembangkan lagi dengan penggunaan akal fikiran yang terpimpin. Persekitaran intelektual pada awal peradaban Islam telah merancakkan pertukaran ilmu berhubung dengan agama, falsafah, teologi, metafizik dan logik. Aktiviti yang disertai oleh bukan sahaja Muslim tetapi juga pelbagai agama, budaya, dan bangsa telah memberi sumbangan kepada pengkayaan khazanah ilmu Islam. Warisan ilmu yang terhasil menyentuh pelbagai aspek dengan luas dan terperinci serta merangkumi ulum al-qur’an, ulum al-hadith, usul al-fiqh, ilmu kalam, taSAWwuf, falsafah, logik dan sains. Bahagian ini akan mengenalpasti skop dan bidang dalam pemikiran Islam yang bersesuaian.

Pandangan alam Islam berkisar di sekitar prinsip dan konsep asas dalam Islam yang terdiri daripada ketuhanan, kerasulan, kejadian manusia dan alam, ilmu serta nilai. Alam yang dijadikan indah dan terbentang luas mesti mendorong manusia untuk dapat merasakan kewujudan Penciptanya. Seterusnya manusia memanafaatkannya dengan mentadbir alam ini dengan penuh rahmah. Kehidupan sementara dan akhirat yang kekal abadi mesti menjadikan manusia berwaspada ke atas segala tindak tanduknya, asal kejadian manusia yang hina dan kerdil mesti menyedarkan mereka akan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi agar keadilan Allah SWT dapat dijelmakan. Ilmu dan nilai mesti merujuk kepada sumber yang sahih, mendorong untuk mendapat keyakinan serta selanjutnya mengenal kebenaran. Kesimpulannya bahagian ini akan tertumpu kepada iman Islam dan ihsan serta perkara-perkara yang berkaitan untuk menjelaskan lagi prinsip dan konsep yang dibincangkan. Sirah al-Rasul SAW menjadi asas rujukan kepada peradaban Islam kontemporari. Usaha dan sumbangan awal oleh Khulafa’ al-Rashidin diikuti dengan pemerintahan Islam sebelum dan selepas serangan tentera Mongol memberi kefahaman mengenai bentuk peradaban terdahulu yang mempunyai sistem dan institusi yang mendokongnya. Berpandukan prinsip asas dari alQur’an dan al-Sunnah serta model-model ini, satu bentuk peradaban kontemporari dapat direalisasikan. Sirah, sejarah, konsep dan prinsip serta beberapa sistem dan institusi pilihan akan dikenal pasti sebagai sebahagian daripada bidang ini. Kehidupan hari ini memerlukan kefahaman yang sebenar tentang realiti dan perubahan. Keadaan masyarakat dan Ummah hari ini terbentuk atas sebab pelbagai faktor. Usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor ini penting supaya satu penyelesaian yang sahih dapat diutarakan. Cabaran pemikiran moden dan barat, globalisasi, sains dan teknologi serta perubahan dan pembangunan perlu dinilai mengikut kerangka pemikiran Islam. Selanjutnya, menawarkan usaha-usaha pembaikan serta fiqh yang bersesuaian. Program Khalifah memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan teori dalam situasi yang sebenar. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat, ummah dan alam. Program ini juga perlu membentuk pelajar secara keseluruhan termasuk memperkenalkan Islam

kepada Ummah. Aktiviti berbentuk kajian secara objektif serta penglibatan mendalam dicadangkan sebagai sebahagian daripada program ini. Dengan pendedahan kurikulum yang sebegini, pelajar-pelajar akan dapat membentuk jatidiri Islam dari aspek pemikiran, penghayatan, kejiwaan dan kemasyarakatan. Pelajar juga berupaya melihat kepada cabaran dan permasalahan kontemporari selari dengan kepesatan kemodenan, sains dan teknologi, dan pembangunan menurut pandangan alam Islam serta berupaya menawarkan penyelesaian berpandukan contoh-contoh dari peradaban Islam terdahulu. Dengan itu pelajar dapat menghayati peranannya sebagai ‘abid dan khalifah yang akan menjurus kepada membawa rahmatan li‘l ‘alamin bersandarkan keupayaannya atau kepakaran masing-masing. Pelajar yang mengikuti sukatan subjek Pendidikan Islam masa hadapan yang dicadangkan ini akan dapat: i)

Memahami dan menghayati kesyumulan Islam.

ii)

Memahami dan menghayati pandangan alam Islam.

iii)

Memahami dan menghayati peranan sebagai ‘abid dan khalifah ke arah

pembaikan

diri, Ummah dan alam. iv)

Menilai dan meanalisa permasalahan semasa.

v)

Menyelesai permasalahan semasa menurut kerangka pandangan alam Islam.

3.0

Harapan

Menyedari bahawa pakar dalam agama perlu dipersiapkan untuk mendepani cabaran di luar bidangnya, Imam al-Ghazali telah merangka satu kurikulum institusi pendidikan, Madrasah Nizamiyyah yang membolehkan mereka menangani isu-isu semasa khususnya serangan falsafah Yunani. Kajian, perincian dan pemurnian mengenai cadangan ini diharapkan akan dapat merealisasikan kurikulum Pendidikan Islam masa hadapan yang bersesuaian untuk abad ini supaya produk sistem pendidikan Islam mempunyai kepakaran untuk berdepan dengan cabaran budaya dan pemikiran kontemporari.

Dr Nor Zalmiah Jahidin adalah ahli lembaga pengarah PPAAB dan Pengerusi JK Kurikulum Lembaga Pengelola PPAA

FUTURE CONCEPT OF ISLAMIC EDUCATION: A PROPOSAL by Nor Zalmiah bt. Jahidin 1.0 Muqaddimah The subject of the future Education is a subject that encompasses the entire field of study in learning the traditional Islamic education. The uniqueness of this subject to explain its view of the Islamic world that revolves around the principles and basic concepts of Islam. And to develop thinking and holistic understanding of the religious aspects of Islam stretching, culture or way of life. To kemashalatan today, Islam should be translated as a civilization that includes aspects of religion and spirituality, worship and transactions, law and justice, politics and government, economics, education and knowledge, art and literature, culture, nutrition and health, science and technology and the environment. Contemporary challenges and issues today require a model solution in the framework of Islamic thought based on an authentic view of nature. Islamic world view revolves around unity, apostolic, objects and human events, akhlaq, values, knowledge, natural occurrence and the outcome will be a strong fortress to ward all kinds of disorder and confusion resulting from the Western world view. The view that one has succeeded in forming an understanding and thinking the majority of the Ummah in relation to the religious aspects, knowledge, manners and education, science and technology, tradition, modernity and development. A silent invasion of this thinking has resulted in a value, culture, thought, and even foreign holdings among generations of Muslims today. Therefore, the reaction produced or offered solutions to the problems today is not the real solution even produce new problems or lead to more destruction. To interpret Islam as a civilization, learning traditional Islamic education curriculum will be presented in the form of natural views. Two pre-conditions for implementation are: i) The curriculum should not be separated is separated into the traditional areas but integrates aspects of faith, worship, akhlaq, seerah and the Qur'an and al-Hadith. ii) The teaching and learning should form a multi-disciplinary and inter-discipline, wisdom is highlighted, 'izzah nurtured and avoid excessive accumulation of information. To meet the above requirements, the subject of the future Education is processed based on the following key areas of the sources of Islamic Thought, Islamic World View, Fundamentals of Islamic Civilization, Fiqh al-Waqi 'and Khalifah Program. With such exposure, students can develop the Islamic identity of thinking, appreciation, spiritual and social. Students are also able to look at the challenges and contemporary issues in line with the rapid modernization, science and technology, and development in accordance with the Islamic world view and be able to offer solutions based on examples from the previous Islamic civilization. 2.0 Organization Subject Islamic knowledge should be processed so that based on the following key areas: i) Sources of Islamic Thought ii) The views of the Islamic World

iii) Foundations of Islamic Civilization iv) Understanding Contemporary (Fiqh al-Fiqh al-Mu'asirah or Waqi ') v) Khalifah Program Islamic Thought is sourced revelation and reason. Revelation contained in the Qur'an and translated by al-Sunnah has been extended with the use of guided mind. Intellectual environment in the early Islamic civilization has led to a change in knowledge in relation to religion, philosophy, theology, metaphysics and logic. Activities participated by not only Muslims but also the various religions, cultures, and nations have contributed to the enrichment treasures of Islamic knowledge. The resulting heritage on various aspects of the broad and detailed, and includes ulum al-qur'an, ulum al-hadith, usul al-fiqh, theology, tasawwuf, philosophy, logic and science. This section will identify the scope and areas of Islamic thought appropriate. Islamic world view revolves around the principles and basic concepts of Islam, the divine, apostolic, the creation of man and nature, knowledge and values. Nature that makes it beautiful and vast, must motivate people to be able to feel the existence of the Creator. Next man memanafaatkannya to govern this universe full of mercy. Temporary life and the hereafter is immortal must make people aware of all the follow-horns, the original creation of man, despised and dwarf must realize they will be responsible for the prosperity of the earth so that justice may be made manifest God. Knowledge and values must refer to authentic sources, pushing to get more confidence and know the truth. The conclusion of this section will focus on Islamic faith and grace as well as matters pertaining to clarify the principles and concepts discussed. Sirah al-Rasul SAW forms the basis of reference to contemporary Islamic civilization. Efforts and contributions of the early Caliphs al-Rashidin followed by Muslim rule before and after the Mongol army attacks provide an understanding of the nature of previous civilizations that have the systems and institutions supporting her. Based on the basic principles of the Qur'an and Sunnah, and these models, a form of contemporary civilization can be realized. Biography of the history, concepts and principles as well as several system and institutional options will be identified as part of this area. Life today requires a real understanding of reality and change. The Ummah today's society and is formed due to various factors. Efforts to identify important factors that one could put forward real solutions. The challenge of modern thinking and west, globalization, science and technology and change and development should be evaluated according to the framework of Islamic thought. Furthermore, offering repair efforts and appropriate jurisprudence. Khalifah Program provides opportunities for students to practice the theory in real situations. It also provides an opportunity to serve society, community and nature. The program also need to develop students as a whole, including the introduction of Islam to the Muslim Ummah. Activity in the form of an objective review and proposed deep involvement as part of this program. With the exposure of this kind of curriculum, students will be able to form the Islamic identity of thinking, appreciation, spiritual and social. Students are also able to look at the challenges and contemporary issues in line with the rapid modernization, science and technology, and development in accordance with the Islamic world view and be able to offer solutions based on examples from the previous Islamic civilization. Thus students will be able to appreciate its role

as a 'pious and inheritance can lead to bringing rahmatan li'l' ability or expertise backed alamin respectively. Students pursuing the subject of Islamic Studies syllabus of the proposed future will be able to: i) Understand and appreciate the Islamic kesyumulan. ii) To understand and appreciate the world view of Islam. iii) To understand and appreciate the role of a 'pious and the caliph to the betterment, the Ummah and the world. iv) Evaluate and meanalisa current problems. v) solving current problems of Islam according to environmental framework. 3.0 Expectations Realizing that specializes in religion should be prepared to face challenges beyond the scope, Imam al-Ghazali has developed an educational curriculum, Madrasah Nizamiyyah that allows them to deal with current issues, especially the attack of Greek philosophy. The study, details and refinement of the proposal is expected to be able to realize the future of Islamic education curriculum that is appropriate for this century that the Islamic educational system products have the expertise to cope with the challenges of contemporary culture and thought. Dr Nor Zalmiah Jahidin PPAAB the board and Chairman of the Board of Governors Curriculum JK PPAA