Kuantitatif

129 downloads 3893 Views 689KB Size Report
Kuantitatif. Objektif Kajian. Persoalan Kajian. 2. Kualitatif. • Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian. • Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran.
METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS

Metodologi Kajian Tindakan  Pendekatan kajian (Definisi)  Instrumen  Kaedah mengumpul data

 Analisis data  Persampelan

Pendekatan Kajian 1. Kuantitatif Objektif Kajian Persoalan Kajian

2. Kualitatif • Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian • Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran penyelidikan untuk membuat kajian • Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu teknik pengumpulan data dari kedua-dua pendekatan

Pendekatan Kuantitatif

Penyelidikan yang memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Instrumen Kajian

Alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.

Contoh alat kajian kuantitatif

Soal selidik

Soal Selidik  Mengumpul data secara formal dan sistematik  Pastikan setiap soal selidik yang dijalankan  memenuhi objektif dan persoalan kajian  mempunyai kesahan alat ukur  mempunyai kebolehpercayaan  Praktikal  Bentuk soalan mestilah jelas, mudah dijawab  Terdiri daripada dua (2) bentuk :  Terbuka  Tertutup

Bentuk soalan terbuka  Memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan pandangan mengenai sesuatu isu Analisis  Mengenalpasti maklumat yang penting  Mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis  Membuat interpretasi dan kesimpulan

Bentuk Soalan Tertutup  Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan sendiri  Jenis – jenis soalan tertutup  Dichotomous  Skala Likert  Susunan Keutamaan  Demografik

Soalan Tertutup Soalan tertutup mempunyai jawapanjawapan tertentu yang disediakan. Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti:

1. Soal Tertutup Dichotomous Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju / Tidak Setuju. Contoh : Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah? Ya

Tidak

Telefon projek ring-ring sentiasa dalam keadaan baik? Setuju

Tidak setuju

2. Skala Likert Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu : 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju

Walau bagaimanapun skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya. Selain daripada itu, diskriptor bagi skala pun boleh diubah. Contoh :

Saya mempunyai seorang guru matematik yang baik 1 Sangat Tidak Setuju

2

3

4

5

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

4. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order) Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya. Susunan aspek ini adalah mutually exclusive mengikut keutamaan iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 kedua dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat

Contoh : Sila beri ranking mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda sukai bermukla dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2 bagi teknik pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5. Sila tulis pemeringkatan (ranking) anda pada kotak yang diberi. Teknik Pengajaran Guru Kuliah Latih tubi Syarahan

Lakonan Simulasi

Pemeringkatan (Rangking)

6. Maklumat Demografi Sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang mengandungi maklumat demografi responden. Adanya bahagian demografi membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-ekonomi murid dan sebagainya. Contoh : 1. Nama Sekolah 2. Lokasi sekolah

Bandar Luar Bandar

3. Umur

12 – 15 tahun 16 - 18 tahun

Soal Selidik Terbuka Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan soalan yang dikemukakan. Contoh : 1.Apakah yang menyebabkan anda datang lewat ke sekolah? 2. Pukul berapakah anda bertolak dari rumah ke sekolah?

Analisis Data

Analisis Soal Selidik  Mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi setiap item  Boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf palang, graf garis  Membuat intepretasi dan kesimpulan

POPULASI DAN SAMPEL Populasi  Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda

yang dikaji

 Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.  Populasi hendaklah relevan dengan kajian

Sampel dan Pensampelan

 Sampel sebahagian daripada populasi  Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif

 Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih

 Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut  Sampel hendaklah terdiri daripada populasi

JENIS-JENIS PENSAMPELAN  Pensampelan Rawak Mudah (SimpleRandom Sampling)  Pensampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)  Pensampelan Bersistematik (Sistematic Sampling)  Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

JENIS-JENIS PENSAMPELAN  Pensampelan Rawak Mudah (SimpleRandom Sampling) 1. Pensampelan yang paling asas 2. Menjadi dasar kepada reka bentuk pensampelan yang lain 3. Memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil bagi mewakili populasi

Pensampelan rawak mudah  Lima tahap permilihan sampel rawak mudah  1. Dapatkan satu rangka persampelan yang lengkap  2. Berikan tiap-tiap ahli satu nombor khas  3. Tentukan saiz persampelan  4. Pilih ikut saiz yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak (atau cabutan loteri)  5. Pilih ahli daripada angka rawak tersebut (Pilih rawak dengan ganti dan pilih rawak tanpa ganti)

CONTOH SAMPEL RAWAK MUDAH KATAKAN AHLI POPULASI IALAH 500 ORANG DALAM SEBUAH INSTITUSI. Setiap ahli diberi nombor 1 hingga 500. NOMBOR DILETAKKAN DALAM SATU KOTAK DAN DICAMPUR, CABUTAN DIBUAT SEPERTI LOTERI. Setiap ahli mempunyai peluang dipilih 1/500 (berganti jika nombor dikembalikan dalam kotak). JIKA NOMBOR DIPILIH DIKELUARKAN DARI KOTAK, PELUANG DIPILIH 1/499, 1/498, 1/497 DAN SETERUSNYA (TIDAK BERGANTI)

JENIS-JENIS PENSAMPELAN  Pensampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling) 1. Sesuai digunakan bagi populasi yang tidak seragam (heterogenous) 2. Sesuai digunakan untuk membuat perbandingan di antara beberapa populasi

Pensampelan berlapis  Dipilih secara berkadar ATAU tidak berkadar asingkan unsur asas dalam populasi kepada kumpulan berasingan

pilih sampel daripada setiap lapisan (seperti rawak mudah)

CONTOH SAMPEL RAWAK BERLAPIS Pensampelan rawak berlapis Berkadar (contoh: 30 :70 – YANG MANA 30% lelaki; 70% perempuan - dipilih mengikut kadar saiz populasi Jadi, jika perlukan 500 sampel (perlu 150 lelaki dan 350 perempuan) Pensampelan Rawak Berlapis Tidak berkadar: Pensampelan yang sama (Contoh: walaupun populasi mengandungi 30% lelaki dan 70% perempuan; pengkaji menetapkan 50:50. Jadi, jika perlukan 500 sampel, pengkaji perlu 250 lelaki dan 250 perempuan)

JENIS-JENIS PENSAMPELAN

 Pensampelan Bersistematik(Sistematic Sampling) 1. Satu teknik yang mudah dan ringkas 2. Memerlukan rangka pensampelan yang lengkap

Pensampelan sistematik 1. Tentukan jarak langkau apabila memilih responden, mulai dengan sampel pertama. 2. Permulaan (angka pertama) dibuat secara rawak. Contoh, jika perlukan 100 orang daripada 1000 orang. Tentukan jarak: 1000 bahagi 100 = 10. Jika nombor pertama ialah 5 (dipilih secara rawak) maka responden kedua ialah 15, ketiga, 25, keempat 35…..

JENIS-JENIS PENSAMPELAN

 Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling) 1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian (Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya; pengikut parti) 2. Sesuai untuk kajian awal. 3. Sesuai untuk penerokaan 4. Uji soal selidik 5. Untuk dapatkan maklum balas segera

Sekian, terima kasih