LAPORAN TAHUNAN 2002

96 downloads 6641 Views 1MB Size Report
Unit Server Dan Rangkaian Komputer ... Laporan Masalah Projek Perpustakaan Digital .... Pada bulan Julai 2002 PSZ telah menerima rekod pelajar yang .... Perolehan Buku dan Penyelaras Unit Pengurusan Koleksi sepertimana yang ... Sebahagian besar penyenggaraan peralatan komputer terutama kerja baikpulih.
LAPORAN TAHUNAN 2002

Jabatan Pembangunan Automasi Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2003 Skudai, Johor Baru

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN OBJEKTIF STAF PROFESIONAL & SOKONGAN STRUKTUR ORGANISASI LAPORAN AKTIVITI UNIT

Mukasurat

i - ii 1 2 3

Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan Pendahuluan Aktiviti Unit Penambahbaikan Sistem Pengurusan Perpustakaan Mengurus, Menyenggara dan Naiktaraf Sistem Aplikasi Menerima, Menyemak, Menganalisis Dan Mengatasi Masalah Sistem Pengurusan Perpustakaan Analisis Laporan Masalah Yang Di Terima Oleh Unit Aplikasi dan Subsistem Pengurusan Perpustakaan Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA) Antaramuka ORBIt berasaskan Web

4 - 10

Unit Perolehan Dan Penyenggaraan Komputer Pendahuluan Aktiviti Unit Penyenggaraan Komputer dan Perkakasan Komputer Mengurus, Menyenggara dan Naiktaraf Sistem Aplikasi Pelupusan Komputer dan Perkakasan Komputer Analisis Laporan Masalah Yang Di Terima Oleh Unit

10 - 14

Unit Server Dan Rangkaian Komputer Pendahuluan Aktiviti Unit Instalasi baru (New Installation) Masalah Sistem Pengoperasian Rangkaian Masalah Perkakasan Masalah Server OPAC, Sistem dan Aplikasi Instalasi Semula Sistem Pengoperasian LINUX dan Aplikasi Masalah Rangkaian Senggaraan Perkakasan/Perisian

14 - 19

i

ISI KANDUNGAN

Unit Aplikasi dan Multimedia Pendahuluan Aktiviti Unit Sistem Pengurusan Dokumentasi PenambahBaikan Sistem Aplikasi Perpustakaan Laporan Masalah Projek Perpustakaan Digital (Aplikasi Perpustakaan) Change Request

Mukasurat

20 - 22

LATIHAN DAN KERJAYA Latihan, Seminar, Bengkel dan Sebagainya Staf Profesional Staf Sokongan Ulasan Latihan Staf Profesional

23 - 24

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer Menaiktaraf Kaunter Sirkulasi PSZ dan Unit di PSZ Pembelian Mesin Pemulangan Layandiri Proxy Server Data Bridges Conversion Mempertingkatkan Prestasi Server adlis.psz.utm.my Mempertingkatkan Perkhidmatan INFOLAN2

25 - 27

PENUTUP

28

ii

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan teknologi maklumat perpustakaan Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat kepada semua aktiviti perpustakaan Menyediakan perkhidmatan teknologi kepada jabatan lain di perpustakaan

maklumat

Menyokong PSZ dalam memupuk budaya ilmu di kalangan komuniti UTM

1

Ketua Jabatan Anuar Bin Talib

Pustakawan Haslina Binti Nasir Sistem Pengurusan Perpustakaan Nor Asikin Binti Mohamad Perolehan dan Penyenggaraan

Pegawai Sistem Maklumat Aslinda Binti Mohamed Aris Server dan Rangkaian

Pembantu Perpustakaan Nur Farahin Jasmine See Abdullah

Juruteknik Azrina Binti Benan Harun Bin Lop Jamaluddin Bin Abd Malek

Pembantu Am Rendah Fahrurrozi Bin Mohamad Sa'ban

2

Menyedia kemudahan Sistem Pengurusan Perpustakaan yang terbaik dalam membantu perkhidmatan perpustakaan berfungsi ketahap yang optima Menyenggara dan menaiktaraf Sistem Pengurusan Perpustakaan supaya dapat beroperasi dengan lebih cekap dan efisyen

Menyedia kelengkapan teknologi maklumat ketahap optima bagi memenuhi keperluan pelanggan Menyenggara kelengkapan teknologi maklumat dengan cekap dan cepat

Menyedia Infrastruktur ICT server komputer dan komponen penting IT ke tahap optima Merealisasi keperluan IT melalui fungsi unit yang telah dikenal pasti dan dipraktiskan Mengemaskini teknologi maklumat PSZ seiring dengan perkembangan IT universiti

Menyedia kemudahan aplikasi dan multimedia terbaik dalam membantu perkhidmatan perpustakaan berfungsi ketahap paling optima Menyedia kemudahan perkhidmatan penyebaran maklumat yang cekap dan efisyen Membangun Laman Web PSZ dan lain aplikasi multimedia

3

4

Pendahuluan Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan adalah nama baru yang digunakan bagi menggantikan Unit Sistem di mana ia lebih menunjukkan fungsi sebenar unit ini. Unit ini merupakan unit perintis di dalam era Teknologi Maklumat perpustakaan. Ia bertanggung jawab merancang, melaksana dan menguruskan projek pembangunan dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Perpustakaan. Ia juga mengurus, menyenggara dan menaiktaraf sistem aplikasi bagi setiap modul INFOLAN2, ADVANCE Clients, Sistem Pinjaman Layan Diri, ORBIt, Sistem Pengurusan Pangkalan Data UniVerse (Informix) dan lain-lain subsistem yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Perpustakaan. Selain dari itu unit ini menerima, menyemak, menganalisis dan mengatasi masalah-masalah Sistem Pengurusan Perpustakaan yang dilaporkan oleh penyelaras modul dan bertanggungjawab melaporkan masalah yang tidak dapat diatasi kepada vendor sokongan untuk tindakan selanjutnya.

Aktiviti Unit Penambahbaikan Sistem Pengurusan Perpustakaan 1)

Penambahbaikan modul-modul yang terdapat di dalam Sistem ADVANCE. Sepanjang tahun 2002, sebanyak tujuh perkara telah dimajukan kepada vendor untuk penambahbaikan sistem ADVANCE di antaranya ialah;

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Senarai Penambahbaikan Maklumat di medan Cataloging Notes di Adv ACQ, dipaparkan di medan Staff Notes di Adv Holdings To have waive security settings applicable in the Circulation client Memaklumkan kepada pencadang bagi setiap judul cadangan yang telah diproses melalui emel secara terus dari sistem Menghadkan pengguna lain yang tiada akses kepada modul Serials daripada mengedit serials copy set koleksi Jurnal Tempahan secara spesifik melalui INFOLAN2. Pencarian judul yang mengandungi simbol seperti ‘/’, ‘+’, ‘#’’ boleh dilakukan melalui INFOLAN2. Setkan di parameter setup untuk proses voucher dapat dikawal melalui penggunaan Library code PSZACQ atau PSZSER.

Jadual 1:

Senarai Penambahbaikan Sistem ADVANCE

5

2)

Muaturun/Muatnaik Rekod Pelajar dan Staf Antaramuka ini telah dibangunkan bagi memastikan rekod pelajar dan staf terkini (dari pusat rekod UTM) sentiasa dikemaskini di pangkalan data patron PSZ. Sehubungan dengan itu, ia akan menghasilkan keseragaman rekod di antara PSZ dengan rekod universiti. Pembangunan antaramuka ini telah mendapat kerjasama baik di antara PSZ dan Pusat Komputer UTM (PKUTM) khususnya di dalam menyediakan fail antaramuka yang terdiri daripada beberapa medan yang telah dikenalpasti dan diperlukan untuk aktiviti ini. Antaramuka ini telah mula digunakan sepenuhnya pada 28 Mei 2002 dengan sebanyak 3,762 bagi pelajar baru pengambilan pertama dan sebanyak 672 rekod bagi pelajar baru pengambilan kedua telah berjaya dimuatnaik ke pangkalan data patron PSZ. Pada bulan Julai 2002 PSZ telah menerima rekod pelajar yang telah menamatkan pengajian di UTM dari dua sumber rekod yang berbeza. Sumber pertama, PSZ menerima sebanyak 5,435 rekod pelajar dari Unit Akademik (termasuk pelajar SPACE) dan sumber kedua, sebanyak 2,912 rekod pelajar diterima dari Pusat Komputer. JBA telah membuat perbandingan di antara rekod tersebut di mana perbezaan antara jumlah yang terdapat dari Unit Akademik telah dikeluarkan dalam bentuk senarai dan diserahkan kepada Unit Pengurusan Koleksi untuk tujuan kemaskini secara manual.

Mengurus, Menyenggara Dan Naiktaraf Sistem Aplikasi 1)

Naiktaraf Sistem ADVANCE dan client ADANCE Bagi memastikan sistem perpustakaan dapat digunakan ke tahap yang lebih optima dan dapat menampung keperluan staf di PSZ, pada tahun 2002 beberapa peringkat penyenggaraan dan naiktaraf sistem ADVANCE telah dilakukan seperti di jadual berikut; Bil. 1. 2. 3.

Aktiviti NaiktarafSistem Naiktaraf sistem ADVANCE dari 6.82.21 ke 6.82.22 (21 April 2002 ) Naiktaraf OS dari Solaris 7 ke Solaris 8 (23 Jun 2002) Naiktaraf ADVANCE client sebanyak 2 kali iaitu daripada 6.02 ke 6.03 dan terkini adalah 6.04 Jadual 2 : Aktiviti Naiktaraf Sistem Advance

6

2)

Penyenggaraan Sistem Pengurusan Perpustakaan Bagi memastikan data dan aplikasi sistem ini terpelihara dan dikawalselia, backup data dan aplikasi telah dilakukan setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Sebanyak 30 pita megnatik yang muatannya sebanyak 40 Gigabites telah digunakan untuk backup dan setiap pita ditetapkan siri backup mengikut urutan. Proses semakan dan pengesahan setiap pita yang dibuat backup juga telah dilakukan bagi memastikan semua pita yang digunakan adalah berada dalam keadaan baik dan sentiasa dapat berfungsi. Sepanjang bulan Julai dan November 2002, INFOLAN2 sering menghadapi masalah untuk diakses samada dari luar mahu pun dalam kampus. Hasil siasatan yang dijalankan didapati dua sebab utama yang menjadi punca masalah tersebut. Masalah pertama, Server OPAC yang digunakan adalah merupakan Low-End Server (workstation specification) yang mana sukar untuk menampung keperluan akses yang begitu tinggi. Masalah kedua, berkemungkinan wjudnya “bugs” dalam script di Geoweb. Hal ini telah pun dimajukan kepada pihak vendor. Untuk beberapa ketika pemantauan telah dilakukan oleh P(US) dengan kerjasama PSM(UR). Masalah ini masih dalam siasatan vendor, sementara itu pegawai JBA sentiasa melakukan pemantauan secara manual bagi memastikan INFOLAN2 akan sentiasa berfungsi.

3)

Menerima, Menyemak, Menganalisis Dan Mengatasi Masalah Sistem Pengurusan Perpustakaan Sepanjang tahun 2002, sebanyak 185 masalah laporan masalah yang telah diterima dari Penyelaras Modul. Sebahagian dari masalah tersebut dapat diselesaikan di peringkat JBA dan sebahagian yang lain dimajukan kepada vendor untuk tindakan selanjutnya.

185 L A P O R A N M A S A L A H D IT E R IM A S E P A N JA N G T A H U N 2002

40 35 30 25 20 34

15

25

24

20

10

16

15 5 5

14

13

9

8

2

r be

Di se m

ve

m

be

r

er No

O

be pt em

kt ob

r

s go Se

O

la i Ju

ju n

ei M

ril Ap

ac M

bu Fe

Ja

nu

ar i

ra ri

0

Jadual 3 : Jumlah Laporan Masalah Rasmi Yang Diterima Dari Penyelaras Unit

7

Daripada jumlah 185 laporan masalah yang diterima, sebanyak 89 masalah dapat diselesai dalam tempoh 7 hari, 67 masalah diselesaikan melebihi 7 hari dan 29 masalah yang masih dalam perhatian (tindakan). Jumlah masalah yang berstatus dalam perhatian adalah merangkumi 7 masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak vendor, 8 masalah di kategorikan sebagai Change Request dan 5 masalah dimasukkan dalam senarai penambahbaikan. Dari jumlah tersebut, 12 masalah telah dikenalpasti untuk tindakan Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan.

T IN D A K A N T E R H A D A P L A P O R A N M A S A L A H Y A N G D IT E R IM A

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

S e le sa i T e m p o h 7 H a ri 89 67

S e le sa i T e m p o h L e b ih 7 H a ri 29

S e le sa i Tem poh 7 H a ri

D a la m S e le sa i T e m p o h P e rh a tia n L e b ih 7 (T in d a ka n ) H a ri

D a la m P e rh a tia n (T in d a ka n ) L a p o ra n D ite rim a = 185

Jadual 4 : Laporan Yang Diterima Mengikut Tempoh Diselesaikan

4)

Analisis Laporan Masalah Yang Diterima Oleh Unit Secara keseluruhannya, kebanyakan masalah yang diterima adalah berkisar kepada masalah melakukan proses kerja harian mengikut modul masing-masing. Ini disebabkan staf masih lagi di peringkat menyesuaikan dan memahirkan diri dengan persekitaran sistem yang baru. Masalah seperti ini telah berjaya diatasi dalam tempoh 7 hari dan samada dapat diatasi sendiri oleh pegawai Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan mahupun dengan bantuan vendor. Selain dari itu terdapat juga masalah yang kritikal di mana penyelesaiannya mengambil masa melebih 7 hari. Masalah ini adalah masalah yang melibatkan rekod-rekod yang dipindahkan dari sistem Dynix ke ADVANCE di mana ia memerlukan penelitian yang lebih teknikal ke atas punca masalah. Kebanyakan masalah ini diselesaikan bersama di antara Unit Sistem Pengurusan Sistem, vendor sokongan dan juga Principle Vendor iaitu Geac. Bagi masalah yang berstatus dalam perhatian, ianya merupakan masalah yang masih dalam tindakan JBA dan juga vendor. Masalah ini melibatkan perubahan

8

penukaran secara menyeluruh kepada beberapa kod yang tidak sesuai digunakan secara umum semasa proses perpindahan data dari sistem lama kepada sistem baru. Selain dari itu keperluan kepada “change request” terhadap beberapa fungsi amat diperlukan oleh Penyelaras Unit bagi memantapkan lagi proses pada modul-modul sistem ADVANCE. Salah satu contoh keperluan ‘change request‘ ialah keperluan dalam penyediaan laporan oleh Penyelaras Unit Perolehan Buku dan Penyelaras Unit Pengurusan Koleksi sepertimana yang terdapat di dalam Report Writer sistem ADVANCE. Hal ini memerlukan pihak vendor mengenalpasti terlebih dahulu medan-medan yang akan digunakan nanti.

Aplikasi dan Subsistem Pengurusan Perpustakaan 1)

Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA) SAMA telah siap dibangunkan oleh JBA untuk fasa pertamanya pada Julai 2002 di mana semua Penyelaras Unit akan menyalurkan masalah aplikasi yang mereka hadapi. Dengan menggunakan sistem ini kerja-kerja pemantuaan mengikut unit akan menjadi lebih mudah. Walaubagaimana pun penggunaan menyeluruh dari pihak yang terlibat masih kurang menggalakkan. Oleh itu JBA telah mencadangkan supaya sistem ini digunakan sepenuhnya mulai tahun 2003.

2)

Antaramuka ORBIt berasaskan Web Orbit merupakan sebuah sistem yang berasaskan Client Server, di mana pemasangan aplikasi klien di setiap institusi pengguna perlu dilakukan. Oleh kerana kedudukan institusi pengguna adalah berjauhan maka pemantauan dan pengenalpastian masalah, khususnya masalah capaian kepada pelayan sukar diatasi. Oleh itu adalah dicadangkan supaya ORBIt yang berasaskan web perlu dibangunkan. Pada masa kini Unit Sistem Pengurusan Perpustakaan sedang menyediakan kertaskerja cadangan kepada aplikasi berkenaan.

9

10

Pendahuluan Unit ini bertanggungjawab merangka keperluan jangka panjang perkakasan komputer yang diperlukan oleh PSZ. Selain dari itu, tanggungjawab terhadap penyenggaraan perkakasan komputer juga terletak di bawahnya. Ia juga bertanggungjawab menyelia dan mengawasi mutu kerja-kerja baikpulih, pemasangan komputer, perisian dan lain-lain perkakasan oleh Juruteknik. Pengurusan mengemaskini inventori termasuk pelupusan perkakasan komputer PSZ juga merupakan tanggungjawab unit ini.

Aktiviti Unit Penyenggaraan Komputer dan Perkakasan Komputer Sebahagian besar penyenggaraan peralatan komputer terutama kerja baikpulih komputer PC dan peranti lain seperti pencetak, monitor dan lain-lainnya dilakukan oleh unit ini. Tetapi bagi kes yang kritikal yang tidak mampu ditangani diperingkat PSZ, ianya akan dihantar ke PKUTM atau syarikat luar. Dari bulan Januari sehingga Disember 2002 (rujuk Jadual 5), pemasangan semula perisian merupakan aktiviti yang paling tinggi iaitu sebanyak 46.1%. Keadaan ini adalah disebabkan oleh masalah kerosakan cakera keras dan juga serangan virus di mana ia melibatkan pemasangan semula perisian pada setiap PC tersebut. Mengenai masalah virus, terdapat setengah PC perlu diformat semula dan ini melibatkan pemasangan semula Sistem Pengoperasian (OS) dan juga perisian-perisian lain yang diperlukan oleh staf terlibat.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5 6.

Perkakasan Jumlah 75 CPU bersama lain-lain Komponen 94 Pemasangan semula perisian 9 Pencetak 4 Pelayan 6 Monitor 16 Rangkaian Jumlah 204

Peratus (%) 36.8% 46.1% 4.3% 2.0% 2.9% 7.9% 100.0%

Jadual 5 : Penyenggaraan Komputer dan Peranti Komputer Tahun 2002

11

Pembelian Komputer dan Perkakasan Komputer Bagi tahun 2002, pembelian bagi perkakasan komputer adalah seperti yang dilampirkan di dalam Jadual 6 dan 7

Pembelian

Kos (RM) 14,350.00 1,690.00 1,025.00 12,070.00 7,100.00 37,890.00 10,410.00 40,900.00 470.00 6,300.00 4,287.00 RM136,492.00

Barcode Reader CD Rom Drive & Writer Hub Floppy & HDD Drive HDD Protection Komputer Peibadi (PC) Pencetak Pelayan PC & Print Software UPS Lain-lain Alat Jumlah Pembelian

Jadual 6 : Kos Pembelian Perkakasan Komputer Untuk Tahun 2002

40

40

35

35

33 30

30

B a rco d e R e a d e r C D R o m D rive & W rite r H ub

25

F lo p p y & H D D D rive

20

H D D P ro te ctio n K o m p u te r P e ib a d i

15

13 12

P e n ce ta k 10

10 5

5

P e la ya n P C & P rin t S o ftw a re

5 3

2

UPS L a in A la t

0 P e m b e lia n P e rka ka sa n M e n g iku t K a te g o ri

Jadual 7 : Pembelian Perkakasan Komputer Mengikut Kategori

12

Pelupusan Komputer dan Perkakasan Komputer Pelupusan komputer dan perkakasan komputer yang lain dibuat selepas didapati perkakasan berkenaan rosak, tidak boleh diperbaiki lagi dan kesukaran mendapatkan alat ganti. Pemeriksaan bagi perkakasan komputer yang telah disenaraikan untuk dilupuskan telah dibuat oleh PKUTM, pihak Harta Bina UTM dan juga Jawatankuasa Pelupusan PSZ pada bulan 28 Disember 2002. Jumlah dan jenis perkakasan komputer yang telah dilupuskan adalah seperti di dalam berikut:

170 UNIT PERKAKASAN KOMPUTER DILUPUSKAN SEPANJANG TAHUN 2002

12

1 Desktop

11 57

2 Monitor 3 Keyboard 4 Floppy Drive

46 23

21

5 CD Drive 6 Tetikus

Jadual 8 : Pelupusan Perkakasan Komputer Tahun 2002

13

14

Pendahuluan Unit ini bertanggungjawab mengawasi perjalanan rangkaian dan sistem operasi server komputer. Ia juga merancang keperluan sistem rangkaian dan perkakasan mengikut keperluan semasa serta pembangunan rangkaian komputer perpustakaan dan bertanggungjawab terhadap pemasangan peralatan server komputer dan perisian yang bersesuaian. Selain dari itu, ia menyediakan infrastruktur komunikasi dan rangkaian yang terbaik untuk PSZ dengan memastikan keselamatan data/maklumat pada tahap yang paling selamat. Sepanjang tahun 2002, unit ini lebih menumpukan terhadap proses pemantauan dan penyenggaraan server dan rangkaian komputer. Proses pemantauan dan penyenggaraan secara sistematik dilaksanakan bagi memastikan kestabilan sistem, kelancaran penggunaan sistem dan perkakasan termasuk server dan peralatan rangkaian dapat berfungsi dengan baik. Penyenggaraan peralatan dan lain kelengkapan untuk server dan rangkaian dilakukan setiap waktu mengikut keperluan.

Aktiviti Unit Instalasi baru (New Installation) Pada Februari 2002, sebuah PC Based Server telah dipasang bagi menyokong beberapa aplikasi yang telah dibangunkan iaitu Sistem Aduan Masalah Aplikasi (SAMA) dan Inventori Perkakasan IT yang berasaskan WEB. Bagi menyokong keperluan perkhidmatan, server ini hanya dipasangkan dengan Microsoft Personal Web Server. Sebuah lagi PC Based Server Compaq ProLiant ML370 telah dipasang bagi menyokong server e-mel iaitu MDaemon version 6. Sistem ini telah menggantikan server e-mel IBM RISC System/6000 43P-133 (host based and character system) yang memberikan perkhidmatan bermula tahun Ogos 1996 sehingga Julai 2002 dengan menggunakan domain name ppc.psz.utm.my. Kini domain e-mel PZ telah bertukar kepada mel.psz.utm.my. Kelebihan penggunaan sistem e-mel baru ini dapat dilihat dari dua faktor utama iaitu pertama faktor akses dan keduanya, faktor keselamatan. MDaemon boleh menyokong protokol HTTP dan POP3. Melalui HTTP ia sudah pasti dapat memberi perkhidmatan mel kepada pengguna dengan berasaskan WEB. Manakala dengan POP3 ia dapat menyokong pengguna yang menggunakan perisian yang berasaskan Client Server E-Mail seperti Eudora, Pegasus dan sebagainya. Dari aspek keselamatan pula, pengguna e-mel sering diancam virus, dengan kemudahan MailScan, server dan klien dapat dilindungi dari virus. Selain dari itu, sistem juga dilengkapi dengan kemudahan Web Based Administration yang mana pentadbir sistem dapat menyenggara sistem melalui jarak jauh. MDaemon telah dipasang pada awal bulan Julai 2002 dan penggunaan e-mel secara rasmi bermula pada 14 Ogos 2002 apabila tempoh pengujian perisian tersebut tamat.

15

Masalah Sistem Pengoperasian Rangkaian Terdapat empat masalah yang telah berlaku terhadap beberapa server yang terdapat di PSZ. Masalah pertama, berlaku kepada Server RISC 6000 – J50 (unix based server) di mana server mengalami masalah Logical Volumes dan Paging Space, ianya telah diperbaiki oleh pegawai JBA. Masalah kedua, NOS corrupted berlaku kepada Server NEC Express 150Sa (Windows NT), ianya telah dibuat instalasi dan konfigurasi semula untuk membolehkan ianya beroperasi seperti sediakala. Masalah ketiga, Server Library Management System mengalami masalah SunSolaris 7 crashed. Cubaan untuk memasukkan semula OS versi yang sama tidak berjaya dan akhirnya pihak vendor telah menaikkan versi OS kepada Sun Solaris 8. Masalah keempat, berlaku kepada Server RISC 6000 – 43P (unix based server) di mana server mengalami masalah mail queue dan ianya telah diperbaiki.

Masalah Perkakasan Server CD-ROM Networking (CD-NET 428/M) mengalami masalah alat ganti dan ia telah tidak dapat beroperasi sepanjang tahun 2002. Server ini telah digunakan semenjak tahun 1994, di mana ketika itu ianya beroperasi di atas Novel Netware (DOS Based). Kemudian pada tahun 1997, ia telah ditingkatkan dan bertukar kepada platform Windows NT. Pada tahun ini JBA akan cuba melakukan beberapa langkah tindakan untuk mengaktifkan semula server berkenaan. Selain dari itu masalah juga telah berlaku terhadap switch dan UTP port. Dua kerosakan 3COM switch iaitu 1100 (aras 4) dan 3300 (bilik server). Kerosakan Switch 1100 telah dilaporkan dan telah dibaikpulih oleh PKUTM. Sebelum ini switch berkenaan tidak dilengkapi dengan UPS di mana power failure sering berlaku. Oleh itu langkah pencegahan telah diambil dengan menyediakan satu unit UPS bagi mengelakkan masalah yang sama. Manakala Switch 3300 pula telah mengalami masalah Power/Self Test Function dan ia telah diperbaiki oleh syarikat yang telah memasangnya iaitu Natmanage. Manakala 21 unit UTP port telah dilaporkan tidak berfungsi sebahagiannya dapat diselesaikan di peringkat perpustakaan dan selebihnya telah dilaporkan kepada PKUTM untuk tindakan selanjutnya.

Masalah Server OPAC, Sistem dan Aplikasi Pertengahan tahun 2002 server untuk OPAC sering mengalami masalah CPU exceeded limit terlalu kerap dan berulang-ulang. Pemantauan harian terhadapnya telah dilakukan dan didapati wujud masalah ketidakstabilan sistem dan masalah ini telah dimaklumkan kepada pihak vendor. Oleh kerana masalah ini masih tidak dapat diatasi secara keseluruhan, pihak vendor memajukan masalah ini kepada principal vendor (Geac) di Canada untuk tindakan selanjutnya. Buat sementara waktu pihak vendor telah menyediakan beberapa tools yang dapat membantu pihak JBA menyenggara server tersebut.

16

Empat server LTSP (Linux Terminal Server Project) mengalami ketidakstabilan sistem sejak bulan Julai 2002, kemudiannya berlaku system crash pada 27-29 Ogos 2002. Beberapa langkah telah dilakukan oleh pihak vendor bagi menangani beberapa masalah yang timbul di antaranya ialah instalasi semula NOS kepada semua server berkenaan. Netscape 4.77 telah dinaiktaraf kepada Netscape 7 pada 16 Oktober 2002 bagi server LTSP2 dan LTSP4. Proses naiktaraf dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan masalah aplikasi berlaku pada semua stesen kerja sekiranya semua server dinaiktaraf serentak. Di samping itu, keperluan memantau kesesuaian dan kestabilan aplikasi di stesen kerja yang terlibat sebelum proses naiktaraf dilaksanakan pada semua server. Pada 7 November 2002, pihak vendor telah melakukan instalasi internet browser Mozilla 1.01 bagi menggantikan Netscape 4.77 yang masih digunakan oleh server LTSP1 dan LTSP3. Keputusan penggunaan browser Mozilla adalah berdasarkan bebanan yang minima berbanding dengan Netscape 7 yang dapat mengurangkan tahap broadcast server. Pemantauan harian terhadap masalah utama LTSP yang masih belum dikenalpasti puncanya terpaksa dilaksanakan lebih intensif iaitu bagi selang masa satu setengah jam supaya langkah penyelesaian sementara masalah tersebut dapat diambil. Pemantauan ini mula dilaksanakan sejak November 2002 apabila masalah tersebut semakin ketara apabila sistem digunakan secara maksima oleh pengguna. Pelbagai usaha dan langkah telah diambil bagi mengatasi masalah ini tetapi masih belum berjaya.

Instalasi Semula Sistem Pengoperasian (LINUX) dan Aplikasi Proses instalasi semula 4 server LTSP telah dilaksanakan oleh pihak vendor D’jati Sdn Bhd pada 29 Ogos 2002. Instalasi semula disebabkan akibat dari system crash. Proses instalasi tersebut meliputi instalasi LINUX Distros., LTSP System dan Billing System serta konfigurasi terkini LINUX Red Hat 7.2 kernel 2.4.5 & LTSP Kernel core 3.4. Proses instalasi semula server CDTNT jenis platform Windows NT di bilik server BBP aras 3 juga telah dilaksanakan akibat masalah sistem pengoperasian pada bulan Ogos 2002.

Masalah Rangkaian Masalah rangkaian yang dilaporkan sebanyak 15 kali adalah berkaitan dengan masalah akses ke rangkaian dan 6 masalah tersebut dilaporkan oleh PSZKL dan bakinya dilaporkan oleh PSZ Skudai. Masalah akses rangkaian yang dilaporkan oleh PSZKL telah dikenalpasti sebagai masalah akses ke rangkaian PSZ Skudai oleh pihak luar yang melibatkan akses ke sistem INFOLAN2 dan ADVANCE. Masalah tersebut telah dirujuk kepada PKUTM dan tindakan sewajarnya telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Masalah akses ke Internet yang telah dilaporkan oleh PSZ Skudai pula melibatkan masalah rangkaian dalaman dan pihak PKUTM telah datang untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui proses penyenggaraan peralatan rangkaian di bilik server JBA aras 2.

17

25

21

20

Window-based

15

Unix-based 8

10 5

Switch

4

2

3 4

2

UTP port/cable

ka

ka

sa

n

si M

as

al ah

ul a em is

In st

al as

pe r

em Si st al ah

as M

O S/ ap lik a

si /A pl ik a

al ah as M

In st

al as

ib ar

u

O S

0

Jadual 9 Unjuran Aktiviti & Masalah Yang Berlaku Di Tahun 2002

Senggaraan Perkakasan/Perisian Semakan dari masa ke semasa dilaksanakan terhadap proses penyenggaraan perkakasan dan perisian. Penyenggaraan perkakasan termasuklah perkakasan server dan peralatan rangkaian seperti switch, hub, patch panel dan perkakasan lain yang berkaitan bagi memastikan ianya beroperasi dengan baik. Manakala penyenggaraan perisian server pula adalah dengan memastikan perisian anti-virus sentiasa dikemaskini dan proses imbasan terhadap virus dilakukan secara berkala iaitu seminggu sekali. Proses backup bagi sistem ADVANCE pula dilaksanakan berdasarkan jadual yang ditetapkan termasuklah daily backup (data) dan weekly backup (sistem). Pihak vendor sokongan datang 3 bulan sekali untuk melakukan proses senggaraan atau fine tuning server. Backup sistem ADVANCE telah mula dilaksanakan secara mingguan iaitu pada setiap hari Jumaat bagi memastikan keselamatan data dan sistem terjamin. Proses backup terhadap PC-based server akan dilaksanakan secara menyeluruh berdasarkan jadual backup sistematik yang akan disediakan.

18

58 Aktiviti Senggaraan Perkakasan / Perisian 25

23

20 17 15

10

9

Senggaraan Perkakasan / Perisian

9

5

0 Windowbased

Unixbased

Switch

Hub

Jadual 10 : Penyenggaraan Perkakasan dan Perisian

19

20

Pendahuluan Unit ini bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan, penyenggaraan dan penambahbaikan Sistem Aplikasi Perpustakaan, Document Management, Knowledge Management dan lain-lain aplikasi. Ia juga bertanggungjawab dalam mengkaji, menganalisis dan menentukan keperluan aplikasi/multimedia dalam menyokong pengurusan perkhidmatan perpustakaan terutama tugas pustakawan. Selain dari itu, unit ini juga bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan laman web PSZ dan jabatan/unit serta menyediakan subsistem yang berkaitan dengannya, di samping menyedia, memantau dan memberi khidmat nasihat mengenai persembahan, aplikasi dan multimedia.

Aktiviti Unit Di bawah Sistem Aplikasi Perpustakaan, sebanyak 7 modul telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan tugas harian pustakawan. Diantara modulnya adalah seperti berikut; Modul Meja Rujukan (Reference Desk) Modul Kelas Kemahiran Perpustakaan (Library Skill Classes) Modul Pengesan Pelawat (Visitor Tracking) Modul Tempahan Ruang & Alat (Room & Equipment Reservation) Modul Forum Akademik (Academic Forum) Modul Media Streaming Modul E-Dagang (E-Commerce) Enam dari tujuh modul sudah dapat berfungsi, walaubagaimana pun pengujian dan penambahbaikan sistem akan dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan sistem dapat beroperasi ke tahap yang optima. Modul yang masih tidak berfungsi dan adalah modul E-Dagang, di mana ia menghadapi masalah dari aspek keselamatan. Oleh itu PSZ dalam proses menggantikan sistem lama (Netlife) kepada NetMerchant. Penukaran tersebut adalah disebabkan faktor keselamatan di mana sistem lama tahap keselamatannya untuk SSL (Secure Socet Layer) tidak begitu selamat. Penukaran juga dibuat melalui arahan terbaru dari Bank Negara Malaysia kepada semua pemilik “Payment Gateway” di seluruh negara supaya mengguna sistem yang mempunyai ciri 3D-SSL yang mana tahap keselamatan lebih terjamin. Oleh itu PSZ dengan vendor sokong telah mencadangkan NetMerchant sebagai “payment gateway” terbaru kepada universiti.

Sistem Pengurusan Dokumentasi Sistem ini telah mulai beroperasi pada suku akhir tahun 2001, setakat ini sebanyak lebih 5,000 dokumen digital telah berjaya diproses. Dari segi pelaksanaannya, staf di unit yang terlibat masih memerlukan sedikit masa untuk memantapkan lagi skil kerja masingmasing terutama memahami fungsi dan ciri sistem tersebut. Selain dari itu, mereka juga perlu mamahami dengan lebih khusus pendekatan yang perlu diambil bagi melancarkan lagi proses kerja terutama bagi mereka yang menggunakan Windows 2000.

21

Penambahbaikan Sistem Aplikasi Perpustakaan Laporan Masalah Projek Perpustakaan Digital (Aplikasi Perpustakaan) Sepanjang tahun 2002, sebanyak 93 masalah berkaitan aplikasi telah dilaporkan kepada vendor sokongan dan 7% iaitu 2 daripada 93 masalah belum diselesaikan. Cuma satu dari masalah tersebut telah pun ditukarkan kategorinya kepada Change Request. Tahun

Kategori

2002

Laporan Masalah

Bulan (Jumlah) Jan-Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember

56 3 0 3 12 8 3 7 1 0 93

JUMLAH

Status “Close” 56 3 0 3 12 7 2 7 1 0 91

Status “Outstanding”

Modul

1 1

SMART Billing Lib. Skill & Classes

2

Jadual 11 : Laporan Masalah

Change Request Sepanjang tahun 2002, sebanyak 34 masalah telah dilaporkan yang mana memerlukan penambahan fungsi baru dalam sistem dan tidak terdapat di dalam dokumentasi URS. Sebanyak 31% iaitu 11 dari 34 masalah telah diselesaikan dan 69% (23 kes) masih dalam siasatan. Terdapat penambahan sebanyak 7 permintaan dibawah kategori Change Request. Tahun

Kategori

Jumlah

2002

Change Request

34

Status “Closed” 11

Status “Outstanding” 23

Modul LSC = 3 ORD = 10 GEN = 4 VT = 2 SB = 6

Jadual 12: Change Request

22

Latihan, Seminar, Bengkel Dan Sebagainya Staf Profesional Bil. Staf Yang Hadir

Bil.

Nama Program

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

7 Tabiat Manusia Yang Amat Berkesan Audit Dalaman 2002 PSZ Customer Service Skills for IT Professionals Fundamental of Solaris 8 for System Administrator Installing A Customer Satisfaction Survey Mechanism Interface Training on UTM Registraiton System (Circulation) Interface Training on UTM Treasury System (Acquisition) IT Security Awareness IT Service Management Best Practice Kursus Baikpulih Komputer Kursus Bina Negara Kursus ISO 9001 : 2000 Internal Auditing Kursus Komputer : SAS Kursus Komputer : SPSS Kursus Linux Kursus Pengurusan Korporat National Conference on KM and Libraries Pemasangan Klien Orbit di UPM dan UKM Seminar Knowledge Mgt : An Esential Tool For The K-Economy Smart Library Application (SLA) Smart Library Application Training Training 3M-RFID Veritas Software Training Well for life programme Window NT 2000

2 3 1 2 3 3 3 3 1 1 2 3 1 1 2 1 1 2 2 2 2 2 2 1 1

JUMLAH

47

23

Staf Sokongan Bil. Staf Yang Hadir

Bil.

Nama Program

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Baik Pulih PC Front Page Kursus Bahasa Inggeris -3 Kursus Bina Negara Kursus Induksi Kursus Kecerlangan Diri dan Organisasi Kursus Komputer LAN Kursus Linux Kursus Power Point Kursus Windows NT Latihan (Attachment) Penyenggaraan Komputer Program Orientasi Staf Baru

2 1 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1

JUMLAH

15

Ulasan Latihan Staf Sepanjang tahun 2002 sebanyak 25 kursus telah dihadiri oleh 4 orang pegawai (staf profesional) dengan jumlah hadir kursus sebanyak 47 kehadiran. Walau bagaimanapun bagi staf sokongan bilangan kursus yang dihadiri amat berkurangan iaitu 15 kehadiran jika hendak dibandingkan bilangan staf sokongan di Jabatan seramai 5 orang. Pada tahun 2003 penumpuan latihan akan lebih diberikan kepada kategori staf sokongan terutama kursus yang berkaitan bidang tugas mereka yang terdiri dari Juruteknik, Pembantu Perpustakaan dan Pembantu Am Rendah.

24

Cadangan Penambahbaikan Pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer Cadangan pengubahsuaian Bilik Baikpulih Komputer dibuat disebabkan oleh beberapa faktor: i.

Masalah ruang yang sempit untuk meletakkan komputer, monitor, pencetak, UPS dan perkakasan komputer lain yang berkaitan dengan lebih kemas dan teratur.

ii. Untuk menyediakan ruang kerja yang lebih selamat, selesa serta menjamin kesihatan staf. iii. Penggunaan perabot yang lebih sesuai dengan kerja-kerja baikpulih komputer bagi menjamin keselamatan staf ketika menjalankan tugas seharian.

Menaiktaraf Kaunter Sirkulasi PSZ dan Unit di PSZ Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta imej di kaunter Sirkulasi PSZ Skudai dan KL, Unit Perolehan dan Penyenggaraan Komputer telahpun membuat pembelian komputer peribadi dengan monitor flat screen untuk ditempatkan di kaunter berkenaan. Selain dari itu, pembelian komputer juga dibuat untuk menggantikan komputer staf yang seringkali dihantar ke unit tersebut untuk disenggara. Pembelian komputer dan perkakasan komputer bukan sahaja dibuat untuk PSZ Skudai tetapi melibatkan juga PSZ cawangan Kuala Lumpur.

Pembelian Mesin Pemulangan Layandiri Memandangkan jumlah staf yang ditugaskan di Unit Sirkulasi agak terhad, dan jumlah transaksi untuk aktiviti pemulangan tinggi, cadangan menambah pembelian Mesin Pulangan Layandiri dibuat bagi membolehkan pengguna membuat pemulangan buku secara layan diri tanpa perlu ke kaunter. Secara tidak langsung staf yang ditempatkan di kaunter berkenaan dapat dikurangkan dan dapat ditugaskan di tempat yang lebih diperlukan.

25

Proxy Server Memandangkan tiada kemudahan kawalan pengaksesan ke rangkaian oleh staf dan juga pelajar, PSZ menghadapi masalah Network Traffic. Pengakesan tanpa kawalan membolehkan beberapa perkara negatif berlaku diantaranya ialah capaian yang lambat, tiada tapisan URL, berlaku konflik alamat IP dan banyak lagi faktor yang boleh memberi kesan sampingan kepada rangkaian. Dengan adanya proxy server banyak faedah boleh didapati diantaranya ialah; • • • •

Melalui Internet Caching, kadar capaian boleh meningkat melalui peningkatan tempoh tindakbalas pengguna. Capaian rangkaian boleh berlaku secara optima Dengan adanya penapisan URL, peningkatan keselamatan rangkaian dan produktiviti pengguna boleh dicapai. Mengelakkan berlakunya konflik alamat IP kerana dengan proxy DHCP boleh dilaksanakan.

Data Bridges Conversion Advance Integrated Library System boleh melakukan “Capturing MARC record” kepada sebarang Z39.50 server yang berjaya dicapai, dengan ini ia dapat membantu pengkatalog melakukan data conversion dengan cepat. Walaubagaimana pun proses yang dilakukan ini adalah secara one to one (tidak dalam bentuk proses berkelumpuk), dan ini memerlukan masa kepada pustakawan untuk mencapai setiap satu rekod MARC. Untuk mempercepatkan proses semua bahan belian yang telah diterima, satu sistem yang dapat melakukan kerja seperti di atas dilakukan secara “Batch Process” adalah diperlukan.

Mempertingkatkan Prestasi Server adlis.psz.utm.my Konfigurasi yang terdapat pada Server Advance ketika ini hanyalah konfigurasi yang standard (minimum configuration), di mana ia tidak dilengkapkan dengan Redundant Array of Inexpensive Disks – RAID Controller. Oleh kerana sistem ini tidak dilengkapi dengan RAID level 0 - Striped Disk Array without Fault Tolerance dan pada masa yang sama akses kepada server ini begitu tinggi, ia menyebabkan trafiknya begitu sibuk, dan jika berlaku masalah kepada sistem ia akan memberi kesan negetif. Selain dari itu server ini juga tidak mempunyai RAID level 1 - Mirroring and Duplexing Disk, ia akan memberi kesan sampingan dari segi keselamatan data sekiranya berlaku system crash dan immediate recovery sukar dilakukan. Untuk mengatasi masalah tersebut, server ini perlu dipertingkatkan lagi dengan melakukan beberapa tindakan penambahbaikan seperti berikut; Memasang kedua-dua peringkat RAID iaitu RAID 0+1: High Data Transfer Performance di mana dengan mengimplementasikannya, sistem akan mempunyai mirrored array, fault tolerance (RAID level 5), fault-tolerance (mirroring) and High I/O rates.

26

Mempertingkatkan Perkhidmatan INFOLAN2 Sekarang ini INFOLAN2 beroperasi di atas server yang rendah skilnya (low end server). Ia beroperasi di atas Sun Enterprise Ultra 10s Server (Workstation) yang mana hanya menggunakan IDE channel. Semakin hari akses kepada server berkenaan amat tinggi dan INFOLAN2 sekarang ini sering gagal beroperasi dengan berkesan. Oleh itu sudah sampai masanya ianya diganti kepada yang lebih bertenaga bagi mempertingkatkan lagi prestasi INFOLAN2 kepada pengguna. Berikut adalah spesifikasi teknikal yang terdapat pada server berkenaan: Processor: 440 MHz/2Mbytes UltraSPARC -IIi RAM (memory): 1GB ECC DIMM Memory Module Harddisk : 9GB Internal EIDE Disk

Sistem Pengurusan Dokumen Di Atas Persekitaran UNIX PSZ mempunyai sebuah sistem pengurusan dokumentasi yang mampu menangani urusan dokumen yang cukup baik. Sistem yang dimaksudkan ialah CyberDOCS Version 3.9 keluaran Hummingbird, Kanada. Sistem ini mempunyai 3 modul utama iaitu DOCSFusion (Server), DOCS Open (Client) dan CyberDOCS on Web (Anonymous User). Oleh kerana sistem ini berasaskan Windows, beberapa masalah telah dikenal pasti yang merupakan faktor kelemahan sistem ini. Dari aspek keselamatan, ancaman virus dan pengodam sistem tidak dapat dielakkan, di mana perkara yang paling serius ialah ancaman virus, boleh dikatakan setiap hari sistem akan dapat ancaman darinya. Walaupun sistem ini telah dilengkapi dengan anti virus, tetapi oleh kerana penciptaan virus yang baru terlalu cepat pertumbuhannya, ini memberikan kesan negatif kepada sistem, yang mana kadang-kadang pengemaskinian paten virus tidak dapat menyaingi pertumbuhan virus baru. Selain dari itu, ketidakstabilan sistem pengoperasian adalah merupakan faktor kedua yang boleh mengganggu aliran kerja sistem pengurusan dokumen, secara tidak lansung ia boleh menjadi bottleneck kepada aliran kerja sistem yang lain, ini disebabkan sistem di PSZ merupakan sistem yang telah diintegrasikan. Bagi mengatasi masalah tersebut, PSZ perlu memikirkan sebuah sistem yang mempunyai berkemampuan yang lebih tinggi dari aspek keselamatan, pengoperasian, storan dan sebagainya. Oleh itu adalah dicadangkan PSZ perlu memberikan tumpuan kepada sistem yang berasaskan UNIX. Sebagaimana yang kita ketahui sistem yang berasaskan UNIX memang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan pengoperasian yang cukup mantap dan boleh diyakini. Walaupun harganya tiga kali ganda lebih mahal dari Windows Based tetapi dari aspek Business Process dan Business Continuity untuk jangka panjang ia adalah lebih menguntungkan.

27

PENUTUP Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap segala urusan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan juga pengkomputeran perpustakaan, jabatan ini perlu membuat perancangan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan perkhidmatan PSZ. Tanggungjawab utama jabatan ini adalah merancang dan menyediakan infrastruktur teknologi maklumat, kelengkapan keperluan teknologi maklumat yang terdiri dari hardwer dan/atau softwer sekaligus membantu PSZ dalam perlaksanaan Perpustakaan Digital. Keempat-empat unit yang merupakan pengerak kepada aktiviti JBA telah pun memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi. Walaubagaimana pun masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti, terutama seperti cadangan yang telah diutarakan, ini perlu diatasi segera bagi mempertingkatkan perkhidmatan dan imej PSZ sebagai peneraju utama dalam gedung ilmu di universiti.

28