Mentafsir Puisi Cinta Julang Sastera Bangsa - Dewan Bahasa dan ...

92 downloads 3470 Views 1MB Size Report
ketiga pada tahun ini. Pantun-pantun yang dikete- ngahkan dalam pertandingan ini bertemakan kebudayaan kebang- saan, budaya kerja cemerlang, kasih.
BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006

Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Mentafsir Puisi Cinta Julang Sastera Bangsa Oleh Mohidin Malek

T

ANGGAL 24 Februari 2006 mencipta sejarah dalam kalendar kegiatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak apabila Bahagian Pengembangan Sastera berjaya merealisasikan program “Mentafsir Puisi Cinta”. Kegiatan yang julung kalinya dianjurkan ini bertujuan untuk menjadikan puisi sebagai wadah hiburan yang lebih bermakna kepada masyarakat, khususnya golongan remaja agar tidak

menyalahtafsirkan cinta dalam pengertian yang sempit. Cinta boleh ditafsirkan, dimaknakan, dan dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk dan cara. Sebagai misalannya cinta sesama insan atau cinta terhadap alam tentu sekali berbeza tafsiran maknanya berbanding dengan cinta terhadap Penciptanya. Hal yang demikian terungkap melalui bait-bait puisi karya Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Zaini Oje @ Ozea berjudul Cinta Bukan Sekadar Pakpung dan Gudang Gedung yang berbunyi :

...Kutafsirkan cinta: cinta bukan sekadar memilih rupa, atau timbunan harta; pangkat, darjat dan bangsa,... ...Cinta bukan sekadar kulit, bagai topeng dengan wajah yang bertukar, bagai ubat yang menjadi penawar... ...Cinta adalah adunan segala. Ada kimia yang mengindahkannya; bukan yang luluh di hujung kaki, tersadur dan tersepuh, goyah dan rapuh; ...Cinta adalah yang luhur dari dalam diri.

Acara yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dibuka dengan persembahan kumpulan lagu puisi, Gemersik dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan kumpulan dikir barat dari Bandar Raya Kuching. Pengacara majlis pula membuka tirai program dengan bacaan syair yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenuhi ruang Dewan Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak. Sambutan yang amat menggalakkan ini merupakan petanda bahawa sastera kebangsaan masih

mendapat tempat di hati masyarakat. Majlis dimeriahkan dengan bacaan puisi oleh Tuan Haji Sanib Said, Tuan Haji Abang Nawawi, Hajah Latifah Haji Shebli, Encik Pharo Abd. Hakim, Puan Norjahan Bahani, Puan Rosani Hiplee dan Encik Awang Kelana Awang Hassan. Antara kumpulan lagu puisi yang membuat persembahan ialah Santari, Anak Alam, Asek, Suara Openg dan Nara manakala kehadiran Nurul AF2 menyemarakkan suasana.

Pantun antara Korporat 2006 Oleh Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

“P

ERTANDINGAN pantun seperti ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan program kebahasaan dan kesusasteraan di peringkat negara. Komitmen dan sokongan padu yang diberikan oleh syarikat swasta ini membuktikan bahawa sektor swasta sebenarnya memainkan peranan penting dalam mendukung perjuangan memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan. Oleh itu, penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan tradisi berpantun tetapi untuk mendekatkan kakitangan sektor swasta dengan budaya berpantun. Masyarakat hari ini tentu sahaja ramai yang tahu akan bentuk dan rangkap pantun tetapi tidak ramai yang arif dan mahir berbalas pantun.” Demikianlah ditegaskan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

(KeKKWa), Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ketika menyampaikan ucapan perasmian dan penyampai-an hadiah Pertandingan Berbalas Pantun antara Korporat 2006 pada 14 hingga 17 Februari 2006 di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Pertandingan pantun anjuran KeKKWa yang julung kali diadakan ini merupakan sambutan terhadap Pertandingan Pantun antara Kementerian anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat kali ketiga pada tahun ini. Pantun-pantun yang diketengahkan dalam pertandingan ini bertemakan kebudayaan kebangsaan, budaya kerja cemerlang, kasih sayang, kekeluargaan, budaya menuntut ilmu, budi bahasa dan isu semasa yang menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan insan dan negara. Antara pantun menarik yang diketengahkan dalam pertandingan tersebut adalah seperti yang berikut: Jika kedidi hendak diumpan,

Taburlah ke tanah kelapa parut, Manisnya budi bahasa bersopan, Ketika belakang mengapa mencarut? Ambil tali kusorok-sorok, Supaya tidak diambil jelita, Usah melatah kata yang buruk, Bukanlah itu budaya kita. Penyertaan sektor swasta dalam pertandingan ini membuktikan bahawa karyawan swasta sebenarnya berbakat dan masih mempertahankan budaya bangsa Melayu. Antara syarikat swasta yang menjayakan pertandingan ini ialah Telekom Malaysia Berhad (TM), Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Malaysia Airlines (MAS), Pos Malaysia Berhad, Dawama Sdn. Bhd., Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd., Perodua, Nestle (M) Berhad, Hei-Tech Padu Berhad dan Perkasa Nilam Sdn. Bhd.

PASUKAN TM yang menjuarai pertandingan menerima hadiah daripada Y. B. Datuk Seri Utama Dr. Rais.

Pasukan TM yang menjuarai pertandingan pada kali ini membawa pulang Piala Pusingan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan wang tunai RM5,000. Naib Johan pula disandang oleh

pasukan TV3 yang menerima wang tunai RM3,000 manakala tempat ketiga dikongsi bersama oleh Pasukan Alaf 21 dan Perkasa Nilam Sdn. Bhd. dan menerima wang tunai RM2,500.

DBP Wilayah Timur Anjur Siri Bicara Bahasa Oleh Basirah Arifin

D

Dr. Lim Swee Tin membicarakan topik "Kesantunan Berbahasa Budaya Kita".

ALAM era globalisasi dan gelombang yang diharungi oleh bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus komited melaksanakan tanggungjawabnya untuk memajukan dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Justeru, baru-baru ini DBP Wilayah Timur menganjurkan siri Bicara Bahasa yang menjadi wadah kepada golongan intelektual, tokoh pemikir dan ilmuwan untuk mengutarakan pelbagai topik semasa yang berkaitan bahasa, sastera, budaya dan pemikiran Melayu. Pada awal tahun ini, sebanyak dua siri Bicara Bahasa telah diadakan. Pada siri pertama, pihak penganjur mengetengahkan seorang sasterawan berketurunan Cina, iaitu Dr.

Lim Swee Tin untuk membicarakan topik “Kesantunan Berbahasa Budaya Kita” pada 23 Februari lalu sempena Minggu Penghayatan Budaya di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Beliau dalam sesi Bicara Bahasa tersebut mengajak tetamu mengimbau kembali sejarah kegemilangan bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Beliau juga menyingkap keunikan dan kesantunan bahasa Melayu yang terdapat dalam syair, nazam, pantun, sajak, bahasa kiasan, lagu rakyat dan lain-lain. Dalam bahasa Melayu juga terkandung nilai keindahan bahasa yang sangat tinggi, halus, berhemah, bersifat ketaksaan yang mencerminkan kesantunan bahasa masyarakatnya.

Sementara itu, “Mengharungi Gelombang Perubahan : Suatu Cabaran” pula menjadi topik Bicara Bahasa yang disampaikan oleh mantan Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato' Haji A. Aziz Deraman. Kira-kira 500 orang tetamu yang terdiri daripada warga pendidik menghadiri majlis yang diadakan di tempat yang sama pada 26 Februari 2006. Beliau menyatakan bahawa gelombang perubahan dan jatuh bangunnya sesuatu bahasa itu amat bergantung pada pimpinan negara yang meletakkan kedudukan bahasanya. Beliau juga menyentuh tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah satu asas penting dalam pembinaan jati diri bangsa dan negara Malaysia.