Mutiara kata:

120 downloads 467 Views 2MB Size Report
menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library. Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di ...
Mutiara Kata:

"If you are doing your best, You will not have time To worry about failure …" By: Robert Hillyer

1

ISI KANDUNGAN PERKARA

MUKA SURAT

Isi Kandungan

2

Pengenalan Perpustakaan

3

Unit-unit di Perpustakaan

4

Keahlian dan Pendaftaran

5

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

6

Koleksi Perpustakaan

7

Perkhidmatan / Kelayakan Pinjaman

8

Denda

9

Buku Hilang

10

Tempahan Buku

11

Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Di Rak

12

Pameran Semasa

13

Portal Perpustakaan Sultan Badlishah

14

Katalog Perpustakaan Sultan Badlishah

15

Peraturan-peraturan Menggunakan Perkhidmatan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat

16

Web OPAC

17

Tatacara Menggunakan EQUIP

18-19

Melihat Jumlah Pinjaman

20

Menukar Password

21-22

Pencarian Buku/bahan Melalui Web OPAC

23-25

Panduan Menggunakan Web Infoline

26-28

Panduan Membuat Tempahan Buku Rak Terbuka

29-30

Sisyem Pengkelasan Bahan Perpustakaan

31-32

Tatatertib Perpustakaan

33-34

Direktori

35

Catatan

36

2

PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH PENGENALAN

Perpustakaan Sultan Badlishah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada peringkat awalnya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 dan pada tahun 2002 perpustakaan telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di perpustakaan ini pada satu-satu masa. Pada penghujung tahun 2002 perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah sempena nama ayahanda Baginda Sultan Kedah.

VISI

Menjadikan perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

MISI

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari segi aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju universiti. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan releven bagi menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan mesra kepada pelanggan dalaman dan luar. Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, berkemahiran, beretika tinggi dan proaktif. Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti.

3

UNIT - UNIT DI PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH 1. Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi. 2. Unit Perkhidmatan Maklumat. 3. Unit Sistem dan Teknologi Maklumat. 4. Unit Jurnal dan Pangkalan Data. 5. Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal. 6. Unit Pembangunan Sumber Ilmu. 7. Unit Pentadbiran. 8. Unit Jilid.

KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN

Keahlian Perpustakaan Sultan Badlishah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UiTM. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan sementara dan sambilan, bayaran cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang Kad E dan menyerahkan borang tersebut ke Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi beserta dengan sekeping gambar berukuran ‘pasport’. Keahlian kakitangan akan dilucutkan sekiranya seseorang itu telah tamat atau ditamatkan tempoh perkhidmatannya dengan UiTM dan bagi pelajar pula sekiranya mereka telah tamat pengajian atau berhenti dari UiTM, keahlian mereka akan ditamatkan.

KEAHLIAN AHLI DALAMAN KATEGORI JAWATAN Kakitangan Akademik

DESKRIPSI JAWATAN

BAYARAN CAGARAN

Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Pemeriksa Luar

TIADA TIADA RM 100.00 RM 50.00 TIADA

4

Kakitangan Bukan Akademik Jurulatih/ Tutor

Pelajar

Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sepenuh masa EPJJ/ FLP/ KLK/ Matrikulasi/ Sarjana/ Phd

TIADA TIADA RM 100.00 RM 50.00 TIADA TIADA RM 100.00 RM 100.00 TIADA

KEAHLIAN AHLI LUAR KATEGORI Ahli korporat

BAYARAN KEAHLIAN (TAHUNAN)

CAGARAN BUKU (BOLEH DITUNTUT)

RM 2,000.00

1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah (Kedutaan bertanggungjawab ke atas pinjaman) Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan

Alumni

RM 50.00

Pesara Kerajaan dan Pesara UiTM

Percuma

Kursus Pendek/ Program Francais

RM 20.00

Pegawai Kedutaan

Percuma

Pelajar/ Kakitangan IPTA (PERPUN)

Kad Matrik (surat kebenaran dari institusi/ jabatan masingmasing bagi UM dan USM)

5

Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu

Pelajar/ Kakitangan kolej universiti, politeknik dan jabatan kerajaan

Pelajar/ kakitangan IPTS dan Swasta

Pensyarah Kehormat/ Sambilan/ Sementara Fakulti Perubatan, UiTM Pelanggan Perseorangan (Harian)

Pelanggan Perseorangan (Tahunan)

Surat kebenaran dari institusi/ jabatan masingmasing

Surat kebenaran dari Ketua Pustakawan/ TKP UPPPK, PSB Percuma RM 20.00 sehari

RM 250.00 (Tahunan)

Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu Rujukan sahaja

1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 2 naskhah Ketua Pustakawan/ Ketua Perpustakaan cawangan diberi kuasa mempertimbangkan dan membenarkan kes-kes khas sahaja untuk membuat rujukan di perpustakaan UiTM 1 naskhah buku – RM 300.00 Maksimum 4 naskhah

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMASA SEMESTER

SEMASA CUTI SEMESTER

HARI AHAD – RABU: 8.30 PAGI – 6.45 PETANG 8.30 PAGI – 4.45 PETANG

8.30 PAGI – 10.30 MALAM (TERTAKLUK KEPADA JADUAL PERKHIDMATAN) HARI KHAMIS: 8.30 PAGI – 3.15 PETANG

8.30 PAGI – 3.15 PETANG

6

HARI JUMAAT & SABTU: (Mengikut jadual kuliah

TUTUP

EMBA dan E- PJJ)

8.30 PAGI – 4.45 PETANG

   

Sebarang perubahan waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada jadual Hal Ehwal Akademik (HEA). Kaunter pinjaman dan pemulangan bahan akan ditutup 30 minit lebih awal sebelum tamat waktu perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk urusan pengemaskinian rekod dan data. Sebulan sebelum peperiksaan, waktu perkhidmatan perpustakaan akan dilanjutkan sehingga ke pukul 10.30 malam. Cuti Umum tutup.

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 1.

Koleksi Rak Terbuka:Meliputi buku-buku daripada pelbagai bidang perkara yang boleh diakses secara terbuka dan dipinjam oleh ahli perpustakaan mengikut hak pinjaman masing-masing (mengikut kategori pelanggan) yang ditetapkan. Lokasi di aras 2 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna jingga.

2.

Koleksi Rujukan:Meliputi sumber-sumber rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, indek, abstrak, direktori, laporan, dan lain-lain. Bahan-bahan rujukan ini diletakan tanda ‘ruj’. Bahan dalam koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna hijau.

3.

Koleksi Perkhidmatan Maklumat:Menawarkan perkhidmatan rujukan, pinjaman buku rujukan terpilih, cakera padat, kaset, pita video, laporan tahunan, peta, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, prospektus, seminar, akhbar dan lain-lain dan juga penempatan Koleksi Kedah. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna merah.

4.

Koleksi Jurnal dan Majalah:Menempatkan jurnal akademik, risalah, buletin dan majalah semasa serta berjilid. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja, lokasinya di aras 3.

7

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Perpustakaan Sultan Badlishah sedaya upaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi:-

A. PERKHIDMATAN PINJAMAN

Semua pelajar/kakitangan UiTM Kedah yang telah berdaftar sebagai ahli perpustakaan adalah layak meminjam bahan perpustakaan.

CARA MEMINJAM BAHAN:a) Koleksi Umum (Open Shelf). Peminjam perlu menyerahkan buku dan kad pelajar di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi. b) Koleksi Terhad (KBR). Semua ahli perpustakaan dibenarkan meminjam bahan dari koleksi terhad selama 2 jam sahaja untuk sesebuah bahan. Peminjam perlu menyerahkan kad pelajar atau mengisi borang pinjaman bahan dan kepilkan kad pelajar pada borang tersebut. c) Bahan Terbitan Bersiri/ Jurnal. Merupakan koleksi terhad dan hanya untuk pinjaman dan rujukan dalaman. Hanya kakitangan UiTM sahaja dibenarkan meminjam keluar bahan ini. Tempoh pinjaman adalah 3 hari sahaja.

8

KELAYAKAN PINJAMAN BUKU KATEGORI KEAHLIAN Kakitangan Akademik

Kakitangan Bukan Akademik Jurulatih/ Tutor

Pelajar

Ahli Luar

DESKRIPSI Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Pemeriksa Luar Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sijil / Pra Sepenuh masa E-PJJ/ FLP/ KLK Sarjana PHD Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan

JUMLAH PINJAMAN BIASA 30 12 4 4 4 20 4 2 2 10 6 2 2 10 20 20 40 60

TEMPOH PINJAMAN

4

29 Hari

29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 29 Hari 14 Hari 14 Hari 14 Hari 29 Hari 29 Hari

DENDA

Setiap buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari tidak termasuk Cuti Umum. KATEGORI KEAHLIAN Kakitangan Akademik

DESKRIPSI

TINDAKAN

Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Pemeriksa Luar

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan

9

Kakitangan Bukan Akademik Jurulatih/ Tutor

Pelajar

Ahli Luar



Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sepenuh masa Kontrak Sambilan Sementara Sepenuh masa EPJJ/FLP KLK/ Sijil/Matrikulasi Sarjana/ Phd Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan 20 sen sehari (Tidak termasuk cuti umum)

20 sen sehari (Tidak termasuk cuti umum)

Pelanggan perlu membayar denda di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi tertakluk pada waktu perkhidmatan kaunter sahaja.

BUKU HILANG

Pengguna yang menghilangkan buku/bahan bacaan perpustakaan boleh memilih untuk membayar gantirugi atau mengganti semula bahan yang dihilangkan. Bayaran gantirugi adalah mengikut harga pembelian bahan tersebut oleh pihak perpustakaan. Laporkan dengan kadar segera jika kehilangan bahan yang dipinjamkan di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi. Tatacara bayaran buku hilang adalah seperti berikut:HARGA BUKU + HARGA PROSES + DENDA LEWAT (Sekiranya ada)

: RM __________

JUMLAH

: RM __________

: RM 20.00 (Tetap) : RM __________

*Sekiranya harga buku tiada di dalam rekod ILMU, harga buku (standard) yang digunapakai adalah seperti berikut:-

10

KATEGORI

HARGA BUKU (RM)

Dalam Malaysia

RM 80.00 + RM 20.00 (proses)

Luar negeri

RM 150.00 + RM 20.00 (proses)

B. PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHAN

Perkidmatan pemulangan buku boleh di lakukan di Kaunter UPPPK atau menggunakan mesin “Book Drop”.

C. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMAN a)

Melalui Telefon:Pelanggan yang ingin melanjutkan tempoh pinjaman bahan boleh menelefon ditalian 04 – 456 2238 (Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi) sekiranya peminjam masih dalam tempoh bercuti atau tidak dapat datang ke perpustakaan. Pelanggan perlu menyatakan nombor kad matrik dan nombor aksessen serta judul buku yang hendak diperbaharui. Semua urusan dikendalikan pada waktu pejabat sahaja.

b)

Melalui Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi:Perkhidmatan ini dibuka kepada semua pengguna perpustakaan sepanjang waktu perkhidmatan perpustakaan dibuka. Pelanggan perlu membawa buku yang hendak dilanjutkan tempoh pinjaman ke kaunter sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan.

c)

Melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah:Pelanggan perlu membuat pembaharuan sendiri dengan membuka Portal PSB di alamat http://library.uitm.edu.my/kedah dan masukkan id penguna serta katalaluan kemudian klik pada ‘borrowing & renewal’. Peringatan: Pembaharuan buku hanya dibenarkan sekali sahaja.  Sekiranya buku tersebut telah ditempah sistem tidak akan membenarkan pembaharuan pinjaman dibuat.  Buku yang telah lewat tarikh pemulangannya tidak dibenarkan membuat pembaharuan.

11

D. PERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKU

Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan tempahan bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan buku ini boleh dilakukan melalui Web OPAC. Sila layari laman web perpustakaan di alamat http://library.uitm.edu.my/kedah . Buku yang telah ditempah boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi setelah bahan tersebut dipulangkan oleh pengguna sebelumnya. Sila kemukakan judul dan nombor panggilan bahan yang telah ditempah. Bahanbahan yang telah ditempah ini akan disimpan di atas rak tempahan selama 7 hari sahaja.

E. PERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHAN

Pihak perpustakaan akan menghantar surat peringatan kepada pengguna jika bahan tersebut masih belum dihantar selepas tarikh akhir sesuatu pinjaman. Surat peringatan ini dialamatkan ke kolej kediaman bagi surat peringatan pertama dan kedua. Bagi surat peringatan yang ketiga ia akan dihantar kepada waris pelajar.

F. PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (PAP)/ SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)

Buku/bahan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan boleh diperolehi melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ini bukan sahaja melalui perpustakaan-perpustakaan yang terdapat di Malaysia tetapi juga dari perpustakaan luar negara. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mengisi borang Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) yang boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi. Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan pada harga yang telah ditetapkan dari institusi yang membekalkan bahan. Bagi permohonan melalui Ketua Jabatan, pembayaran diuruskan melalui kod jabatan.

G. PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAK

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pencarian bahan yang tidak dapat dikesan dirak oleh pengguna. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisi Borang Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Dirak. Sila dapatkan maklumbalas daripada perpustakaan selepas 2 hari bekerja dari tarikh membuat aduan.

H. PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGAN

Perkhidmatan yang penting bagi pengguna mendapat faedah yang maksimum dari koleksi perpustakaan ialah Perkhidmatan rujukan dan bimbingan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Maklumat di aras 1. Ianya merangkumi perkhidmatan berikut:-

12

a)

Perkhidmatan Rujukan:Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pustakawan Rujukan dan dibantu oleh Pembantu Perpustakaan. Pengguna yang memerlukan bantuan khidmat rujukan dan nasihat boleh datang terus ke kaunter Rujukan dan berbincang dengan pegawai bertugas. Pengguna akan dibantu oleh Pustakawan dan kakitangan bertugas melalui khidmat nasihat dalam mencari dan mengenalpasti maklumat yang di kehendaki.

b)

Kelas Kemahiran Maklumat (KKM):1. Kelas Kemahiran Maklumat adalah program bimbingan khusus mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada pengguna tentang kemahiran menggunakan perpustakaan dan mencari maklumat mengikut kaedah yang cepat dan tepat. 2. Terdapat tujuh (7) modul yang diajar iaitu:a) Penerangan yang mendalam mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta prosedur penggunaanya. b) Kemahiran penggunaan WebOPAC/ WebINFOLINE. c) Kemahiran Maklumat Portal PSB. d) Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Atas Talian. e) Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalaman : Koleksi Digital, CDTesis dan lain-lain. f) Kaedah dan strategi pencarian maklumat. g) Kaedah menganalisa kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi. 3. Penyertaan, tarikh dan jangkamasa:Pendaftaran dibuka sepanjang tempoh pengajian dengan mengisi Borang Pendaftaran yang disediakan di Kaunter Unit Perkhidmatan Maklumat Perpustakaan Sultan Badlishah. Manakala tarikh-tarikh kelas ditetapkan oleh pengguna mengikut kelapangan mereka dan kelas berlangsung selama 1 jam. 4. Kaedah Pengendalian Kelas:Kelas ini akan dikendalikan dalam jumlah yang kecil iaitu maksimum 10 orang pelajar dan minimum 5 orang pelajar, permohonan datangnya dari para pelajar sendiri dan lokasinya adalah di Unit IT, Aras 2, Walaubagaimanapun sekiranya permohonan datangnya dari pensyarah bagi mengadakan kelas ini untuk pelajar-pelajarnya jumlah yang besar akan dilakukan di aras 3. 13

c)

Pameran Semasa:Sekurang-kurangnnya setiap 3 bulan sekali satu tajuk pameran akan diadakan. Ini adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai sesuatu isu.

d)

Penyediaan Koleksi Rujukan:Unit Pengurusan Maklumat juga menyediakan bahan-bahan seperti:

Rancangan Perniagaan Pelajar (ETR). Bahan ini merupakan hasil penyelidikan rancangan perniagaan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.



Laporan Penyelidikan Pelajar-Pelajar (DIDE). Bahan ini merupakan hasil penyelidikan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.



Soalan Peperiksaan. Kertas-kertas soalan peperiksaan semester yang lepas untuk kursuskursus yang ditawarkan boleh didapati secara digital di dalam Portal Perpustakaan Sultan Badlishah melalui Bank Soalan.



Koleksi Akhbar. Koleksi akhbar-akhbar terpilih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat seperti berikut:    



Akhbar: Berita Harian Utusan Malaysia New Straits Times The Star Metro

Bahan-bahan Rujukan Terpilih. Bahan-bahan rujukan ini terdiri daripada Buku Panduan, Laporan Tahunan, Akta, Undang-Undang dan Pekeliling, Koleksi Sejarah Kedah, Prospektus, Buku-buku KBR terpilih, pita video, kaset dan Cakera Padat. 14

I.

PERKHIDMATAN PORTAL PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

J.

PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Portal Perpustakaan Sultan Badlishah boleh diakses melalui http://library.uitm.edu.my/kedah. Di dalam portal ini, pelanggan boleh mengakses pelbagai maklumat terkini mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan Sultan Badlishah.

Perkhidmatan yang terdapat di sini ialah melayari internet, mencetak, menaip tugasan dan mengimbas. Ianya disediakan kepada pengguna yang berdaftar dan menjadi ahli perpustakaan sahaja. Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja setiap seorang. Perkhidmatan ini hanya untuk tujuan ilmiah sahaja. Sebarang penyalahgunaan tidak dibenarkan (sila lihat peraturan perpustakaan).

 Setiap penggunaan dan tempoh had masa menggunakan komputer 

K.

akan dikawal selia oleh sistem CMAPs. Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.

PERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Pengguna perpustakaan juga boleh mendapatkan maklumat melalui pangkalan data yang dilanggan melalui portal perpustakaan yang mengandungi teks penuh dan juga abstrak seperti berikut :              

Pangkalan Data: Ebsco Host Emerald H.W. Wilson Science Direct Lexis Nexis ACM Portal Pro Quest E- books - Springer Web Feat CLJ Law West Law A to Z Scopus BLIS (Bernama Infoline)

Sila rujuk risalah panduan menggunakan pangkalan data. 15

L.

PERKHIDMATAN KATALOG PERPUSTAKAAN

M.

PERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHAN

Perpustakaan Sultan Badlishah menggunakan sistem ILMU Universion (Integrated Library Management Utility) sebagai sistem pengkomputerannya. Sistem ini membolehkan pelanggan mengakses maklumat lengkap bahan perpustakaan melalui ‘Online Public Access Catalogue’(OPAC). OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1, 2 dan 3. Perpustakaan Sultan Badlishah. Pelanggan juga boleh mengaksesnya melalui ‘Web OPAC’ di portal Perpustakaan Sultan Badlishah. Perkhidmatan mencetak bahan disediakan dengan kadar bayaran bagi setiap 1 muka surat adalah seperti di dalam jadual berikut:JENIS DESKRIPSI HARGA KERTAS WARNA (RM) A4 Hitam putih RM 0.30 sen A3 Hitam putih RM 0.60 sen A4 Berwarna RM 1.00 A3 Berwarna RM 2.00 A4 Foto print/ berwarna RM 3.00 A3 Foto print/ berwarna RM 6.00  PPengguna bertanggungjawab di atas setiap kos cetakan sekiranya kesilapan cetakan yang dilakukan bukannya disebabkan oleh masalah peralatan tetapi disebabkan oleh pengguna itu sendiri.  Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.  Semua urusan cetakan akan dikawal selia oleh sistem CMAPs, sistem ini akan membuat pengiraan berpandukan pada caj dan jumlah mukasurat yang dicetak.

N.

PERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)

O.

PERKHIDMATAN FOTOKOPI

P.

BILIK PERBINCANGAN

Perkhidmatan ‘scanning’ disediakan secara percuma kepada pengguna di mana pengguna perlu melakukannya secara layan diri. Kemudahan fotokopi boleh didapati di aras 2 Perpustakaan Sultan Badlishah dan ianya dikendalikan oleh syarikat swasta. Terdapat 2 Bilik Perbincangan yang disediakan untuk pengguna bagi kerja-kerja berkumpulan iaitu di aras 1 dan 2. Pengguna perlu membuat tempahan bilik di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi sebelum menggunakannya. 16

Q.

PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI Pengguna perlu menambah nilai untuk membuat sesuatu urusan cetakan. Kaunter tambah nilai hanya disediakan di Unit Perkhidmatan Maklumat dan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat sahaja.

R.

PERKHIDMATAN WIRELESS Kemudahan internet tanpa wayar ini boleh diakses di semua aras di dalam perpustakaan tetapi pengguna perlu mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan Wireless di Pejabat Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah.

PERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Pengguna perlu mengisi borang kad E untuk menjadi ahli perpustakaan. 2. Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja bagi setiap individu. 3. Pembaharuan penggunaan komputer hanya dibenarkan sekali sahaja dengan syarat tiada pengguna yang lain. 4. Kakitangan bertugas berhak untuk meminda @ membatalkan penggunaan komputer jika pengguna tidak mengikut peraturan yang disediakan. 5. Penggunaan IRC (Internet Relay Chatting) dan email yang bukan bertujuan untuk pembelajaran atau bukan akademik adalah dilarang.  Sila rujuk kakitangan bertugas sekiranya terdapat masalah pada komputer yang sedang anda gunakan

WEB OPAC (ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG)

Perpustakaan Sultan Badlishah telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai sistem ILMU pada bulan Mei tahun 2002. Sistem ini merupakan satu pakej perisian yang dibentuk khas untuk kegunaan di perpustakaan. Pakej ini mengandungi maklumat mengenai koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Pengguna-pengguna perpustakaan boleh membuat pencarian buku/bahan melalui web OPAC(Online Public Access Catalog) atau Katalog Umum Atas Talian. Web OPAC menyediakan beberapa kemudahan pencarian bahan melalui 3 jenis pencarian samada ‘leftstring’, ‘pattern’, atau ‘keywords’ menerusi pelbagai kaedah pengaksesan samada tajuk bahan, nama pengarang, perkara, penerbit, nombor siri, nombor panggilan, nombor ISBN/ISSN ataupun ‘any’. Semua pengguna digalakkan menggunakan web OPAC untuk pencarian bahan bagi memastikan apakah kategori dan jenis bahan, di manakah lokasinya, nombor panggilan dan status bahan tersebut. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan pencarian sesuatu bahan.

EQUIP – (Electronic Query Using Internet Protocol)

EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol) menawarkan paparan skrin yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan sub-menu untuk pelbagai fungsi. 17

Sila klik pada mana-mana fungsi yang berkaitan seperti berikut setelah anda memasukkan id pengguna dan katalaluan. Ianya boleh dilakukan samada melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah atau klik pada Web OPAC.

FUNGSI EQUIP – (Electronic Query Using Internet Protocol) PERKARA Events Calendar Subject Browser Web OPAC Personal/Patron Detail(Account) Reservation Status Fine(Receipting Transaction) Suggestion Box New Arrivals Article Browsing Find an Article(Web Infoline) Message & Reminder(ILMU Mail) On-Loan Item Item Request Outgoing ILL Request(Beta) Incoming ILL Request(Beta)

KEGUNAAN Untuk melihat kalendar perkhidmatan perpustakaan. Untuk menyemak bahan perpustakaan melalui tajuk perkara. Untuk mencari bahan/buku di dalam koleksi perpustakaan. Untuk menyemak butiran keahlian perpustakaan dan menukar ‘password’. Untuk melihat status tempahan buku. Untuk melihat urusan pembayaran. Untuk mengisi borang cadangan. Untuk melihat senarai tajuk buku baru yang siap diproses dan boleh dibuat pinjaman. Untuk menyemak tajuk artikel jurnal dan projek pelajar berdasarkan tajuk perkara. Untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti Laporan Tahunan, Projek Pelajar, Prospektus, Disket, Seminar, Rancangan Perniagaan (ETR), Penyelidikan Pensyarah, Penerbitan UiTM dan Penerbitan Kerajaan. Untuk menyemak e-mail yang dihantar oleh pihak perpustakaan. Untuk melihat senarai buku yang telah dibuat pinjaman. Untuk melihat senarai bahan yang telah dibuat permohonan. Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan(dalam) Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan(luar)

18

TATACARA MENGGUNAKAN EQUIP A. UNTUK MENYEMAK JUMLAH BUKU YANG DIPINJAM 1. Skrin komputer akan memaparkan menu utama pada Web OPAC. Sila klik pada ‘Web Opac’.

19

2. Pada paparan skrin yang berikut masukkan butiran yang diperlukan pada id pengguna dan katalaluan kemudian klik hantar.

 Masukkan ID Pengguna:Kakitangan : Nombor Pekerja Pelajar : Nombor Matrik  Masukkan Katalaluan:Kakitangan : Nombor Pekerja Pelajar :Lapan Angka hadapan nombor matrik

20

3. Skrin akan dipaparkan seperti berikut, klik ‘Borrowing & Renewal’ untuk menyemak jumlah buku yang dipinjam.

*Jumlah pinjaman akan dipaparkan seperti skrin berikut, setelah selesai semua urusan sila klik ‘Logout’ untuk menamatkan semua urusan.

21

B. PENUKARAN PASSWORD 1. 2.

Masukkan ID Pengguna dan katalaluan anda. Kemudian klik hantar.  Jika anda telahpun berada di dalam akaun keahlian anda, langkah ini boleh diabaikan. Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:

3.

Klik ‘Personal/patron detail’.  Skrin berikut akan dipaparkan:-

22

4. 5. 6. 7. 8.

Klik pada ‘Change password’. Masukkan ‘Old Password’ (no. pelajar - lapan angka hadapan no. ID). Masukkan ‘New Password’. Taipkan ‘Confirm Password’ baru anda. Klik ‘Change’ bagi menjayakan penukaran ‘Password’ baru anda.

Setelah selesai skrin berikut akan dipaparkan:

* Setelah selesai semua urusan, sila klik ‘Logout’ untuk menamatkan semua urusan bagi mengelakkan maklumat anda di salah guna oleh pengguna lain. 23

C. PENCARIAN BAHAN MELALUI WEB OPAC

OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1, 2 dan 3. Pelanggan juga boleh mengakses Web OPAC melalui portal Perpustakaan Sultan Badlishah di alamat http://lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary .

1.

Menu utama akan dipaparkan seperti di skrin bawah, kemudian klik pada web opac.

*Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

24

2. 3. 4. 5.

6.

Buat pilihan pada ‘Search Type’ (samada leftstring, pattern atau keywords). Buat pilihan pada ‘Access Point’ (samada Title, Subject, Series, ISBN/ISSN, Name/author, Publication, Call Number atau Any). Masukkan maklumat pada ruangan ‘Search Text’ seperti tajuk buku, contohnya:Management. Klik ‘Search’. *Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

Untuk mencari buku tersebut di atas rak, sila klik pada ‘Title’ buku tersebut. Nombor kelas serta lokasi bahan akan di paparkan.

25

Contohnya:- Nombor panggilan HD31.R63 1999 Nombor panggilan pada kulit buku HD31 .R63 1999

7.

8.

Pada skrin komputer web OPAC

HD31.R63 1999

Kategori buku:Open Shelf Reference KBR Majalah

: Buku pinjaman (Rak Terbuka) : Buku rujukan : Kumpulan Buku Rezab : Majalah

Status buku:Final Processing Available Circulated Bindery

: Buku masih dalam proses : Buku ada di rak dan boleh dipinjam : Buku telah dipinjam : Proses menjilid (buku rosak)

26

D. PANDUAN PENGGUNAAN WEB INFOLINE

Web Infoline menawarkan perkhidmatan untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti laporan tahunan, projek pelajar, prospektus, disket, seminar, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, penerbitan UiTM, penerbitan Kerajaan dan buku cenderamata. Semua bahan ini ditempatkan di Unit Perkhidmatan Maklumat.

1.

Menu utama akan dipaparkan seperti di skrin berikut, kemudian sila klik pada ’Find an Article’.

2.

Skrin berikut akan muncul pada komputer web OPAC.

27

3.

Taipkan tajuk bahan di ruangan ‘Search Text’ dan klik ‘Search’.

 Kaedah pencarian bahan di ‘Web Infoline’ adalah hampir sama dengan kaedah pencarian buku di web opac.

E. PANDUAN MEMBUAT TEMPAHAN BUKU RAK TERBUKA 1.

Menu utama akan dipaparkan seperti skrin di bawah, kemudian klik pada web opac.

28

2. 3. 4. 5.

6.

Sila buat pilihan pada ‘Search Type’ (samada leftstring, pattern atau keywords). Buat pilihan pada ‘Access Point’ (samada Title, Subject, Series, ISBN/ISSN, Name/author, Publication, Call Number atau Any). Masukkan maklumat pada ruangan ‘Search Text’ seperti tajuk buku, contohnya:Mutiara kisah-kisah dan nasihat berhikmah. Klik ‘Search’. *Skrin akan dipaparkan seperti di bawah:-

Klik pada judul buku tersebut, nombor kelas serta lokasi bahan akan dipaparkan. Kemudian klik pada ‘Accession number’.

29

*Skrin akan dipaparkan seperti berikut:-

7.

Klik ‘Place Reservation’, kemudian masukkan id pengguna serta katalaluan dan klik hantar.

 Masukkan ID Pengguna

: Nombor Matrik Pelajar / Pekerja

 Masukkan Katalaluan

: Pelajar- Lapan angka hadapan nombor matrik : Kakitangan – Nombor pekerja 30

8.

Satu arahan akan muncul seperti berikut:- Are you sure you want to reserve this title?, sila klik ‘Yes’ (untuk membuat tempahan), atau klik ‘No’ (untuk membatalkan arahan tempahan).

9.

Jika berjaya arahan berikut akan dipaparkan:-

 Hanya buku yang telah dipinjam atau dalam kategori ‘Circulated’ sahaja  Sila lihat atau ambil notis tempahan anda di papan kenyataan perpustakaan (sudut informasi) sebelum mengambil buku tempahan di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

31

SISTEM PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH Bahan di dalam perpustakaan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Tajuk Perkara (Library Of Congress Classification Scheme). *Nota:

LCCS

:

DEFINASI

A B C,D,E,F G H HA HB-HJ HM-HX J K L M N P Q QA QB QC QD QE QH QK QL QP QR R S T U,V Z

-

BUKU AM FALSAFAH DAN AGAMA SEJARAH GEOGRAFI/ ANTROPOLOGI SAINS KEMASYARAKATAN STATISTIK EKONOMI & PERNIAGAAN SOSIOLOGI POLITIK UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN MUZIK KESENIAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN SAINS MATEMATIK ASTRONOMI FIZIK KIMIA GEOLOGI SEJARAH SEMULAJADI BOTANI ZOOLOGI, ANATOMI MANUSIA FISIOLOGI MIKROBIOLOGI PERUBATAN PERTANIAN TEKNOLOGI SAINS KETENTERAAN DARAT DAN LAUT BIBLIOGRAFI & SAINS

32

Susunan bahan mengikut Sistem Pengkelasan Tajuk Perkara(LCCS) Web OPAC Nombor panggilan pada kulit buku

Pada skrin komputer web OPAC

LA 100 B36

LA100 B36

Di atas rak

L sebelum LA

210 sebelum 212

.B sebelum .C

.34 sebelum .55

33

.55 sebelum .554

.554 sebelum .63

1987 sebelum 1991

TATATERTIB PERPUSTAKAAN Pelanggan Perpustakaan Sultan Badlishah perlu mematuhi peraturan tatatertib perpustakaan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk mewujudkan keselesaan kepada semua pelanggan.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG BIL. 1. 2.

KESALAHAN Memasuki perpustakaan tanpa kebenaran. Menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan tanpa kebenaran.

HUKUMAN I.

Amaran.

I. II.

Amaran. Dilarang menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan perpustakaan selama satu bulan. Pelanggan akan disenarai hitamkan sekurang-kurangnya 2 minggu dari membuat pinjaman bahan. Pelanggan(pemilik & pengguna kad)akan disenarai hitamkan 1 bulan dari membuat pinjaman bahan. Dilarang memasuki perpustakaan selama 1 bulan. Tindakan tatatertib Hal Ehwal Pelajar(HEP). Dilarang memasuki perpustakaan.

3.

Tidak mempamerkan kad matrik UiTM atau kad pelawat.

I.

4.

Menyalahgunakan kad matrik UiTM.

I. II.

5. 6.

7. 8.

9.

10.

Tidak mematuhi etika dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan. Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan (kecuali beg tangan dan fail), payung, topi/topi keledar, pisau, gunting, makanan dan minuman. Makan, minum, merokok atau tidur di dalam perpustakaan. Membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran. Mengalih atau menyalahguna bahan, koleksi, perabot, peralatan atau perkakasan perpustakaan. Menempah kerusi meja.

III. I. I.

Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

I.

Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan. Diberi amaran atau diminta keluar dari perpustakaan. Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan. Diberi amaran dan diminta menyusun atur kembali.

I. II. I.

I. 34

Diberi amaran.

11. 12.

13. 14.

15. 16. 17.

Memindahkan bahan perpustakaan dari satu aras atau lokasi tanpa pinjaman. Menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan.

I.

Diberi amaran dan diminta mengembalikan bahan ke tempat asal.

I.

Menyorok buku/bahan perpustakaan. Menyepahkan atau meninggalkan bahan perpustakaan di atas meja atau rak. Bercakap terlampau kuat menggunakan telefon bimbit.

I.

Pelanggan akan disenarai hitam 1 semester dari membuat pinjaman bahan. Surat Laporan Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP)untuk tindakan tatatertib. Amaran.

I.

Amaran.

I.

Diminta keluar dari perpustakaan.

Membuang sampah merata-rata tempat. Berkelakuan sumbang atau berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

I.

Diberi amaran dan diminta mengutip sampah yang telah dibuat. Dilarang daripada menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan perpustakaan PSB selama 1 bulan. Amaran bertulis kepada Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP). Pelanggan akan disenarai hitam selama 1 semester dari membuat pinjaman bahan. Surat Lapor Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP)untuk tindakan tatatertib. Pelanggan akan disenarai hitamkan dari membuat pinjaman bahan sehingga menyelesaikan bayaran. Pengesahan daripada Ketua Kampung, Polis dan Pegawai Daerah.

II.

I. II.

18.

Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran.

I. II.

19.

Menghilangkan bahan perpustakaan.

I.

20.

Kemusnahan bahan perpustakaan akibat banjir, kebakaran dan sebagainya.

I.

21.

Kelewatan memulangkan buku/bahan perpustakaan.

I. II.

22.

Menyalahgunakan kemudahan(Bilik Perbincangan).

I.

Pelajar akan disenarai hitamkan selama 1 semester daripada membuat pinjaman sekiranya denda melebihi RM10.00. Kakitangan UiTM akan disenarai hitamkan daripada membuat pinjaman. Amaran lisan.

*Semua pelanggan mesti mematuhi sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan. Pelanggan yang ingkar tidak akan dibenarkan memasuki perpustakaan.

35

DIREKTORI: Ketua Perpustakaan Sultan Badlishah Tel: 04-456 2226 Helpdesk PSB Tel:04-4562236 Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi Tel:04-4562238 Unit Sistem & Teknologi Maklumat Tel:04-4562229 Unit Perkhidmatan Maklumat Tel:04-4562229 Unit Jurnal dan Pangkalan Data Tel:04-4562235 Unit Pembangunan Sumber Ilmu Tel:04-4562228 Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal Tel:04-4562231

Alamat: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah, Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman No. Tel(Pejabat) : 04-4562228, No. Faks: 04-4562225 URL:http://library.uitm.edu.my/kedah

36