PDC anjur pertandingan Animasi 2D & D - Penang Development ...

80 downloads 1529 Views 182KB Size Report
6 Jul 2010 ... menganjurkan pertandingan 'Animasi 2D & 3D' yang terbuka ... kumpulan terdiri daripada dua atau tiga orang tanpa dikenakan sebarang.
TARIKH

: 06/07/2010

AKHBAR

: BERITA HARIAN

TAJUK KERATAN

: PDC anjur pertandingan Animasi 2D & 3D

PDC anjur pertandingan Animasi 2D & D Georgetown : Perabadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menganjurkan pertandingan ‘Animasi 2D & 3D’ yang terbuka kepada pelajar dan amatur dari wilayah utara dalam usaha mengasah bakat dalam bidang digital kreatif. Ia dianjurkan bersama Creatif Content Centre, Multimedia Development Corporation, Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), ITUUUM Asia Pacific Center of Excellence for Rural ICT Development, Unirversiti Utara Malaysia (UUM), Software Consortium of Penang dan Akeetoons Sdn.Bhd. Pertandingan bertemakan ‘Go Green’ itu boleh disertai secara invidu atau kumpulan terdiri daripada dua atau tiga orang tanpa dikenakan sebarang bayaran. Mereka yang berminat perlu menyerahkan borang penyertaan kepada PDC melalui emel, [email protected] atau fax ke 04-6424746 sebelum 31Ogos depan. Peserta perlu menyerahkan fail animasi kepada PDC sebelum atau pada 1 November 2010 untuk penilaian panel hakim. Sebarang pertanyaan, bolehlah melayari laman web, poecc.pdc.gov.my atau menghubungi 04-6340303/ 6340310.