PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI Konsep Pemerintah dan ...

52 downloads 3532 Views 94KB Size Report
PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI. Konsep Pemerintah dan Negara Dalam Islam. Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Untuk melaksanakan cara ...
PEMERINTAH ISLAM DAN EKONOMI Konsep Pemerintah dan Negara Dalam Islam Islam adalah satu cara hidup yang lengkap. Untuk melaksanakan cara hidup ni, ia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Lapisan organisasi masyarakat manusia yang tertinggi ialah kerajaan atau pemerintah. Ini kerana pemerintah mempunyai kuasa politik untuk memastikan semua kegiatan sosio-ekonomi dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan teratur berdasarkan kepada prinsip dan dasar yang telah ditentukan. Apabila anggota masyarakat mematuhi dan melaksanakan segala prinsip dan dasar ditetapkan oelh pemerintah, maka akan wujud satu negara. Apabila pemerintah itu menentukan prinsip dan dasar yang dikehendaki oleh Islam, maka pemerintah tersebut dinamakan pemerintah atau kerajaan Islam dan negara yang dihasilkan adalah negara Islam. Kemuncak kepada kerajaan Islam ini ialah khalifah, imam atau ketua negara. Tugas utama pemerintah Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam negara berkenaan berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan. Justeru itu, pemerintah dan negara adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir kehidupan manusia iaitu mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem bernegara, mereka yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana mereka mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum ketuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak membatalkan hukum ketuhanan ini. Dengan keyakinan yang sedemikian, negara Islam dapat diwujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa. Dalam hal yang sedemikian, maka kebanyakkan ahli fikir menyatakan bahawa negara Islam adalah bersifat demokratik. Antara perlaksanaan konsep musyawarah yang penting adalah pemilihan ketua negara atau khalifah. Khalifah juga boleh dipanggil sebagai amir atau imam. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa adalah satu kemestian bagi orang Islam untuk memilih seorang ketua bagi memudahkan urusan negara. Khalifah atau ketua negara itu akan bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan supaya menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan kebendaan rakyatnya. Manakala tuga setiap rakyat adalah untuk mematuhi pemerintah. Oleh kerana itu, pemerintah perlu terlibat dalam membentuk dasar dan strategi yang boleh membantu meningkatkan kebajikan rakyatnya. Antara dasar dan strategi berkenaan yang berkaitan dengan ekonomi adalah melalui dasar fiskal dan kewangan. Pemerintah juga bertanggungjawab dalam melaksanakan strategi dan dasardasar yang lain dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang menunjukkan hak pemerintah mengawasi serta memandu rakyat dalam pelbagai lapangan kehidupan. Contohnya Surah 4 : 59, 5: 52, 3: 139 dan sebagainya.

1

Fungsi Pemerintah dalam Ekonomi 1. menghapuskan kemiskinan, mencapai gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. • Allah menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah. Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada dalam gunatenaga penuh. • Perancangan penggunan tenaga perlu dilakukan seperti latihanlatihan, pendidikan, R&D dll perlu dilaksanankan. • Penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan seperti jalanraya, sekolah dsb ke arah pencapaian matlamat tersebut. 2.

Mengekalkan kestabilan Nilai Benar Wang • Ia penting bukan sahaja utk menjamin pertumbuhan ekonomi tetapi juga berkaitan dengan keadilan sosial. • Nilai wang adalah ukuran perlu disempurnakan dalam kegiatan masyarakat • Kesan negatif akan timbul jika nilai wang tak stabil o Terkurang nilai o Terlebih nilai

3.

Menjamin keadilan sosial dan ekonomi • Aspek pendidikan, kesihatan, perumahan & kebajikan masy. • Hub ant pekerja & majikan • Setiap transaksi ekonomi dll

4.

Memastikan kesaksamaan agihan pendapatan & kekayaan • Jika jurang adalah besar- timbul permusuhan ant kaya & miskin. • Pemerintah akan menjalankan pelbgi dasar termasuklah percukaian agar rakyat dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pendidikan dsb.

5.

Memelihara undang-undang & ketenteraan • Penggubalan undang-undang agar wujud ketenteraman • Penguatkuasaan oleh kerajaan melalui pelbagai gensi termasuklah pihak polis. • Melengkapkan aspek ketenteraan supaya dapat pertahankan tanah air dari pelbagai musuh terutamanya bukan Islam

6.

Menyelaras hub Antarabangsa • Antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam • Kerjasama dilakukan bukan sahaja aspek ekonomi, malah aspek sosial, politik dsb.

2