Penanda Darjah Penghabisan: Menyelesaikan Kesulitan

22 downloads 97 Views 295KB Size Report
Khadijah membaca ayat yang terakhir di dalam al-Quran. Halaman Empat. BERITA ... Gejala ini didapati menimbulkan kesulitan ... Sebagai permulaan, perlu di-.
Halaman Empat

BERITA HARIAN Rabu, 22 Oktober 2008

BH PILIH L4 22 emel

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

Penanda Darjah Penghabisan: Menyelesaikan Kesulitan

Pengejaan “Ayat” dalam Jawi

D

alam keluaran kali ini, kita akan membincangkan satu tajuk yang amat kecil dalam pengejaan Jawi iaitu cara mengeja perkataan “ayat”. Cara mengejanya kelihatan mudah tetapi sebenarnya tidak jika kita tidak mengetahui kaedahnya yang sebenar. Dalam hal pengejaan “ayat” ini boleh dibahagikan kepada dua cara: Pertama, cara mengeja “ayat” yang berkaitan dengan al-Quran dan yang kedua, cara mengeja “ayat” biasa yang tiada kaitan dengan alQuran. 1. Cara pengejaan “ayat” yang berkaitan dengan al-Quran Cara pengejaannya adalah seperti pengejaan kata jamak “ayat” dalam bahasa Arab iaitu: Alif-Ya-Alif-Ta. Contoh:

Ejaan Rumi

Jawi

Ayat Kursi



Ayat Dain (ayat hutang) Ayat kelima surah Yasin Ayat terakhir dalam al-Quran

Walaupun cara pengejaannya mengikut cara pengejaan kata jamak dalam bahasa Arab tetapi tidak membawa makna jamak seperti ejaannya. Dengan kata lain cara mengejanya sahaja mengikut kata jamak tetapi makna tetap tunggal. 2. Cara pengejaan “ayat” biasa yang tiada kaitan dengan al-Quran Cara pengejaannya adalah seperti pengejaan kata tunggal “ayat” dalam bahasa Arab iaitu: Alif-Ya-Ta (Marbutah). Contoh:

Ejaan Rumi

Jawi

Ayat makmuk pancangan Ayat tunggal Ayat cinta Ayat kompleks Sebaris ayat

Walaupun ejaannya menggunakan Ta’ Marbutah, namun cara penyebutannya tetap satu iaitu [a.yat] dan kita tidak boleh membacanya sebagai [a.yah] sebagaimana perkataan hidayat/hidayah.

Latihan

Tulis semula ayat berikut dalam tulisan Jawi. 1. Rahimi membaca ayat Kursi sebelum tidur. 2. Zaidah mengarang ayat-ayat cinta di dalam diarinya. 3. Khadijah membaca ayat yang terakhir di dalam al-Quran.

D

alam makalah ini, tumpuan akan diberikan kepada aspek penanda darjah penghabisan pada kata adjektif. Gejala ini didapati menimbulkan kesulitan kepada pengguna bahasa terutama para pelajar. Mereka kurang faham mengapa teramat pandai dikata-kan betul tetapi terpandai sekali itu salah. Demikian juga, mereka tidak faham mengapa sangat pandai sekali dikatakan betul tetapi paling pandai sekali tidak. Gejala inilah yang akan dihuraikan pada kali ini. Sebagai permulaan, perlu dise­dari bahawa dalam bahasa Melayu terdapat TIGA darjah sewaktu menyatakan kata adjektif. Pertama ialah darjah biasa, iaitu yang menggunakan kata adjektif biasa, contohnya dalam frasa berikut: rumah kecil, baju baharu dan meja bulat. Dalam kes ini, kata adjektif kecil, baharu dan bulat digunakan dalam bentuk biasa tanpa apa-apa tambahan atau perubahan pada bentuknya. Kedua ialah darjah bandingan. Ini dinyatakan dengan dua cara, iaitu: Bagi bandingan yang sama, dengan menggunakan kata adjektif dengan awalan se-, misalnya sebesar, setinggi dan sesedap. Contoh dalam ayat: (1) Rumah saya tidak sebesar rumah itu. (2) Galah itu setinggi pokok papaya di depan padang sekolah. (3) Masakannya tidak sesedap masakan ibu. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan sama. Misalnya: sebesar boleh bertukar dengan sama besar, setinggi dengan sama tinggi dan sesedap dengan sama sedap. Bagi bandingan yang berbeza, iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, misalnya (1) Rumah Ali

KATA KLASIK

Gurap

T

akrif: sejenis perahu. Contoh ayat: Maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada gurap yang besarnya itu.

BAHASA SUKUAN

Degan

ISTILAH SEMASA

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

walkalator mist avatar dreadlock style

laluan gerak (Teknologi Pengangkutan) semburan (Farmasi) avatar (Komputer) gaya rambut pilihan (Fesyen) Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan

D

egan ialah kosa kata suku kaum Iranum yang bermaksud banjir. Kata degan diucapkan dalam dua suku kata de-gan. Contoh penggunaannya: Hujan lebat semalam telah menyebabkan kawasan kampung degan.

lebih besar daripada rumah saya. (2) Galah itu kurang tinggi daripada pokok betik di depan padang sekolah. (3) Masakannya kurang sedap daripada masakan ibu. Yang ketiga ialah penanda darjah penghabisan. Secara bandingan, penanda darjah penghabisan lebih banyak jumlahnya dan lebih rumit sehingga kadangkadang mengelirukan. Terdapat ENAM jenis darjah penghabisan bagi kata adjektif dalam bahasa Melayu, seperti yang berikut: Bentuk awalan se- yang mendahului kata adjektif dan diikuti dengan menggandakan kata adjektif berkenaan, kemudian diikuti oleh kata nama, misalnya sepandai-pandai tupai, setinggitinggi gunung dan sebaik-baik manusia. Bentuk kata adjektif de­ngan awalan ter-. Memang salah satu makna awalan ter- ialah menandakan darjah penghabisan misalnya terpandai, tertinggi dan terbaik. Bentuk kata adjektif dengan perkataan paling. Dalam kes ini, perkataan paling, seperti awalan ter-, membawa maksud darjah penghabisan. Contohnya paling pandai, paling tinggi dan paling baik. Bentuk kata adjektif dengan kata penguat sekali. Seperti terdan paling, perkataan sekali juga membawa makna darjah penghabisan, contohnya pandai sekali, tinggi sekali dan baik sekali. Perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga bentuk ini secara tersendiri membawa maksud darjah penghabisan. Oleh itu, bentukbentuk ini tidak boleh hadir serentak dalam satu binaan. Maka itu, salah jika dikatakan terpandai sekali (ada ter- dan sekali), atau paling pandai sekali (paling dan sekali), atau paling terpandai (paling dan ter-).

Bentuk awalan ter- dengan dua kata penguat bebas, iaitu amat dan sangat, yang hadir sebelum kata adjektif, misalnya teramat mulia dan tersangat pandai. Dalam hal ini, awalan ter- dapat hadir dengan amat dan sangat kerana kedua-dua itu bukan penanda darjah penghabisan tetapi kata penguat bebas. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah ketiga-tiga kata penguat bebas amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali, misalnya amat besar sekali, sungguh pandai sekali dan sangat cantik sekali. Dalam hal ini, penanda darjah penghabisan ialah perkataan sekali yang hadir bersama-sama dengan penguat bebas. Demikianlah huraian ringkas tentang enam jenis penanda darjah penghabisan pada kata adjektif. Kekeliruan timbul dari segi kefahaman tentang yang mana penanda darjah penghabisan dan yang mana penguat bebas. Dalam frasa teramat pandai, bentuk ini terdiri daripada penanda darjah awalan ter-, diikuti oleh kata penguat bebas amat dan kemudian kata adjektif pandai. Ini merupakan bentuk yang betul. Frasa terpandai sekali pula dikatakan salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Demikian juga, sangat pandai sekali merupakan bentuk yang betul kerana terdapat hanya satu penanda darjah penghabisan, iaitu sekali. Perkataan sangat ialah kata penguat bebas. Sebaliknya, frasa paling pandai sekali salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu paling dan sekali. Diharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kemusykilan anda sekalian.

KOSA KATA BARU grotes perihal lukisan (ukiran dan sebagainya) dengan gaya atau bentuknya yang sangat ganjil: catan grotes keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: Kita mampu meramalkan keterpinggiran nasionalisme yang ditelan zaman. pemplot (Komputer) peranti output yang melukis lukisan atau graf pada kertas secara automatik dengan menyambungkan titik-titik data satu per satu. salidak corak anyaman kaum Iranum di Sabah yang menggunakan motif siku keluang, lazimnya terdapat pada anyaman tudung saji. selenologi cabang astronomi yang mengkaji bulan, seperti ciri fizikal dan asal kejadian. voyeurisme tabiat mengintai orang lain bertelanjang, melakukan aktiviti seks dan sebagainya untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks. Oleh Zaiton Nasir