penggunaan sumber digital sejarah dalam kalangan guru sejarah

87 downloads 5747 Views 275KB Size Report
Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan sumber digital sejarah sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan ...
PENGGUNAAN SUMBER DIGITAL SEJARAH DALAM KALANGAN GURU SEJARAH Renuka Ramakrishnan ([email protected]) Siti Hawa Abdullah ([email protected]) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan sumber digital sejarah sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Empat aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap penggunaan sumber digital sejarah, tahap kemahiran penggunaan sumber digital sejarah, cabaran penggunaan sumber digital sejarah dan langkah – langkah ke arah pemantapan penggunaan sumber digital dalam kalangan guru mata pelajaran Sejarah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada 50 responden yang terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Sejarah di daerah Kulim, Kedah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kuantitatif. Hasil kajian mendapati ramai guru tidak menggunakan sumber digital sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Malah kemahiran menggunakan sumber digital sejarah dalam kalangan guru juga berada dalam tahap sederhana. Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa cabaran yang dilalui oleh guru dalam menggunakan sumber digital sejarah sebagai ABM. Beberapa usul telah dibincangkan dan dikemukakan bagi memantapkan lagi penggunaan sumber digital sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Kata kunci: Sumber Digital Sejarah, Kemahiran Menggunakan Sumber Digital Sejarah, Cabaran Penggunaan Sumber Digital Sejarah

Pengenalan Langkah wajib lulus mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 2013 merupakan suatu langkah bijak dalam usaha memartabatkan ilmu sejarah. Namun hasrat ini memerlukan perubahan paradigma baru dari segi pengajaran-pembelajaran sesuai dengan tuntutan zaman bagi menghadapi cabaran dan kemajuan abad ke-21. Ilmu sejarah perlu dikembangkan dan diajar dengan lebih berkesan dan menarik di samping disesuaikan dengan kemajuan teknologi maklumat. Sumber-sumber sejarah seperti dokumen, artifak, catatan dan dapatan baru yang terdapat di muzium mahupun arkib perlu ditonjolkan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (Lee, 2002). Namun penerokaan sumber primer mahupun sumber sekunder dalam pengajaran Sejarah adalah terhad (Wineburg, 1991) Persediaan guru di bilik darjah masih terlalu bergantung terhadap buku teks (Gillaspie & Davis, 1997; Van Hover & Yeager, 2004; Siti Hawa Abdullah, 2008).Hal ini kerana guru-guru dan murid yang mahu meneroka sumber-sumber sejarah di luar buku teks dan pusat sumber sering berakhir dengan kekecewaan kerana lawatan ke muzium, arkib mahupun tempat-tempat bersejarah dihadkan oleh perbelanjaan yang tinggi dan masa perjalanan yang panjang (Bolick, 2006). Sumber Digital Sejarah dan Kelebihannya Bagi mengatasi masalah ini, sumber digital sejarah dapat menggantikan peranan muzium dan arkib dalam membantu murid memahami sejarah dengan baik (Coolhill, 2006). Sumber digital sejarah merupakan satu kaedah untuk mengkaji peristiwa masa lampau menggunakan sumber-sumber sejarah yang telah diproses secara elektronik (Lee, 2002). Sumber digital sejarah ini disebarkan melalui teknologi komunikasi terkini iaitu internet yang boleh dicapai dari laman-laman web, blog, wikis, carian Google, portal pendidikan,

perpustakaan, muzium dan arkib digital. (Rosenzweig, 2001). Kedua-dua sumber sejarah boleh didigitalkan iaitu sumber primer (seperti teks, imej, artifak, fosil dan keterangan lisan) dan sumber sekunder (seperti buku, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan). Penggunaan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu revolusi dalam Pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung kepada sumber bercetak (Benkler, 2006). Menurut Holt (2011), sumber yang didigitalkan seperti teks, imej dan artifak dapat memberikan kebebasan kepada guru untuk mengakses dan menggunakannya di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan guru menggunakan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang dan ruang kepada murid untuk meneroka, mentafsir, dan mencari makna di sebalik bahan bukti (Bolick & McGlinn, 2004; Endacott, 2010; Sandwell, 2004; Schrum, 2001). Malah unsur multimedia yang terdapat dalam sumber digital menggabungkan teks, audio dan imej. Murid kini boleh klik pada sumber sejarah dalam talian bagi mendapatkan pandangan 360 darjah mengenai artifak, membesarkan saiz dokumen sejarah, mengakses bahan-bahan berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan hanya menekan butang dengan mudah (Eamon, 2006). Elemen ini menawarkan murid yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran untuk berfikir tentang permasalahan dalam sejarah. Keadaan ini juga mewujudkan inkuiri dalam sejarah iaitu satu proses untuk mencari kebenaran tentang masa lampau. Menurut Hynd, Holschuh & Hubbard (2004) aktiviti seperti mencari, mengenalpasti perbezaan dan membuat perhubungan antara sumber digital menjadikan seorang itu berfikir seperti seorang sejarawan. Penggunaan sumber digital dalam sistem pendidikan Malaysia turut mendapat perhatian dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 telah menyediakan infrastruktur seperti makmal komputeryang lengkap dengan perkakasannya (komputer, komputer riba, projector LCD dan kebolehaksesan kepada internet) di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan langkah tersebut, pentadbir, guru dan murid juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berteraskan teknologi dari masa ke semasa. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah 28.8% dari peruntukkan negara bagi tujuan merapatkan jurang digital masyarakat. Penggunaan sumber digital sejarah juga bertepatan dengan matlamat dan objektif kurikulum Sejarah KBSM yang menekankan pengumpulan sumber sebagai salah satu elemen dalam struktur disiplin Sejarah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003).Sumber sejarah membolehkan murid terlibat secara aktif menerusi proses kognitif dan emosi (Wineburg, 2001).Pengkajian sumber sejarah akan menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran yang bermakna kerana sumber yang dikumpul, dianalisis dan seterusnya diintepretasi dapat menjana kematangan pemikiran pelajar untuk memahami dan menghayati kandungannya (Van Hover et al., 2007). Malah kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa penggunaan sumber digital sejarah sememangnya membantu meningkatkan minat murid serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menarik (Azwan Ahmad et.al., 2005) Walau bagaimanapun, majoriti guru sejarah masih mengamalkan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran (Aini Hassan, 1998; Siti Hawa Abdullah, 2008). Hanya segelitir sahaja di antara mereka yang mengeksploitasi sumber digital sejarah

dalam pengajaran dan pembelajaran (Norizan Ahmad, 2003). Keterbatasan penggunaan ICT oleh guru sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ini berkemungkinan berpunca daripada beberapa kekurangan seperti kurang pengetahuan tentang ICT, kurang mahir menggunakan teknologi, peralatan yang kurang lengkap dan kekangan masa (Bolick & McGlinn, 2004; McGlinn, 2007). Sedangkan, pengetahuan dan kemahiran teknologi merupakan asas penting untuk melihat keberkesanan sumber digital sejarah (Adler, 2008). Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan sumber digital sejarah sebagai ABM dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dalam kalangan guru sejarah daerah Kulim atau secara khususnya bertujuan untuk: a) Menentukan jenis dan kekerapan sumber digital sejarah yang digunakan oleh guru sejarah b) Mengkaji tahap kemahiran menggunakan sumber digital sejarah dalam kalangan guru sejarah c)

Mengenal pasti cabaran guru sejarah dalam menggunakan sumber digital sejarah

d) Mengenal pasti cadangan memantapkan penggunaan sumber digital dalam kalangan guru sejarah. Metodologi Kajian Sampel: Kajian deskriptif ini melibatkan 50 orang guru Sejarah dari 10 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kulim, Kedah. Sampel kajian telah dipilih secara rawak dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Instrumen: Data kajian dikumpulkan menggunakan gabungan set soal selidik yang mengandungi mengandungi 5 bahagian; Bahagian A – Demografi guru. Bahagian B – Jenis dan kekerapan sumber digital sejarah. Bahagian C – Kemahiran menggunakan sumber digital sejarah. Bahagian D - Cabaran guru dalam menggunakan sumber digital sejarah dan Bahagian E -Cadangan langkah bagi memantapkan penggunaan sumber digital dalam kalangan guru sejarah. Item-item dalam soal selidik ini menggunakan skala Likert lima peringkat. Nilai kebolehpercayaan (Cronbach Alpha)bagi Bahagian B ialah 0.88, diikuti oleh Bahagian C (0.78) dan Bahagian D (0.73.)Semua data daripada soal selidik dimasukkan ke dalam sistem penganalisisan data, iaitu Program Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS 20.0) untuk penganalisisan statistik. Analisis statistik deskriptif menggunakan min, kekerapan dan peratusan. Dapatan Kajian Kajian ini menggunakan 50 orang guru yang mengajar matapelajaran sejarah yang terdiri daripada 18 orang guru lelaki dan 32 orang guru perempuan. Daripada jumlah ini 42% tidak pernah menghadiri kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sepanjang perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun sampel guru secara keseluruhannya (94%) menunjukkan minat yang tinggi dalam menggunakan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.Hal ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa

guru akan menggunakan sumber digital sejarah sekiranya diberikan pendedahan yang mencukupi tentang sumber digital sejarah. i) Jenis Sumber Digital Sejarah Yang Digunakan Mengikut Kekerapan Dapatan kajian menunjukkan jenis sumber digital sejarah yang kerap digunakan ialah latihan, soalan peperiksaan, nota sejarah, imej atau bahan visual dan bahan pembentangan Sumber-sumber ini biasanya diperoleh daripada perisian internet seperti laman web, blog, slideshare dan scribed. Walau bagaimanapun, penggunaan sumber digital dalam bentuk, video, audio, kartun, animasi, dokumen dan peta masih terhad. Jadual 1 memerihalkan senario ini. Kesemua sumber tersebut membantu meringankan persediaan guru dan mudah murid memahami konsep yang sukar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini selaras dengan pendapat Ormond (2011) yang menyatakan penggunaan imej dapat memudahkan pemahaman murid berbanding dengan teks. Jadual 1: Jenis Sumber Digital Sejarah Mengikut Kekerapan Jenis Sumber Digital Latihan / Soalan Peperiksaan Nota Sejarah Imej / Bahan Visual Bahan pembentangan PPT Kartun Animasi Dokumen Animasi Filem / Video Bahan Audio Peta TPG JG KG KKG SG

TPG

JG

1 _ 5 13 15 21 20 21 19 18 24

7 9 11 14 18 11 16 11 17 12 13

Kekerapan KG KKG 15 17 14 13 12 13 9 13 6 14 9

19 16 14 7 2 3 3 3 7 6 4

SG 8 8 6 4 3 2 2 2 1 -

– Tidak Pernah Gunakan – Jarang Gunakan – Kadang-kadang menggunakan – Kerapkali menggunakan – Selalu Gunakan

ii) Kemahiran Menggunakan Sumber Digital Sejarah Keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan sumber digital oleh sejarah guru dalam kajian ini adalah sederhana (min = 3.28). Jadual 2 menunjukkan hierarki tahap kemahiran guru sumber digital sejarah dan skor min. Kemahiran tertinggi ialah dalam menggunakan enjin pencarian, muat turun sumber digital, mencari laman web sejarah dan mengenal pasti sumber sejarah yang terdapat dalam internet. Walau bagaimanapun kemahiran seperti merancang aktiviti menggunakan sumber digital sejarah, membezakan sumber sahih dan tidak sahih serta menangani isu hak cipta masih berada dalam tahap yang rendah (min = 2.36).

Jadual 2: Kemahiran Menggunakan Sumber Digital Sejarah Kemahiran Menggunakan enjin pencarian Muat turun sumber digital sejarah Mencari laman web yang mengandungi sumber sejarah Mengenal pasti jenis sumber sejarah yang terdapat dalam internet Menyedari isu hak cipta dalam menggunakan sumber digital sejarah Menyunting sumber digital sejarah Mengaplikasi sumber sejarah sebagai alat pembelajaran Merancang aktiviti menggunakan sumber digital sejarah Membezakan sumber sahih dan tidak sahih Menangani isu hak cipta dalam menggunakan sumber digital sejarah

Min 3.78 3.74 3.64 3.62 3.28 3.24 3.12 2.98 2.78 2.64

Skala Tahap Kemahiran Julat Min 1.00 – 2.33 2.34 – 3.66 3.67 – 5.00

Tahap Rendah Sederhana Tinggi

iii) Cabaran Guru Dalam Menggunakan Sumber Digital Sejarah Kajian ini dapat mengenal pasti 10 cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan sumber digital sejarah. Jadual 3 menunjukkan kesemua cabaran tersebut. Cabaran yang dihadapi telah dibahagikan kepada tiga domain utama iaitu diri guru sendiri, sekolah dan sumber digital. Domain guru merupakan cabaran utama yang telah dikenalpasti. Di bawah domain ini faktor yang terlibat termasuklah tugas guru yang semakin membebankan (Min=3.58), kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran (Min=3.42)dan kurang kemahiran (Min=3.36). Manakala faktor yang terlibat di bawah domain sekolah ialah kemudahan ICT yang kurang lengkap dan kerjasama daripada pentadbir dan guru lain. Sumber digital sejarah sebagai inovasi baru yang berbeza dari amalan pengajaran yang sedia ada menyebabkan guru khuatir terhadap kesahihan sumber tersebut turut menjadi cabaran kepada guru sejarah untuk menggunakan sumber digital sejarah dalam dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawafaktor guru merupakan faktor yang dominan berbanding dengan faktor sekolah mahupun sumber digital sejarah sebagai inovasi baru. Jadual 3: Cabaran Guru Dalam Menggunakan Sumber Digital Sejarah Cadangan Beban tugas guru yang semakin meningkat Mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran sejarah Kurang mahir dalam menggunakan sumber digital sejarah Kemudahan ICT yang kurang Kadar kelajuan internet yang lemah Proses pemerolehan sumber digital memerlukan masa yang lama Tiada kerjasama daripada pentadbir dan rakan sekerja

Min 3.58 3.42 3.36 3.30 3.04 2.92 2.90

Khuatir maklumat dari sumber digital sejarah tidak bertepatan dengan buku teks Penerokaan sumber digital sejarah kurang membantu dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan Berbeza dengan amalan pengajaran sedia ada

2.88 2.84 2.82

iv) Cadangan Untuk Memantapkan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh sampel guru untuk memantapkan penggunaan sumber digital sejarah seperti dalam Jadual 4. Kebanyakan guru bersetuju bahawa latihan dalam perkhidmatan meningkatkan kemudahan ICT di bilik darjah dan mengurangkan beban tugas guru sebagai cadangan untuk memantapkan penggunaan sumber digital sejarah. Selain dari itu, guru juga berpendapat bahawa sumber digital sejarah memerlukan perhatian khusus dari aspek keselarasan dengan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia dan penambahan sumber-sumber primer dari sejarah tempatan dari pihak Arkib Negara dan Muzium Negara. Jadual 4: Cadangan Untuk Memantapkan Penggunaan Sumber Digital Sejarah Cadangan

Peratus%

Latihan dalam perkhidmatan tentang kegunaan dan kemahiran mengendalikan sumber digital sejarah Membaiki dan menambah kemudahan ICT di bilik darjah Mengurangkan beban kerja guru Mewujudkan rangkaian kerjasama dalam kalangan guru untuk mencari dan mengumpul sumber digital Mewujudkan laman web sejarah berpandukan buku teks Sukatan pelajaran yang lebih berfokuskan penerokaan sumber sejarah Mewujudkan kolaborasi antara pihak muzium dan sekolah Menambahkan sumber digital sejarah yang berasaskan sejarah tempatan

35 29 12 8 6 5 3 2

Perbincangan dan Kesimpulan Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa penggunaan sumber digital dalam kalangan guru mata pelajaran Sejarah berada dalam tahap yang minimum. Sumber digital sejarah dalam bentuk bahan visual, video, dokumen dan peta masih kurang dieksploitasi untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Keterbatasan penggunaan sumber digital ini ada kaitannya dengan kesederhanaan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran ICT serta penggunaan sumber digital sejarah dalam kalangan guru. Walaupun guru pernah menghadiri kursus ICT, namun pendedahan kepada latihan dan kursus yang berkesan serta bersesuaian dengan inovasi semasa dalam bidang pendidikan Sejarah sangat mendesak. Guru perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan dengan sumber digital seperti mengenal pasti, memilih sumber sejarah dan mengetahui isu hak cipta dalam menyediakan bahan yang sesuai untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan murid (Drake & Drake Brown, 2003; RUSA, 2008). Penguasaan kesemua kemahiran ini adalah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan teknologi terkini bagi melahirkan generasi yang terbaik dan berjati diri tinggi. Namun, terdapat beberapa cabaran yang guru terpaksa lalui dalam menggunakan sumber digital. Cabaran itu ialah beban tugas guru, kekangan masa menghabiskan sukatan

pelajaran, kekurangan pengetahuan dan kemahiran ICT, dan kekurangan kemudahan ICT di sekolah dan kemajuan inovasi dalam ICT yang gagal dikejar oleh pendidik dan pendidikan. Dapatan kajian ini seiring dengan kerangka Zhao et.al.(2002) yang mengenal pasti tiga domain utama mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu teknologi baru dalam bilik darjah. Domain tersebut ialah guru, inovasi dan sekolah. Dalam penjelasannya, Zhao et al.(2002) menyatakan bahawa faktor yang mempengaruhi domain guru ialah penguasaan pengetahuan teknologi, kecekapan, kebolehan guru mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pebelajaran. Bagi domain sekolah, faktor seperti kemudahan teknologi dan peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah dan kerjasama kakitangan sekolah. Manakala, domain inovasi pula termasuklah keserasian inovasi dengan kemudahan teknologi sedia ada di sekolah, inovasi dengan amalan sedia ada serta keperluan peralatan baru adalah faktor yang mempengaruhi perlaksanaan sesuatu teknologi baru. Justeru, para guru mencadangkan supaya mereka dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran ICT yang mantap dan bersesuaian dengan keperluan mata pelajaran. Kandungan kursus untuk semua peringkat perlu diteliti semula bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dari semasa ke semasa. Laman web yang dipaparkan dalam portal KPM perlu pelbagai dan berasaskan sumber digital yang selaras dengan sukatan pelajaran mata pelajaran Sejarah. Langkah ini dapat membantu meringankan beban guru menyediakan ABM yang berasaskan sumber digital sejarah. Bagi pihak Muzium Negara dan Arkib Negara Malaysia pula boleh membantu pengajaran dan pembelajaran melalui pengwujudan Pusat Sumber Digital Sejarah untuk diakses oleh semua pihak yang berminat untuk mengakses dan meneroka sumber digital sejarah tanpa batasan. Sumber primer terutamanya dari sejarah tempatan haruslah didigitalkan dan dipaparkan melalui internet. Manakala, pentadbir sekolah pula perlulah menyediakan dan membuat penambahbaikan terhadap prasarana ICT agar guru dapat menggunakan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua perkara tersebut adalah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah supaya selaras dengan kemajuan teknologi dan inovasi terkini bagi melahirkan generasi yang terbaik dan berjati diri tinggi. Hal ini kerana untuk memartabatkan ilmu Sejarah, aspek pengajaran dan pembelajaran perlu diperkasakan. Penggunaan sumber digital sejarah dapat meningkatkan keupayaan murid untuk menghayati ilmu sejarah dengan lebih baik kerana kewibawaannya mendekatkan murid kepada masa lampau dan menzahirkan imaginasi murid yang abstrak melalui pemaparan imej digitalnya. Perkembangan teknologi yang semakin berkembang maju di bilik darjah hanya akan menjadi bermakna jika guru berupaya membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Rujukan Adler, S. (2008). The education of social studies teachers. In L. S. Levstik &C. A. Tyson (Eds.), Handbook of research in social studies education (pp. 329-351). New York: Routledge. Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Azwan, A., Abdul Ghani, A., Mohammad Zohir, A., &Abd Rahman, A.A (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 15-24. Bolick, C. M., & McGlinn, M. M. (2004). Harriet Jacobs: Using online slave narratives inthe classroom. Social Education, 68(3), 198-202.

Bolick, C. M. (2006). Digital archives: Democratizing the doing of history. International Journal of Social Education, 21(1), 122-134. Coolhill, J. (2006). Images and Hie history lecture: Teaching the history channel generation. The History Teacher, 59(4), 455-466. Drake dan Drake Brown (2003). A Systematic Approach to Improve Students’ Historical Thinking. The History Teacher, 36(4), 465-489. Eamon, M. (2006). A “genuine relationship with the actual”: New perspectives on primary sources, history and the Internet in the classroom. The History Teacher. 39(3), 297-314. Endacott, J. (2010). Reconsidering affective engagement in historical empathy. Theoryand Research in Social Education, 38(1), 6-49. Gillaspie, M. K., & Davis, O.L. (1997). Historical constructions: How elementarystudent teachers' historical thinking is reflected in their writing of history. Holt, K. (2011). Digital Approaches to Teaching World History. The Middle Ground Journal,2,(Spring 2011) Hynd,C., Holschuh J.P., & Hubbard, B.P. (2004).Thinking like a Historian: College Students' Reading of Multiple Historical Documents. Journal of Literacy Research 36: 141. Lee, J.K. (2002). Digital history in the history/social studies classroom. The History Teacher, 43(4), 503-518. McGlinn, M. (2007). Using the "Documenting the American South" Digital Library in the social studies: A case study of the experiences of teachers in the field. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 7(1), 529-553. Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan TeknikKuala Lumpur. Ormond, B. (2011). Enabling Students to Read Historical Images: The Value of the ThreeLevel Guide for Historical Inquiry. The History Teacher, 44 (2), 179-190 Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Draf Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum

Rosenzweig, R. (2001). The road to Xanadu: Public and private pathways on the history web. Journal of American History, 88(2), 548-579. RUSA (2008).Reference & User Services Association : Using Primary Sources On The Web.History Section inAmerican Library Association. http://www.ala.org/rusa/sections/history/resources/pubs/usingprimarysources Sandwell, R. (2004). “Who killed William Robinson?” Exploring a nineteenth centurymurder online. Social Education, 68(3), 210-213. Schrum, K. (2001). Making history on the web matter in your classroom. The HistoryTeacher, 34(3), 327-338. Siti Hawa Abdullah (2008). Empati Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 28(1), pp.131 -146. Van Hover, S. D., & Yeager, E. A. (2004). Challenges facing beginning historyteachers: An exploratory study. International Journal of Social Studies,19, 8-26. Van Hover, S., Hicks, D., & Irwin, W. (2007). Beginning teachers thinking historically? Negotiating the context of Virginia’s high-stakes tests. International Journal of Social Education. 22(1), pp. 85-115. Wineburg, S. (2001). Historical thinking and other unnatural acts: Charting the future of teaching the past. Philadelphia: Temple University Press. Zhao, Y., Pugh, K., Sheldon, S., & Byers, J. L. (2002). Conditions for classroom technology innovations. Teachers College Record, 104(3), 482-515.