penyerahan surat tawaran dan dokumen perjanjian pinjaman ptptn

34 downloads 520325 Views 6KB Size Report
9 Nov 2012 ... ibu/ bapa atau penjaga yang tidak bekerja atau bekerja sendiri) – boleh ... Surat pengesahan masih belajar dari Fakulti Salinan keputusan ...
PENYERAHAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN (KELOMPOK KEDUA) SEME I SESI 2012/13

1/3

Kepada pelajar yang telah diluluskan permohonan pembiayaan PTPTN (tarikh tutup 15.10.2012) bagi Kelompok Kedua, Semester 1 Sesi 2012/2013 telah boleh mula mencetak dan melengkapkan dokumen perjanjian dan dokumen sokongan seperti di Lampiran A. Sehubungan itu, pelajar dikehendaki menyerahkan dokumen berikut selewat-lewatnya pada 9 November 2012 (Jumaat) ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Borang permohonan pelajar akan ditolak sekiranya dokumen sokongan yang perlu disertakan tiada.

LAMPIRAN A DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN : Cetakan Maklumat dari laman web permohonan. Salinan kad pengenalan pelajar; Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya; Salinan Sijil SPM; Salinan Sijil kemasukan lain (contoh: STPM/ Diploma/ Matrikulasi dll.) Salinan slip nombor akaun bank (Bank Islam Malaysia Berhad sahaja); Salinan slip gaji / borang cukai pendapatan / surat pengesahan pendapatan / kad pesara ibubapa atau penjaga ; Salinan Sijil Kematian / Akuan Sumpah / Surat Pengesahan sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat dikesan; Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu / bapa penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan; Borang pengesahan pendapatan (bagi ibu/ bapa atau penjaga yang tidak bekerja atau bekerja sendiri) – boleh dimuat naik di http://hep.um.edu.my atau diperolehi di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan: Surat pengesahan masih belajar dari Fakulti Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya PERINGATAN: 1)Pelajar dikehendaki menandatangani kesemua lampiran perjanjian. 2)Setem hasil tidak perlu dimatikan (ditampal sahaja). 3)Tarikh perjanjian di Jadual Pembiayaan (m/s 2/9) tidak perlu diisi. 4)Pastikan susunan dokumen adalah mengikut turutan seperti di senarai semak pada dokumen perjanjian. 5)Kedua-dua set dokumen perjanjian mestilah dalam bentuk dokumen asal (bukan dokumen yang difotostat). Tandatangan yang difotostat akan ditolak.

SILA ELAKKAN KESILAPAN-KESILAPAN PADA DOKUMEN PERJANJIAN SEPERTI BERIKUT: Tiada 2 set dokumen perjanjian Dokumen Perjanjian tidak lengkap disebabkan muka surat hilang Menggunakan pemadam cecair untuk memadam kesilapan Saksi yang berbeza pada dokumen perjanjian Saksi tidak diiktiraf oleh PTPTN (tidak layak) Tiada jawatan dan jabatan pada cop rasmi saksi Tiada nombor kad pengenalan saksi Tiada 2 set setem hasil bernilai RM10.00 setiap satu Tiada tandatangan pemohon Sijil kematian/ Sijil Cerai tidak dilampirkan (sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia/ Becerai). PEGAWAI YANG LAYAK UNTUK MENJADI SAKSI/ PENGESAHAN.

2/3

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional Wakil Rakyat Pengamal Undang-undang Pesuruhjaya Sumpah/ Jaksa Pendamai Pengetua/ Guru Besar Sekolah (sekolah kerajaan sahaja) Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas Pegawai tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Masyarakat/ Sidang/ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/ Pemanca/ Pegawai Taman Sabah Perhatian : Pastikan cop rasmi saksi lengkap dengan Nama, Jawatan dan Jabatan. Nombor Kad Pengenalan hendaklah disertakan sekali. ***Untuk maklumat lanjut, sila klik DISINI. Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar.

3/3