peraduan penulisan kreatif 2013 (cerpen) - Dewan Bahasa dan ...

21 downloads 1530 Views 413KB Size Report
NAAH. Pemakluman 1 : SIARAN YIIB & WBS. PERADUAN PENULISAN KREATIF 2013 (CERPEN). Anjuran. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

PERADUAN PENULISAN KREATIF 2013 (CERPEN) Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas sama ada yang bermastautin di Sarawak atau penduduk asal negeri Sarawak yang berada di luar negeri/negara.



Penyertaan hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Urus Setia atau Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Borang boleh diperbanyakkan /difotostat jika perlu.



Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.



Karya mestilah bertaip (mesin taip atau komputer) langkau dua dengan menggunakan kertas saiz A4 dan ditaip pada sebelah halaman kertas yang digunakan.



Cerpen hendaklah ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan panjang cerpen hendaklah sekitar 4000 perkataan.



Tema cerpen adalah bebas tetapi sesuai untuk bacaan umum dan tidak menyentuh perkaraperkara yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana individu, kaum, agama, kepercayaan dan budaya negara ini.



Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini MESTILAH dalam bentuk salinan digital (CD) dan salinan cetak.



Semua penyertaan hendaklah sampai kepada pihak Urus Setia pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 30 JUN 2013. HADIAH PERTAMA : RM 1,300.00 KEDUA : RM 1,200.00 KETIGA : RM 1,000.00 5 SAGU HATI : RM 400.00 setiap satu (bilangan hadiah masih tertakluk pada keputusan hakim)



Borang penyertaan dan karya hendaklah dihantar kepada: Urus Setia, Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2013 (Cerpen) Unit Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Peti Surat 1390, 93728 Kuching, Sarawak. (u.p : Puan Noor Ainna Abd Hamid) Tel : 082-444711 sambungan 316 Faks : 082-440260 Emel : [email protected]

NAAH Pemakluman 1 : SIARAN YIIB & WBS