Peraturan Umum dan Syarat-syarat NSC2013

8 downloads 328696 Views 461KB Size Report
Dua (2) pelajar (samada dua pelajar Tahun 4 atau dua pelajar Tahun 5)*; dan diiringi ii. ... Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris sahaja. ... Kertas Ujian Kelayakan NSC2013 mengandungi 50 soalan objektif dalam Bahasa Inggeris ...
NATIONAL SPACE CHALLENGE 2013 (NSC2013) PRIME MINISTER’S TROPHY Peraturan Umum dan Syarat-syarat Penganjur :

Kerjasama :

A. PERATURAN UMUM 1.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah Tahun 4 dan Tahun 5 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.

Penyertaan adalah secara berpasukan, iaitu setiap pasukan terdiri daripada : i.

Dua (2) pelajar (samada dua pelajar Tahun 4 atau dua pelajar Tahun 5)*; dan diiringi

ii. Seorang (1) guru pembimbing yang layak dan beropsyen Sains sahaja. * Kombinasi seorang pelajar Tahun 4 dan seorang pelajar Tahun 5 dalam satu pasukan adalah TIDAK dibenarkan. 3.

Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) peringkat utama seperti berikut: i.

Ujian Kelayakan NSC2013 Tarikh: 26 Jun 2013 (Rabu) Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi Tempat: Sekolah atau pusat ujian (akan ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri)

ii. National Space Camp Tarikh: 06 hingga 08 Oktober 2013 Tempat: Planetarium Negara, Kuala Lumpur* iii. Pertandingan Akhir NSC2013 Tarikh: 09 Oktober 2013

Tempat: Planetarium Negara, Kuala Lumpur*

* Tertakluk kepada perubahan semasa. 4.

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris sahaja.

5.

Hanya satu (1) pasukan daripada setiap negeri yang memperolehi markah kumulatif tertinggi dalam Ujian Kelayakan NSC2013 akan dipilih untuk menyertai National Space Camp di Kuala Lumpur.

6.

Pasukan yang terpilih untuk menyertai National Space Camp akan dimaklumkan melalui surat dan diumumkan di laman sesawang Planetarium Negara iaitu www.angkasa.gov.my/planetarium.

7.

Pertukaran pelajar dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.

8.

Kos pengangkutan dan perjalanan dari rumah ke destinasi National Space Camp bagi pasukan yang terpilih adalah atas tanggungan sendiri (sila rujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri).

Peraturan Umum dan Syarat-syarat NSC2013 Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

9.

Kemudahan penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa di National Space Camp dan Pertandingan Akhir NSC2013 di Kuala Lumpur akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap pasukan yang terpilih.

10. Semua syarat dan peraturan pertandingan di atas adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 11. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua peringkat dan bahagian pertandingan.

B. SYARAT-SYARAT – UJIAN KELAYAKAN NSC2013 1. Ujian Kelayakan NSC2013 akan diadakan pada 26 Jun 2013 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi selama 1½ jam serentak di seluruh negeri. 2. Lokasi ujian adalah di sekolah masing-masing dengan pengawasan pihak sekolah atau di pusat ujian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 3. Bilangan penyertaan pasukan bagi setiap sekolah adalah tidak terhad tetapi ia tertakluk kepada bilangan kertas ujian yang akan diedarkan kepada sekolah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Walau bagaimanapun, adalah digalakkan supaya sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri membuat salinan kertas ujian tersebut sekiranya tidak mencukupi. 4. Kertas Ujian Kelayakan NSC2013 mengandungi 50 soalan objektif dalam Bahasa Inggeris dan peserta wajib menjawab semua soalan. 5. Soalan-soalan ujian adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran sekolah mengikut topik-topik seperti berikut: i. The Solar System iii. The Earth, the Moon & the Sun ii. Constellation iv. Eclipses 6. Peserta TIDAK dibenarkan meniru dan berbincang bersama peserta lain termasuk pasangan sepasukan. 7. Guru pembimbing adalah dinasihatkan supaya TIDAK membantu peserta untuk menjawab soalan. 8. Guru pembimbing adalah DIWAJIBKAN untuk memastikan setiap peserta menulis nama pasangan sepasukan masing – masing pada ruangan butiran peserta di kertas jawapan. 9. Pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri harus mengumpulkan semua kertas jawapan sahaja yang diisi lengkap dan dikembalikan kepada pihak penganjur di alamat seperti di bawah dalam tempoh 7 hari selepas ujian ini dijalankan iaitu selewat-lewatnya 04 Julai 2013 (Khamis).

-2-

Peraturan Umum dan Syarat-syarat NSC2013 Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

C. PENGANJUR Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penganjur di alamat seperti berikut: Alamat : Urusetia NSC2013 Planetarium Negara Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) 53, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur

Tel : 603-2273 4303 / 5484 Faks : 603-2273 5488 Laman web : www.angkasa.gov.my/planetarium Emel : i. Pn. Nur Fazilah - [email protected] ii. En. Jong Tze Kian - [email protected]

-2-