Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah ...

271 downloads 96951 Views 624KB Size Report
1 Jan 2010 ... segi realiti kurikulum pendidikan prasekolah pada hari ini .... dan guru prasekolah terhadap pengajaran dan ..... SPSS survival manual: a step.
Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT Creative art activity is an instructional activity which combines creative visual, musical, and performance arts to foster children’s creativity and development. This study aims at identifying parents’ and pre-school teachers’s of perception of the importance of creative arts in pre-school education, their perception levels on the basis of school status and location, and pre-school teachers’ understanding of creative art activities. A set of instruments was distributed to 53 preschool teachers, and another set was handed out to 253 parents of children of public and private kindergartens in Sibu, Serawak. T-test and two-triled ANOVA were used to compare mean scores of two or more groups. Findings show that creative art activition constitute an important element for parents and teachers. However, their understanding level is not as high as their perception has not contributed to the level of understanding of creative art activities. Hence, it is necessary to provide more creative art causes and workshop to increase understanding level of pre-school teachers. Keywords: pre-school, creative arts, parents’ and teachers’ perception, teachers’ understanding

D

i Malaysia, kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah. Antara enam komponen dalam buku huraian kurikulum prasekolah, komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Namun, penghayatan, kefahaman dan perlaksanaan sering dipersoalkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2008). Dari segi realiti kurikulum pendidikan prasekolah pada hari ini, ia lebih banyak memberi tumpuan kepada pendidikan berbentuk formal yang menekankan kepada pencapaian akademik kanak-kanak prasekolah (Rohaty, 1984; Halim, 1989; Fazidah, 2006). Ini bertentangan dengan pandangan pakar perkembangan kanak-kanak (Fortson & Reiff, 1995; Puckett & Diffily, 2004; Driscoll & Nagel, 2005; Gonzalez-Mena & College, 2005) yang kerap menegaskan bahawa adalah perlu menyediakan perkembangan yang menyeluruh kepada kanakkanak. Dengan ini, perkembangan kreativiti dan

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

estetika perlu dibangkitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Antara yang diusahakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktivitiaktiviti seni kreatif yang diperkenalkan sebagai ‘alat’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memperkembangkan domain intelek, afektif, psikomotor dan emosi-sosial kanakkanak (Edwards, 2006). Objektif Kajian 1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. 2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru prasekolah yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah.

ISSN : 1907 - 8838

35

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi ibu bapa yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. 4. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang signifikan dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lokasi dan jenis sekolah. 5. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap persepsi dan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kalangan guru prasekolah. Skop Kajian Kajian tinjauan ini ditujukan kepada ibu bapa serta guru prasekolah yang mempunyai anak/ murid yang berumur 6 tahun. Sepertimana yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah, kajian ini memfokuskan kepada persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif dan juga kefahaman perlaksanaannya dalam pendidikan prasekolah. Kedua-dua kumpulan sampel, iaitu ibu bapa dan juga guru prasekolah akan dikaji persepsi terhadap kepentingan aktiviti

seni kreatif, manakala, untuk kajian kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif, ia hanya ditumpukan kepada guru prasekolah sahaja. Selain daripada pengenal pastian tahap persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif, perbandingan skor min juga dilaksanakan antara ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah. Begitu juga dengan perbandingan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Perbezaan perbandingan skor min antara sekolah bandar dengan luar bandar serta sekolah swasta dengan prasekolah KPM dianalisis untuk mengesan kumpulan sampel yang perlu diberi pertimbangan wajar dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Kerangka Teoritikal Aktiviti Seni Kreatif Kerangka teoritikal aktiviti seni kreatif pada Rajah 2 adalah diadaptasi dan diubahsuai dari huraian kurikulum prasekolah kebangsaan (KPM, 2003). Aktiviti seni kreatif yang dilaksanakan sebagai tools dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah yang sudah pastinya mempunyai kesinambungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

36

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Seperti mana yang tertakluk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia, iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah yang bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Untuk mencapai matlamat ini, terdapat enam komponen kurikulum prasekolah. Komponenkomponen ini ialah bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosio-emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Kesemua komponen ini merupakan kurikulum mata pelajaran yang perlu diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah. Kemahiran-kemahiran yang tersenarai dalam kurikulum prasekolah ini merupakan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kumpulan ataupun secara individu. Empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan penggunaan ICT dalam pembelajaran (KPM, 2003).

Rajah 2: Kerangka Konseptual Aktiviti Seni Kreatif (Diadaptasi dan diubahsuai dari KPM, 2003)

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

37

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

Rekabentuk Kajian Kajian tinjauan ini mempunyai dua pembolehubah bersandar yang utama. Pertama, persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif. Kedua, kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Manakala pembolehubah tidak bersandar atau bebas pula ialah faktor-faktor sekolah seperti lokasi sekolah, iaitu bandar atau luar bandar dan juga jenis sekolah, iaitu prasekolah KPM atau prasekolah swasta. Instrumen Kajian Dalam kajian ini dua instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan faktor demografi sekolah, guru dan ibu bapa. Soal selidik yang digunapakai adalah berdasarkan soal selidik penyelidik Chang Yu Hsing yang juga mengkaji persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah di Taiwan pada tahun 2003. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu Instrumen A untuk dijawab oleh guru sekolah prasekolah dan instrumen B untuk dijawab oleh ibu, bapa/penjaga. Instrumen A mengandungi empat bahagian iaitu, Bahagian A mengandungi tujuah soalan berkenaan maklumat demografi responden, Bahagian B mengandungi 20 soalan tentang kepentingan aktiviti seni kreatif,

Bahagian C mengandungi 20 soalan tentang cara perlaksanaan aktiviti seni kreatif; dan Bahagian D mengandungi tiga soalan terbuka, dimana guru bebas memberikan cadangan dan pendapat. Instrumen B pula mempunyai tiga bahagian. Bahagian A mengandungi tujuh soalan berkenaan maklumat demogarfi responden, Bahagian B mengandungi 20 soalan tentang persepsi ibu bapa terhadap aktiviti seni kreatif dan Bahagian C mengandungi dua soalan terbuka, dimana ibu bapa/penjaga bebas memberikan cadangan dan pendapat. Selain daripada kenyataan untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah, soal selidik guru prasekolah merangkumi cara pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan ruang, masa, pengelolaan aktiviti, sumber/bahan, kefahaman konsep aktiviti seni kreatif serta penilaiannya. Jadual 2 menunjukkan beberapa kenyataan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pendidik dalam melaksanakan aktiviti seni kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah skor item negatif dikodkan semula, maka setiap bahagian B dan C yang mengandungi 20 item mempunyai skor maksimum ialah 100 dan skor minimum sebanyak 20. Pengukuran skor kumulatif adalah seperti Jadual 3.

Jadual 1: Contoh kenyataan-kenyataan persepsi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif Item

Kenyataan

1.

Keseronokan dalam menjalankan aktiviti seni kreatif membawa kesan pembelajaran yang positif kerana meningkatkan minat murid-murid terhadap pembelajaran.

2.

Aktiviti seni kreatif dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang biasa (contohnya, latih tubi).

3.

Aktiviti seni kreatif yang memerlukan penerokaan serta imaginasi boleh menggalakkan perkembangan daya kreatif murid-murid. Jadual 2: Contoh kenyataan-kenyataan kefahaman terhadap pelaksanaan aktiviti seni kreatif

Kenyataan

Item

1.

Kebebasan memilih alat dan bahan yang berbeza memberi peluang penerokaan yang pelbagai kepada murid-murid.

2.

Aktiviti seni kreatif hanya boleh dijalankan semasa waktu pendidikan seni visual, muzik dan jasmani sahaja.

3.

Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (contohnya, mereka cipta) memerlukan kos yang tinggi kerana pelbagai alat dan bahan diperlukan.

38

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Bagi memperoleh kesahan alat kajian, pengkaji membina inventori menggunakan skala Likert 5 poin, iaitu 1 = Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju. Aras kesignifikanan pengujian hipotesis nol ditetapkan pada tahap 0.05. Untuk memastikan tahap kesahan kandungan yang tinggi, draf soal selidik ini diserahkan kepada beberapa penilai untuk mendapatkan komen dan cadangan terhadap kandungan serta format soal selidik tersebut. Panel penilai ini terdiri dari pegawai perancang kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, pegawai unit kurikulum Bahagian Pendidikan Guru, pensyarah pakar pendidikan prasekolah, guru-guru prasekolah dan ibu bapa prasekolah. Berdasarkan komen dan cadangan panel penilai dan pensyarah penyelia, banyak perubahan telah dibuat terhadap kandungan dan format soal selidik ini. Pengkaji telah menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan bantuan seorang pensyarah Bahasa Inggeris dan juga seorang guru Bahasa Malaysia.

Setelah soal selidik disahkan oleh pakar, ia dirintiskan bagi memperolehi data ujian kebolehpercayaan menggunakan pekali alfa Cronbach. Kajian rintis instrumen A melibatkan 10 orang guru prasekolah KPM dan prasekolah swasta di bandar dan luar bandar daerah Sibu, Sarawak. Manakala kajian rintis instrumen B pula melibatkan 5 orang ibu/ bapa prasekolah KPM dan juga 5 orang ibu/ bapa prasekolah swasta. Responden yang terlibat dalam kajian rintis ini tidak terlibat dalam pengumpulan data sebenar. Hasil daripada ujian rintis ini pengkaji mendapati ke semua item boleh difahami oleh responden kecuali item B.15, B.17 dan B.19. Ketiga-tiga item tersebut ‛dipermudahkan” perbendaharaan kata selepas perbincangan dengan pensyarah penyelia kajian ini. Data yang diperolehi daripada kajian rintis dianalisis menggunakan Perisian SPSS Versi 12.0 untuk menguji ketekalan dalaman soal selidik. Untuk memperolehi tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman dan keseragaman item soal selidik,

Jadual 3: Pengukuran skor kumulatif dalam instrumen A dan B

Instrumen

Bahagian

Skor Kumulatif

Nilai Min

A&B

B

85 – 100

4.55 – 5.00

Sangat penting

69 - 84

3.55 – 4.54

Penting

53 - 68

2.55 – 3.54

Tidak Pasti

37 - 52

1.55 – 2.54

Tidak Penting

20 - 36

1.00 – 1.54

Sangat Tidak Penting

85 – 100

4.55 – 5.00

Sangat tinggi

69 - 84

3.55 – 4.54

Tinggi

53 - 68

2.55 – 3.54

Sederhana

37 - 52

1.55 – 2.54

Rendah

20 - 36

1.00 – 1.54

Sangat rendah

A

C

Catatan

Jadual 4: Keputusan nilai alfa Cronbach dalam kajian rintis

Responden Instrumen A

(Kajian Rintis) Guru prasekolah

Bil. Item 20 20

B

Ibu bapa

20

Pernyataan Item Persepsi Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Tahap Kefahaman Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Persepsi Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Nilai Alfa Cronbach (α) 0.633 0.794 0.674

ISSN : 1907 - 8838

39

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

kajian rintis ini telah diuji dengan menggunakan pekali alfa Cronbach. Nilai alfa yang diperolehi dari kelompok responden masing-masing ditunjukkan pada Jadual 4. Dalam kajian rintis ini, data yang dipungut adalah data selanjar menggunakan skala Likert dan indeks alfa Cronbach yang mengukur nilai alfa antara 0.00 hingga 1.00 (Alias, 1997). Jika nilai alfa Cronbach (α) menghampiri 1.0 maka kebolehpercayaan adalah tinggi, baik dan berkesan. Hasil dapatan menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah tinggi iaitu 0.7 Dengan ini, soal selidiksoal selidik yang dikemukakan boleh digunapakai dalam konteks budaya di Daerah Sibu, Sarawak. Lokasi Kajian Daerah Sibu merupakan lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji kerana bandar Sibu merupakan bandar yang terbesar di zon tengah Sarawak, sebuah negeri di Malaysia Timur yang terletak di Pulau Borneo. Pertubuhan prasekolah KPM, tadika-tadika persatuan gereja dan juga prasekolah-prasekolah swasta yang lain semakin banyak didirikan di daerah ini sejak tahun 1990. Fenomena ini memberi rangsangan kepada pengkaji untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah mengikut kehendak semasa dan masa depan. Kawasan yang terletak di luar jarak 25 km dari pusat bandar Sibu dikategorikan sebagai kawasan luar bandar dan ia bukan di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu. Pihak kerajaan banyak menumpukan perhatian menubuhkan prasekolah di kawasan luar bandar, manakala penganjur swasta banyak menubuhkan prasekolah di bandar yang berdekatan dengan sumber murid. Anak-anak murid yang berdaftar di tadika swasta dikenakan yuran sekolah sebagai sumber kewangan pengendalian tadika swasta, manakala yuran sekolah bagi anak-anak murid prasekolah KPM yang ditubuhkan oleh kerajaan adalah percuma. Bilangan prasekolah KPM didapati lebih banyak daripada prasekolah swasta. Namun, kanak-kanak yang mendaftar di prasekolah swasta adalah jauh lebih banyak kalau

40

ISSN : 1907 - 8838

dibandingkan dengan prasekolah KPM. Ini kerana bilangan kelas di prasekolah KPM adalah terhad dan ia hanya merangkumi satu atau dua kelas sahaja dengan jumlah maksimum anak murid dalam setiap kelas adalah 25 orang sahaja. Lebihlebih lagi, prasekolah KPM hanya membekalkan perkhidmatan pendidikan selama setahun sahaja, manakala prasekolah swasta membekalkan perkhidmatan pendidikan selama 2 hingga 4 tahun, iaitu sejak umur 3 hingga 6 tahun bagi anak-anak murid yang berdaftar. Gejala ini menggalakkan penubuhan prasekolah swasta di Daerah Sibu. Penubuhan prasekolah swasta banyak digiatkan oleh persatuan-persatuan gereja seperti Gereja Methodist dan Gereja Katolik untuk tujuan ajaran agama di samping memberi perkhidmatan pendidikan prasekolah. Kebanyakan prasekolah kelolaan persatuan gereja ini mempunyai premis bangunan sendiri dan bilangan anak murid adalah antara dua hingga tiga ratus orang sekiranya ia terletak di kawasan bandar. Selain itu, terdapat juga penganjur dan pengusaha swasta yang menubuhkan prasekolah untuk tujuan mencari keuntungan. Yuran yang dikenakan oleh prasekolah ini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan prasekolah kelolaan persatuan gereja dan juga prasekolah KPM. Oleh kerana tiada rekod yang rasmi berkaitan bilangan prasekolah yang ada di Daerah Sibu di Jabatan Pendidikan Gabungan Bahagian Sibu, maka pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan kluster pelbagai peringkat kerana anggaran populasi diusahakan dari peringkat lokasi prasekolah dan juga jenis sekolah. Demografi Sampel Kajian Dalam kajian ini, sebanyak 40 buah prasekolah telah dipilih dan borang soal selidik telah diedarkan melalui kiriman pos kepada guru prasekolah dan ibu bapa di sekolah masing-masing. 53 orang guru prasekolah dan 253 orang ibu/bapa/penjaga kepada anak murid yang bersekolah di prasekolah telah memberi respon kepada kajian ini. Jadual 5 dan 6 merupakan profil latar belakang responden.

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Jadual 5: Profil Latar Belakang Responden (Guru Prasekolah)

PROFIL Jenis sekolah Lokasi sekolah Jantina

Umur

Kaum

Tahap pendidikan guru (n=53) Pengalaman Mengajar (n=53)

KEKERAPAN

PERATUSAN

Prasekolah KPM

27

50.9

Prasekolah Swasta

26

49.1

Bandar

39

73.6

Luar Bandar

14

26.4

Perempuan

48

90.6

Lelaki

5

9.4

Bawah 20 tahun

3

5.7

20 - 30 tahun

32

60.4

31 - 40 tahun

15

28.3

41 ke atas

3

5.7

Melayu

9

17.0

Cina

29

54.7

Bumiputra Sarawak

15

28.3

Lain-lain

0

0

Sijil Pelajaran Malaysia

25

47.2

Sijil/ Diploma Perguruan

26

49.0

Ijazah Sarjana Muda ke atas

2

3.8

Kurang dari 1 tahun

3

5.7

1 hingga 5 tahun

17

32.1

6 hingga 10 tahun

19

35.8

11 tahun ke atas

14

26.4

13

24.5

13

24.5

3

5.7

24

45.3

Kurang dari 10 orang

32

60.4

11 – 20 orang

1

1.9

21 – 30 orang

19

35.8

31 orang ke atas

1

1.9

Pendidikan Prasekolah Pengkhususan Guru

Pendidikan ( bukan bidang Prasekolah) Lain-lain Tanpa rekod (missing)

Bilangan murid dalam satu kelas

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

41

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

Jadual 6: Profil Latar Belakang Responden (Ibu/ bapa)

PROFIL Jenis sekolah Lokasi sekolah Jantina

Umur

Kelayakan akademik

Kaum

Lokasi Rumah

Pendapatan Bulanan keluarga

Bilangan anak dalam satu keluarga

42

ISSN : 1907 - 8838

KEKERAPAN

PERATUSAN

Prasekolah KPM

129

51.0

Prasekolah Swasta

124

49.0

Bandar

181

71.5

Luar Bandar

72

28.5

Perempuan

174

68.8

Lelaki

79

31.2

Bawah 20 tahun

2

0.8

20 - 30 tahun

76

30.0

31 - 40 tahun

126

49.8

41 ke atas

49

19.4

PMR ke bawah

70

27.7

SPM

113

44.7

Diploma/ Sijil Perguruan

46

18.2

Ijazah Sarjana Muda ke atas

26

9.5

Tanpa rekod (missing)

0

0

Melayu

24

9.5

Cina

146

57.7

Bumiputra Sarawak

82

32.4

Lain-lain

1

4.0

Bandar

176

69.9

Luar Bandar

77

30.4

Kurang dari RM1,000

81

32.0

RM1,001 – 2,000

70

27.7

RM2,000 – 4,000

65

25.7

RM4,001 – 6,000

34

13.4

RM6,001 ke atas

3

1.2

Kurang dari 10 orang

44

17.4

11 – 20 orang

144

56.9

21 – 30 orang

55

21.7

31 orang ke atas

10

4.0

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Dapatan kajian Untuk perbandingan persepsi antara ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah, ujian-t telah dijalankan dan keputusannya dipaparkan pada Jadual 7. Keputusan Ujian-t ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada aras p > 0.05, di mana nilai t = 1.608 dan p = 0.109. Kedua-dua pihak yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kanakkanak masing-masing setuju tentang kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah. Ini memberi gambaran bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif dialu-alukan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Selain daripada skor min yang homogenous antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah, perbezaan skor min yang tidak signifikan juga diperolehi daripada perbandingan persepsi dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah berkaitan kepentingan aktiviti seni kreatif. Ini dijelaskan lagi dengan menggunakan keputusan ujian ANOVA-dua hala pada Jadual 8.

Keputusan ujian ANOVA-dua hala di atas, telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p