Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir - Dewan Bahasa dan Pustaka

97 downloads 8780 Views 263KB Size Report
10 Feb 2006 ... TOKOH SENI. Oleh Norazlinda Misran. BUKU Sejarah Tamadun Islam Ibn Ka- thir merupakan buku karya agung klasik terbitan Dewan Bahasa ...
BERITA HARIAN Isnin, 23 Januari 2006

P Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir PENERBITAN BEMUTU MASYARAKAT BERILMU

B

Oleh Norazlinda Misran

UKU Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir merupakan buku karya agung klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Ibn Kathir merupakan seorang tokoh ilmuwan yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau juga seorang ahli matematik, tafsir dan sejarawan terkenal pada zamannya. Buku Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir ini merupakan terjemahan daripada buku Al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir. Penerbitan edisi buku ini dipetik daripada sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Madrasah al-Ahmadiah yang terletak di Kota Halb, dalam Republik Arab Syria. Manuskrip ini dikumpulkan oleh Jumhur Muhaqqiqin (kumpulan penyemak) dan mereka telah menjalankan penyelidikan dengan merujuk kitab induk sejarah, dan kitab Sirah zaman dahulu. Buku ini mempunyai 14 jilid dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian pertama menyentuh sejarah permulaan pemerintahan umat yang lalu hingga zaman Arab

TOKOH SENI

Jahiliyyah, sejarah hidup Rasulullah s.a.w., perutusan wahyu, dan kemunculan Islam hingga peristiwa Hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Bahagian ini bersumberkan al-Quran, Hadis dan karya para sejarawan Islam yang terkemuka seperti Imam al-Tabary, Ibn 'Umar, al-Waqidiy dan lain-lain lagi. Bahagian kedua kitab ini mencatatkan sejarah pemerintahan Khulafa al-Rashidin, Kerajaan Umawiyyah, Kerajaan Abasiyyah dan kerajaan serta negara-negara yang merupakan pecahan daripada kerajaan Abasiyyah pada era keruntuhannya, sehingga ke saat ia ditakluki oleh Moghul yang berlanjutan ke tahun 774 Hijrah. Bahagian terakhir kitab ini pula mengutarakan persoalan mengenai hari akhirat, kebangkitan kiamat melalui tanda-tanda awal dan akhir, serta kata-kata nasihat yang mengajak pembaca bertakwa kepada Allah s.w.t.. Semua persoalan tadi hanya terkandung dalam jilid buku yang terakhir sahaja, iaitu jilid ke-14.

M

Mohamed Ghouse Nasaruddin

KARYANET

K

pada pengguna. ‘Carian Pantun’ dalam bentuk digital dapat dicapai menerusi kaedah carian mengikut pembayang, maksud ataupun kedua-duanya sekali. Pantun digital KaryaNet ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar, pendidik dan peminat sastera malah pengacara majlis. Bagi pengacara majlis, pantun yang disusun berdasarkan tema dalam KaryaNet ini memudahkan carian dan menjadi pelengkap yang menyerikan majlis lagi. Berikut ialah contoh paparan carian pantun digital KaryaNet. Oleh Rohana Abdul Rahman

EMENANG akan menerima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd.

1. Namakan ruangan-ruangan baharu yang terkandung dalam Klik DBP mulai Januari 2006? 2. Bilakah DBP akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50?

3. Apakah harapan JawaPEMENANG KUIZ KLIK DBP SIRIPengerusi 19

tankuasa Penerbitan DBP dalam bidang penerbitan?

4. Namakan tiga karya yang dinobatkan sebagai Karya Abad ke-20? 5. Melalui saluran manakah Citra DBP dapat disiarkan?

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan hampir 20 buah drama Melayu yang telah pun dipentaskan. Antaranya ialah Salim dan Hafsan, Tempayan Ajaib, Rezeki, Kabur, Liun-liun, Puaka Sri Maharaja dan Hijrah. Beliau juga berusaha mementaskan teater tradisional Makyung-Anak Raja Gondang dan Bongsu Sakti. Beliau yang terlatih dalam bidang tarian Melayu, balet, moden, Bharatanatyam, dan silat, pernah mementaskan karya beliau di negara-negara ASEAN, London, Edingburgh, Greece dan New York. Pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Pengarah Tari untuk upacara pembukaan dan penutupan rasmi Sukan Komanwel yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pantun Digital KaryaNet

ALI ini penerbitan elektronik KaryaNet memfokuskan ruangan Laman Sastera dan Budaya. Laman ini boleh dilayari menerusi www.karyanet.com.my Antara bahan yang disediakan dalam laman ini termasuklah kemudahan rujukan pantun digital. Koleksi pantun digital ini dipetik daripada buku Ku r i k Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Koleksi pantun digital ini terbahagi kepada 11 tema pantun. Antaranya ialah adat, budi, cinta atau kasih sayang dan sebag ainya. Selain itu, kaedah ‘Carian Pantun’ turut disediakan ke-

KUIZ KLIK DBP SIRI 20

Soalan:

Dr. Mohamed Ghouse Nasaruddin

OHAMED Ghouse Nasaruddin merupakan seorang Profesor di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakarannya ialah drama dan teater, tari dan muzik tradisional serta moden. Beliau memperoleh ijazah Sarjana dan ijazah Doktor Falsafah dari Indiana University, Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan hampir 100 makalah tentang teater, tari dan muzik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Antara karya beliau yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Muzik Melayu Tradisi (1989), The Malay Traditional Music (1992), Tarian Melayu (1994), The Malay Dance (1995), dan Teater Tradisional Melayu (2000).

Halaman Sebelas

Syarat Penyertaan:

Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP dan ahli keluarganya. Tarikh tutup penyertaan 10 Februari 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada: Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Klik DBP Siri 20, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-21422029 E-mel: [email protected]