SYARAT DAN PERATURAN - sccrs.sarawak.gov.my

57 downloads 13694 Views 100KB Size Report
Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ). ii. Sijil Perakuan siap kerja atau baucar bayaran bagi kerja-kerja sebutharga atau ...
SYARAT DAN PERATURAN 1.

PERBADANAN SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN a. Syarikat, koperasi atau perniagaan yang memohon hendaklah diperbadankan mengikut undang-undang negara ini sebagai :i. Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad ii. Firma Perseorangan atau Perkongsian yang berdaftar di Sarawak iii. Koperasi atau Pertubuhan yang berdaftar di Sarawak b. Lesen Perniagaan yang dimiliki oleh Syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah berkaitan mengikut kategori pendaftaran yang dipohon.

2.

KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT / FIRMA Sesebuah syarikat, koperasi atau perniagaan hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon:MODAL BERBAYAR/ TERKUMPUL MINIMA (RM)

BENTUK MODAL

A

200,001

Bagi Syarikat Sendirian Berhad atau Awam Berhad Modal Berbayar. Baki Akaun Semasa syarikat mestilah tidak kurang daripada ¼ jumlah modal minima (ikut kelas pendaftaran).

B

50,001

C

5,001

KATEGORI

Bagi Firma Perseorangan / Perkongsian Jumlah Modal Tunai Terkumpul (Merangkumi Baki Akaun semasa, ASB, Tabung Haji, Simpanan Tetap, Simpanan Peribadi dan lain-lain Bagi Koperasi/ Pertubuhan Jumlah Baki Akaun Semasa

3. PEJABAT Hendaklah memiliki pejabat yang beroperasi di Sarawak Nota : Dua atau lebih syarikat / firma yang berlainan yang menjalankan aktiviti di premis yang sama tidak boleh berdaftar di bawah bidang yang sama. 4. TENAGA KERJA DAN KAKITANGAN Kelayakan Akademik KATEGORI

KELAYAKAN MINIMA

A

Memiliki sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman di dalam bidang yang dipohon

B C

Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman di dalam bidang yang dipohon

Lesen/Permit Khas Kepala

Subkepala

I

2(d),2(e)

II

7(d)

V

2(a)

Lesen/Permit Certificate Of Registration The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulation,2008 Regulation 7(2) Certificate Of Registration The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulation,1999 Regulation 7(3) Kebenaran Di Bawah Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974 Memasar Dan Mengedar Borong/Runcit LPG Kebenaran Memasar Dan Mengedar Borong Baja (Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974)

Dikeluarkan Oleh

Perbadanan Kemajuan Kayu Sarawak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan

Lesen/Permit Khas Kepala

Subkepala 6(a)

VI 6(b)

Lesen/Permit

Dikeluarkan Oleh

Lesen Untuk Menjalan Urusan Agensi Pekerjaan Swasta (Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981) Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian (Seksyen 3,Akta Ejensi Persendirian No. 27/71) Surat Kebenaran Membawa Dan Menggunakan Senjata dan Peluru (Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3) )

Jabatan Tenaga Rakyat Kementerian Sumber Manusia

Lesen Memiliki Senjata Dan Peluru (Akta Senjata, 1960-Seksyen 4(3) ) V

2(b)

VII

3(d)

VI

5

Lesen Menjual/Menyimpan Racun Makhluk Perosak (Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Seksyen 17(2)] ) Lesen Berjual Beli Dan/Atau/Membaiki Senjata Dan Peluru (Undang-Undang Senjata 1960 Seksyen 10(5) )

2(b)(i,ii),2(d) VII

Kementerian Dalam Negeri

Kerajaan Negeri Sarawak (Pejabat Daerah)

Jabatan Pertanian Malaysia

Polis Diraja Malaysia

Permit Pengangkutan Sungai (River Transport Permit)

Lembaga Sungai Sungai Sarawak

2(c)

VII

2(a)(i,ii,iii)

Lesen Pembawa (LPKP 5 (Pin. 2/98) )

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

VII

4(a)

Permit Agen Penghantaran Dan Perkapalan (Seksyen 90 Akta Kastam 1967)

Kastam Diraja Malaysia

VIII

3(a)

Lesen Mesin Cetak (Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984)

Kementerian Dalam Negeri

5. PRINSIPAL Pemohon hendaklah mengemukakan surat sokongan ( salinan asal dan terkini) dari pembekal utama masing-masing. 6. REKOD KERJA SYARIKAT / FIRMA Bukti dokumen (salinan yang disahkan) seperti berikut untuk rekod kerja yang berkaitan hendaklah dikemukakan:i. Surat Tawaran Kerja/Inden Kerja termasuk Skop Kerja (BQ). ii. Sijil Perakuan siap kerja atau baucar bayaran bagi kerja-kerja sebutharga atau “requisition” iii. Surat perjanjian Sub-kontrak, Surat Penerimaan Tawaran Tender, Sijil Perakuan Siap Kerja yang dikeluarkan kepada Kontraktor Utama iv. Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance), cek pembayaran, inbois dsb. 7. LOJI DAN PERALATAN Pemohon hendaklah sama ada memiliki atau menyewa peralatan/mesin yang berkaitan dengan Kepala/Subkepala yang dipohon. 8. PEMILIKAN / PENGURUSAN ASING Tidak melebihi 49% daripada modal berbayar (syarikat) / modal terkumpul (Firma / Koperasi / Pertubuhan), sementara majoriti Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja adalah warganegara Malaysia dan sekurang-kurangnya 30% daripada modal berbayar / modal terkumpul syarikat / firma dimiliki oleh Bumiputera.

9. PENGLIBATAN DALAM SYARIKAT / FIRMA LAIN YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN UPKJ Permohonan tidak akan diberi pertimbangan sekiranya :i.

Pemegang saham syarikat memiliki saham / syer melebihi 5% atau RM50,000 (yang mana terkurang) dalam mana-mana syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

ii.

Syarikat Induk / syarikat Bersekutu / Syarikat Pegangan / Anak Syarikat sesebuah perniagaan yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iii.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang memohon memegang apa-apa jawatan sama ada jawatan eksekutif / bukan eksekutif di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

iv.

Ahli pengurusan atau pekerja yang memohon memegang apa-apa jawatan di dalam syarikat / firma yang telah berdaftar dengan UPKJ di dalam bidang yang dipohon.

10. PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA Syarikat atau firma yang memohon hendaklah memenuhi syarat pengiktirafan Status Bumiputera seperti berikut :i.

Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.

ii.

Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.

iii.

Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% Hakmilik Saham terdiri daripada Kaum Bumiputera Sarawak.

iv.

Mempunyai majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Pekerja-Pekerja (perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada Bumiputera Sarawak.

v.

Pengurusan Kewangan syarikat dikuasai oleh Bumiputera Sarawak  

  Pengiktirafan Status Bumiputera merupakan satu KEISTIMEWAAN sahaja dan BUKANNYA satu HAK. UPK berhak menarik balik atau membatalkan Status Bumiputera yang telah diberi kepada mana-mana syarikat jika ianya didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang dikenakan atau didapati bahawa maklumat / dokumen yang diberi adalah palsu.