Tatabahasa Bahasa Melayu SPM.pdf - e-YPC

136 downloads 21936 Views 88KB Size Report
1. Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008. Latihan masa cuti Tingkatan 4 & 5. Soalan 3(a). 1. Bina ayat dengan perkataan yang berikut tanpa menambah ...
Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008 Latihan masa cuti Tingkatan 4 & 5 Soalan 3(a) 1. Bina ayat dengan perkataan yang berikut tanpa menambah atau menggugurkan imbuhan bagi setiap perkataan yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

lebaran lebarkan dilebarkan melebarkan perlebar memperlebar

Soalan 3(b) 1. Menganalisis Ayat Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat aktif transitif, ayat aktif tak transitif atau ayat pasif. (i) Baju itu masih belum berjahit lagi. (ii) Dia suka bergurau. (iii)Dia keletihan setelah penat bekerja. (iv)Mereka suka membaca buku. (v) Dia teringat akan isterinya di hospital. (vi) Hazami teringat oleh ibunya di kampung. 2. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. (i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datu`. (ii) Saya membeli buku itu di kedai koperasi . (iii) Kami akan membantu guru pada hari pendaftaran pelajar baharu itu nanti. 3. Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif Tukarkan ayat-ayat pasif. di bawah ini kepada ayat aktif (i) Kursus itu akan saya jalani pada minggu depan. (ii) Peperiksaan itu akan kami duduki pada bulan Jun nanti. (iii) Kita tuntut kemerdekaan daripada penjajah. 4. Menyambungkan ayat Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mewujudkan forum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mewujudkan forum . Kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk menangani gejala samseng .Gejala samseng itu kini menular di sekolah. Pihak polis sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Pihak Kementerin Pelajaran sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sesuatu. Kementerian itu sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap. Kongsi gelap itu melakukan kegiatan merekrut pelajar sekolah. Pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit.

1

5. Memisahkan Ayat Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada 4 ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya. Pasangan suami isteri yang menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram berjumlah RM1.22 juta daripada orang ramai itu telah melantik peguam bela bagi mengendalikan penggulungan hujah kes mereka di Mahkamah Sesyen pada hari ini. 6. Menukarkan Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. "Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Pengetua mula membuat tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga. "Tidak Cikgu! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri. "Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.

Soalan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan Dalam ayat-ayat di bawah ini, terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i. Percikkan bunga api itu dilihat sungguh indah pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Negara. ii. Zarul Amin berbaring keletihan setelah pulang daripada menjaja ais krim. iii. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang diperkatakan oleh Salmah kerana suasana hangar bingar. Soalan 3(d) Kesalahan kata/istilah dan bahasa Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) (ii) (iii)

Kontingen negara akan menghantar satu pasukan peninju muda yang paling handal sekali di negara kita dalam kejohonan tinju peringkat amatur di Bangkok, Thailand . Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di negara Iraq itu sedang berarak di jalan raya-jalan raya di seluruh negara. Penyanyi yang menagih dadah itu akan diletakkan di bawah perhatian pihak polis selama dua setengah tahun.

Soalan 3(e) Peribahasa 1.Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Hidupnya begitu sukar untuk diteruskan kerana dia terpaksa bekerja pada setiap masa untuk sesuap nasi. Untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja kerana tanpa usaha rezeki tidak akan menjelma. Apabila sudah mendapat rezeki, dia perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki yang sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usaha. [ 6 markah ]

2

2. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini. (i) “Saya yakin bahawa kamu akan berjaya kerana jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh kejayaan sudah pasti menjadi milik kamu.” Kata Cikgu Haris kepada Wati. (ii) Kita hendaklah berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta ini. (iii) Dia terpaksa berada di perantauan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya. [ 6 markah ] Soalan Contoh 3 Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah ini. (i) (ii) (iii)

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Indah khabar daripada rupa [ 6 markah ]

Soalan Contoh 4 Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai. (i) (ii) (iii)

Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain. _____________________________________________. Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. ______________________________________________ . Sesuatu perkara yang muncul terlalu banyak pada sesuatu masa. ________________________________________________ . [ 6 markah ]

Soalan Contoh 5 Berikan maksud setiap peribahasa di bawah ini. (i) Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat (ii) Bagai kaca terhempas ke batu. (iii)Lintah darat [ 6 markah ]

3