UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

33 downloads 156 Views 172KB Size Report
Ujian latihan ini disediakan untuk membantu anda memahami peraturan ... Arahan yang sama seperti yang anda akan terima apabila mengambil Ujian ...
UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

© COPYRIGHT 2008 PROCTER & GAMBLE CINCINNATI, OH 45202 U.S.A. AMARAN: Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian risalah ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis yang jelas.

2

RINGKASAN UJIAN LATIHAN TUJUAN Ujian latihan ini disediakan untuk membantu anda memahami peraturan menjawab Ujian taakulan dengan memberikan anda: • • • •

Arahan yang sama seperti yang anda akan terima apabila mengambil Ujian Taakulan sebenar Cadangan dan strategi yang boleh membantu apabila anda menjawab Ujian Taakulan sebenar Latihan menjawab soalan yang serupa dengan Ujian Taakulan sebenar Latihan dalam masa yang ditetapkan Ujian Taakulan sebenar

ARAHAN BAGI UJIAN TAAKULAN Di dua halaman berikut ini, anda akan dapati arahan yang sama seperti yang akan diterima apabila mengambil Ujian Taakulan sebenar. Kami berikan anda arahan ini supaya anda boleh memahami apa yang diharapkan daripada anda apabila mengambil Ujian Taakulan sebenar. Sila tinjau arahan ini sekarang dan kemudian kami akan berikan anda satu set arahan yang sama serta soalan sampel untuk dijawab dalam masa yang ditetapkan.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 3

PENGENALAN Cara Procter & Gamble mendekati pemilihan pekerja adalah berdasarkan penilaian semua faktor kunci yang penting untuk kejayaan dalam kerja kami. Setiap pemohon dinilai menggunakan kriteria yang jelas dan diberi peluang yang sama untuk menunjukkan kebolehan. Semua keputusan pengambilan Syarikat diasaskan kepada pelbagai sumber maklumat, termasuk resume, borang permohonan, ujian dan temu bual. Pendekatan ini didapati menghasilkan keputusan pengambilan pekerja yang lebih adil dan termaklum daripada pendekatan lain. Beberapa faktor yang membayangkan kejayaan, seperti kemahiran menaakul sukar dinilai daripada resume, borang permohonan atau temu bual sahaja. Oleh itu, kami menilai kemahiran menaakul menggunakan ujian terpiawai yang telah dihasilkan dan disahkan melalui membandingkan kemahiran menaakul pekerja Procter & Gamble dengan kejayaan mereka dalam memenuhi keperluan kerja. Skor pemohon dalam ujian ini menjadi satu daripada pelbagai kelayakan yang dipertimbangkan untuk memutuskan sama ada pemohon diambil bekerja atau tidak.

BACA ARAHAN BERIKUT SEKARANG – SEBELUM MENERUSKAN

BAHASA Ujian ini disediakan dalam pelbagai bahasa. Anda harus sempurnakan ujian ini dalam bahasa yang anda paling fasih. Jika anda lebih fasih dalam bahasa lain daripada yang disediakan, ANDA MESTI BERITAHU KAMI SEKARANG, SEBELUM ANDA MULA MENJAWAB SOALAN UJIAN SEBENARNYA. Kami akan cuba untuk menyediakan ujian ini dalam bahasa yang anda paling fasih.

PENYESUAIAN TERHADAP KETAKUPAYAAN Jika anda perlukan bantuan khas atau prosedur pengujian piawai ini diubah supaya hasil ujian menunjukkan kebolehan taakulan anda dengan betul, ANDA MESTI BERITAHU KAMI SEKARANG, SEBELUM ANDA MULA MENJAWAB SOALAN UJIAN SEBENARNYA. Sila sedia untuk menjelaskan jenis bantuan atau perubahan tertentu yang anda percaya diperlukan.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 4

ARAHAN UNTUK MENYEMPURNAKAN UJIAN TAAKULAN RINGKASAN UJIAN Had masa ujian ini ialah 65 minit dan ujian mengandungi 40 soalan pelbagai pilihan. Ujian ini ada tiga Bahagian. Setiap Bahagian mempunyai set arahan yang unik dan mengandungi jenis soalan yang berlainan – sama ada: soalan (1) Taakulan Berangka, (2)Taakulan Berasaskan Logik, atau (3) Taakulan Berajah. Bagi setiap Bahagian, baca Arahan Bahagian sebelum mula menjawab soalan. Ada soalan memerlukan pengiraan mudah. Alat mengira dan kertas tambahan disediakan untuk tujuan ini. Tiap-tiap soalan pelbagai pilihan diikuti oleh 4 atau 5 pilihan. Hanya satu daripada pilihan ini menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh: SOALAN CONTOH: 1. Sebuah lori berjalan pada kadar 80 kilometer sejam. Berapakah jarak ia akan berjalan dalam 30 minit? A. B. C. D. E.

15 kilometer 30 kilometer 40 kilometer 80 kilometer Tiada jawapan di atas

PENJELASAN: Oleh kerana 30 minit ialah setengah jam, dan lori berjalan selaju 80 kilometer sejam, jarak perjalanan ialah 40 kilometer (80 kilometer x ½ jam = 40 kilometer). Pilihan yang betul ialah C.

MENANDAKAN LEMBARAN JAWAPAN Anda boleh tanda dalam risalah ujian. Anda juga boleh gunakan kertas tambahan yang disediakan untuk mengira. Apabila anda telah pilih jawapan yang betul, ANDA MESTI MENANDAKANNYA DI LEMBARAN JAWAPAN YANG BERASINGAN. Bagi setiap soalan, hanya tanda pilihan yang anda percaya adalah jawapan betul kepada soalan. Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, pilihan yang betul ialah C. Ia harus ditandakan seperti ini: 1.





C





Sebelum anda tanda sesuatu pilihan di lembaran jawapan, anda harus lihat nombor soalan tersebut dalam risalah dan cari soalan yang sama nombor dalam lembaran jawapan.

CARA UJIAN TAAKULAN DISKOR Skor anda bagi ujian ini akan berasaskan jumlah soalan yang dijawab dengan betul. Tidak ada denda bagi jawapan yang tidak betul. Anda harus membuat soalan ujian dengan teliti, tetapi jangan mengambil masa terlalu lama bagi mana-mana soalan atau Bahagian. Jika sesuatu soalan didapati sukar, teruskan ke soalan berikut dan kembali kemudian ke soalan itu. Cuba jawab setiap soalan walaupun tidak pasti jika jawapan anda betul. Jika fikiran anda berubah tentang sesuatu jawapan, pastikan tanda pertama anda dipadam betul-betul. Anda mempunyai 65 minit untuk sempurnakan ujian ini. Anda harus buat secepat dan setepat mungkin. SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 5

CADANGAN BAGI MENYEMPURNAKAN UJIAN TAAKULAN Penyelidikan baru telah menunjukkan bahawa amalan berikut boleh membawa kepada skor yang lebih baik dalam Ujian Taakulan. Latihan ini termasuk apa yang anda harus buat, dan apa yang anda tidak harus buat.

Amalan yang anda HARUS DIBUAT untuk mendapat skor baik dalam Ujian Taakulan: • • • •

Anda harus membuat secepat mungkin dengan keyakinan ketepatan yang sederhana: jangan habiskan masa dengan soalan yang tidak difahami. Singkirkan daripada pertimbangan jawapan yang anda tahu adalah salah dan pilih di antara jawapan yang tinggal. Tanda jawapan bagi setiap soalan, walaupun hanya agakan – tidak ada denda bagi jawapan yang tidak betul. Guna masa yang tinggal selepas anda sempurnakan ujian untuk menyemak jawapan.

Amalan yang anda TIDAK HARUS DIBUAT untuk mendapat skor baik dalam Ujian Taakulan: • • •

Jangan baca dengan perlahan dan teliti keseluruhan ujian sebelum anda mula membuatnya. Jangan habiskan masa mengesahkan soalan yang sudah dijawab sehingga setiap soalan telah dijawab. Jangan habiskan masa mempertimbangkan jawapan yang tidak termasuk dalam lima pilihan.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 6

ARAHAN UNTUK MENYEMPURNAKAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN RINGKASAN UJIAN LATIHAN Had masa ujian ini ialah 30 minit dan ujian mengandungi 19 soalan pelbagai pilihan. Ujian ini ada tiga Bahagian. Setiap Bahagian mempunyai set arahan yang unik dan mengandungi jenis soalan yang berlainan – sama ada: soalan (1) Taakulan Berangka, (2)Taakulan Berasaskan Logik, atau (3) Taakulan Berajah. Bagi setiap Bahagian, baca Arahan Bahagian sebelum mula menjawab soalan. Ada soalan memerlukan pengiraan mudah. Alat mengira dan kertas tambahan disediakan untuk tujuan ini. Tiap-tiap soalan pelbagai pilihan diikuti oleh 4 atau 5 pilihan. Hanya satu daripada pilihan ini menjawab soalan dengan betul. Sebagai contoh: SOALAN CONTOH: 1. Sebuah lori berjalan pada kadar 80 kilometer sejam. Berapakah jarak ia akan berjalan dalam 30 minit? A. B. C. D. E.

15 kilometer 30 kilometer 40 kilometer 80 kilometer Tiada jawapan di atas

PENJELASAN: Oleh kerana 30 minit ialah setengah jam, dan lori berjalan selaju 80 kilometer sejam, jarak perjalanan ialah 40 kilometer (80 kilometer x ½ jam = 40 kilometer). Pilihan yang betul ialah C.

MENANDAKAN LEMBARAN JAWAPAN Anda boleh tanda dalam risalah ujian. Anda juga boleh gunakan kertas tambahan yang disediakan untuk mengira. Apabila anda telah pilih jawapan yang betul, ANDA MESTI MENANDAKANNYA DI LEMBARAN JAWAPAN YANG BERASINGAN. Bagi setiap soalan, hanya tanda pilihan yang anda percaya adalah jawapan betul kepada soalan. Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, pilihan yang betul ialah C. Ia harus ditandakan seperti ini: 1.





C





Sebelum anda tanda sesuatu pilihan di lembaran jawapan, anda harus lihat nombor soalan tersebut dalam risalah dan cari soalan yang sama nombor dalam lembaran jawapan.

CARA UJIAN TAAKULAN DISKOR Skor anda bagi ujian ini akan berasaskan jumlah soalan yang dijawab dengan betul. Tidak ada denda bagi jawapan yang tidak betul. Anda harus membuat soalan ujian dengan teliti, tetapi jangan mengambil masa terlalu lama bagi mana-mana soalan atau Bahagian. Jika sesuatu soalan didapati sukar, teruskan ke soalan berikut dan kembali kemudian ke soalan itu. Cuba jawab setiap soalan walaupun tidak pasti jika jawapan anda betul. Jika fikiran anda berubah tentang sesuatu jawapan, pastikan tanda pertama anda dipadam betul-betul. Anda diberikan 30 minit untuk sempurnakan ujian latihan ini. Anda harus buat secepat dan setepat mungkin. Apabila anda telah sedia, tandakan masa mula dan masa tamat pada lembaran jawapan dan mulakan. 7

BAHAGIAN 1 ARAHAN BAGI TAAKULAN BERANGKA Soalan berikut bertujuan menilai kebolehan anda mengguna maklumat berangka untuk menyelesaikan masalah kompleks berkaitan perniagaan. Setiap soalan memberi huraian ringkas situasi hidup nyata. Mengguna maklumat yang diberikan, pastikan mana antara lima (5) pilihan yang diberikan ialah jawapan betul.

SOALAN CONTOH: 1. Sebuah mesin menghasilkan 100 unit produk seminit. Jika 24 unit produk dibungkus dalam sekotak, berapa kotak boleh diisi oleh mesin itu dalam satu jam? A. B. C. D. E.

125 250 500 2,500 6,000

PENJELASAN: Jika 100 unit dihasilkan setiap minit, 100 unit x 60 minit = 6,000 unit dihasilkan setiap jam. 6,000 unit sejam / 24 unit sekotak = 250 kotak sejam. Jawapan yang betul ialah B.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 8

1.

Dua buah lori telah dipandu dalam perjalanan 1,680 kilometer (km). Lori pertama mengguna minyak purata 14 km per liter bagi perjalanan tersebut, dan lori kedua mengguna 12 km per liter. Lori kedua menggunakan berapa liter minyak lebih banyak daripada lori pertama? A. B. C. D. E.

2.

3.

Sebuah kapal kargo belayar pada kelajuan purata 25 kilometer sejam dalam pelayaran 500 kilometer dari pelabuhan A ke pelabuhan B. Semasa perjalanan pulang mengguna laluan yang sama dari pelabuhan B ke pelabuhan A, kapal kargo belayar pada kelajuan purata 15 kilometer sejam. Apakah anggaran perbezaan dalam masa pelayaran antara dua perjalanan itu? A. B. C. D. E.

6.

36 kilogram 54 kilogram 121 kilogram 160 kilogram 216 kilogram

2 saat 9 saat 38 saat 45 saat 510 saat

7.

12.5 jam 13.3 jam 26.7 jam 33.3 jam 53.3 jam

Sebuah buku dijual di kedai tempatan pada harga $20 bagi edisi kulit keras atau $10 bagi kulit lembut. Buku itu juga boleh didapati dari perkhidmatan pesanan mel kurang 30% daripada harga senarai, ditambah $1 untuk bayaran pos dan pengendalian. Berapa lebih bayaran membeli edisi kulit keras melalui pesanan mel daripada membeli edisi kulit lembut di kedai tempatan? A. B. C. D. E.

Lif bangunan tinggi pejabat memberi akses kepada semua tingkat. Jika tinggi setiap tingkat ialah 5 meter dan lif bergerak pada kelajuan 7.5 meter sesaat, kirakira berapa lama akan diambil oleh lif untuk bergerak dari tingkat pertama ke tingkat enam puluh lapan? A. B. C. D. E.

4.

10 20 30 40 Tidak boleh diketahui daripada maklumat yang diberikan.

Ukuran bumbung segi empat gudang ialah 12 meter kali 18 meter, dan sisi satu meter dilitupi jubin akustik segi empat sama. Berat setiap keping jubin ialah sesuku kilogram. Berapakah jumlah penuh berat jubin yang diperlukan untuk menutup bumbung? A. B. C. D. E.

5.

$6 $10 $3 $4 $5

Pada bulan Januari, jumlah bilangan pekerja di sebuah kilang dikurangkan sebanyak 8%. Dalam bulan Julai, permintaan produk kilang itu meningkat dan jumlah bilangan pekerja ditambah sebanyak 8%. Jumlah bilangan pekerja di kilang dalam bulan Januari, sebelum bilangan pekerja dikurangkan, ialah 326. Berapa jumlah bilangan pekerja di kilang selepas bilangan pekerja ditambah dalam bulan Julai? A. B. C. D. E.

307 pekerja 318 pekerja 324 pekerja 326 pekerja 343 pekerja

Di tahun 2001, sebuah syarikat memasarkan 730,000 unit produknya. Di tahun 2001 jumlah tahunannya adalah 50% daripada jumlahnya bagi tahun 2004. Jumlah tahun 2004 adalah bersamaan berapa unit setiap 365 hari tahun 2004? A. B. C. D. E.

5,000 unit 4,000 unit 2,000 unit 1,100 unit 1,000 unit

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 9

BAHAGIAN 2 ARAHAN BAGI TAAKULAN BERASASKAN LOGIK Soalan berikut bertujuan menilai kebolehan anda berfikir secara logik. Dalam setiap soalan, anda akan diberi seperenggan maklumat dan empat (4) pilihan jawapan. Untuk menjawab setiap soalan, baca keseluruhan maklumat yang terkandung dalam perenggan. Anda kemudian akan diminta memilih satu jawapan yang menunjukkan sama ada: 1. Hanya itu kenyataan sah yang boleh disimpulkan secara logik daripada maklumat yang diberikan dalam perenggan, atau 2. Hanya itu kenyataan tidak sah yang tidak boleh disimpulkan secara logik daripada maklumat yang diberikan dalam perenggan. Untuk mengenal pasti jawapan betul, penting menggunakan HANYA maklumat yang diberikan dalam perenggan.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 10

8.

Pembelian boleh memberikan kesan penting pada jumlah untung organisasi. Tetapi, kejayaan fungsi pembelian bergantung pada pembeli yang cekap dan pengurus pembelian yang menggunakan kaedah pembelian yang bersistem dan memakai kemajuan teknologi. Jika keberuntungan organisasi berada dalam bahaya, kecekapan dan kemahiran fungsi pembeliannya mungkin memastikan sama ada operasinya untung atau rugi. Oleh itu, fungsi pembelian memikul tanggungjawab yang besar terhadap keuntungan organisasi, dan, bila-bila masa organisasi cuba menghasilkan keuntungan, segala usaha akan dibuat untuk mengambil bekerja pembeli yang berkebolehan dan berkelayakan serta pengurus pembelian yang berpengetahuan dan bijak. Daripada maklumat yang diberikan di atas, kesimpulan sah boleh dibuat bahawa: A. Jika keberuntungan organisasi tidak berada dalam bahaya, kecekapan fungsi pembeliannya tidak akan memastikan sama ada operasinya untung atau rugi. B. Terdapat sekurang-kurangnya beberapa fungsi pembelian yang tidak bertanggungjawab terhadap jumlah keuntungan besar organisasi. C. Fungsi bukan pembelian tidak akan memikul tanggungjawab besar terhadap keuntungan organisasi. D. Sebuah organisasi yang keberuntungannya berada dalam bahaya mungkin bergantung pada kecekapan dan kemahiran fungsi pembeliannya untuk memastikan sama ada operasinya untung atau rugi.

9.

Setiap projek pembangunan produk mempunyai tiga fungsi organisasi yang utama: pemasaran, reka bentuk dan pembuatan. Fungsi pemasaran terdiri daripada interaksi antara organisasi dan pelanggan, yang termasuk menetapkan harga sasaran dan menguruskan pelancaran dan promosi produk baru. Fungsi reka bentuk menentukan bentuk fizikal produk. Ini termasuk reka bentuk kejuruteraan, seperti isu mekanikal dan elektrik, serta reka bentuk perindustrian, yang termasuk estetik dan antara muka pengguna. Fungsi pembuatan bertanggungjawab mereka bentuk dan menjalankan sistem yang mengeluarkan produk. Fungsi ini termasuk pembelian, pengedaran dan pemasangan. Daripada maklumat yang diberikan di atas, kesimpulan sah boleh dibuat bahawa: A. Fungsi organisasi menentukan bentuk fizikal produk hanya jika ia menumpukan perhatian kepada isu mekanikal dan elektrik sahaja. B. Terdapat projek pembangunan produk di mana bentuk fizikal produk tidak perlu ditentukan sebelum harga ditetapkan. C. Bila-bila masa organisasi menentukan bentuk fizikal produk yang sedang dibina, ia melakukan fungsi reka bentuk. D. Terdapat sekurang-kurangnya beberapa projek pembangunan produk di mana fungsi pemasaran tidak menetapkan harga sasaran atau melancarkan dan mempromosikan produk.

10.

Jika pengurus menyelia pekerja, dia mempunyai beberapa hak tertentu yang diperoleh daripada pangkat pengurus. Satu daripada hak ini ialah kuasa. Pengurus yang mempunyai kuasa berhak memberi arahan kepada pekerja bawahan. Kuasa ini dikaitkan dengan jawatannya dan tidak ada kena mengena dengan ciri peribadi setiap pengurus. Apabila suatu jawatan berkuasa kosong, orang yang meninggalkan jawatan tersebut tidak lagi ada kuasa. Kuasa itu tinggal bersama jawatan dan pengurus baru. Daripada maklumat yang diberikan di atas, kesimpulan sah boleh dibuat bahawa: A. Terdapat beberapa contoh individu di mana kuasa terletak pada setakat yang banyak pada ciri peribadi pengurus. B. Semua pengurus yang menyelia pekerja mempunyai hak kepada kuasa. C. Jika seorang individu tidak lagi mempunyai kuasa, in bererti dia baru mengosongkan jawatan pengurus yang melibatkan penyeliaan pekerja. D. Sering kali orang individu yang berhak kepada kuasa bukan seorang penjawat kini jawatan pengurus yang bertanggungjawab menyelia pekerja.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 11

11.

Untuk bertahan, organisasi mesti memuaskan beberapa kumpulan berkepentingan yang berlainan. Pihak berkepentingan ini biasanya termasuk pemegang saham, pekerja, pelanggan dan masyarakat umum. Malangnya, kemahuan kumpulan berkepentingan sering bertentangan. Dalam jangka panjang, kemahuan semua kumpulan ini mesti dipenuhi secukupnya oleh organisasi, atau semua tidak akan berpuas hati. Ini ialah kerana setiap satu daripada kumpulan ini mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan organisasi jika kemahuan mereka tidak dipenuhi. Apabila organisasi beroperasi dalam sebuah negara, mengimbangkan kemahuan berlawanan kumpulan berkepentingan kadang-kadang sukar. Bagi organisasi yang operasinya merentas pelbagai negara, di mana kepentingan dominan sering kali amat berbeza, mengimbangkan kemahuan berlawanan adalah sentiasa sukar. Daripada maklumat yang diberikan di atas, kesimpulan sah boleh dibuat bahawa: A. Jika organisasi mengalami kesukaran mengimbangkan kemahuan berlawanan kumpulan berkepentingan, tentu sekali operasi organisasi ini merentas pelbagai negara. B. Tiada organisasi yang boleh bertahan tanpa memuaskan kemahuan beberapa kumpulan berkepentingan yang berlainan. C. Terdapat sekurang-kurangnya beberapa organisasi yang operasinya merentas pelbagai negara tetapi tidak mengalami kesukaran mengimbangkan kemahuan berlawanan kumpulan berkepentingan. D. Organisasi yang boleh memuaskan kemahuan semua pihak berkepentingannya tidak akan gagal untuk bertahan.

12.

Penjenteraan ditakrifkan sebagai proses menggunakan mesin untuk membuat kerja yang sebelum ini telah dibuat oleh orang. Pengautomatikan, iaitu lanjutan daripada penjenteraan, ditakrifkan sebagai proses melakukan operasi mekanikal tanpa atau dengan minimum penglibatan manusia. Pengautomatikan biasanya diguna apabila organisasi berhadapan dengan masalah mengeluarkan produk dengan mutu yang konsisten, serta jika tugas adalah membosankan atau tidak selamat bagi pekerja. Sistem pengautomatikan mungkin jenis keras atau lembut. Sistem pengautomatikan lembut boleh disuaikan, membolehkan sistem melakukan berbagai fungsi berlainan. Sistem pengautomatikan keras mempunyai mesin untuk melakukan setiap fungsi khas. Akibatnya, sistem ini tidak semudah disuaikan berbanding sistem pengautomatikan lembut. Daripada maklumat yang diberikan di atas, kesimpulan sah boleh dibuat bahawa: A. Sekurang-kurangnya ada beberapa sistem berautomasi yang memerlukan banyak penglibatan manusia untuk melakukan operasi mekanikal. B. Jika suatu organisasi boleh mengeluarkan produk bermutu tinggi secara konsisten, ia tidak mungkin akan menggunakan sistem berautomasi. C. Tidak ada sistem pengautomatikan keras yang lebih mudah disuaikan daripada sistem pengautomatikan lembut. D. Sebarang organisasi yang menggunakan sistem berautomasi telah mendapati kerjanya membosankan atau tidak selamat kepada pekerja.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 12

BAHAGIAN 3 ARAHAN BAGI TAAKULAN BERAJAH Soalan berikut bertujuan menilai kebolehan anda menyelesaikan masalah baru. Di bawah ini ditunjukkan dua jenis soalan yang anda akan sempurnakan dalam Bahagian ini. Setiap soalan akan memperlihatkan satu set kotak. Dalam set itu, satu kotak akan mengandungi tanda tanya (?) dan kotak lain akan mengandungi rajah atau bentuk. Rajah dan bentuk dalam setiap set kotak bercantum untuk membentuk satu corak. Anda harus memastikan mana satu antara lima (5) pilihan harus menggantikan tanda tanya untuk menyempurnakan corak. Perhatikan dua contoh berikut: CONTOH 1:

? A

B

C

D

E

PENJELASAN: Dalam contoh ini, lorekan segi tiga bertambah apabila beralih dari kiri ke kanan barisan. Berdasarkan aturan ini, jawapan yang betul ialah pilihan D. Hanya respons pilihan D lorekannya lebih gelap.

CONTOH 2:

?

A

B

C

D

E

PENJELASAN: Dalam contoh ini, dua aturan dikenakan. Pertama, jumlah sisi lurus tiap-tiap bentuk bertambah satu apabila beralih ke bawah setiap lajur. Kedua, bentuk menjadi bertambah gelap apabila beralih dari kiri ke kanan barisan. Jawapan yang betul ialah pilihan E, kerana pilihan itu memuaskan semua aturan. Contoh ini hanya memberi beberapa kemungkinan aturan – banyak aturan berlainan digunakan untuk menentukan corak dalam soalan yang anda akan jawab di Bahagian ini.

SAMBUNG KE HALAMAN BERIKUT 13

13.

17.

A

B

C

D

E

14.

A

B

C

D

E

A

B

C

D

E

18.

A

B

C

D

E

15.

19.

A

B

C

D

E

A

B

C

D

E

A

16.

UJIAN TAMAT 14

B

C

D

E

© COPYRIGHT 2008 PROCTER & GAMBLE CINCINNATI, OH 45202 U.S.A. AMARAN: Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian risalah ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis yang jelas.

15